Khamis, 10 September 2009

Isu Kuil – Buat lain kena lain



Menarik juga kisah kuil ni..dari seksyen 19 ke syksyen 22 dan seterusnya seksyen 23. Sampaikan ada yang kena heret ke mahkamah.

Apa yang menjadi menariknya adalah..rakyat buat lain tapi kena dakwa atas kesalahan lain. Ianya seupama orang yang kena rogol pergi mengadu tetapi kena dakwa kerana melakukan maksiat.

Cerita asalnya RAKYAT menentang akan cadangan Khalid untuk membina kuil di Seksyen 23..namun dituduh pula dengan tuduhan menghasut. Macam jatuh ditimpa tangga.

Siapa yang menjadi puncanya? Sudah semestinya pemimpin yang memulakannya. Pemimpin yang suka berbuat sesuatu tanpa merujuk kepada rakyat. pemimpin yang berbuat sesuatu untuk mendapatkan undi semata-mata. Pemimpin yang tidak ikhlas dalam memainkan peranannya.

Adakah rakyat yang bangkit itu dari kalangan penyokong UMNO? penyokong PAS? Atau Penyokong PKR? Setahu saya semua yang bangkit menentang adalah terdiri daripada mereka yang menyokong ketiga-tiga parti yang disebutkan tadi.

Mereka bangkit bukan disebabkan oleh ideology politik tetapi diatas kesedaran masing-masing dalam memperjuangkan hak mereka sebagai rakyat.

Khalid sepatutnya tanya diri sendiri..nak memenangkan rakyat atau pun memenangkan kuil? Khalid juga patut bertanya diri sendiri..siapakah yang memberinya undi..adakah rakyat atau pun kuil yang memberinya undi?

Kenapa diheret rakyat ke mahkamah dan bukannya Khalid? Khalid adalah punca rakyat bangkit memberontak.

Adilkah mahkamah? Adilkah Polis? Adilkah Undang-undang?

Jika kena orang lain..adil..tetapi bila kena batang hidung sendiri...tidak adil. Pemimpinkah itu??


1 ulasan:

Al-Yasar berkata...

Salam,

Di belakang para demonstran itu ialah tokoh UMNO dan pemimpin NGO pro-UMNO. Mengapa pula nak salahkan Khalid?

Penduduk Seksyen 23 Shah Alam itu agaknya tak sedar diri mereka telah diperalatkan oleh orang-orang politik yang berkepentingan.

Kata orang, tangan mencencang bahu memikul. Jadi kalau dan bawa dan pijak kepala lembu dengan tujuan politik tu, tanggunglah akibatnya