Jumaat, 25 Januari 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
MELAYU YANG MERAYU DI BUMI SENDIRI
http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/07/kaki-dalam-kasut.html#more
Dr Mahathir Mohamed (20hb Julai 09)
Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya, Memelihara cara hidup demokratik, Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama, Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak,Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden:
Ikrar:
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang, Kesopanan dan Kesusilaan
Menurut Artikel 160 Perlembagaan Persekutuan, "MELAYU" ertinya seseorang yang menganut agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu dan lahir lahir, sebelum Hari Merdeka ( 31 Ogos 1957 ), di Persekutuan atau di Singapura, atau ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau pada hari Merdeka itu, ia adalah bermastautin di Persekutuan atau di Singapura; dan ia adalah keturunan seseorang yang tersebut.
0 ulasan:
Catat Ulasan