Jumaat, 25 Januari 2008
Sabtu, 19 Januari 2008
PKR = PUAK-PUAK KUBE OTAK RAKYAT
Timbulnya parti KeAdilan itu kerana disebabkan oleh apa yang dikatakan ketidak-adilan system politik di Negara ini. Walaupun pada dasarnya parti tersebut ditubuhkan untuk mewujudkan satu system ‘keadilan’ bagi semua perkara, namun demikian sejak akhir-akhir ini PKR ini telah pun menjadi kelam-kabut dan caca-marbar kerana kerosakan dalaman yang telah, sedang dan akan berlaku. Kerosakan dari dalam sudah menjadi seperti barah kepada PKR. Seorang demi seorang orang kuat PKR bertindak meninggalkan apa yang dipanggil Parti Keadilan itu kerana katanya parti tersebut SUDAH TIDAK ADIL LAGI . Tidak adil sama ada terhadap pemimpin mereka atau pun terhadap ahlinya sendiri.
Nasib PKR sudah boleh diramal. Ianya seperti terkuburnya Parti Melayu semangat 46 seperti suatu masa dahulu. Semakin hari semakin tenat dan lama kelamaan akan menjadi pasif dan terus layu. Kini, suara PKR sudah menjadi lemah selemahnya dan tanpa sokongan ( semestinya sokongan tidak ilkhlas) dari parti-parti lain sudah pasti suara PKR akan terus tenggelam dan lenyap difikiran rakyat jelata.
Kemunculan PKR amat memeningkan kepala otak rakyat. Sokongan rakyat terhadapnya bukanlah disebabkan oleh apa yang boleh dibawa oleh PKR kepada agama, bangsa dan Negara tetapi kerana kasihankan nasib yang menimpa Dato’ Seri Anuar Ibrahim. Rakyat yang begitu dangkal fikirannya dan mudah marah kerana sesuatu peristiwa yang berlaku akan mudah dipengaruhi. Mereka tiada keupayaan untuk berfikir panjang dan tidak dapat menilai sejauh mana keupayaan satu-satu parti politik itu dalam memperjuangkan nasib mereka.
Hikmat putar alam yang pandai dan bijak dipersembahkan kepada rakyat jelata oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dalam PKR telah berjaya menarik perhatian sesetengah dari mereka yang sememangnya tersepit dan pening ditengah-tengah medan peperangan.
namun demikian, mereka masih mempunyai masa untuk melakukan pembetulan. Pembetulan terhadap diri sendiri dan juga terhadap Negara yang dikasihi ini. Mereka perlu melihat kembali apa yang ada pada PKR selama ia ditubuhkan. Mereka perlu merenung kembali siapa peneraju PKR. Mereka perlu melihat dan memahami sejarah kejadian PKR. Mereka perlu menilai mengapa PKR masih lemah walaupun telah lama ditubuhkan. Mereka perlu menilai keupayaan PKR itu sendiri dalam memperjuangkan nasib mereka.
Mereka masih mempunyai masa. Hanya dua pilihan yang ada. Bagi orang melayu, sama ada kembali kepada UMNO atau pun beralih kepada Parti PAS. Kedua-dua parti adalah untuk orang melayu memperjuangkan nasib mereka. Kepakaran dan kebijaksanaan yang ada pada mereka amat diperlukan dalam memperkuatkan parti yang bakal mereka ikuti nanti. Tiada parti lain selain UMNO dan PAS dalam Negara ini yang dapat menyuarakan nasib orang melayu.
Anggaplah PKR sudah tenggelam.
Dicatat oleh PAKCIK di 2:30:00 PG 2 ulasan
Jumaat, 18 Januari 2008
TOLAK PEMIMPIN TIDAK BERETIKA DAN TIDAK BERKUALITI
PUTRAJAYA, 13 Jan (Bernama) -- Golongan yang mengunakan cara tidak beretika dan keganasan untuk mencapai cita-cita mereka menjadi seorang pemimpin patut ditolak sepenuhnya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri itu berkata sesiapa yang mahu menjadi pemimpin sepatutnya cuba memiliki kualiti yang betul tetapi beliau tidak semestinya berjaya.
"Cara bagaimana beliau mengendalikan kegagalannya akan menunjukkan sama ada beliau benar-benar memiliki kualiti berkenaan," katanya pada persidangan mahasiswa di sini hari ini.
Dr Mahathir berkata: "Mungkin terdapat 1,000 orang di Malaysia yang memiliki kualiti kepimpinan yang baik tetapi mereka tidak berjaya hanya kerana keadaan tidak memihak kepada mereka," katanya.
Sebaliknya, katanya mungkin terdapat mereka yang mempunyai kualiti kepimpinan yang lemah tetapi mereka mungkin menjadi pemimpin kerana kepimpinan diamanahkan kepada mereka.
Dr Mahathir menggariskan tujuh kualiti untuk menjadi pemimpin yang baik, iaitu:
i. Seorang pemimpin yang baik tidak semestinya merendah diri tetapi sekurang-kurangnya tidak bercakap besar.
ii. Beliau mesti bersedia menerima tanggungjawab tetapi tidak boleh terlalu mendesak dan berkeras dalam memimpin.
iii. Beliau tidak harus menyalahkan orang lain bagi kegagalan tetapi mengakui kelemahan diri sendiri. Beliau tidak harus menunding jari atau mencari seseorang untuk dipersalahkan.
iv. Beliau patut bersikap luhur dan tidak pentingkan pujian dan kemasyhuran.
v. Beliau patut tahu bagaimana mengendalikan pengikutnya begitu juga pihak atasan. Beliau perlu sensitif dengan sensitiviti orang lain.
vi. Beliau patut bersedia melakukan yang diharapkan oleh orang lain untuk beliau laksanakan. Beliau patut mendukung slogan kepimpinan melalui teladan.
vii. Beliau perlu bijak dan lebih pintar sekurang-kurangnya berbanding orang yang berada di bawah pimpinannya.
Dr Mahathir berkata seorang pemimpin perlu mempunyai banyak idea, idea untuk hala tuju kepimpinan, idea mengenai perkara yang beliau dan pengikutnya perlu lakukan atau capai dan idea untuk meningkatkan kesejahteraan hidup dan persekitaran mereka.
Sama penting ialah beliau perlu tahu bagaimana untuk menjadikan idea itu menjadi kenyataan, katanya.
