TELAH LAMA YAB DATO’ SERI DR. MAHATHIR MOHAMAD, BEKAS PERDANA MENTERI KITA BERSARA DARIPADA JAWATAN PERDANA MENTERI DI NEGARA INI. SETELAH BERKHIDMAT SELAMA LEBIH 20 TAHUN, BELIAU DENGAN RASA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN TELAH MENGANUGERAHKAN JAWATAN TERSEBUT KEPADA DATO’ SERI ABDULLAH HAJI AHMAD BADAWI SEBAGAI PENGGANTINYA. SELANG BEBERAPA TAHUN DATO’ SERI ABDULLAH MEMEGANG JAWATAN TERSEBUT TELAH TIMBUL BADAI YANG DATANG MENGUJI BELIAU. BADAI YANG TIMBUL ITU IBARAT AMARAN AWAL TSUNAMI YANG MUNGKIN LEBIH BESAR AKAN MENIMPANYA SEDIKIT MASA LAGI. DATO’ SERI ABDULLAH TERPAKSA MENGUMPUL SEBERAPA BANYAK TENAGA DAN KEUPAYAANNYA UNTUK MENGHADAPI BADAI TERSEBUT. JIKA PERSEDIAANNYA TIDAK MENCUKUPI MAKA IA AKAN KECUNDANG DI TENGAH JALAN DAN TIADA SIAPA YANG AKAN DAPAT MENOLONGNYA LAGI.
SEMAKIN HARI SEMAKIN HEBAT BADAI YANG MELANDANYA. GELOMBANGNYA DAPAT DIRASAI OLEH SEGENAP LAPISAN PENDUDUK DI NEGARA INI. KEADAAN INI SANGAT MEMBINGUNKAN…IANYA SANGAT MENGHAIRANKAN. MENGAPA IANYA BOLEH TERJADI…HANYA DATO’ SERI ABDULLAH SAHAJA YANG MENGETAHUINYA KERANA KITA TAHU GELOMBANG TERSEBUT DATANGNYA DARI PELBAGAI BENTUK DAN CORAK. GELOMBANG PERTAMA YANG TERPAKSA DIHADAPI OLEH PAK LAH ADALAH MENJADI BAHAN KUTUKAN DAN TEGURAN OLEH ORANG YANG TELAH MENGANGKATNYA MENJADI PERDANA MENTERI IAITU TUN DR. MAHATHIR SENDIRI. SUNGGUH TIDAK DISANGKAI IANYA BOLEH TERJADI. TIADA SIAPA YANG MENJANGKA KEADAAN SEPERTI INI BOLEH TERJADI. SETIAP LAPISAN MASYRAKAT BERCAKAP MENGENAINYA TETAPI TIADA SIAPA YANG DAPAT MENCARI PUNCANYA. TIADA SIAPA KECUALI DATO’ SERI ABDULLAH DAN TUN DR. MAHATHIR SENDIRI.
GELOMBANG KEDUA YANG MENGUJI KEPIMPINAN PAK LAH ADALAH SIRI-SIRI DEMONSTRASI JALANAN YANG DILAKUKAN OLEH KEPELBAGAIAN PIHAK. PENYOKONG PAS DI BATU BUROK YANG MENUNJUK PERASAAN KERANA TIDAK DIBERIKAN PERMIT UNTUK MENGADAKAN CERAMAH, PIHAK TUAN PUNYA BABI DI MELAKA YANG MENENTANG PEMBUNUHAN DAN KERJA-KERJA PEROBOHAN KANDANG BABI TERSEBUT, PIHAK BERSIH YANG MAHUKAN PILIHANRAYA LEBIH BERSIH DAN ADIL DILAKSANAKAN, PIHAK PEGUAM YANG MENUNTUT AGAR DILAKUKAN PEMBERSIHAN NAMA PEGUAM DAN KEHAKIMAN NEGARA YANG TERCEMAR DISEBABKAN OLEH PENDEDAHAN PITA VIDEO KONSPIRASI PERLANTIKAN KETUA HAKIM SEMASA ERA PEMERINTAHAN TUN DAHULU DAN AKHIRNYA SIRI DEMONSTRASI OLEH PIHAK HINDRAF YANG MENDAKWA KAUM INDIA DIDISKRIMINASI OLEH PEMERINTAH DENGAN MENUDUH UMNO SEBAGAI DALANGNYA.
