Panas lagi memanaskan suasana di saat akhir tahun 2007. Pendedahan yang cukup berani lagi lantang dari orang UMNO sendiri. Penutup tirai 2007 merupakan saat-saat ahli politik menjadi panas buntut. Penutup tirai 2007 merupakan saat-saat di mana ahli-ahli politik sedang demam. Demam untuk menghadapi pilihanraya umum yang akan dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Penutup tirai 2007 merupakan saat-saat ahli politik sedang mencari-cari satu formula untuk memperkatakan kepada rakyat jelata sama ada untuk dirinya sendiri, kepada rakyat jelata atau pun kepada parti mereka.
Kini parti UMNO sendiri yang sudah bergetar. Meletup nun jauh di Negeri Perlis Indera Kayangan. Negeri dibawah pimpinan Datuk Sri Shahidan Kassim. Parti UMNO yang dikritik keras oleh ahli UMNO sendiri. UMNO Perlis sedang bertelagah. UMNO Perlis yang kelam kabut. UMNO perlis yang retak dan akan hancur bila-bila masa sahaja.
Kenyataan Saudara Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad yang juga Ahli Parlimen Kangar terhadap UMNO perlis dan ketuanya itu amat pedih dan berbisa. Pemimpin yang lama perlu diganti kerana tidak dapat mengawal perpecahan dalaman Parti UMNO Perlis itu. Anak buah sudah bosan dengan kecelaruan yang timbul. Anak buah yang sudah bosan dengan suasana dalaman partinya. Anak buah sudah menolak kepimpinan bos-nya.
Namun demikian, Apa kata dan reaksi Datuk Sri Shahidan pula? Selaku Bos, saya percaya Datuk Sri Shahidan sudah tentu mempunyai jawapannya dalam kemelut dalaman jentera parti negerinya itu. Selain Datuk Sri Shahidan, apa pula kata Bos kepada Bos pula.
Jika betul seperti apa yang diperkatakan oleh saudara Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad Itu, UMNO Perlis perlu melakukan satu perubahan yang cepat dan tepat dalam saat-saat genting untuk menghadapi pilihanraya umum yang akan datang.
Jangan pula Perlis menjadi seperti Kelantan di suatu masa dahulu. PAS dapat memerintah Kelantan sehingga kini bukan disebabkan oleh PAS yang kuat, tetapi kerana penyokong UMNO yang lari kepada PAS kerana tidak tahan perpecahan dalaman yang sering berlaku dalam politik Negeri Kelantan.
Pemimpin UMNO yang sering bertelagah (terutamanya disaat-saat pilihanraya umum) sering memeningkan kepala otak rakyat jelata. Arah perjuangan pemimpin yang bertelagah adalah tidak jelas dan juga tidak konsisten yang akan menyebabkan kepercayaan rakyat jelata terhadap seseorang wakil rakyat yang bakal di pilih menjadi cair seperti cairnya ais yang diletakkan ditengah panas.
Ingatkan hujan dikeseluruhan tempat, rupa-rupanya ada juga tempat yang menerima cuaca panas.
2 ulasan:
lagi gempak di UMNO johor
pengakuan panas di johor. your coment
Catat Ulasan