Ahad, 28 Oktober 2007

New Bridge For Kelantan People

(Warkah Timur)

KOTA BHARU - Adjacent construction of the new bridge beside Sultan Yahya Petra Bridge here whose will start very soon able to give which often comfort to consumer stranded in jam. Four lane bridge (two twin aisle) expected ready December 2009 built adjacent original bridge which operates since the past 47 years wish can launch traffic travel the bridge.

Badan Perhubungan UMNO Kelantan's chairman, Datuk Seri Annuar Musa says, congestion daily seriously happened at the bridge by 811 metres is inhabitants main access Tumpat, Pasir Mas and Rantau Panjang to the city center.

“Number of vehicle increase, especially every time festive season and school holiday be congestion a core factor at the bridge original which has only dual carriageway measuring 3.25 metres broad and a broadly motorcycle lane 1.5 metres.

“Since several years ago traffic situation go from bad to worse in the route. However, state government not take any action despite already some time scatter promise to tackle the problem,” he said to reporters at a media briefing that bridge construction project here, yesterday. According him, new bridge which would be built in threephase that began from Pasir Pekan, Tumpat treks Sungai Kelantan and ended in Dusun Muda Road, here

He said, expected bridge construction of the bridge cost RM143 millions and will be implemented in threephase by Konsortium IS (M) Sdn Bhd / RIS Capital (M) Sdn Bhd and will be examined Public Works Department (JKR).

Annuar says, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Prime Minister expected to officiate second bridge ground breaking ceremony that during his working visit to Kelantan next month. Meanwhile, Consortium Chief Executive Officer IS (M) Sdn Bhd / RIS Capital (M) Sdn Bhd, Datuk Ismail Hassan says, his team confident of getting accomplish that construction of the bridge within 30 prescribed month.

“So far no our big problem faced including from the aspect acquisition of land. With jobs will be carried out including nocturnally, we confident can carry it within the prescribed.
“Present bridge no will be teased but shall be overhauled and construction of the new bridge wish can launch traffic travel," he said.

Berakhirnya Sebuah Kisah Perantauan

Sudah bertahun-tahun aku telah merantau ke negeri-negeri orang demi untuk mencari satu-satu pekerjaan yang boleh menjamin masa depan aku dan keluarga. Dari Utara Perlis Ke Selatan Johor. Dari Timur Pahang Ke Barat Kuala Lumpur. Kini kisah perantauan itu telah tamat kerana aku kini telah ditugaskan ke negeri asal aku iaitu Kelantan.

Bagai pucuk ulam mendatang, aku terus bergegas membungkus kesemua apa yang ada untuk dibawa pulang bersama-sama. Aku juga berasa teramat gembira kerana tempat baru aku itu merupakan bertempat di daerah asal kelahiran aku iaitu Gua Musang.

Kini, aku telah dekat semula dengan ibu bapa, adik beradik, saudara mara dan kawan-kawan sekampung. Hati bertambah ceria dan gembira.

Dikesempatan kepulangan aku ini ke Gua Musang, aku akan cuba sedaya upaya untuk memuatkan seberapa banyak berita serta cerita sama ada dari Gua Musang atau pun mana-mana cerita-cerita menarik daripada Negeri Kelantan. Cerita-cerita tersebut adalah untuk dikongsi bersama oleh rakyat di negara ini.

Ingin aku ucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak pengurusan syarikat Redland Holdings Berhad kerana telah meluluskan permohonan aku untuk pulang berkhidmat kepada OrangKampung-ku sendiri.

Jumaat, 26 Oktober 2007

WAWASAN 2020 – MAJUKAH NEGARA KITA – 2

Dalam tulisan saya sebelum ini yang dsiarkan dalam blog saya pada 18 Oktober 2007 (Khamis), banyak persoalan-persoalan yang wujud serta berligar-ligar dalam pemikiran rakyat jelata tentang keadaan Negara kita yang dikatakan akan mencapai Negara maju pada tahun 2020 nanti. Tulisan itu juga mempersoalkan tentang corak kemajuan yang akan kita kecapi dan hadapi pada tahun 2020 nanti.


Sekali lagi saya ingin melahirkan rasa amat berbangga dan bersyukur kerana mempunyai seorang pemimpin yang mempunyai pemikiran yang jauh telah dianugerahkan kepada rakyat Negara ini. Di masa dan tika itu sudah pasti rakyat kebanyakkan tidak terpikir langsung untuk memperkatakan tentang hala tuju negaranya di masa-masa akan datang.

Namun demikian sekali lagi saya ingin bertanya majukah Negara kita pada masa itu? Jika jawapan menyatakan Negara kita sudah maju; apakah rupa kemajuan itu?

Kemajuan itu mempunyai maksudnya yang tersendiri. Berbagai-bagai perupamaan dan perbandingan yang boleh dibuat bagi menunjukkan akan maksud kemajuan itu sendiri.Bagi yang memahami, sesuatu kejadian, peristiwa atau perubahan itu tidak akan terjadinya dengan sendiri. Ia tidak akan terjadi dalam sekelip masa sahaja. Ia semestinya akan melibatkan kepelbagaian perkara yang perlu bagi menjana serta menggerakkan Negara ini kearah apa yang dipanggil kemajuan itu. Disamping itu, Negara ini juga perlu menjalani beberapa proses yang dipanggil evolusi ( bukan revolusi atau reformasi ). Proses evolusi ini akan bermula dan terus berkembang dari keadaan yang tiada apa-apa kepada apa yang ada pada masa kini dan akan datang. Proses evolusi juga akan berkembang dan berkembang sehingga menjadikan Negara ini mantap dan bersedia dalam apa cabaran sekali pun.

Sebagai contohnya, proses evolusi yang berlaku terhadap langskap dan fizikal Negara ini. Jika dahulunya rakyat jelata membina rumah serta bangunan dengan menggunakan kayu serta beratap rumbia tetapi kini rumah sudah boleh didirikan bertingkat-tingkat dengan menggunakan konkrit. Proses evolusi telah memainkan peranan dalam merubah corak pembinaan satu-satu rumah kediaman atau bangunan yang berasaskan kayu kepada penggunaan bahan-bahan konkrit.

