Gempar lagi mengemparkan. Heboh seluruh pelusuk Negara. Semua rakyat jelata menjadikan cerita itu sebagai cerita rutin yang wajib diperkatakan semasa menjamu selera di warung-warung kopi di seluruh Negara. Telivisyen, radio, astro malah surat khabar utama Negara menyiarkan berita itu berkali-kali bagi menunjukkannya ia adalah satu-satunya berita terhangat di waktu itu.
Keadaan yang porak peranda, busuk lagi membusukkan, riuh-randah macam ayam baru bertelur, buruk lagi meloyakan telah berlaku. Sangat daif dan naïf keadaan tersebut jika kita memikirkannya.
Dua parti utama orang melayu islam telah bertembung semenjak begitu lama. Masing-masing menyimpang dendam dan amarah terhadap satu sama lain. Masing-masing menganggap lawannya adalah musuh yang perlu disingkirkan atau pun terus dibunuh sahaja demi menjamin kewujudan serta keagunggannya di bumi Malaysia ini. Pertembungan yang telah membawa kepada kemusnahan harta benda awam, keadaan huru-hara, fitnah-memfitnah, kata-mengata, carut-mencarut, mengadu-domba, cucuk-mencucuk dan sebagainya telah berlaku di masa pertembungan diantara kedua-dua parti gergasi bangsa melayu itu.
Masing-masing mengaku bahawasanya mereka adalah lebih kuat dan berbisa dalam menyengat musuhnya dalam percaturan tersebut. Mereka masih tegak berdiri megah dan mengatakan mereka adalah pemimpin orang melayu yang sejati. Tetapi malangnya masing-masing tidak mengaku akan kesalahan masing-masing. Tidak mengaku kelemahan yang wujud pada kedua-duanya. Tidaj mengaku wujudnya kebodohan dalam diri masing-masing. Mereka masih ego dan khayal dengan diri sendiri.
Peristiwa rusuhan yang dikatakan telah dilakukan oleh penyokong parti pas itu telah membuka pekung terhadap kedua-dua parti tersebut. Pekung kebodohan, kecelaruan serta keburukkan telah menjadi elemen kepada tulang belakang kedua-dua parti tersebut.
Bodohnya parti UMNO itu adalah seperti berikut :-
1) Mereka telah menggunakan pihak polis untuk menghalang parti Pas daripada mendapatkan permit untuk mengadakan ceramah di kawasan tersebut. Bodohnya umno telah mengheret sama pihak polis untuk menjadi bodoh.
2) Mengambil gambar dan membesar-besarkan cerita tentang rusuhan tersebut seperti ianya berlaku dan merebak di seluruh Negara. Setiap hari video dipertontonkan kepada rakyat jelata tentang keadaan tersebut. Kebodohan umno telah mengheret sama pihak tv untuk menjadi bodoh.
3) Tidak menghiraukan permintaan pihak pas untuk berbincang serta menubuhkan sekteriat Diraja untuk menyiasat perkara tersebut.
4) Mengeluarkan gambar-gambar perusuh selepas berlakunya rusuhan. Tetapi tidak menangkap perusuh semasa mereka sedang merosakkan harta awam tersebut. Kebodohan umno telah mengheret polis menjadi bodoh bersama-samanya.
5) Budak yang membakar bendera tidak ditangkap semasa ia sedang membakar bendera tersebut. Padahal pihak polis boleh bertindak menangkap budak tersebut sebelum bendera itu habis terbakar ketika di waktu itu.
6) PM dan TPM diheret sama untuk mengutuk. Tetapi umno terengganu hanya diam membisu bak kata orang ayam jantan seperti tercabut ekor. Malu sungguh memalukan keadaannya.
7) Bodohnya pemimpin umno adalah, kenapa nak halangnya orang nak buat ceramah. Bagi ajelah, bila penat dia orang balik tidur lena sebab dah boleh berceramah dan mendengar ceramah. Hati telah menjadi tenang. Keceriaan boleh dilihat di wajahnya.