MALAHAN YANG TERBARU ADALAH KRISIS DALAMAN PARTI SEPERTI YANG BERLAKU DI PERLIS DAN KISAH PERLETAKKAN JAWATAN OLEH SALAH SEORANG PEMIMPIN BN KERANA DISEBABKAN OLEH DVD LUCAH YANG TERSEBAR DIKESELURUHAN NEGARA.
SELAKU RAKYAT BIASA SUDAH TENTU BANYAK PERSOALAN YANG TIMBUL. ADAKAH INI SATU KONSPIRASI UNTUK MENJATUHKAN PAK LAH..?? ADAKAH INI SATU GURAUAN POLITIK YANG SENGAJA DITIMBULAKAN BAGI MENGHANGATKAN KEADAAN..??ADAKAH INI SATU PENGUJIAN YANG INGIN DILAKUKAN OLEH MENTOR PAK LAH ATAU PUN ORANG-ORANG DI SEKELILINGNYA…??ADAKAH INI SATU SATU RANCANGAN JANGKA PANJANG YANG DIRANGKA OLEH SATU-SATU PIHAK DALAM MERENCANAKAN MISI MEREKA..??ADAKAH INI SEPERTI PEPATAH ADA UDANG DI SEBALIK BATU ATAU SERAMPANG DUA MATA SAMA ADA DIMAINKAN OLEH SEBELAH PIHAK ATAU PUN KEDUA-DUA BELAH PIHAK. SUDAH TENTU KITA TIDAK DAPAT MENJAWABNYA DAN TERUS MENJADI PERSOALAN.
NAMUN WALAU APA PUN SAYA SELAKU RAKYAT BIASA PERCAYA PERISTIWA INI MEMPUNYAI SEBABNYA YANG TERTENTU.
DI SAAT-SAAT INI TERLINTAS DIFIKIRAN SAYA SEMASA PEMERINTAHAN TUN DAHULU. SAYA TELAH HIDUP DIBAWAH KEPIMPINANNYA SELAMA LEBIH 20 TAHUN DENGAN PENUH KEPERCAYAAN DAN PENGHORMATAN KEPADANYA. SAAT DIMANA TUN MENGUBAH SENARIO NEGARA INI DALAM MASA 20 TAHUN. CUBA BAYANGKAN ANAK KITA YANG UMURNYA DILAHIRKAN DAN KINI TELAH DAPAT BERGERAK, BERFIKIR, MENCARI REZEKI DAN SEBAGAINYA DI ATAS KEUPAYAANNYA SENDIRI. SUDAH TENTU KITA BANGGA MELIHATNYA. BEGITULAH KEADAANNYA NEGARA KITA. JIKA DAHULU NEGARA KITA TIADA APA YANG DAPAT DIBANGGAKAN. TETAPI KINI DENGAN BANGGA KITA BERCERITA KEPADA MASYARAKAT LUAR TENTANG NEGARA KITA. INILAH BUKTINYA KEJAYAAN YANG TUN BERIKAN KEPADA KITA SELAMA BELIAU MEMIMPIN NEGARA INI.
WALAU PUN BELIAU TELAH BERSARA..NAMUN, SEMANGAT BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MASIH MENEBAL DALAM DIRI TUN. KITA PATUT GEMBIRA DAN BERSYUKUR KERANA ADA ORANG SEPERTINYA DALAM NEGARA INI. ORANG YANG SANGGUP BERKHIDMAT UNTUK NEGARA DAN BANGSANYA WALAUPUN TELAH BERSARA. ORANG YANG SANGGUP MENURUNKAN DARJATNYA YANG SELAMA INI AMAT DISEGANI SERTA DIGERUNI SETARAF ORANG KEBANYAKKAN. MALAHAN SANGGUP MENGAMBIL RISIKO YANG TINGGI SEMATA-MATA UNTUK MEMASTIKAN PRINSIP YANG SELAMA INI DIDUKUNGNYA TIDAK DIPERKOTAK-KATIKKAN OLEH PIHAK LAIN WALAUPUN RISIKO DIGUGURKAN DARIPADA UMNO, DIKENAKAN ISA, TINDAKAN MAHKAMAH DAN SEBAGAINYA LAGI.
