Ahad, 13 September 2009

Mati Di Jalan Raya – Salah Jalan ke Salah Orang



Pakcik tertarik dengan berita dalam Utusan Malaysia ( 13hb sept. 2009 ) yang menyebut 337 lokasi panas di sepanjang jalan raya. Lokasi yang akan menjadi tumpuan pihak anggota polis dalam menjalankan operasinya.

Lokasi-lokasi panas itu biasanya merujuk kepada selekoh-selekoh tajam dan jalan yang curam. Manakala kemalangan pula biasa terjadi sama ada terbabas, tidak sempat memotong dan sebagainya. kemalangan tadi juga dikatkan dengan kenderaan dipandu laju, mengantuk, kereta dalam keadaan tidak baik dan juga sebagainya lagi.

Sepanjang pakcik memandu dan berulang-alik dari Kota Bharu – Kuala Lumpur melalui jalan Kota bharu-Kuala krai-Gua Musang-Kuala Lipis-Bentong-KL, jalan yang boleh dikatakan selesa dan dapat memandu dalam keadaan menyakinkan adalah bermula di jalan Kuala Lipis-Bentong-Kuala Lumpur.

Bahagian jalan lain adalah panas-panas dan seupama jerangkap samar. Banyaknya jerangkap samar itu seupama banyaknya perangkap had laju yang disediakan oleh polis.

Bagi pakcik, tiada gunanya kita menghitung banyaknya lokasi maut dan banyaknya mangsa kemalangan di jalan-jalan tersebut. Setiap tahun cerita yang sama dimainkan dan tiadanya jalan penyelesaian terbaik terhadap jalan raya terbabit.

Adakah dengan bertambahnya bilangan polis itu dapat menyelesaikan masalah?

Sepatutnya bilangan polis BERTUGAS dapat dikurangkan pada hari-hari raya tersebut. Namun keadaan menjadi sebaliknya. Orang lain pulang ke kampong masing-masing, tetapi polis diarahkan bekerja.

Jika keadaan jalan raya adalah puncanya, kerajaan seharunya tahu apa yang mereka perlu lakukan. Janganlah asyik menyalahkan pemandu sahaja.

Seperti yang diluahkan oleh rakyat pantai timur, BILA LAH KERAJAAN NAK BUAT HIGHWAY DARI KL-KB?

PAKCIK : Ucapan Takziah kepada saudara Mohd Saufi B Ismail ( Ketua Pemuda UMNO cawangan Kg Serian Batu 11 ) serta keluarga yang kehilangan anak sulung mereka Allahyarham Mod Shamin B Moh Saufi yang terlibat dalam kemalangan di Km 3 Jalan Gua Musang-Kuala Lipis. Utusan Malaysia 12hb. Sept 2009.

1 ulasan:

anak johor berkata...

bila rakyat kelantan bertaubat dgn menyokong bn..=)