Beliau berkata seorang pemimpin perlu sedar dengan keperluan dan kehendak orang ramai, menilai mereka dan memberi panduan yang betul kepada mereka dan merancang serta melaksanakan objektif berkenaan bersama-sama pengikutnya dengan jayanya.
"Kepimpinan yang baik jelas amat penting. Kita jarang dapat mengenal pasti pemimpin yang baik dari awal bagi membolehkan kita membuat pilihan yang betul. Rakyat Jerman yang memilih Hitler tidak tahu beliau akan menjadi pemimpin jenis macamana.
"Sebaliknya, pemimpin yang akhirnya muncul sebagai pemimpin yang baik menghadapi banyak kesulitan dalam memenangi sokongan rakyat pada awalnya. Malahan Nabi (Muhammad s.a.w) dibaling dengan batu oleh penduduk Taif ketika baginda mula menyebarkan ajaran agama Islam," katanya.
Beliau berkata kebangkitan dan kejatuhan negara-negara terkemuka dan yang pasti kebangkitannya adalah disebabkan kepimpinan yang baik.
"Apabila pemimpin tidak cekap, negara akan jatuh. Rakyatnya mungkin sama, latar belakang dan kekayaan dan sumber mungkin sama, tetapi apabila pemimpinnya tidak cekap atau lemah, dengan itu negara-negara terkemuka, malahan empayar besar pun boleh jatuh," kata Dr Mahathir yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun.
Dr Mahathir berkata tidak kira betapa seseorang itu cuba mempamerkan kualiti dan ciri-ciri pemimpin yang baik, ia bukan jaminan yang mereka tidak mungkin melakukan kesilapan.
"Dan begitu juga, tidak kira berapa banyak yang kita belajar mengenai kualiti untuk menjadi pemimpin yang baik, masih tidak mustahil yang kita memilih pemimpin yang salah," katanya.
Dicatat oleh PAKCIK di 7:43:00 PTG 0 ulasan
Jumaat, 11 Januari 2008
BN TIRU BANYAK LANGKAH KELANTAN, RAKYAT WAJAR KEKALKAN KERAJAAN PAS
HARAKAH – 11/01/08
(Mat Zain Mat Isa)
'Tak dak sebab demo nak lawe kawe' akan sentiasa diingati sebagai antara ungkapan paling berbisa yang pernah diutarakan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ia sekaligus menjadi cabaran dan amaran kepada musuh-musuh politik kerajaan pimpinannya.
Suatu ketika dulu bait itu seakan dijadikan tagline kepada segala program penerangan dan penerbitan PAS Kelantan.
Pendirian tegas Mursyidul Am PAS itu malah turut dijadikan inspirasi dan pendorong oleh ahli dan pendokong parti itu di seluruh negara.
Bertitik-tolak daripada hujah dan penghuraian diberikan Tok Guru dan para pemimpin PAS Kelantan ketika itu, para penceramah dan tenaga penerangan PAS di seluruh negara merasionalkan hujah mereka terhadap parti lawan dalam konteks negeri masing-masing pula.
Hujah dan huraian di atas ungkapan tadi sangat kukuh dan meyakinkan. Ia berkisar di atas segala bentuk perubahan dan pembaharuan diperkenalkan kerajaan Kelantan sejak diambilalih oleh Angkatan Perpaduan Ummah (APU) bermula 1990 lalu.
Sudah barang tentu segala perubahan itu dibuat agar selari dan menepati kehendak Islam.
Apabila sesuatu telah diubah kepada yang menepati Islam, ia telah membuktikan sekurang-kurangnya dua perkara. Pertama, bahawa perkara yang diubah itu diwarisi dalam bentuk atau keadaan asalnya yang tidak menepati kehendak Islam.
Kedua, apabila ia telah diubah untuk bertepatan dengan Islam, maka di mana lagi kewajaran dan kewarasan untuk mana-mana pihak yang beragama Islam menentang dan melawannya?
'Tak dak sebab demo (BN) nak lawe kawe', sebab 'kawe' (PAS) telah melaksanakan perubahan dan pembaharuan menurut apa yang dikehendaki agama.
PAS telah membangunkan Kelantan menurut Islam setelah pemerintahan Barisan Nasional selama 12 tahun gagal melaksanakannya.
Selain perubahan dan pembaharuan itu dilaksanakan menurut tuntutan Islam, ada juga antara perubahan diperkenalkan kerajaan Kelantan pimpinan PAS itu kemudiannya menjadi ikutan dan tiruan kerajaan negeri-negeri lain dipimpin BN.
Hakikat itu lebih menguatkan lagi hujah Tok Guru mengapa 'tak dak sebab demo nak lawe kawe', sedangkan apa yang 'kawe' buat 'demo' tiru.
Analogi simplistik Najib kepada rakyat Kelantan
Dalam keadaan yang ada kini, barangkali ada perlunya beberapa perubahan yang dimaksudkan itu diulangsebut kembali. Mudah-mudahan ia mampu mengingatkan kembali para pemimpin BN Kelantan agar jangan terlalu ghairah menentang kerajaan yang ada sehingga mengenepikan segala kebaikan yang telah dilaksanakan itu.
Keghairahan BN itu jelas tergambar menerusi keyakinan palsu yang cuba ditanam Timbalan Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak minggu lalu. Dalam kunjungannya ke Kelantan pada 3 dan 4 Januari lalu, beliau dilaporkan menyeru rakyat negeri itu menjadikan tahun 2008 sebagai tahun terakhir PAS memerintah Kelantan.
Sifir politik dikemukakan Najib sangat simplistik. Kononnya oleh kerana tahun ini akan genap 18 tahun usia kerajaan PAS Kelantan, maka Najib menganggap ia suatu pengulangan sejarah jika ia tumbang sebagaimana kerajaan PAS dahulu juga tumbang selepas berusia 18 tahun.
"Jadi tahun ini, rakyat Kelantan mesti berani dan bersedia untuk menjadikan tahun 2008 sebagai tahun menukar kerajaan negeri," katanya, cuba meyakinkan para penyokongnya.
Najib malah menegaskan perubahan kerajaan amat perlu di Kelantan sekiranya ingin mencapai perubahan yang bersifatkan lonjakan berganda.
