Bermain di kepala rakyat Malaysia akan rupa sebenar kemajuan yang bakal dicapai itu nanti. Adakah kemajuan itu membawa maksud terpacaknya bangunan-bangunan pencakar langit di seluruh Negara ini? Adakah kemajuan itu terdapatnya rangkaian jalan raya yang berlapis-lapis di Negara ini? Adakah kemajuan itu lengkapnya segala mak nenek kemudahan infrastruktur dalam Negara ini? Adakah kemajuan itu rakyat di Negara ini mempunyai kepelbagaian rupa dan kepelbagaian ideology yang mereka ikuti dan fahami? Adakah kemajuan yang dimaksudkan itu adalah ramainya rakyat Malaysia berduyung-duyung terbang ke bulan dan menikmati pemandangan bumi dari atas?
Adakah kemajuan itu rakyat Malaysia sudah mempunyai kehidupan yang lebih tenang, teratur dan lebih sempurna daripada sekarang? Adakah kemajuan itu membawa maksud rakyat Malaysia sudah boleh menggunakan robot sebagai pembantu yang akan melakukan segala kerja? Adakah kemajuan itu semua rakyat Malaysia sudah boleh hidup bergembira dengan melaung, melalak, berjoget dangdut, menari ala rap, hip-hop, jazz dan sebaginya lagi. Adakah kemajuan itu rakyat Malaysia sudah bebas untuk membunuh dan mengambil nyawa orang lain dengan sewenang-wenangnya? Adakah kemajuan itu rakyat Malaysia sudah boleh meminum arak sesuka hati, menghisap dadah bila-bila masa?
Adakah kemajuan itu rakyat Malaysia sudah boleh melupakan nilai-nilai murni, adat ketimurannya, rasa hormat menghormati diantara satu sama lain? Adakah kemajuan itu rakyat sudah boleh hidup sebumbung diantara kaum-kaum yang ada di bumi ini? Adakah kemajuan itu tidak ada lagi taukeh-taukeh dan balaci-balaci yang kerjanya sebagai perasuah dan penerima rasuah? Adakah kemajuan itu Negara ini sudah menjadi satu Negara sekular yang sudah melupakan ajaran setiap agama.
Adakah kemajuan itu sudah ramai anak yang dilahirkan ber-bin-kan nama Abdullah? Adakah kemajuan itu sudah ramai bayi-bayi yang dilahirkan dibuang di mana-mana sahaja seperti yang dilakukan pada zaman jahiliah dahulu? Adakah kemajuan itu rakyat Malaysia sudah bersemangat untuk menjajah Negara lain? Adakah kemajuan itu pak imam dan para ustaz sudah boleh mencarut, mengampu dan menyebar fitnah sesama manusia? Adakah kemajuan itu semua hutan dan kayu balak telah ditebang dan bukit sudah digondolkan? Adakah kemajuan itu air sungai di Negara ini sudah bertukar menjadi warna seperti air the tarik kedai mamak dan kemudiannya bertukar menjadi hitam seperti hitamnya hati manusia? Adakah kemajuan itu kepelbagaian kilang-kilang sudah berada di Negara ini?
Adakah kemajuan itu rakyat Negara ini sudah tidak perlu bekerja kerana warga asing sudah menjadi dominan disetiap sector pekerjaan di Negara ini? Adakah kemajuan itu rakyat yang berbangsa melayu dan berstatus peribumi sudah menjadi kuli kepada bangsa-bangsa lain? Adakah kemajuan itu rakyat miskin dan pengemis telah bersepah di seluruh Negara? Adakah kemajuan itu ramainya rakyat Negara ini yang hilang serta tiada pekerjaan serta berstatus warganegara penganggur? Adakah kemajuan itu kita lebih suka mengimport daripada mengeskport bahan-bahan keperluan rakyat dan Negara? Adakah kemajuan itu bahasa melayu sudah hilang di bumi melayu ini? Adakah kemajuan itu rakyat sudah boleh memiliki dan membawa kereta besar, rumah besar dan isteri-isteri yang besar?