Bagi yang mempelajari ilmu biologi, mereka akan faham apa itu istilah evolusi ini. Secara mudahnya evolusi itu adalah merupakan satu perubahan bentuk sama ada fizikal, rupa, sifat dan sebagainya bagi sesuatu benda, makhluk atau sesuatu.

Untuk menjadi Negara maju pada 2020, Negara ini perlu mengalami banyak proses evolusi yang sudah pasti memerlukan satu tempoh masa yang tertentu. Namun malangnya, kita hanya ada masa selama 13 tahun sahaja untuk menjejak ke tarikh keramat itu. Seperti yang ditanya oleh rakyat jelata diakhir tulisan saya dahulu; pada ketika itu, adakah Negara kita sudah maju?

Di zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir dahulu negeri Kelantan terkenal dengan istilah negeri paling mundur di Malaysia. Penjanaan pendapatan ekonomi negeri tidak setanding dengan negeri-negeri lain di Negara ini. Negeri Kelantan dikatakan tidak mempunyai kemudahan infrastruktur yang baik. Pengurusan kerajaan negeri yang tidak baik dan berbagai-bagai lagi istilah atau kenyataan dikeluarkan bagi menunjukkan betapa mundurnya Negeri Kelantan.

Apa yang menjadi persoalan di dalam kepala otak saya selama ini; wawasan 2020 adalah satu wawasan NEGARA MALAYSIA untuk mencapai status Negara maju. Bila sahaja sebut Negara Malaysia, kepala otak rakyat malahan budak sekolah sudah tahu bahawasanya Negeri Kelantan juga adalah salah satu negeri-negeri bersekutu dalam Negara Malaysia. Bila sebut NEGARA sudah pasti keseluruhan negeri-negeri di bawah naungan Bendera Malaysia perlu mencapai apa yang yang dipanggil maju itu. Jika salah satu negeri itu tidak maju maka orang masih melihat Negara ini masih lagi tidak maju keseluruhannya.

Malang lagi malang bagi Negeri yang mempunyai ramai bangsa melayu ini. Demi perbalahan politik, pihak pemerintah telah mengambil satu langkah yang boleh dikatakan menyimpang jauh daripada apa yang di -impikan dalam Wawasan 2020 itu sendiri. Demi perbalahan politik, untung nasib bangsa dan negeri kelantan telah dianak-tirikan oleh pihak pemerintah Negara.

Padahal rakyat kelantan juga menyanjung perlembagaan Malaysia. Rakyat kelantan juga mendaulatkan Yang Dipertuan Agong. Rakyat kelantan juga menghormati undang-undang Negara. Rakyat kelantan menyambut dan merayakan hari kemerdekaan bersama-sama rakyat dari negeri lain. Rakyat kelantan juga mengangkat dan menghormati bendera Malaysia. Rakyat kelantan juga melafazkan rukun serta ikrar Negara seperti rakyat di negeri lain. Rakyat kelantan juga hanya mempunyai satu lagu kebangsaan yang dipanggil Lagu Negaraku untuk dinyayikan bagi membakar semangat kenegaraan.

Apa salahnya rakyat dan negeri kelantan? Mengapa pihak pemerintah telah menidakkan hak rakyat dan negeri ini untuk maju bersama-sama serta seiringan dengan negeri lain? Adakah kerana rakyat kelantan telah memilih parti pas sebagai parti yang memerintah negeri kelantan? Adakah kerana kegagalan parti pas dalam menguruskan negeri menyebabkan negeri ini ketinggalan? Adakah kerana rakyat negeri ini tidak produktif atau tidak ingin maju?

Persoalan-persoalan tadi hanya boleh dijawab oleh pihak UMNO dan PAS sahaja. Itu pun jika pihak kerajaan pusat dan negeri ikhlas dalam memberi jawapannya kepada rakyat kelantan. Saya percaya, jika persoalan tadi ditanyakan pada kedua-dua pihak sudah pasti bukan jawapan yang diperolehi tetapi tuduh menuduh, tunding menunding, maki hamun, kata mengata, carut mencarut dan sebagainya yang kita perolehi. Rakyat jelata akan terus terngaga dan terpinga-pinga sendirian.

Sekarang kerajaan pusat yang dipimpin oleh Perdana Menteri Pak Lah telah memperkenalkan islam hadhari di Negara ini. Apa yang difahami islam hadhari ini bukannya agama yang baru atau salah satu cabang islam yang baru tetapi masih agama islam yang asal dengan berlandaskan kepada prinsip kesederhanaan dan keadilan kepada manusia sejagat.

Jika itulah apa yang dimaksudkan dengan islam hadhari, tidak ada sebab untuk pihak pemerintah kerajaan pusat untuk menidakkan apa yang diingini oleh rakyat negeri kelantan khususnya dan rakyat Negara ini amnya. Pihak kerajaan pusat juga perlu adil dalam mengagihkan kekayaan Negara dengan sama rata kepada negeri kelantan seperti apa yang negeri-negeri lain dapat. Prinsip kesederhanaan dalam semua perkara perlu dilaksanakan oleh pihak kerajaan pusat dalam menghadapi pihak yang dikatakan pihak pembangkang. Pak Lah perlu ingat bahawasanya islam hadhari diperkenalkan pada zaman pemerintahannya dan jika prinsip-prinsip serta amalan-amalan yang terkandung didalamnya tidak diikuti oleh pihak pemerintah ( sudah semesti ia bersangkut paut dengan Pak Lah sebagai ketua ) maka Pak Lah dengan sendiri telah menolak apa yang beliau telah perkenalkan itu.

Jika itu yang terjadi, maka rakyat jelata akan menolak apa yang dipanggil islam hadhari itu. Malahan kepercayaan kepada kepimpinan Pak Lah akan terus pudar dari hati rakyat jelata dan jangan hairan jika apa yang diperkenalkan itu akan memakan kerajaan pimpinan Pak Lah dan diri Pak Lah itu sendiri.

Begitu juga dengan pihak pemerintah negeri yang diterajui oleh Parti PAS. Pihak Pas mendakwa bahawasanya mereka ini memperjuangkan sepenuhnya nilai-nilai islam. Banyak slogan-slogan yang didengari yang dikeluarkan oleh pihak Pas bagi menunjukkan mereka ini benar-benar memperjuangkan agama islam di Negara ini. Slogan seperti membangun bersama islam, serambi mekah dan berbagai lagi slogan yang tidak payah disebut panjang lebar di sini.