Kita tidak tahu dan kurang faham apa yang dimaksudkan Timbalan Perdana Menteri tentang perubahan bersifat lonjakan berganda itu. Cuma agak mengelirukan apabila pemerintahan PAS yang dikatakan tidak berupaya membawa perubahan kepada Kelantan, tiba-tiba beberapa program pemerintahannya menjadi ikutan negeri-negeri lain diperintah BN.
Allah Ta'ala Maha Kaya dan Maha Bijaksana. Tidak terfikir oleh mana-mana pihak bagaimana Dia mentakdirkan ketika Najib begitu beriya-iya memperlekehkan kerajaan Kelantan, di hari sama juga kerajaan negeri Selangor mengumumkan pelaksanaan khairat kematian untuk semua kaum.
Tapi, apa kaitannya dengan Kelantan? Ya, cuba perhatikan betul-betul. Menurut Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohamad Khir Toyo, dana yang dinamakan Tabung Jasamu itu bertujuan memboleh waris kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas atau orang kurang upaya (OKU) yang meninggal dunia, mendapat bantuan RM2,000 bagi membiayai urusan pengebumian.
Kata Khir lagi, tabung itu terbuka kepada semua kaum dan agama untuk meringankan beban waris menguruskan pengebumian jenazah anggota keluarga mereka. Nah! Bukankah itu persis apa yang dilaksanakan di Kelantan sejak awal 2007 lalu?
Apakah anda sudah lupa bahawa Kelantan menjadi negeri pertama memperkenalkan skim insurans percuma sebegitu untuk warga emas? Kerajaan Kelantan telah memperuntukkan sejumlah RM3 juta setiap tahun bagi caruman percuma kepada semua warga emas berusia 60 tahun ke atas menerusi insurans Takaful Kafaalah.
Di bawah skim itu pewaris warga emas yang dicarumkan kerajaan akan menerima pampasan RM2,000 jika warga emas berkenaan meninggal dunia tanpa mengira sebab, termasuk kematian semula jadi. Skim berkenaan diberikan kepada warga emas semua kaum, sama ada Melayu, Cina, India, Siam dan sebagainya selagi mereka adalah rakyat Kelantan.
Sekalung tahniah buat rakyat Kelantan. Nampaknya usaha BN menggambarkan kerajaan PAS sebagai tidak berkemampuan telah dibayar secara 'tunai' oleh Allah Ta�ala. Hari itu (4 Januari) Najib memperlekeh Kelantan, hari itu juga Selangor isytihar tiru program kerajaan Kelantan.
Memang, jika ditanya MB Selangor adakah dia meniru program dibuat kerajaan Kelantan, sudah barang tentu dia tidak akan mengaku. Dalam hal ini, penulis teringat kepada al-marhum Ustaz Bunyamin Yaakub, bekas Ahli Parlimen Bachok.
Dalam salah satu ceramahnya, beliau mengulas beberapa perubahan yang dibuat kerajaan Kelantan dan ditiru kerajaan lain. Tetapi ada pemimpin negeri terbabit menafikan apabila dikatakan mereka telah meniru kerajaan PAS Kelantan.
Katanya, 'tak mengaku pun tak apa. Tapi bila kawe buat dulu, demo buat getek (selepas itu) serupo denge hak kawe buat, (maknanya) demo tiru kawe lah tu!' Semoga Allah merahmati roh Ustaz Bunyamin.
Demi Allah, hujah beliau itu masih relevan dengan apa yang sedang berlaku kini. Tidak cukup dengan kes takaful warga emas itu, Allah Ta'ala datangkan pula kes pokok gaharu. Hanya selang dua hari selepas itu (6 Januari), kerajaan Perak pula mengumumkan akan menanam pokok-pokok gaharu di lereng-lereng tanah tinggi negeri itu sebagai satu lagi sumber pendapatan lumayan kepada rakyat dan negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pelancongan Perak, Dato' Mohd Radzi Manan ketika mengumumkan perkara itu berkata, kerajaannya telah mengenalpasti beberapa kawasan berpotensi untuk tanaman gaharu kerana mempunyai kesesuaian iklim dan bentuk muka bumi untuk tujuan penanamannya secara komersial.
Nah! Bukan kah itu satu lagi tamparan buat Najib dan para pemimpin BN yang cuba memperlekeh Kelantan? Sebagaimana yang telah dimaklumi, beberapa bulan lalu kerajaan Kelantan telah melancarkan projek Koridor Depu, iaitu penanaman pokok depu atau gaharu secara komersial.
Mengikut pasaran semasa, setiap 12 mililiter resin gaharu yang siap diproses, harganya sekitar RM300 hingga lebih RM1,200 mengikut grednya. Potensi besar tanaman ini telah lama disedari kerajaan Kelantan. Penanaman pokok ini digalakkan dengan perancangan mengagih anak pokok secara percuma di samping membuka ladang di pedalaman Kelantan melalui penglibatan Perbadanan Menteri Besar.
Usaha menjadikannya suatu industri telah dirintis sebuah syarikat bumiputera tempatan sejak Mei lalu dengan menggunakan kepakaran dari Thailand. Kini usaha itu cuba ditiru kerajaan BN Perak. Sepertimana kata Ustaz Bunyamin, 'tak mengaku pun tak apa!'
Wajar disebut semula beberapa perubahan oleh kerajaan Kelantan yang sebelum ini telah ditiru kerajaan BN.
Langkah PAS yang ditiru Kerajaan BN
Antaranya ialah:
1. Pajak Gadai Islam ar-Rahn yang dimulakan di Kelantan di awal 90-an kemudian diterima pakai Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM).
2. Cuti bersalin kakitangan wanita dilanjutkan daripada 42 hari kepada 60 hari kemudiannya turut diterima pakai kerajaan Pusat.
3. Konsep kerja lima hari seminggu yang kemudiannya dimulai kerajaan Pusat dengan cuti Sabtu pertama setiap bulan bermula Januari 1999. Konsep itu kemudiannya dilaksanakan sepenuhnya sebagaimana sekarang.
4. Konsep Hotel Islam ditiru oleh negeri Pahang.
5. Amalan tidak memberikan cenderahati atau hadiah semasa lawatan rasmi Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri diikuti oleh sektor perkhidmatan awam menerusi arahan Ketua Pengarahnya pada Ogos 1998.
6. Konsep rumah mampu milik dengan tiga bilik bagi memupuk kerukunan keluarga dijadikan model oleh pemaju dan kerajaan negeri seluruh negara.
7. Ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa sebagai hiasan di tepi jalan raya, diambil ideanya oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 1997 untuk digunakan di tepi lebuh raya.
Apa yang disenaraikan ini hanyalah yang besar-besar saja. Namun yang pastinya, idea pemerintahan PAS tidak koman, malah jauh mendahului kerajaan BN.
Mengambilkira realiti itu, para pendokong kerajaan Kelantan wajar bersepakatan menutup mulut mana-mana pihak yang cuba menggugat kedudukan kerajaan yang ada. Biar pun orang itu adalah Timbalan Perdana Menteri sendiri.
Ingatkan kembali mereka itu kepada ungkapan keramat Tok Guru, 'tak dak sebab demo nak lawe kawe.' – mr
PAKCIK KATA :
Tidak kira siapa tiru siapa tetapi apa yang baik itu dijadikan ikutan dan apa yang tidak baik itu dijadikan pedoman dan iktibar dalam menguruskan agama, bangsa dan Negara.
Dicatat oleh PAKCIK di 4:08:00 PTG 0 ulasan
JABATAN KEBAJIKAN, JABATAN ZAKAT DAN TV3
Ketiga-tiga nama yang disebut sebagai tajuk itu adalah berperanan besar dalam menjaga kebajikan masyarakat yang dikatakan kurang berkemampuan atau pun lebih dikenali sebagai golongan yang miskin, ditimpa bencana, kesusahan dan sebagainya lagi.
Dua nama yang ditubuh khas itu ( jabatan kebajikan dan zakat ) adalah berperanan lebih besar jika dibandingkan dengan apa yang dipanggil tv3. Peranan yang amat diharapkan oleh golongan yang amat memerlukan bantuan dan pertolongan daripada jabatan-jabatan tersebut.
Namun apa yang menyedihkan, kedua-dua jabatan itu tidak dapat memainkan peranannya dengan lebih agresif dan telus terhadap golongan yang dikatakan tidak bernasib baik itu. Mereka tidak dapat mengesan akan kewujudan golongan-golongan yang terpinggir, miskin tegar, hilang kemampuan, hilang punca dan sebagainya lagi di kawasan masing-masing. Mereka tidak dapat menyalurkan setiap dana atau pun apa yang disumbangkan kepada jabatan masing-masing dengan semaksimum yang mungkin kepada golongan-golongan yang disebut tadi.
Kini, terdapat ura-ura menyatakan bahawasanya kedua-dua jabatan itu sudah pun dipengaruhi oleh parti-parti politik tertentu yang mengeluarkan sumbangan dan pertolongan mengikut kata atau telunjuk parti-parti politik tersebut. Mereka akan mengambil langkah yang sewajarnya jika diarahkan oleh orang-orang tertentu dalam satu-satu parti politik tertentu.
Mereka juga dikatakan memilih bulu dalam menyampaikan sumbangan atau pun pemberian terhadap golongan yang malang itu.
Kini, nama TV3 lebih dikenali sebagai salah satu saluran yang boleh mengetengahkan masalah atau luahan yang dihadapi oleh golongan tersebut. Mereka terus menerus mendedahkan kesusahan-kesusahan yang dihadapi oleh golongan tersebut melalui program BERSAMAMU.
Apa yang menjadi persoalannya, mengapa TV3 dapat mengesan kewujudan golongan tersebut terlebih dahulu sedangkan kedua-dua jabatan yang ditubuhkan khas itu tidak dapat mengesan akan kewujudannya. Setelah disiarkan oleh TV3, kedua-dua jabatan itu barulah terhegeh-hegeh memaklumkan kepada orang ramai bahawasanya mereka akan menjalankan kerja mereka bagi membantu golongan tersebut.
Pernah terdengar di telinga ini, adalah menjadi lebih baik sekiranya wang sumbangan, peruntukan yang disediakan dan dana yang ada pada jabatan-jabatan itu diserahkan kepada TV3 agar kerja-kerja kebajikan itu dapat disalurkan terus kepada golongan tersebut yang tidak dihiraukan oleh jabatan-jabatan tersebut.
Adakah kedua-dua jabatan itu sudah lupa akan tugas dan tanggungjawab mereka terhadap bangsa, agama dan Negara? Adakah kakitangan mereka hanya cukup sekadar untuk makan gaji sahaja. Mereka perlu ingat bahawasanya kewujudan mereka adalah semata-mata untuk menjaga untung nasib golongan yang kurang berkemampuan itu.
Itu belum disebut lagi adanya unsur-unsur yang tidak beretika yang wujud dalam organisasi tersebut.
Semoga pihak yang diberi tanggungjawab itu dapatlah memainkan peranan masing-masing dengan sedaya upaya agar setiap rakyat jelata dapat menikmati dan mengecapi kehidupan yang lebih baik bersama-sama dengan mereka yang leih bernasib baik.
Dicatat oleh PAKCIK di 12:33:00 PG 0 ulasan
Khamis, 10 Januari 2008
RETORIK AGAMA TIDAK AKAN MAJUKAN KELANTAN
( Berita Harian : 10/01/08 )
Oleh Dr Alias Mohamed
SEPANDUK, pintu gerbang dan hiasan bermotifkan Islam di jalan raya memberi ingatan berguna kepada orang ramai. Namun tanpa pelaksanaan sebenar hukum Islam, semua ini mengaburi mata rakyat dan kosmetik bertopengkan agama.
Simbol dan slogan atau retorik agama tidak akan membangunkan rakyat bersama Islam, malah membuka laluan kepada keruntuhan dan kekufuran. Pas sudah berkali-kali berjaya dengan cara ini dan akan meneruskan amalan buruk ini semata-mata untuk memenangi pilihan raya.
Motif mereka sebenar ialah untuk mengekal dan menambahkan kerusi kemenangan pada pilihan raya dan selepas itu merangka slogan agama untuk selama empat atau lima tahun akan datang. Tiada asas lain bagi Pas untuk berkuasa, kecuali semata-mata kerana kepentingan diri menerusi platform agama.
Mereka tidak peduli jika terpaksa berbohong dan memutarbelitkan janji mereka yang dihamburkan sebelum berkuasa dulu mengenai kewajipan kepada agama dan rakyat asalkan mereka dapat berkuasa serta menang beberapa kerusi.
