Timbulnya parti KeAdilan itu kerana disebabkan oleh apa yang dikatakan ketidak-adilan system politik di Negara ini. Walaupun pada dasarnya parti tersebut ditubuhkan untuk mewujudkan satu system ‘keadilan’ bagi semua perkara, namun demikian sejak akhir-akhir ini PKR ini telah pun menjadi kelam-kabut dan caca-marbar kerana kerosakan dalaman yang telah, sedang dan akan berlaku. Kerosakan dari dalam sudah menjadi seperti barah kepada PKR. Seorang demi seorang orang kuat PKR bertindak meninggalkan apa yang dipanggil Parti Keadilan itu kerana katanya parti tersebut SUDAH TIDAK ADIL LAGI . Tidak adil sama ada terhadap pemimpin mereka atau pun terhadap ahlinya sendiri.
Nasib PKR sudah boleh diramal. Ianya seperti terkuburnya Parti Melayu semangat 46 seperti suatu masa dahulu. Semakin hari semakin tenat dan lama kelamaan akan menjadi pasif dan terus layu. Kini, suara PKR sudah menjadi lemah selemahnya dan tanpa sokongan ( semestinya sokongan tidak ilkhlas) dari parti-parti lain sudah pasti suara PKR akan terus tenggelam dan lenyap difikiran rakyat jelata.
Kemunculan PKR amat memeningkan kepala otak rakyat. Sokongan rakyat terhadapnya bukanlah disebabkan oleh apa yang boleh dibawa oleh PKR kepada agama, bangsa dan Negara tetapi kerana kasihankan nasib yang menimpa Dato’ Seri Anuar Ibrahim. Rakyat yang begitu dangkal fikirannya dan mudah marah kerana sesuatu peristiwa yang berlaku akan mudah dipengaruhi. Mereka tiada keupayaan untuk berfikir panjang dan tidak dapat menilai sejauh mana keupayaan satu-satu parti politik itu dalam memperjuangkan nasib mereka.
Hikmat putar alam yang pandai dan bijak dipersembahkan kepada rakyat jelata oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dalam PKR telah berjaya menarik perhatian sesetengah dari mereka yang sememangnya tersepit dan pening ditengah-tengah medan peperangan.
namun demikian, mereka masih mempunyai masa untuk melakukan pembetulan. Pembetulan terhadap diri sendiri dan juga terhadap Negara yang dikasihi ini. Mereka perlu melihat kembali apa yang ada pada PKR selama ia ditubuhkan. Mereka perlu merenung kembali siapa peneraju PKR. Mereka perlu melihat dan memahami sejarah kejadian PKR. Mereka perlu menilai mengapa PKR masih lemah walaupun telah lama ditubuhkan. Mereka perlu menilai keupayaan PKR itu sendiri dalam memperjuangkan nasib mereka.
Mereka masih mempunyai masa. Hanya dua pilihan yang ada. Bagi orang melayu, sama ada kembali kepada UMNO atau pun beralih kepada Parti PAS. Kedua-dua parti adalah untuk orang melayu memperjuangkan nasib mereka. Kepakaran dan kebijaksanaan yang ada pada mereka amat diperlukan dalam memperkuatkan parti yang bakal mereka ikuti nanti. Tiada parti lain selain UMNO dan PAS dalam Negara ini yang dapat menyuarakan nasib orang melayu.
Anggaplah PKR sudah tenggelam.
2 ulasan:
Bagi orang Melayu di Malaysia hanya PAS patut dijadikan pilihan dan bukannya UMNO. Jika memilih PAS bererti kita memilih perjuangan yang berteraskan Islam sementara UMNO lebih kepada perjuangan untuk perut sendiri dengan menjadikan perjuangan Melayu sebagai topeng untuk mengabui orang Melayu sendiri.
Catat Ulasan