Pihak PAS telah lama memerintah kelantan. Satu-satunya negeri yang yang dikatakan ‘core’ pas itu. Sudah 17 tahun pas memegang tampuk pemerintahan negeri kelantan. Rakyat negeri kelantan memilih serta memberi kepercayaan kepada pihak pas untuk membangunkan negeri tercinta itu. Adakah pihak kerajaan negeri tahu akan tanggungjawabnya terhadap amanah itu? Adakah adanya kesungguhan pihak kerajaan negeri dalam usaha-usaha untuk mencapai cita-cita nasional itu? Apakah rancangan-rancangan pihak pemerintah negeri dalam usaha untuk menuju kearah itu?

Walaupun pihak pas ini dikatakan berhaluan kiri dan tidak selari dengan apa yang dibawa oleh pihak kerajaan pusat namun saya percaya tidak semua perkara akan ditentang oleh parti itu terhadap apa yang dibawakan oleh pihak UMNO. Jika soal pembangunan dan kemajuan itu ditolak oleh pihak PAS maka saya menanggap parti ini juga menentang apa yang terkandung dalam prinsip islam yang didokongnya itu.

Tidak salah jika pihak PAS mengaku mereka tiada keupayaan dalam usaha untuk membangunkan negeri bagi mencapai kemajuan seperti yang diimpikan dalam wawasan 2020. Mengaku salah bukan bermakna mengaku kalah. Mengaku salah demi untuk kepentingan semua pihak terutamanya dalam menunaikan tanggungjawab, menunaikan harapan rakyat jelata serta melunaskan amanah yang diberikan oleh rakyat kelantan.

Walaupun berstatus parti pembangkang yang memerintah negeri. Tidak salah bagi pihak PAS meminta pertolongan dari pihak lain terutamanya daripada pihak kerajaan pusat demi tujuan tersebut. Banyak kerajaan-kerajaan dari Negara-negara islam di dunia ini memohon pertolongan daripada bangsa-bangsa lain yang tidak seagama di dunia ini bagi membantu memulihkan atau memajukan Negara mereka. Apatah lagi kerajaan pusat ini diperintah oleh pemimpin-pemimpin yang juga seagama.

Pihak PAS perlu ingat. Jika Allah s.w.t mengizinkan mereka memerintah negeri kelantan sehingga mencecah ke tahun 2020, harapan rakyat negeri untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan rakyat di negeri lain tidak kesampaian, maka dengan sendirinya perjuangan Parti PAS adalah sia-sia dan telah melanggari tanggungjawabnya kepada islam itu sendiri. Mereka telah gagal dalam melaksanakan tanggungjawab, amanah dan harapan rakyat kelantan. Mereka telah menghampakan harapan rakyat kelantan. Saya percaya sudah pasti bencana yang akan dihadapi oleh parti pas akan lebih teruk berbanding dengan pihak umno.

Jika UMNO dengan ISLAM HADHARI-nya manakala PAS dengan ISLAM-nya maka saya percaya kedua-dua pihak ini tahu apa yang ditutut oleh ISLAM itu sendiri. Walaupun berbeza dari segi ideology politik tetapi kedua-dua parti masih mempunyai persamaan dalam perwatakan masing-masing iaitu ISLAM. Selain itu, ahli dan penyokong kedua-dua parti adalah terdiri daripada anak bangsa melayu. Kesamaan bangsa dan agama sepatutnya dijadikan satu jambatan untuk kedua-dua belah pihak bekerjasama.

Pertelingkahan serta perbalahan kedua-dua parti politik ini akan merugikan bangsa melayu. Jika masing-masing masih lagi mengamalkan sikap tindas menindas diantara satu sama lain maka jalan kearah memaju serta memodenkan negeri kelantan akan terus ketinggalan dan ditinggalkan. Secara langsungnya, proses evolusi yang diinginkan terjadinya di negeri kelantan khususnya dan Negara ini amnya dalam menuju kea rah Negara maju pada wawasan 2020 akan menjadi kabur.

Kini kerajaan pusat telah melancarkan satu perancangan jangka panjang untuk negeri-negeri pantai timur. Rancangan itu mungkin adalah salah satu inisiatif yang diambil oleh kerajaan pusat dalam usaha untuk memaju serta memodenkan negeri kelantan. Dengan pelancaran misi pembangunan Koridor Timur (ECER) itu, diharapkan pemimpin dari kedua-dua parti yang kedua-duanya berbangsa melayu dan beragama islam itu akan mengambil seberapa banyak kesempatan yang ada bagi membangunkan Negeri Kelantan.

Seharusnya misi nasional itu tidak akan dijadikan alat oleh kedua-dua parti UMNO dan PAS dalam kempen-kempen mereka yang melampau yang sudah semestinya akan mengelirukan pemikiran rakyat. Rakyat kelantan sentiasa mengalu-alukan apa yang dipanggil kemajuan itu tetapi dengan bersyarat kepentingan serta keistimewaan bangsa melayu yang mendiami negeri tidak akan dirampok serta dianiaya oleh mana-mana pihak sekalipun.

Pemimpin-pemimpin seperti Yang Mulia Tan Sri Tengku Razaliegh Hamzah, Dato’ Mustapha Muhamad, Dato’ Anuar Musa, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, Tuan Hj. Hussam Musa dan ramai lagi pemimpin-pemimpin berkaliber dari Negeri Kelantan agar dapat duduk semeja untuk memikirkan tentang kemajuan serta kemodenan yang akan dikecapi oleh rakyat jelata serta negeri Kelantan.

Tidak salah untuk berkhayal. Tidak salah untuk bermimpi. Tidak salah untuk bercita-cita. Kata orang letaklah cita-cita itu setinggi langit dan jika ia jatuh, ia akan jatuh di atas bulan dan bukannya ke tanah (bumi). Namun demikian, sehingga kini rakyat jelata masih tertanya-tanya, majukah Negara kita nanti?

(Utusan Malaysia : 26 Oktober 2007)

Ruang lahirkan usahawan

Oleh Azman Anuar (WARTAWAN UTUSAN)

Jika masyarakat Melayu di Pantai Timur yang sebelum ini mendakwa tidak mendapat pembelaan sewajarnya daripada Kerajaan Pusat, kini sedikit sebanyak mereka boleh menarik nafas lega.