Mereka menjadikan manifesto sebagai alat untuk berjanji sebelum berkuasa, walaupun mereka tidak ada kapasiti dan kemampuan untuk menunaikannya.
Selepas berkuasa, mereka tidak akan menyebut atau merujuk lagi kepada janji manis dan harapan tinggi dalam manifesto. Jika hendak membina sebuah masjid pun disuruh rakyat menyediakan tanah dan wang, apa erti manifesto parti? Siapakah yang munafik?
Kemunduran ekonomi rakyat Kelantan menyebabkan rakyat menuduh pemimpin Pas sebagai pentadbir yang mundur, lemah dan tiada visi. Malah sebenarnya mereka amat memalukan orang Melayu.
Yang kaya dan mewah tetap juga orang lain dalam negeri ditadbir orang Islam. Mereka membanjiri lot kedai dan komersial yang dibina tanpa menampakkan perubahan di kalangan pemilik dan peniaga Melayu.
Apakah yang sebenarnya berubah sesudah Kelantan berpindah daripada tangan Barisan Nasional (BN) ke tangan Pas sejak 18 tahun lalu? Apakah rakyat membangun bersama Islam? Yang jelas dan pasti membangun di Kelantan ialah ekonomi bukan Melayu. Bilangan mereka juga semakin meningkat.
Sebenarnya, apa yang dilaksanakan Pas di Kelantan tidak selaras dengan slogan dan propaganda agama pemimpinnya, berbanding Umno yang sudah lama melaksanakan dasar untuk memantapkan kedudukan Islam dalam negara dan kehidupan rakyat.
Sekiranya Kelantan tidak begitu mundur, ia akan menerima banyak perubahan daripada kegiatan pelbagai macam industri dan kegiatan ekonomi. Tetapi semua ini tidak akan terjadi kerana pemimpin Pas memilih untuk mundur.
Disebabkan taksub kepada kuasa bahkan jahil dalam kemahiran serta pengalaman untuk mentadbir negeri secara moden dan melaksanakan undang-undang Islam secara progresif, proaktif, Pas menyelewengkan pentadbiran untuk memperkasakan politik partinya.
Sebab itu, mereka begitu sukar menyalurkan pentadbiran Sekolah Agama Rakyat (SAR) kepada pentadbiran kerajaan Persekutuan yang lebih terjamin. Pas melakukan semua ini kerana kemunduran dan kelemahan ekonomi adalah aset penting partinya untuk terus berkuasa. Kini parti ini menggunakan modal insan di kalangan pelajar SAR untuk mengehadkan pengaliran ilmu.
Pemimpin Pas pada hakikatnya bimbang akan kehilangan kerusi kerana kehilangan kerusi bermakna kehilangan pendapatan dan mata pencarian sebagai wakil rakyat. Tidak munafik jika mereka menggunakan agama dan ayat al-Quran untuk menang atau jika mereka memesong dan mengelirukan fikiran rakyat untuk mengekalkan kuasa.
Malangnya, mereka ini tidak berasa berdosa dan bersalah mengkafir serta memfitnah atau menggunakan alasan agama palsu supaya pengundi tidak mengundi BN. Adakah dengan merujuk kepada agama, Kitabullah dan Sunnah, maka pemimpin Pas dengan sendirinya mengambil alih tanggungjawab Tuhan?
Mentadbir sebuah negeri dan mengurus kebajikan serta ekonomi rakyat memerlukan kepakaran khusus, lebih daripada kepakaran tok guru dan tok alim. Pas menganggap mentadbir negeri atau negara dan menukar corak pentadbiran kepada pemerintahan ala ‘negara Islam’ seperti menggosok lampu Aladin.
Rakyat tidak selama-lamanya boleh hidup dengan simbol, janji dan slogan agama. Pas sudah diberi peluang memerintah Kelantan selama 35 tahun. Apa yang ada? Orang Islam di bawah pentadbiran Pas tidak akan berupaya berdepan dengan masyarakat yang lebih maju, seperti Cina.
Malah, sengketa orang Islam yang dicetuskan Pas berpunca daripada isu agama akan menyokong pandangan untuk memundurkan lagi dan tidak membangunkan orang Islam. Fatwa kerajaan disanggah dan diperlekehkan.
Hanya fatwa pemimpin Pas menjadi hukum. Semua ulama kerajaan disamakan dengan terompah kayu, hanya ulama mereka yang fundamental dan maksum. Apakah Islam hak orang Pas saja?
Pemimpin Pas membina benteng pejal supaya boleh berselindung di sebalik hukum yang mereka cipta. Mereka membentuk puak dan kelompok tidak diberi ujian perbahasan di kalangan ulama. Sebaliknya, mereka menjauhkan diri daripada perbahasan mengenai isu ekonomi dan pendidikan kerana isu ini akan mendedahkan penyelewengan mereka di mata rakyat.
Kepada orang yang tidak berpengetahuan dalam bidang agama, pendapat pemimpin Pas ialah sebenarnya hukum. Lebih banyak penyelewengan agama yang dilakukan, maka lebih baik kepada pengaruh mereka di kalangan rakyat yang kurang asas agama.
Sepatutnya mereka menggunakan hukum-hakam dalam Islam untuk bertempur dengan fikiran intelektual Islam dan pakar agama bagi memerangi kemiskinan, khurafat, kemunduran, dualisme, ketidakadilan serta kezaliman.
Tetapi mereka tidak bersedia memasuki bidang ini kerana bidang ini tidak memberi pulangan segera yang terjamin seperti menjadi wakil rakyat. Malangnya, masih ada orang Islam di kalangan mereka yang memberi pendapat sendiri.
Mereka begitu taksub mengembang dan memperluaskan pengaruh politik kepartian daripada mimbar masjid. Apatah lagi apabila hujah khatib tidak dapat diserang balas oleh makmum yang mendapati pendapat mereka itu salah.
Dengan taktik memperalatkan agama, mereka mungkin berjaya. Tetapi kejayaan yang lebih besar ialah Barat dan kroni mereka dalam negeri yang sudah lama ingin melihat Umno ditumbangkan supaya kerajaan ditadbir oleh golongan Melayu yang lebih lemah serta rela menjadi kuda tunggangan kepada Barat.
Pengikut Pas patut melihat bahawa wakil rakyat mereka mengumpul kekayaan untuk diri sendiri dan bertanya apakah agama atau perkembangan agama sudah berubah di negeri yang diperintah puluhan tahun? Apakah fatwa yang dikelirukan mendatangkan kebaikan kepada orang Islam?