SAYA AMAT BERBANGGA MEMPUNYAI SEORANG PERDANA MENTERI SEPERTI BELIAU. PERDANA MENTERI YANG BERANI, BERPADANGAN JAUH, KOMITED DAN SEBAGAINYA. SETAKAT INI TIADA YANG SETANDING DENGANNYA SEBAGAI PERDANA MENTERI.
NAMUN, SAAT DAN KETIKA INI SAYA AMAT TERKEJUT, BINGUNG DAN TIDAK MENYANGKA SAMA SEKALI PADA MEREKA YANG SELAMA INI MENGANGGAP BELIAU SEBAGAI ORANG YANG PALING DIHORMATI MALAHAN ADA YANG MENGANGGAPNYA SEBAGAI BAPA TELAH MEMALINGKAN MUKA DARIPADANYA MALAHAN BERUSAHA UNTUK MEMUSNAHKAN TERUS KEHIDUPANNYA. DENGAN SIKAP YANG BOLEH DIKATAKAN ‘KURANG AJAR’ MEREKA YANG SELAMA INI BERADA DIBAWAH TUNJUK AJAR TUN TELAH MENUNJUKKAN SIKAP MEREKA YANG SEBENARNYA. MEREKA INI SEMEMANGNYA SESEORANG YANG TIDAK MENGENANG BUDI DAN JUGA AMAT TIDAK BOLEH DIPERCAYAI UNTUK BERADA DALAM BARISAN HADAPAN DALAM PARTI DAN JUGA DALAM PENTADBIRAN NEGARA. MEREKA DENGAN RAPUH BERALIH ARAH SEPERTI LALANG YANG DITIUP ANGIN. JIKA LEMBU MEREKA SUDAH BOLEH DISEMBELIH UNTUK DIBUAT DAGING GULAI KAWAH KERANA SUDAH TIDAK MENGENANG JASA TUAN LAMA MEREKA.
JIKA ITU YANG MEREKA LAKUKAN KEPADA TUN, MENGAPA PERKARA SAMA TIDAK AKAN BERLAKU KEPADA PAK LAH DI MASA AKAN DATANG. MEREKA INI HANYA INGIN MENJAGA KEPENTINGAN DIRI SAHAJA. DEMI KEPENTINGAN DIRI TIDAK TERGUGAT MEREKA AKAN MENGAMPU DAN LAKUKAN APA SAHAJA UNTUK MENYENANGI HATI PAK LAH. MEREKA TIDAK BERMINAT DENGAN APA YANG TIDAK MENYENTUH KEPENTINGAN MEREKA. MEREKA HANYA MENGAMPU PAK LAH.
BAGI SULTAN JOHOR PULA, BELIAU SEMEMANGNYA AMAT MARAH TERHADAP TUN. MARAH KERANA TUN TELAH MENGURANGKAN KEKEBALAN KELUARGA DIRAJA YANG SELAMA INI SEMEMANGNYA TIDAK DIIKTIRAF OLEH NURANI DAN SIFAT HAKIKI MANUSIA. MANA ADA MANUSIA YANG TIDAK BUAT SALAH DAN JIKA DIBUAT SALAH HUKUMAN TIDAK BOLEH DIKENAKAN TERHADAPNYA. MANUSIA INI SAMA SAHAJA. LAHIR DENGAN TELANJANG DAN MATI JUGA DENGAN TELANJANG. SANGAT HINA. BELIAU TELAH LAKUKAN KESALAHAN…SATU-SATU CARA YANG TUN LAKUKAN PADA MASA ITU ADALAH AMAT TEPAT SEKALI. NAMUN BAGI SAYA IA MASIH TIDAK MENCUKUPI. SAYA MASIH TERTANYA-TANYA APAKAH FUNGSI RAJA PADA WAKTU INI. TIDAK BANYAK YANG PIHAK DIRAJA LAKUKAN UNTUK RAKYAT JELATA. SAYA SENDIRI MASIH TIDAK MENGENALI RAJA SAYA DARI DEKAT SEPANJANG HIDUP SAYA. SETAKAT INI SAYA RASA BANGGA DENGAN SULTAN PAHANG YANG MASIH MENGAMBIL TAHU HAL RAKYAT. HANYA BELIAU SEORANG SAHAJA YANG BANYAK BERSUARA. DI MANA RAJA-RAJA DAN SULTAN-SULTAN YANG LAIN.