Angin perubahan yang membawa program lonjakan mega ekonomi sedang bertiup kencang ke kawasan sebelah sana. Banyak ‘ikan besar’ dan ‘ikan kecil’ sedang menuju ke wilayah mereka. Terpulang sama ada penduduk Pantai Timur mahu atau tidak memasang jaring dan pukat untuk menangkap hasil rezeki yang sedang disalurkan ke sana.

Ketika ini banyak pihak memperkatakan tentang pelbagai koridor ekonomi baik yang sedang dilaksanakan mahupun yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Misalnya Koridor Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan Recoda di Sarawak.

Pun begitu, jangan dilupakan bahawa inisiatif pembangunan ekonomi ini adalah sebahagian daripada Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Program ini telah dirangka untuk mengagih-agihkan kekayaan negara hingga melangkaui pegangan ekuiti termasuk aspek-aspek pemilikan kekayaan lain, khasnya pemilikan aset produk bumiputera.

Perkara utama dalam RMK-9 ialah membangunkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) secara aktif dalam ekonomi wilayah pembangunan baru itu.

Kerajaan telah memperuntukkan RM1.372 bilion untuk membangunkan MPPB di bawah RMK-9.

Sejajar dengan matlamat ini, maka dasar-dasar dan program untuk meningkatkan pemilikan bangunan komersial dan penginapan dalam sektor hartanah di bandar, hak milik intelektual dijalankan, begitu juga perhatian berat kerajaan terhadap syarikat perniagaan baik kecil atau sederhana.

Melalui aktiviti yang akan datang ke ECER, diyakini ia dapat menjana pendapatan dan mewujudkan peluang pekerjaan bagi merapatkan jurang ekonomi. Jangan lupa, matlamat RMK-9 juga adalah untuk membasmi kemiskinan tegar dan menyasarkan kemiskinan hanya 2.8 peratus menjelang 2010. Kerajaan telah memperuntukkan RM4.465 bilion untuk membasmi kemiskinan di seluruh negara.

Di samping itu, langkah-langkah ini diteruskan untuk menyusun semula masyarakat bagi menghapuskan identiti kaum berdasarkan sektor ekonomi.

Untuk memastikan kewujudan golongan bumiputera kukuh dan bertahan dalam bidang sektor perdagangan dan perindustrian, pendekatan baru perlu diterapkan. Lalu ECER adalah idea dan pendekatan ke arah matlamat tersebut yang selalu kita lupakan.

Apa yang perlu ditekankan ialah bukan sahaja bilangan usahawan bumiputera yang akan dihasilkan di ECER tetapi lebih penting ialah kualiti mereka dari segi daya saing dan produktiviti.

Satu program khas akan dilaksanakan untuk mengubah syarikat kecil dan sederhana bumiputera yang terpilih dengan perolehan pendapatan jualan tahunan di antara RM1 juta dan RM25 juta dibantu menjadi syarikat besar.

Ini boleh dilakukan melalui bantuan agensi pelaksana untuk membantu ahli perniagaan bumiputera. Permodalan Nasional Bhd. misalnya akan menggalakkan lebih ramai bumiputera menyertai skim amanah saham secara aktif. Manakala Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera, dengan modal permulaan RM2 bilion, boleh mengembangkan usaha membantu bumiputera memiliki hartanah di lokasi yang strategik, terutama di kawasan bandar.

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi pula menyediakan kemudahan latihan dan program pembangunan usahawan kepada peniaga bumiputera.

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) juga menyediakan pakej pembangunan usahawan bersepadu bagi membantu bumiputera di sektor peruncitan kecil dan sederhana.

Laporan RMK-9 yang dikeluarkan oleh Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri mengatakan kerajaan telah menetapkan sasaran meningkatkan pemilikan modal bumiputera di antara 20 hingga 25 peratus menjelang 2010. Untuk tujuan itu, sekurang-kurangnya pemilikan bumiputera mesti mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus menjelang 2020.

Ingatlah bahawa pemilikan modal bumiputera meningkat kepada RM100 bilion pada 2004 berbanding dengan RM63 bilion tahun 2000. Namun nisbah pegangan ekuiti masih tidak berubah pada 18.9 peratus.

Dalam RMK-9, kerajaan juga menyasarkan untuk mengurangkan nisbah perbezaan pendapatan bumiputera dengan kaum Cina kepada 1:1.50 pada tahun 2010 daripada 1:1.64 pada 2004, dan di antara bumiputera dengan kaum India kepada 1:1.15 daripada 1:1.27.

Langkah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melancarkan ECER pada 29 Oktober (Isnin) ini adalah sebahagian daripada fokus utama di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang bertujuan membela nasib orang Melayu.

Keputusan kerajaan membangunkan wilayah pembangunan ini selepas melancarkan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) dan Koridor Ekonomi Wilayah Utara (NCER), adalah satu cabaran yang perlu diberi sokongan padu oleh semua pihak terutama penduduk tempatan di Kelantan, Terengganu, Pahang serta Mersing di Johor.

Pelancaran ECER diharap usaha melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera yang menekankan kepada usaha mewujudkan lebih ramai usahawan bumiputera patut menjadi agenda utama memandang 80 peratus penduduk kawasan pembangunan itu adalah orang Melayu dan bumiputera.

Di sinilah usaha untuk menambah bilangan usahawan bumiputera dapat dijayakan dengan membuka ruang dan peluang untuk mereka merebut dan menyertai aktiviti ekonomi dan perniagaan di ECER.

Jurang perbezaan pendapatan dan pegangan ekonomi dalam masyarakat bumiputera dan bukan bumiputera perlu dirapatkan.

Penduduk bumiputera di Pantai Timur harus sedar bidang keusahawanan membuka peluang untuk mereka memperoleh pendapatan dan kekayaan yang lebih berbanding makan gaji dalam program pembangunan ECER.

Rabu, 24 Oktober 2007

Bersikap adil dalam penilaian

Mufti Perlis

“Ada orang tuduh Perlis wahhabi. Apabila ditanya, apa itu wahhabi? Dia gagal memberi jawabannya. Ada kata wahabi macam Arab Saudi. Saya katakan: Bukan semua fatwa Perlis sama macam Arab Saudi. Wanita di Perlis umpamanya, tidak diwajibkan berpurdah. Ada yang kata kerana Perlis terima ketokohan Muhammad bin Abdul Wahhab, tokoh reformis Saudi. Saya kata: Perlis mengiktiraf kesemua mereka yang menyumbang untuk umat Islam, sama ada Muhammad bin Abdul Wahhab, atau Muhammad ‘Abduh atau Ibn Taimiyyah atau al-Ghazali atau imam-imam yang empat atau selain mereka..”