Manakala bodohnya PAS itu adalah seperti berikut:-
1) Jika tidak diberi permit untuk berceramah di kawasan itu, mengapa tidak diminta untuk mengubahnya ditempat yang lain. Pihak pas memang bodoh sebab sememangnya ia telah bertekad dan berpegang kepada prinsip alang-alang seluk perkasam, biar sampai ke hujung lengan.
2) Ada orang yang telah membakar perasaan dan fikiran para penyokong agar melakukan rusuhan. Orang yang waras tidak akan bertindak ganas jika tidak dihasut oleh mereka yang dihormati oleh mereka. Kebodohan pemimpin pas telah mengheret sama penyokongnya untuk menjadi bodoh sebodohnya.
3) Bodohnya penyokong parti pas itu adalah, mereka sukakan rusuhan berbanding dengan keamanan. Mungkin dengan cara inilah mereka mendapat kepuasan pada diri sendiri seperti orang biasa mendengar lagu-lagu tertentu untuk mendapatkan kepuasan.
4) Bodohnya pas kerana perkara yang kecil itu pun telah dijadikan isu dan alasan untuk melakukan rusuhan.
5) Akibat perkara itu, pemimpin pas telah membuat laporan polis dan dengan harapan rakyat jelata menganggap mereka adalah di pihak yang benar. Pas tidak tahu atau buat-buat tidak tahu, rusuhan yang terjadi adalah dilakukan oleh orang-orang pas sendiri. Penyokong sendiri yang merusuh, tetapi pemimpin membuat laporan polis..bodoh juga sikit-sikit tu.
6) Bodohnya pemimpin pas apabila mereka menggunakan masjid untuk mengedarkan risalah berkenaan peristiwa batu burok yang sememangnya telah buruk kepada orang awam.
7) Bodohnya pemimpin pas, sekarang bukannya musim pilihanraya lagi, buat apa nak sibuk-sibuk buat ceramah. Pergi bagi tazkirah dekat masjid kan lebih baik.
Itulah adanya sifat-sifat kebodohan yang telah terserlah didalam diri kedua-dua pihak. Kebodohan itu telah ditunjukkan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawasanya mereka suka bergaduh diantara satu sama lain. Mereka suka menunjukkan bahawasanya mereka tidak perlu lagi mengikuti undang-undang, tidak perlu lagi berbincang bagi mencapai kata sepakat, tidak perlu lagi menghormati diantara satu sama lain, mereka bukannya terdiri daripada golongan orang melayu yang penuh dengan adat dan budaya ketimurannya.
Kebodohan mereka telah menjadi bahan ketawa pihak-pihak lain. Mereka seronok melihat dua parti orang melayu tengah bergaduh disebabkan oleh benda yang bodoh. Mereka bertepuk tangan kerana kedua-dua pihak umno dan pas telah menjadi bodoh. Betapa bodohnya orang melayu bermain politik. Mereka tengah bergaduh, kita akan merampok apa yang ada pada mereka, merampok segala yang ada di bumi mereka. Katanya pihak ‘lain’ tersebut.
Bodoh lagi bangang kepada kedua-dua belah pihak. Tiada siapa yang benar dan tiada siapa yang salah. Tiada yang menang dan tiada yang kalah. Jika sebelum ini masing-masing dilihat bak kata orang ‘ sejuk mata memandang’ tetapi kini bertukar menjadi ‘letih mata memandang’ dan buka itu sahaja, ia kini sudah menjadi ‘bosan telinga mendengarnya’.
Keletihan dan kebosangan rakyat jelata terhadap kebodohan dan kebusukkan serta keburukkan yang ditunjukkan oleh kedua-dua belah pihak. Janganlah jadikan kebodohan yang ada pada diri masing-masing untuk membusuk serta memburukkan sesuatu tempat yang sememangnya telah buruk seperti yang telah terjadinya di Batu Burok.
as buruk = umno bodoh = batu burok
Batu burok = pas bodoh = umno buruk
Pas = umno = bodoh = buruk
1 ulasan:
Assalamualaikum. Syabas kpd anda kerana mempunyai blog sebegini.
bag i saya, hanya perlu.. buka minda, buka hati, dan buka mata, tentunya luas pandangan...
tepuk dada tanya selera.
pilihan dan keputusan d tangan masing2. bye...
Catat Ulasan