Tidakkah semua ini pembohongan yang nyata apabila yang tercunggap-cunggap untuk mendapatkan sedikit habuan hidup ialah orang Melayu di bawah kerajaan yang ditadbirkan oleh mereka? Apakah sebenarnya Islam yang dituntut agama itu boleh dibangunkan oleh Pas tanpa sokongan Umno?
Dicatat oleh PAKCIK di 6:06:00 PTG 0 ulasan
ARAH YANG HILANG
Dicatat oleh PAKCIK di 6:01:00 PTG 0 ulasan
Khamis, 3 Januari 2008
PEMIMPIN VS BETINA = TERSUNGKUR
Datuk Seri Dr Chua Soi Lek
Menteri Kesihatan
Naib Presiden MCA
Ahli Parlimen Labis, Johor
( Meletak Jawatan pada 02/01/08 )
Dicatat oleh PAKCIK di 9:19:00 PTG 0 ulasan
Selasa, 1 Januari 2008
UMNO PERLIS YANG PECAH TEMBELANG DAN TERBURAI
Panas lagi memanaskan suasana di saat akhir tahun 2007. Pendedahan yang cukup berani lagi lantang dari orang UMNO sendiri. Penutup tirai 2007 merupakan saat-saat ahli politik menjadi panas buntut. Penutup tirai 2007 merupakan saat-saat di mana ahli-ahli politik sedang demam. Demam untuk menghadapi pilihanraya umum yang akan dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Penutup tirai 2007 merupakan saat-saat ahli politik sedang mencari-cari satu formula untuk memperkatakan kepada rakyat jelata sama ada untuk dirinya sendiri, kepada rakyat jelata atau pun kepada parti mereka.
Kini parti UMNO sendiri yang sudah bergetar. Meletup nun jauh di Negeri Perlis Indera Kayangan. Negeri dibawah pimpinan Datuk Sri Shahidan Kassim. Parti UMNO yang dikritik keras oleh ahli UMNO sendiri. UMNO Perlis sedang bertelagah. UMNO Perlis yang kelam kabut. UMNO perlis yang retak dan akan hancur bila-bila masa sahaja.
Kenyataan Saudara Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad yang juga Ahli Parlimen Kangar terhadap UMNO perlis dan ketuanya itu amat pedih dan berbisa. Pemimpin yang lama perlu diganti kerana tidak dapat mengawal perpecahan dalaman Parti UMNO Perlis itu. Anak buah sudah bosan dengan kecelaruan yang timbul. Anak buah yang sudah bosan dengan suasana dalaman partinya. Anak buah sudah menolak kepimpinan bos-nya.
Namun demikian, Apa kata dan reaksi Datuk Sri Shahidan pula? Selaku Bos, saya percaya Datuk Sri Shahidan sudah tentu mempunyai jawapannya dalam kemelut dalaman jentera parti negerinya itu. Selain Datuk Sri Shahidan, apa pula kata Bos kepada Bos pula.
Jika betul seperti apa yang diperkatakan oleh saudara Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad Itu, UMNO Perlis perlu melakukan satu perubahan yang cepat dan tepat dalam saat-saat genting untuk menghadapi pilihanraya umum yang akan datang.
Jangan pula Perlis menjadi seperti Kelantan di suatu masa dahulu. PAS dapat memerintah Kelantan sehingga kini bukan disebabkan oleh PAS yang kuat, tetapi kerana penyokong UMNO yang lari kepada PAS kerana tidak tahan perpecahan dalaman yang sering berlaku dalam politik Negeri Kelantan.
Pemimpin UMNO yang sering bertelagah (terutamanya disaat-saat pilihanraya umum) sering memeningkan kepala otak rakyat jelata. Arah perjuangan pemimpin yang bertelagah adalah tidak jelas dan juga tidak konsisten yang akan menyebabkan kepercayaan rakyat jelata terhadap seseorang wakil rakyat yang bakal di pilih menjadi cair seperti cairnya ais yang diletakkan ditengah panas.
Ingatkan hujan dikeseluruhan tempat, rupa-rupanya ada juga tempat yang menerima cuaca panas.
Dicatat oleh PAKCIK di 12:30:00 PTG 2 ulasan
NEGERI KAYA : RM10 JUTA UNTUK UPACARA PENGISYTIHARAN KUALA TERENGGANU SEBAGAI BANDARAYA
NEGERI KAYA : RM10 JUTA UNTUK UPACARA PENGISYTIHARAN KUALA TERENGGANU SEBAGAI BANDARAYA
KUALA TERENGGANU: Kira-kira RM10 juta diperuntukkan bagi menjayakan sambutan perisytiharan Kuala Terengganu sebagai bandar raya pada 1 Januari ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Ahmad Said.
Beliau berkata daripada jumlah itu, RM3 juta disediakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, manakala selebihnya oleh kerajaan negeri Terengganu
"Peruntukan itu bertujuan menghias bandar Kuala Terengganu serta memasang lampu-lampu jalan bagi menceriakan lagi suasana bandaraya," katanya kepada Bernama selepas meninjau kerja-kerja persiapan sempena majlis perisytiharan Bandaraya Kuala Terengganu, di sini hari ini.
Beliau berkata kerajaan negeri menyediakan kira-kira RM4 juta khusus untuk majlis perisytiharan itu, manakala RM1 juta bagi kerja-kerja penurapan jalan, di samping RM1.5 juta bagi membersih longkang serta parit.
Katanya kerja-kerja menghias bandar Kuala Terengganu termasuk memasang lampu serta menanam pokok-pokok bunga sedang giat dijalankan dan ia dijangka siap dua hari lagi.
Ahmad berkata sambutan acara perisytiharan itu akan berlangsung selama lima hari berturut-turut bermula pada malam 31 Dis dengan majlis membaca surah Yasin di Masjid Zainal Abidin dan Masjid Kampung Tok Beng, Seberang Takir.
Ia diikuti dengan majlis penyerahan watikah perisytiharan bandar raya oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ong Ka Ting kepada Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Tuanku Mizan Zainal Abidin, yang kemudiannya menyerahkannya kepada Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh di Istana Maziah pada 7.45 pagi, 1 Jan ini.