Bersikap adil terhadap kawan dan lawan amatlah sukar. Namun itulah tuntutan Islam yang agung ini. Hati manusia biasanya akan berpihak kepada orang yang disukai, sekalipun dia di pihak yang salah. Sukar pula untuk menyokong orang yang dibenci, sekalipun dia di pihak yang benar. Apabila perasaan tidak terkawal atau berdisiplin dengan ajaran Islam, maka insan biasanya akan mencari justifikasi untuk membela kesilapan orang disukainya. Dalam masa yang sama, dia mungkin akan mencari ruang untuk mempersalahkan musuh yang dibencinya. Sikap seperti ini menjadi barah kehidupan. Jika ia menguasai masyarakat, kebenaran akan terhapus dan kebatilan akan dibela.

Sikap ini hadir kadang kala disebabkan taksub yang berlebihan, atau kebencian yang berlebihan, atau sayang yang berlebihan, atau adanya kepentingan tertentu di sebalik kebencian yang dipamirkan atau sokongan yang diberikan. Hasilnya nanti, ketidakadilan hukuman atau penilaian akan berlaku. Ada pihak akan menjadi mangsa dendam dan perasaan. Kebenaran akan dinafikan hanya kerana kebencian. Kesalahan akan dinilai dengan kebaikan hanya kerana ketaksuban atau kecintaan atau kepentingan. Sebab itulah Islam memusuhi sikap yang seperti ini. Firman Allah dalam Surah al-Maidah: 8:(maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”.

Melanggar prinsip keadilan hanya kerana kebencian adalah sikap yang hina. Demikian ajaran al-Quran. ALLAH menyebut dalam Surah al-Nisa ayat 135: Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

Kebiasaan manusia yang tidak berprinsip, akan mudah menerima khabar buruk orang yang dibencinya. Ia bagaikan peluang keemasan untuk melanyak musuhnya dan meluahkan rasa dendam. Maka banyaklah berita buruk tersebar tanpa bukti dan dalil. Pada zaman internet ini, ruang tersebut terbuka lebih luas lagi. Jangan kita hairan, jika mereka yang bersikap tidak adil ini, terdiri dari kalangan yang mempunyai pendidikan tinggi, bahkan di kalangan golongan agamawan sekalipun. Apatah lagilah orang awam. Sekalipun berpendidikan tinggi, mereka tetap gagal membuat penapisan maklumat yang sampai, terutamanya maklumat buruk orang yang mereka tidak sukai. Justeru itu Nabi s.a.w bersabda: “Cukuplah untuk seseorang itu dianggap berdusta dengan dia menceritakan setiap yang dia dengar” (Riwayat Muslim). Kata al-Imam Malik bin Anas (meninggal 179H): “Ketahuilah, tidak selamat seseorang yang menceritakan setiap apa yang dia dengar, dan seseorang tidak menjadi imam (pimpinan) sama sekali apabila dia menceritakan setiap yang dia dengar”. (Riwayat Muslim dalam Muqaddimah Sahihnya).

Hasil dari sikap yang tidak adil ini, sesetengah pihak menolak pandangan bernas seseorang hanya kerana empunya pandangan tidak satu parti, atau satu ‘kem’, atau satu ‘kapal’, atau satu mazhab dengan mereka. Maka ada pula yang menjadi mangsa kerana menyokong pandangan tertentu sekalipun benar, hanya kerana empunya pandangan itu seorang yang tidak sealiran dengan mereka. Lihatlah dalam politik, parti-parti yang bertembung enggan akur dengan hujah-hujah yang benar yang diberikan oleh pihak yang lain hanya semata disebabkan perbezaan parti. Lebih dari itu seseorang dimusuhi oleh partinya hanya kerana bersetuju atau menyokong pandangan parti lawan, padahal pandangan atau dasar itu benar. Ada pula yang menuduh orang lain sebagai kaki ampu pemerintah hanya kerana memberikan sokongan kepada dasar-dasar baik kerajaan. Dalam masa yang sama, ada pula pihak yang dicop sebagai ‘pro-pembangkang’ hanya kerana mengkritik beberapa keputusan kerajaan. Lebih dahsyat lagi; kadang-kala golongan parti tertentu memandang sinis orang memakai songkok, dan ada pula yang memandang sinis mereka yang memakai kopiah. Sehingga pakaian tradisi dan adat pun dimasukkan dalam kandang politik kepartian. Pemikiran seperti ini adalah lambang ketidakadilan sikap dan kemunduran minda. Sikap buruk ini dinyalakan lagi apinya oleh parti-parti yang suka mengambil kesempatan. Apabila ada tokoh yang mengkritik keputusan kerajaan dalam perkara tertentu dengan niat ikhlas dan bertujuan baik, parti-parti berkenaan jadikan itu isu politik untuk meraih undi. Ceramah dan akhbar parti pun membesarkan isu tersebut untuk kepentingan politik, bukan kebaikan rakyat. Akhirnya, yang menjadi mangsa empunya pemikiran yang baik tersebut dan ideanya juga akan turut terkorban. Politik buruk dan tidak bertamadun ini, jika berterusan akan menjuruskan masyarakat kepada cerita dongeng Hang Nadim yang dibunuh kerana ideanya yang bernas. Sikap suka bersangka buruk yang terhasil dari permusuhan atau kebencian atau kepentingan diri. Firman Allah (maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan, kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa (Surah al-Hujurat: 12).

