Baru-baru ini pihak SPR memaklumkan bahawasanya terdapat seramai empat (4) juta orang melayu yang layak mengundi di Negara ini tidak mendaftar dengan SPR bagi melayakkannya mengundi pada pilihanraya umum yang akan datang. Angka yang disebutkan itu bukannya kecil tetapi ianya terlalu besar sekiranya dibandingkan dengan peratusan rakyat Negara ini yang berbangsa melayu. Sekiranya kesemua 4 juta orang melayu itu keluar mengundi, banyak implikasinya terhadap masa depan parti-parti politik sama ada terhadap UMNO, Pas, Keadilan, Bebas dan sebagainya.
Bila 4 juta rakyat Malaysia berbangsa melayu tidak keluar mengundi untuk memilih calon-calon yang mereka harapkan ianya sudah menjadi satu bala kepada Negara ini yang mengamalkan prinsip demokrasi. Salah satu prinsip agung dalam system demokrasi adalah ‘dari rakyat kepada rakyat’. Rakyat adalah penentu kepada wujudnya satu-satu kerajaan yang bekerja untuk rakyat dan Negara. Kerajaan yang dipilih adalah diwajibkan untuk menjaga kepentingan rakyat dan negaranya. Angka 4 juta adalah besar dalam menentukan kerajaan yang berhak memerintah Negara ini.
Mengapa mereka tidak mendaftar? Tiada masa yang sesuai untuk pergi mendaftar? Tidak tahu atau tiada kesedaran akan kepentingan memangkah undi? Tidak sampai masa untuk mengundi lagi? Tidak tahu dimana hendak mendaftar sebagai pengundi? Banyak kerja lain yang hendak dibuat selain dari pergi mendaftar sebagai pengundi? Tidak tahu dimana pejabat SPR? Jalan sesak dan bazir wang untuk petrol dan tol? Adakah mereka sudah letih bermain dengan politik? Memang tidak mahu mengundi? Sudah muak dengan tipu helah orang politik? Tidak mahu terlibat dengan politik? Berpegang kepada ideology komunisme? Tiada kepentingan jika keluar mengundi? Atau berbagai-bagai jawapan yang bermain-main dalam kepala semua orang terutamanya pemimpin-pemimpin parti politik di Negara ini.
Ada sesetengah ulamak berkata bahawasanya mengundi itu adalah tuntutan fardu kifayah kepada umat islam dan ada juga sesetengahnya menyatakan mengundi itu adalah tuntutan wajib terhadap umat islam. Bagi mereka yang memahami apa itu ‘fardu kifayah’ dan apa itu ‘wajib’ sudah pasti mengetahui betapa pentingnya mereka keluar mengundi pada satu-satu pilihanraya.
Angka 4 juta adalah terlalu besar tambahan pula ianya adalah orang MELAYU. Mengapa ianya boleh terjadi? Siapa yang ingin dipersalahkan? Diri sendiri? Adik? Abang? Kakak? Ibu bapa? Datuk? Nenek? Tok yin atau mok yin? Saudara mara? Masyarakat? Pemimpin? YB? SPR? Atau siapa-siapa? Hanya mereka sahaja yang tahu.
Hakikatnya angka 4 juta adalah terlalu besar. Semua pihak perlu memikirkan punca dan jalan penyelesaiannya agar angka 4 juta tersebut dapat dibuang dari rekod pihak SPR atau setidak-tidaknya angka tersebut dikurangkan bagi memastikan kerajaan yang bakal dipilih adalah sepenuhnya dari rakyat.
Orang melayu adalah tuan kepada bumi bertuah ini. Mereka seharusnya tidak merasa selesa dengan apa yang mereka perolehi dan dapat pada waktu ini. Jangan sampai keadaan yang parah baru mereka berduyung untuk keluar mengundi bagi menentukan siapa pemimpin dan kerajaan mereka.
Fakir-fikirkanlah.
0 ulasan:
Catat Ulasan