Ahmad berkata pada sebelah malamnya, majlis perisytiharan akan dilakukan oleh Idris di
Beliau berkata acara kemuncak sambutan itu ialah pertunjukan bunga api secara serentak di beberapa lokasi iaitu di Seberang Takir, Gong Badak, Bukit Besar dan
Selain itu, beliau berkata perarakan kereta berhias dan pertunjukan kebudayaan turut diadakan di taman berkenaan. BERNAMA
Dicatat oleh PAKCIK di 12:28:00 PTG 0 ulasan
SEKOLAH AGAMA RAKYAT NEGERI KELANTAN
Isu yang telah lama dibincang dan diperkatakan oleh semua rakyat. Isu yang hendak dikatakan sudah basi tidak juga kerana isu ini sentiasa menjadi buah mulut semua orang yang terlibat dengannya. Isu ini juga melibatkan untung nasib bangsa, agama dan Negara. Isu yang telah lama membengkak dalam jiwa rakyat Negeri Kelantan yang tiada kesudahannya sehingga ke hari ini. Isu Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang kini diuruskan oleh Kerajaan Negeri Kelantan (PAS). Isu yang boleh dikatakan seperti tarik papan-sorong papan atau pun seperti pi-mai-pi-mai-tang-tu. Isu yang tiada kata sepakat dan juga tiada kesudahan yang sahih diantara pihak Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat.
Isunya adalah teramat jelas disini; Kerajaan Pusat ingin mengambil alih pengurusan dan pentadbiran SAR daripada Kerajaan Negeri.
Namun apa yang menjadi persoalannya, mengapa begitu payahnya kerajaan negeri menyerahkan SAR tersebut kepada kerajaan pusat jika ianya adalah baik untuk bangsa, agama dan Negara kita. Apakah kerana disebabkan oleh agenda politik masing-masing?
Saya memetik kata-kata saudara Mohd Fadli Jusuh, Penolong Setiausaha Agung, Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Agama Malaysia Barat (KKGUMB) dalam berita harian (28/12/07) :
“Syarat yang diberikan itu jelas menunjukkan minat kerajaan negeri yang mahu terus mentadbir SAR dan berkuasa penuh dalam sistem pelajaran sedangkan tujuan asal penyerahan SAR untuk membantu memperbaiki mutu pelajaran”.
“ Kerajaan negeri perlu menerima syarat yang telah digariskan kementerian dan tidak melengah-lengahkan masa hanya kerana mengutamakan kepentingan politik”.
“ Persetujuan kerajaan negeri mendaftar untuk mendapatkan bantuan termasuk membayar gaji guru, pembelian peralatan dan menaik taraf bangunan sekolah tetapi mereka juga mahu pengurusan sekolah kekal di bawah mereka.
“Kenapa perlu mendapat kelulusan Lembaga Yayasan Islam Kelantan (YIK) untuk membuat sebarang perubahan kurikulum padahal Kementerian Pelajaran sendiri mempunyai kurikulum dan pengalaman pentadbiran yang tidak perlu dipertikaikan lagi.
Begitu juga dengan kata-kata daripada saudara Wan Mansor Wan Mahmood, Yang Dipertua Persidangan Kebangsaan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah
“Nasib SAR di Kelantan semakin tidak menentu kerana hasrat kementerian untuk menyalurkan bantuan secara ikhlas tidak mendapat layanan positif daripada kerajaan negeri.
“Mereka perlu memikirkan kebaikan terutama kepada pelajar yang akan mendapat bantuan biasiswa dan buku teks selain berpeluang melanjutkan pelajaran ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)”.
“Mereka lebih berminat mengetahui jawatan terutama di kalangan pihak pentadbir sekolah dan takut tergugat sekiranya jawatan mereka itu disandang oleh kakitangan kerajaan dan pengetua juga dilantik oleh kementerian”.
Adakah apa yang ditawarkan oleh kerajaan pusat itu satu sandiwara politik pihak UMNO yang ingin mengubah suai pemikiran para kakitangan dan pelajar sekolah tersebut? Adakah tawaran itu adalah salah satu agenda tersembunyi pihak UMNO untuk mencuci pemikiran mereka yang terlibat dengan sekolah itu? Atau pun adakah pihak PAS juga mempunyai agenda mereka disebalik penubuhan SAR itu sendiri?
Bagi saya sebagai rakyat jelata, tidak kira siapa yang menguruskan sekolah itu, yang paling penting adalah objektif utama dan hala tuju sekolah agama rakyat itu ditubuhkan. Jika disebut sekolah, sudah pasti ianya adalah satu tempat dimana pelajar menuntut ilmu tidak kira ilmu akhirat atau pun ilmu duniawi. Bila disebut ‘sekolah’, maka ia bukanlah tempat/pusat/markas untuk mengerakkan parti politik masing-masing.
Sesungguhnya saya percaya rakyat jelata tidak suka jika sekolah tersebut dijadikan tempat/pusat/markas bagi parti-parti politik tertentu menggerakkan ideology mereka.
Setiap kali melintasi mana-mana sekolah agama itu maka tersentak di hati ini alangkah daifnya sekolah ini. Dengan diberi nama ‘SEKOLAH AGAMA RAKYAT’, begitukah keadaannya ‘sekolah agama’ itu di Negara ini. Apa yang nyata adalah para pemerintah negeri dan Negara adalah mereka yang beragama islam, tetapi alangkah malunya kita bila melihat keadaannya. Malu dan memalukan keadaannya. Lebih teruk dari sekolah-sekolah lain seperti sekolah yang didirikan untuk kaum
Itu baru sahaja melihatnya dari luar, bagaimana pula jika dilihat dari dalam? Silap-silap boleh menitiskan air mata.
Semoga kedua-dua pihak dapat bertolak ansur diantara satu sama lain demi kepentingan anak bangsa dan agama. Carilah jalan penyelesaian yang terbaik agar apa yang dipanggil Sekolah Agama Rakyat itu dapat dijadikan satu contoh satu-satunya sekolah agama yang bertaraf antarabangsa yang pernah wujud di dunia ini iaitu di Tanah Melayu.
Biarlah pihak UMNO dan PAS berbalah kerana ideology politik, tetapi janganlah mereka berbalah jika untung nasib bangsa dan agama menjadi taruhannya.
Dicatat oleh PAKCIK di 12:26:00 PTG 0 ulasan
PARASIT KEHARMONIAN MALAYSIA : HINDRAF + PARANJOTHY
HINDRAF DAN PARANJOTHY adalah sama pendapat. Pendapat yang memecah-belahkan perpaduan kaum di Negara ini. Pendapat, pandangan dan tuduhan yang mengatakan kaum
Tuduhan serampang dua mata yang dileparkan itu begitu keras sekali. Ianya mengenai pihak pemerintah dalam Barisan Nasional dan parti UMNO. Mereka menyerang pihak pemerintah dan Parti UMNO secara terang-terangan. Mereka
Isu perkauman ini dibangkit dan dinyalakan oleh malaun-malaun Hindraf manakala disimbah pula dengan minyak oleh mangkuk hayun Paranjothy. Kedua-dua pihak berharap agar kaum
Jika UMNO diterajui oleh Pak Lah dan MIC pula diterajui oleh Mr. Samy vellu, persoalannya kenapa mereka menyerang UMNO dan bukannya MIC? Secara logiknya, jika mereka inginkan perubahan dan sudah bosan dengan pihak kerajaan Barisan Nasional, mereka sepatutnya terlebih dahulu menyerang parti yang dianggotai oleh Kaum mereka. Tetapi kini ianya sudah menjadi terbalik kerana mereka secara terang-terangan telah menyalahkan UMNO dan langsung tidak menyentuh apa yang telah MIC dan PPP lakukan untuk bangsa mereka.
Jika dilihat kepada kaum cina, mereka mempunyai parti-parti mereka sendiri seperti MCA, Gerakan dan DAP yang memperjuangkan untung nasib bangsa mereka. mereka mengunakan dengan secukupnya setiasa peluang yang ada bagi memperjuangkan kepentingan bangsa mereka. Mereka tidak menyalahkan orang lain jika bangsa mereka mengalami kegagalan dalam arus kemajuan Negara ini. mereka tetap berjuang dan terus berjuang sehingga mereka berpuas-hati dengan apa yang mereka fikirkan betul dan layak untuk bangsa mereka terimai.
Kaum cina boleh dikatakan tidak mengalami satu keadaan yang tersepit dan terdesak kerana mereka telah dapat bertapak, bergerak dan mengembangkan keupayaan bangsa mereka bersama-sama bangsa melayu (melahan melangkau keupayaan bangsa melayu itu sendiri)di Negara ini. Mereka telah lama mendapat apa yang mereka mahukan!
Namun berlainan pula dengan kaum
M. Kayveas yang sememangnya boleh dijadikan kuda tunggangan bagi memperjuangkan nasib bangsa mereka.
Pemimpin-pemimpin parti politik kaum
Mr. Samy dan Mr Kayveas sepatutnya memberi penjelasan terhadap perkara ini kepada Parti Barisan Nasional dan UMNO. Jika begini kesudahannya cerita tentang hubungan kaum India dan Melayu di Negara ini, sudah jelas bahawasanya kepimpinan Mr Samy dan Mr Kayveas sudah tidak relevan dan perlu diganti dengan pemimpin yang baru yang boleh menyatu-padukan dan mengeratkan semula hubungan kaum India dan Melayu di Negara ini.
Begitu juga dengan Lima Malaun HINDRAF dan satu mangkuk hayun PARANJOTHY, kenapa tidak masuk sahaja Parti MIC dan PPP jika mereka betul-betul ingin perjuangkan kepentingan kaum mereka.
Sama juga dengan mangkuk hayun PARANJOTHY yang berada dalam Parti Gerakan (yang sememangnya parti untuk kaum cina). Adakah kaum
Sesungguhnya nama mangkuk hayun PARANJOTHY tiada dalam politik perjuangan kaum
Tuduhan terhadap UMNO (secara tidak langsung mengenai orang melayu), menyebabkan hati orang melayu terguris. Jika betul adanya peminggiran kaum telah dilakukan oleh orang melayu terhadap bangsa lain, tidak mungkin kaum
Lima Malaun HINDRAF dan satu mangkuk hayun PARANJOTHY telah melakukan satu pembohongan yang maha besar terhadap bangsa melayu. Kegagalan dan ketidakupayaan bangsa mereka telah diletakkan di bahu pihak UMNO. Pihak UMNO sendiri masih dibebani oleh permasalahan bangsa melayu. Pihak UMNO sendiri sering dikutuk dan ditegur oleh bangsa melayu sendiri. Apatah lagi untuk membeli permasalahan kaum
Lima Malaun HINDRAF dan satu mangkuk hayun PARANJOTHY telah menipu bangsa mereka. ketidakupayaan mereka dalam memperjuangkan kepentingan kaum mereka telah ditinggalkan oleh mereka sendiri sejak sekian lama. Kenapa baru sekarang mereka bersuara.
Lima Malaun HINDRAF dan satu mangkuk hayun PARANJOTHY seharusnya berfikir sejenak sebelum membuat tuntutan dan tuduhan terhadap UMNO. Mereka seharusnya memikirkan cara yang lebih bersopan dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan kaum mereka dan bukannya menuduh orang lain.
Lima Malaun HINDRAF dan satu mangkuk hayun PARANJOTHY seharusnya ingat bahawasanya kaum mereka ada ramai yang bijak dan pandai berbanding dengan mereka. Mereka tidak mudah terpedaya dengan kata-kata hasutan itu. Mereka akan berusaha dan berusaha dengan lebih gigih dalam menghadapi gelombang pembangunan Negara ini. mereka tidak akan mudah melatah dengan kata-kata hasutan yang boleh memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian kaum di Negara ini.
Lima Malaun HINDRAF dan satu mangkuk hayun PARANJOTHY adalah parasit yang membunuh keharmonian dalam Negara. Mereka ini tidak boleh dibiarkan meracau di Negara ini kerana apa yang dituduh dan dituntut itu telah melebihi hak yang sepatutnya. Kegilaan mereka ini akan merosakkan budaya perpaduan yang telah diamalkan di Negara ini sejak sekian lama.
Mereka ini adalah parasit keharmonian
Sesunguhnya BANGSA MELAYU tidak pernah menyalahkan BANGSA LAIN jika berlaku kegagalan atau kecelakaan terhadap BANGSANYA tetapi akan tetap menyalahkan PEMIMPIN MEREKA yang telah gagal dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai PEMIMPIN.
Dicatat oleh PAKCIK di 12:24:00 PTG 0 ulasan