Taksub adalah antara punca utama hal ini. Taksub pula berbagai-bagai; ada yang taksub kepada sesuatu mazhab, pemimpin, parti politik, bangsa dan lain-lain. Mereka ini akan menghukum sesiapa yang tidak sealiran dengan mereka sebagai tidak baik dan salah. Kata Muhammad bin Salih al-‘Ali: “Kebiasaannya, taksub kepada sesuatu pandangan atau mazhab membawa kepada sejenis sikap keras terhadap sesiapa yang menyanggahi pandangan dan mazhabnya. Inilah yang berlaku kepada sebahagian pengikut mazhab fekah yang lidah mereka petah (mencerca) sesiapa yang berbeza dengan mereka…Orang yang taksub terlindung dari penilaian secara ilmiah dan tidak berhati-hati dalam hukuman. Dia tidak melihat melainkan keburukan dan kesilapan orang yang berbeza dengannya. Ini membawanya kepada sikap keras, mengkritik dan menyakiti..” (Muhammad bin Salih bin Yusuf al-‘Ali, Insaf Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah m.s. 113-114, Jeddah: Dar al-Andalus al-Khadra`). Penyakit taksub ini kadang-kala mengenai golongan agama lebih parah dari golongan lain. Sentimen agama akan digunakan untuk menghukum mereka yang tidak menyokong mazhab, atau parti atau kumpulan yang mereka anuti. Di Malaysia ini umpamanya, golongan taksub ini apabila melihat ada orang yang memberikan pandangan yang berbeza dari kebiasaan adat atau nenek moyang, maka mereka akan dituduh atau difitnah sebagai kaum muda atau wahabi. Tanpa melihat kepada dalil dan hujah yang dikemukakan. Padahal sebahagian besar mereka yang dituduh itu tidak tahu apa itu kaum muda atau wahabi. Lebih dahsyat lagi lagi; si penuduh itupun tidak tahu apakah sebenarnya istilah-istilah tersebut. Hanya terpengaruh dengan segelintir kelompok yang berkepentingan ‘menjaga sarang’ untuk kemudahan diri. Sikap inilah yang telah memangsa tokoh-tokoh pembaharuan melayu; seperti Za’ba, Syed Syeikh al-Hadi, Abu Bakar Baqir dan lain-lain. Golongan berkepentingan mencetuskan suasana ketaksuban agar perubahan ke arah kemajuan umat tidak dibuat dan kepentingan mereka dapat dipertahankan. Saya masih ingat seorang yang dituduh wahabi hanya kerana membaca buku fekah mazhab Syafii iaitu al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafi’i. Buku tersebut ditulis oleh tokoh-tokoh semasa mazhab al-Imam al-Syafi’i , iaitu al-Syeikh Mustafa Khin, al-Syeikh Mustafa al-Bugha dan ‘Ali al-Syarbaji. Namun apabila dibaca apa yang disebut dalam buku tersebut: “Daripada bid’ah apa yang dibuat oleh keluarga si mati ialah dengan mengumpulkan orang ramai kepada makanan dengan munasabah yang dinamakan berlalunya empat puluh hari dan seumpamanya. Sekiranya perbelanjaan makanan tersebut dari harta peninggalan (si mati) dan di kalangan waris ada yang belum baligh, maka itu adalah dari perkara lebih haram. Ini kerana ia memakan harta benda anak yatim dan melenyapkannya bukan untuk kepentingan anak yatim tersebut. Terbabit juga dalam melakukan perbuatan haram ini setiap yang memanggil dan memakannya” (1/263, Damsyik: Dar al-Qalam), maka si pembaca dituduh wahabi, sedangkan buku yang dibaca adalah buku mazhab Syafii. Demikian ketidakadilan sikap. Mereka lupa kitab-kitab jawi melayu juga menyebut hal yang sama. Tokoh jawi melayu yang terkenal Syeikh Daud al-Fatani berkata dalam Bughyah al-Talab: “lagi bid’ah bagi orang yang kematian membuat makanan menserukan segala manusia atas memakan dia sama ada dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang diadatkan kebanyakan manusia (dan demikian lagi) makruh lagi bid’ah bagi segala yang diserukan dia memperkenankan seruannya” (2/34). Demikian juga kenyataan dibuat oleh Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dalam Sabil al-Muhtadin. Begitu juga al-Marbawi dalam Bahr al-Mazi menyebut: “Maka bid’ah yang tidak elok” (7/130). Kesemua mereka ulama tradisi melayu, apakah mereka semua juga wahabi?!!.

Ada orang tuduh Perlis wahabi. Apabila ditanya, apa itu wahabi? Dia gagal memberi jawaban nya. Ada kata wahabi macam Arab Saudi. Saya katakan: bukan semua fatwa Perlis sama macam Arab Saudi. Wanita di Perlis umpamanya, tidak diwajibkan berpurdah. Ada yang kata kerana Perlis terima ketokohan Muhammad bin Abdul Wahhab, tokoh reformis Saudi. Saya kata: Perlis mengiktiraf kesemua mereka yang menyumbang untuk umat Islam, sama ada Muhammad bin Abdul Wahhab, atau Muhammad ‘Abduh atau Ibn Taimiyyah atau al-Ghazali atau imam-imam yang empat atau selain mereka. Ini bukan juga bererti kita memaksumkan mereka. Keinsafan dan keadilan sikap mengajar kita menghormati sumbangan ilmuwan dan sikap suka mengkafirkan tokoh tanpa alasan yang benar adalah warisan khawarij, bukan ajaran Ahli Sunnah wal Jamaah. Saya sendiri tidak banyak memberikan perhatian kepada tulisan Muhammad bin Abdul Wahhab, namun saya tidak menuduhnya bukan-bukan tanpa bukti kerana itu bukan akhlak Islam. Apatah lagi apabila saya dapati tokoh-tokoh umat Islam seperti Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam Fiqh al-Aulawiyyat memujinya, dengan berkata: Bagi al-Imam Muhammad bin ‘Abdul Wahhab di Semenanjung Arab perkara akidah adalah menjadi keutamaannya untuk memelihara benteng tauhid dari syirik yang telah mencemari pancaran tauhid dan dikotori kesuciannya. Beliau telah menulis buku-buku dan risalah-risalah dalam perkara tersebut. Beliau bangkit menanggung bebanan secara dakwah dan praktikal dalam memusnahkan gambaran-gambaran syirik. (m.s. 263, Mesir: Maktabah Wahbah). Bahkan tokoh fekah dunia terkenal yang sering negara kita jemput –beliau ulama dari Syria bukan Arab Saudi- Dr. Wahhab al-Zuhaili juga memujinya dengan menyebut: “Sesuatu yang tiada syak padanya, menyedari hakikat yang sebenar, bukan untuk meredhakan sesiapa, berpegang kepada ayat al-Quran yang agung (maksudnya) “Jangan kamu kurangkan manusia apa yang menjadi hak-haknya Surah Hud: 85), bahawa suara kebenaran yang paling berani, pendakwah terbesar untuk islah (pembaikian), membina umat, jihad dan mengembalikan individu muslim kepada berpegang dengan jalan salafus soleh yang terbesar ialah dakwah Muhammad bin ‘Abdul Wahhab pada kurun yang kedua belas hijrah. Tujuannya untuk mentajdidkan kehidupan muslim, setelah secara umum dicemari dengan berbagai khilaf, kekeliruan, bid’ah dan penyelewengan. Maka Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab ialah pemimpin kebangkitan agama dan pembaikian (islah) yang dinantikan, yang menzahir timbangan akidah yang bersih..” ((Rujukan: Dr Wahbah al-Zuhaili, Risalah Mujaddid al-Din fi Qarn al-Thani ‘Asyar, m.s 57-58). Bahkan banyak lagi puji-pujian beliau dalam risalah tersebut. Saya tidak pasti apakah tokoh-tokoh agama yang begitu ramai memuji Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab patut dituduh wahabi atau tidak?!!!.