JIKA DIINGATKAN KEMBALI DENGAN APA YANG TUN BERIKAN SELAMA BELIAU MENJADI PERDANA MENTERI KITA TIDAK MAMPU UNTUK MEMBALASNYA. AMAT BESAR SUMBANGANNYA KEPADA NEGARA INI. BUKAN UNTUK BERDOA TETAPI JIKA TUN MENINGGALKAN DUNIA INI SAYA AKAN MENANGISI AKAN KEMATIANNYA. SAYA AKAN BERCERITA KEPADA ANAK DAN CUCU TENTANG KEJAYAAN TUN. SAYA AKAN PASTIKAN INGATAN SAYA KEPADA TUN TIDAK AKAN LUPUT DARI FIKIRAN SAYA. BELIAU ADALAH BAPA SAYA.
SAYA AKUI, SEKARANG BUKAN MASA UNTUK SAYA BERCAKAP TENTANG TUN. BELIAU TELAH MENJADI RAKYAT BIASA. SEKARANG ADALAH ZAMAN PEMERINTAHAN PAK LAH. NAMUN, JAUH DISUDUT HATI SAYA KEPIMPINAN PAK LAH SUDAH BERADA DALAM KEADAAN KRITIKAL. TIDAK SAMPAI LIMA TAHUN PEMERINTAHANNYA, BERBAGAI CARA DAN PERISTIWA-PERISTIWA YANG BERLAKU DALAM NEGARA INI TELAH MENGIKISKAN KEYAKINAN RAKYAT JELATA TERHADAPNYA. DITAMBAH PULA DENGAN KENAIKAN HARGA BEKALAN ASAS, KENAIKAN HARGA MINYAK, KOS SARA HIDUP YANG NAIK, TOL NAIK DAN SEMUANYA NAIK. RAKYAT PERTENGAHAN DAN MISKIN MASIH MERINTIH DALAM NEGARA SENDIRI. RINGGIT MALAYSIA SEMAKIN BERKURANG NILAINYA.
HALA TUJU PAKLAH MASIH SAMAR-SAMAR. WALAU PUN BELIAU TELAH MEMPERKENALKAN BANYAK PROGRAM PEMBANGUNAN SEPERTI WPI, RANCANGAN PEMBANGUNAN WILAYAH UTARA, RANCANGAN PEMBANGUNAN WILAYAH TIMUR DAN RANCANGAN PEMBANGUNAN WILAYAH SABAH & SARAWAK NAMUN KEMAMPUAN NEGARA UNTUK MENJAYAKAN RANCANGAN-RANCANGAN TERSEBUT MASIH MENJADI PERBAHASAN PADA SEMUA PIHAK. BEGITU JUGA DENGAN KEMPEN PEMODENAN PERTANIAN NEGARA YANG DIPERKENALKAN OLEH PAK LAH SEMASA BELIAU MULA-MULA MEMEGANG TAMPUK PEMERINTAHAN DI SUATU MASA DAHULU. KEMPENNYA MASIH LEMAH. RAKYAT MASIH TERTANYA-TANYA APA ITU REVOLUSI PERTANIAN YANG PAK LAH NAK KETENGAHKAN. TIADA PERBEZAAN DAN PERUBAHAN PUN YANG BELAKU.
GRADUAN YANG KELUAR DARIPADA UNIVERSITI BERLAMBAK. BANYAK UNIVERSITI DIBUKA. JIKA BANYAK UNIVERSITI DIBUKA, MAKA BANYAK PULA GRADUAN YANG AKAN DILAHIRKAN. SELEPAS TAMATNYA PENGAJIAN, GRADUAN-GRADUAN ITU SUDAH TENTU AKAN MENGHARAPKAN MENDAPAT SATU PEKERJAAN BAGI MENYARA KELUARGA DAN MENBALAS JASA IBU BAPA. MEREKA SEPATUTNYA KELUAR DENGAN RASA GEMBIRA DAN BANGGA TETAPI MEREKA MELANGKAH KELUAR DARIPADA UNIVERSITI DENGAN RASA TAKUT, SEDIH MENINGGALKAN KENANGAN MANIS DI UNIVERSITI, RISAU DAN BERBAGAI-BAGAI LAGI PERKARA BERMAIN DALAM FIKIRAN MEREKA. MEREKA TIDAK DAPAT BEKERJA UNTUK MENYARA KELUARGA, DIRI SENDIRI MALAHAN UNTUK MEMBAYAR BALIK PINJAMAN PUN MEREKA TIDAK DAPAT LAKUKAN.
