Selasa, 13 Oktober 2009

TAN SRI ISA – Penyelamat maruah UMNO aka BN



PRK yg berleret-leret sejak PRu-12 baru-baru ini dikatakan menjadi kayu pengukur kepada mana-mana parti yang menang atau kalah dalam PRU-12.

Menariknya PRK Bagan Pinang kerana orang yang dituduh melakukan politik wang aka rasuah dan telah dikenakan hukuman telah pun diberi mandate oleh rakyat untuk terus memimpin mereka. Tan sri Isa Samad yang telah dikenakan hukuman oleh parti dan terpaksa meletakkan jawatan yang disandang beberapa tahun lalu telah diangkat semula oleh rakyat untuk memimpin mereka.

Persoalannya..jika benar Tan Sri Isa itu buruk perangainya (seperti yang didakwa), adakah beliau layak dan boleh diberi mandate untuk memimpin? Rakyat Bagan Pinang telah pun memberikan jawapannya.

Jika benar seperti yang didakwa..Adakah keseluruhan rakyat Bagan Pinang sukakan politik wang aka rasuah? Jika ditanya satu persatu, sudah semstinya mereka akan menolak politik wang aka rasuah. Namun apa yang tersirat disebaliknya..hanya rakyat Bagan Pinang sahaja yang tahu.

Namun, itulah keputusannya. Tan Sri Isa telah menang dengan majority yang lebih besar dan sekaligus telah menyelamatkan maruah UMNO aka BN.

Dari keputusan tersebut, UMNO aka BN seharusnya sedar bahawasanya ‘NAMA’ yang ada pada seseorang calon partinya itu adalah amat penting di hati rakyat. sejarah telah membuktikan kepada kita..jika dahulu rakyat memilih PARTI APA..namun keadaan kini telah berubah. Rakyat akan memilih ‘SIAPAkah’ calon parti itu. Dan yang paling utama..apakah ‘SUMBANGANNYA’ kepada rakyat.

Pakcik tidak mahu pergi jauh..cuba kita lihat di Kelantan. Nama besar seperti Tok Guru Nik Aziz yang still standing yang telah diangkat oleh rakyat Kelantan untuk menjadi pemimpin negeri sejak sekian lama. Disebalik itu, dalam keadaan Kelantan ditakluki oleh PAS, kita lihat pula kedudukan Tok Pa (Jeli) dan YM Ku Li ( Gua Musang ) yang sentiasa menang dalam setiap pilihanraya.

Biarpun majority rakyat Kelantan memberikan mandate kepada Tok Guru untuk keseluruhan negeri..namun oleh kerana adanya Tok Pa di Jeli dan YM Ku Li di Gua Musang, maka mandate untuk daerah tersebut diberikan kepada mereka berdua.

Begitu juga dengan nama seperti DS Anwar Ibrahim. Walau pun dikatakan sebagai peliwat, perasuah, penyahgunaan kuasa dsd-nya..Selagi beliau hidup, saya percaya rakyat di kawasannya akan terus memberi mandate kepadanya.

Pakcik dapat rasakan...jika dahulu (PRU-12) rakyat memilih pembangkang kerana marahkan UMNO aka BN, akan datang (PRU-13) rakyat akan mula menghitung ‘SIAPAKAH’ calon yang akan mewakili mereka. Soal parti adalah nombor dua..tetapi ‘siapa’ akan menjadi persoalan yang pertama yang perlu dijawab.

Walau pun UMNO aka BN menang di Bagan Pinang, pemimpin UMNO seharusnya tidaklah merasa begitu selesa dengannya..jika diteliti keputusan bagi beberapa PRK baru-baru ini, PRK yang dimenangi oleh PAS dan PKR juga telah menunjukkan majority yang meningkat. Dan jika sekiranya ditakdirkan adanya satu atau dua PRK lagi..saya percaya UMNO aka BN tidak akan berani menyatakan mereka akan menang.

PAKCIK – selaku rakyat, saya akan melihat siapa calonnya terlebih dahulu dan barulah pergi kepada parti mana yang bertanding. PARTI boleh diTUKAR ganti tetapi orang yang baik serta berjasa amat susah untuk dicari ganti.

TAHNIAH TAN SRI ISA – Anda adalah satu-satunya penyelamat UMNO aka BN.





0 ulasan: