Setelah selesai menunaikan solat tersebut, pakcik terus bergegas ke pejabat untuk meneruskan tugas. Ketika memandu dari masjid menuju ke lapangan terbang subang itu, terdetik di hati pakcik berkenaan kesesakan dan kesulitan yang telah dihadapi oleh pengguna jalan yang bertentangan ( menuju kea rah federal highway).
kesesakan jalan raya yang bermula dari bulatan ( berdekatan masjid) sehingga ke terminal lapangan terbang tersebut. Kesesakan kerana terdapat segelintir mereka yang meletakkan kereta mereka di atas laluan jalan raya tersebut. Jalan yang asalnya dua laluan sehala telah menjadi satu haluan sehala.
Apa yang terdetik di hati pakcik adalah :-
Demi untuk menunaikan ibadah kepada Allah swt, kita telah menyusahkan orang lain. Adakah ianya BETUL di sisi Agama Islam?
Kenapa pakcik boleh berfikir begitu?
1. Kelihatan kawasan lapang masjid didirikan dengan gerai-gerai. Padahal kawasan tersebut boleh dibuat kawasan parkir kereta bagi mereka yang hendak menunaikan ibadah di masjid tersebut.
2. Tiadanya inisiatif dari jawatankuasa masjid dan kerajaan tempatan dalam melihat perkara ini dengan lebih serius. Masalah tempat parkir kenderaan jemaah.
PAKCIK hanya sekadar berfikir apa yang telah berlaku dan tidak mahu agama kita dipandang serong oleh orang kaum lain.
1 ulasan:
bukan kat situ aje. kat damansara utama. kat KL. dll. Sebagai ISLAM pikir la sikit. tapi biasa lah. pemikir islam yg memikirkan kepentingan sesama manusia, tentunya akan di pinggir kan atau di politik kan. pikir pasal hubungan dgn allah, tentulah disanjung. macam nik aziz.
hablum minnas dlm malaysia tak penting berbanding hablum minallah.
Sebab hubungan sesama manusia dgn melayu islam malaysia ni sentiasa di 'take advantage' kan.
tak percaya, cuba tegur melayu islam yg parking melintang tengah jalan tu. jawabnya... dia org tak jawab. pandang sinis je. lepas tu cakap...eh nak cepat ni sembahyang!
Catat Ulasan