Jika hendak mencari orang yang mengutuk, setiap tokoh ada yang mengutuknya. Imam Syafi’I yang agung itupun ada tokoh ilmuwan agung lain iaitu Yahya bin Ma’in yang mempertikaikannya. Imam al-Bukhari juga dituduh oleh ulama hebat pada zamannya iaitu Muhammad bin Yahya al-Zuhli sebagai menyeleweng. Apa yang hendak dihairankan jika ada yang tersalah hukum kerana tersilap fakta. Apa yang malangnya, ada di kalangan kita yang sengaja mencari yang buruk untuk dihidangkan kepada masyarakat.

Saya bukan wahabi, Perlis juga bukan negeri wahabi, namun kami ingin menghargai setiap tokoh yang berjasa, dan tidak dapat menerima sikap suka kafir-mengkafir dan sesat-menyesat. Semua para imam Ahlu Sunnah wal Jamaah, termasuk imam yang empat adalah rujukan kami. Kami tidak mahu menghadkan diri kami mengambil ilmu hanya dari seorang tokoh lalu mengharamkan kesarjanaan dan keilmuan tokoh-tokoh yang lain. Bagi kami, dalil dan hujah itu yang utama, bukan siapa tokohnya. Lihatlah dunia dengan mata yang terbuka dan minda yang bercahaya. Sesiapa yang ingin maju, dia mesti mengambil pengetahuan dari mana sahaja ia datang, bukan menjumudkan diri dengan hanya satu pandangan. Akhirnya, kita menjadi sempit dan memusuhi dunia yang kita tidak kenali hanya kerana kejumudan kita. Ketika angkasawan kita telah membelah ufuk langit, ada pihak berkuasa agama tertentu yang masih hendak kalut dengan menyesatkan atau mengkafir kaum muslimin hanya kerana menyatakan hendaklah umat mengambil manfaat dari semua sarjana muslim dari berbagai mazhab dan pentingkan dalil al-Quran dan sunnah yang sahih. Saya amat berbahagia dengan sokongan kepada idea-idea pembaharuan yang dicetuskan. Sokongan itu datang dari rakyat Malaysia yang berada di segala pelusuk negara dan dunia. Malangnya, ada yang anti pemikiran progressif dan mengambil jalan mudah dengan menuduh sesiapa yang menyeru kepada sikap dan minda terbuka sebagai wahabi. Kenanglah arahan Allah: “Bersikap adillah, sesungguhnya adil itu lebih dekat kepada taqwa”.

Isnin, 22 Oktober 2007

Metamorfosis Manusia Pembodek


Manusia di muka bumi ini diciptakan dalam berbagai-bagai rupa dan perangai. Kepelbagaian rupa itu telah menyerlahkan lagi akan sifat-sifat yang ada padanya. Manusia lain dapat mengenali manusia lain adalah kerana rupanya itu sendiri. Tanpa rupa manusia itu bukanlah seorang manusia tetapi saya sendiri tidak tahu dimana letaknya nilai itu jika ia tidak mempunyai rupa. Kepelbagaian rupa manusia yang itu dapat kita lihat dengan mata kasar yang secara tidak langsung mengesahkan identity si manusia itu. Sebagai contohnya kita kenal mat saleh dan minah saleh itu kerana rupanya yg cerah dan berhidung tinggi. Orang India itu dikenali kerana kebanyakkannya adalah berkulit gelap. Orang negro itu dikenali kerana rupanya yang gelap serta berambut kerinting. Berbagai-bagai rupa yang boleh dilihat bagi menggambarkan jenis seseorang manusia itu.

Kadang-kadang kita suka melihat rupa seseorang manusia itu. dan mengklasifikasikan ia mengikut citarasa atau sedap rasa kita sendiri samaada ia dikategorikan sebagai hodoh, cantik, menawan, sejuk mata memandang, kusut masai, serabut, handsome, segak, menggiurkan serta memberahikan dan berbagai-bagai lagi. Setiap mata yang memandang seseorang manusia itu semestinya mempunyai pandagan serta persepsi bagi dirinya yang tersendiri.

Begitu juga dengan perangai dan sifat seseorang manusia itu. Ianya juga berbeza mengikut pandangan masing-masing. Diatas diri seseorang manusia itu terdapat berbagai-bagai pandangan, tanggapan serta persepsi seseorang manusia lain terhadapnya. Perangai seseorang manusia itu boleh dikategorikan kepada beberapa sifat lahiriah yang ditunjukkinya mengikut pandagan manusia lain seperti baik, jahat, sopan santun, manja, garang, ego, keras kepala, sombong, bodoh, cerdik, pandai, kedekut, pemurah, tegas, lemah dan sebagainya lagi. Perangai seseorang manusia itu amat susah dinilai disepanjang hayat hidupnya kerana ia hanya tersembunyi dalam diri seseorang manusia itu sendiri. Kadang-kadang apa yang dilihat tidak seperti yang digambar serta diharapkan. Kadang-kadang perangai yang ditunjukkinya itu berubah-ubah mengikut keadaan semasa serta keperluan yang tertentu.