PIHAK KERAJAAN PIMPINAN PAK LAH ADA MENYEBUT GRADUAN MESTI MENCEBURI BIDANG PERNIAGAAN. YA…BETUL SERUAN TERSEBUT. TETAPI ADAKAH MEREKA BERTANYAKAN KEPADA GRADUAN MASALAH UNTUK BERNIAGA. MODAL, TEMPAT BERNIAGA, PIHAK BANK, PIHAK KERAJAAN, GALAKAN DAN SEBAGAINYA FAKTOR PENGHALANG. UNTUK MENDAPATKAN KELULUSAN KEWANGAN SEBAGAI MODAL PERNIAGAAN PUN SUSAH. WAKIL BANK KETAWA TERBAHAK-BAHAK BILA MEREKA INGIN MEMOHON KELULUSAN PINJAMAN. JADI, APA KATA PAK LAH. MEREKA YANG LAHIR DARI KELUARGA BERADA BOLEH LAH MENDAPATKAN BELAS IHSAN KELUARGA BAGI MENDAPATKAN MODAL. TETAPI BAGAIMANA DENGAN MEREKA YANG LAHIR DARI KELUARGA SUSAH TETAPI MEMPUNYAI SEMANGAT BERKOBAR-KOBAR UNTUK BERNIAGA. TIADA SIAPA YANG SUDI UNTUK MENOLONG. HANYA TELAN AIR LIUR SAHAJA.
KERAJAAN PAK LAH JUGA MENGHADAPI CABARAN GETIR DENGAN PENDEDAHAN KEJADIAN RASUAH YANG SEMAKIN BERLELUASA OLEH JENTERA KERAJAAN YANG DIPIMPINNYA. SABAN HARI ADA SAHAJA LAPORAN TENTANG KES RASUAH DI MUKA-MUKA BERITA UTAMA DALAM NEGARA.
SESUNGGUHNYA, KEPELBAGAIAN PERISTIWA YANG BERLAKU DIKEBELAKANGAN INI TELAH PUN MEROBEK SEDIKIT SEBANYAK KEYAKINAN RAKYAT JELATA TERHADAP KEPIMPINAN PAK LAH SELAKU PERDANA MENTERI MALAYSIA DAN JUGA SEBAGAI PRESIDEN UMNO.
SETAKAT INI TIADA SIAPA YANG MENANG DAN TIADA SIAPA YANG KALAH. ATAU PUN YANG MENANG MENJADI ARANG DAN YANG KALAH MENJADI ABU. KEDUA-DUANYA MERUGIKAN NEGARA DAN BANGSA. NAMUN, SAYA PERCAYA PAK LAH MEMPUNYAI SEMANGAT YANG KUAT UNTUK BERKHIDMAT DEMI NEGARA. SAYA MENYOKONG PAK LAH DAN KERAJAAN TETAPI SAYA TIDAK MENYOKONG KAKI AMPU DAN ORANG-ORANG YANG INGIN MEROSAKKAN APA YANG TELAH DIKECAPI OLEH RAKYAT SELAMA INI. BEGITU JUGA DENGAN PARTI-PARTI PEMBANGKANG; JIKA APA YANG MEREKA PERJUANGKAN ITU ADALAH BETUL DAN BERADA PADA LANDASAN YANG DITETAPKAN DEMI KEBAIKAN BANGSA, AGAMA DAN NEGARA, TERUSKANLAH PERJUANGAN ANDA. TIDAK KIRA BENAR ATAU PUN SALAH SESUATU PERKARA ITU, APABILA SAMPAI MASANYA, YANG BENAR AKAN MENGATASI YANG SALAH DAN YANG BAIK AKAN MENGATASI YANG BURUK. SELAMAT BERJUANG KEPADA SEMUA UNTUK PILIHANRAYA UMUM YANG AKAN DILAKUKAN PADA BILA-BILA MASA SAHAJA.……ZAINI IBRAHIM.
0 ulasan:
Catat Ulasan