Adakah kemajuan itu rakyat Malaysia sudah tidak memerlukan lagi kewujudan sistem Raja? Adakah kemajuan itu tanah-tanah orang melayu sudah diambil alih dan menjadi tanah kaum lain? Adakah kemajuan itu Negara ini sudah menjadi Negara Republik? Adakah kemajuan itu tiada lagi kampung-kampung tradisional orang melayu? Adakah kemajuan itu wujudnya samseng-samseng serta kongsi gelap dalam Negara ini? Adakah kemajuan itu berlambaknya kedai judi dan kaki judi di seluruh Negara?
Adakah kemajuan Negara itu wakil rakyat-wakil rakyat berbalah berkenaan hal-hal yang bodoh dan tidak masuk akal? Adakah kemajuan itu harta rakyat boleh dirampok oleh pemimpin yang dipilih oleh rakyat? Adakah kemajuan itu bila harga sebuah pensil sudah menjadi seperti harga sebuah kereta? Adakah kemajuan itu pegawai kerajaan menipu bapak kepada pegawai kerajaan serta rakyat? Adakah kemajuan itu ramainya anak-anak bangsa tercicir dari alam persekolahan? Adakah kemajuan itu ramainya anak-anak bangsa telah menjadi buta huruf, buta mata dan buta telinganya? Adakah kemajuan itu ramainya anak bangsa merempat di tepi-tepi jalan dan menjadi pengemis? adakah kemajuan itu ramainya anak melayu tinggal di dalam lokap dan penjara? Adakah kemajuan itu ramainya anak bangsa tinggal di pusat-pusat pemulihan dadah dan akhlak? Adakah kemajuan itu ramainya ibu bapa yang dibuang oleh anak-anak mereka di merata-rata tempat seperti di rumah pengasih dan sebagainya? Adakah kemajuan itu menjadikan masjid hanya dijadikan sebagai perhiasan semata-mata? Adakah kemajuan itu yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin?
Adakah kemajuan itu tiadanya rusuhan kaum di Negara ini? Adakah kemajuan itu rakyat berbilang kaum di Negara ini masih rasa curiga dan mencurigai diantara satu sama lain? Adakah kemajuan itu tiada kemalangan berlaku di Negara ini? Adakah kemajuan itu harga barangan keperluan di Negara ini meningkat sehingga memeningkan kepala otak rakyat jelata? Adakah kemajuan itu bangsa melayu telah hilang kuasanya kepada bangsa lain? Adakah kemajuan itu bangunan runtuh, bocor, jalan raya runtuh, jambatan retak? Adakah kemajuan itu rakyat dihiburkan dengan berita-berita yang meloyakan, membosankan serta memeningkan kepala otak? Adakah kemajuan itu segala-galanya telah maju.
Banyak lagi rupa kemajuan yang tidak dapat dibayang serta digambarkan oleh rakyat jelata di Negara ini. Apa yang didengari oleh rakyat jelata di masa kini merupakan kemajuan yang ‘terpesong’ yang seringkali maju yang didengari dari masa ke semasa. Jika itulah maksudnya kemajuan yang akan terjadi di tahun 2020, amat malang sekali bagi rakyat Negara ini. Kenyataan itu amat susah untuk diterima walau oleh sesiapa pun.
Niat murni seperti yang diimpikan oleh Tun Dr. Mahathir untuk melihat Negara ini maju pada tahun 2020 tidak akan tercapai jika kemajuan ‘terpesong’ tadi menjadi kenyataan di bumi ini. Rakyat akan terus terngaga-ngaga mencari jawapannya. Rakyat terpinga-pinga adakah mereka sudah maju atau tidak pada waktu itu. Ada 13 tahun lagi masa untuk kita semua membentuk corak kemajuan yang akan dikecapi itu. Buat masa ini rakyat jelata tertanya-tanya majukah bangsa dan Negara kita nanti?
0 ulasan:
Catat Ulasan