Di sini ingin dikongsi bersama dengan pembaca apa yang dimaksudkan dengan metamorfis manusia pembodek itu. Manusia pembodek ini wujud di mana-mana di muka bumi ini yang sifat rupa serta perangainya seringkali berubah-ubah mengikut masa dan keadaan. Sifat manusia spesis ini berubah-ubah seperti apa yang dialami oleh rama-rama yang mengalami proses metamorfis. Bermula dari rupa yang dipanggil ulat belucas yang kemudiannya membentuk kepompongnya sendiri dan akhirnya ia keluar merayau-rayau di alam sekeliling dalam bentuk rama-rama yang bebas beterbangan ke sana ke mari.

Ada pun ulat beluncas serta apa yang dipanggil rama-rama itu amat lemah sifatnya tetapi ia tetap menjadi pujaan setiap manusia di muka bumi ini. Selain itu, selemah-lemah ulat beluncas itu tetapi awas jangan disentuh kerana ia boleh memberikan kesan gatal kepada kulit bagi manusia yang memang menggatal hendak mengusiknya. Begitu juga dengan sang rama-rama yang sudah mula boleh beterbangan dengan bebas di alam ini. Sifatnya yang lemah, berbagai corak, cantik dilihat dan ianya seringkali dipuji oleh segenap manusia yang sememangnya menganggungkannya. Dianugerahi dengan sifat serta rupa yang cantik, lemah lembut dan sebagainya itu maka si manusia tidak akan mempersoalkan segala tindak tanduk sang rama-rama tadi. Walau pun ia mempunyai kelebihan seperti yang disebutkan tadi namun sang rama-rama juga memerlukan makan dan minum seperti yang dialami oleh semua makhluk di muka bumi ini. Maka, sang rama-rama itu akan berterbangan mencari segala apa yang boleh dimakan serta diminumnya bagi mengenyangkan perut serta meneruskan sisa-sisa hidupnya nanti. Sang rama-rama akan mencari bunga-bunga yang kembang lagi wangi baunya. Katanya bunga itu sudah pasti mempunyai banyak madu yang boleh dihisapnya bagi mengenyangkan perutnya nanti.

Manusia yang mengagumi serta menyanyangi rupa serta sifat rama-rama sudah pasti akan terpesona melihat telatah sang rama-rama menghisap madu di satu-satu bunga yang dihinggapinya. Sang rama-rama akan menghisap madu si bunga itu sepuas-puas nafsunya. Sang rama-rama juga tidak hanya akan menghisap madu pada satu-satu bunga sahaja. Ia akan mendapatkan seberapa banyak jenis dan rupa bunga yang ada di alam ini bagi mendapatkan apa yang dipanggil madu itu. Sang rama-rama akan hinggap di bunga-bunga yang ada bagi mendapatkan madunya dan apabila habis ia akan beralih ke bunga-bunya yang lain yang ada disekelilingnya.

Itulah sedikit sebanyak sifat serta perangai sang rama-rama di muka bumi ini. Begitu juga dengan perangai manusia yang berSifat dan perangai manusia pembodek boleh diibaratkan seperti perangai sang rama-rama tadi. Manusia akan membodek manusia lain demi tujuan-tujuan yang tertentu bagi memenuhi sifat serta kehendak hati masing-masing. Perangai pembodek ini akan berubah-ubah mengikut masa dan keadaan demi menjamin ‘keselamatan’ serta keselesaan masing-masing. Keselamatan yang dimaksudkan tadi adalah keselamatan diri sendiri, keselamatan daripada ancaman, keselamatan bagi meneruskan hidup dan berbagai lagi.

Seperti yang kita sedia maklum, di Negara ini sendiri amat ramai manusia yang mempunyai sifat dan perangai seperti rama-rama tadi. Manusia pembodek ini wujud di mana-mana sahaja sama ada di rumah, kedai kopi, pejabat dan berbagai-bagai tempat lagi. Anak membodek ibu dan bapa, bapa membodek emak, bapa membodek datuk, anak membodek anak, kawan membodek kawan, pekerja bawahan membodek pegawai, pegawai membodek bos, bos membodek taukeh, rakyat membodek ketua cawan, ketua cawan membodek YB, YB membodek menteri, menteri membodek menteri, menteri membodek Perdana Menteri, Perdana Menteri…malas nak sebut nanti jadi isu sensitive.

Dipendekkan ceritanya, setiap manusia itu sudah pasti mempunyai sifat dan perangai membodek dalam diri masing-masing. Ianya mengikut masa dan keadaan semasa.

Malang lagi malang nasib bangsa bila adanya manusia pembodek ini yang berada dan sedang duduk di atas kerusi empuk lagi bergaya. Mereka akan melakukan kerja membodek ini untuk dirinya sahaja. Mereka akan lakukan apa sahaja untuk mengambil hati manusia lain. Mereka akan membodek bagi menutupi kelemahan pada dirinya. Mereka akan membodek untuk mendapatkan perlindungan. Mereka akan membodek untuk menjatuhkan orang lain. Mereka akan membodek mendapatkan wang, kuasa dan sebagainya.

Salah satu sifat keji yang ada pada manusia pembodek ini adalah ia akan memusnahkan orang lain yang dianggapnya sebagai satu halangan bagi dirinya untuk mencapai cita-citanya. Walau pun dirinya boleh dikatakan tidak seberapa layak untuk ke satu-satu peringkat atau pun ia sendiri sudah merasakan ia layak untuk ke peringkat tersebut maka membodek adalah satu-satu cara yang boleh memberi kesan kepada mangsanya. Dengan harapan manusia yang dibodeknya itu akan termakan dengan apa yang ditunjukkinya itu maka secara tidak langsung orang lain yang menjadi saingan atau pun penghalangnya akan dimusnahkan oleh manusia itu.

Banyak lagi cara yang digunakan oleh pembodek untuk mendapatkan apa yang dihajatinya dan tidak payah dicerita panjang lebar di sini.

Saya tidak terkejut bila TUN Dr. Mahathir dihina dan dikeji oleh kawan-kawan serta anak buahnya dahulu disuatu ketika dahulu. Saya tidak terkejut bila TUN menyatakan ramai pemimpin melayu sudah menjadi tunggul. Saya tidak suka, gembira dan senang hati sepenuhnya bila semua menteri, ahli parlimen, adun, penjawat awam, pekerja swasta, taukeh-taukeh menyatakan mereka sokong sepenuhnya kepeimpinan Pak Lah. Saya tidak hairan mengapa ketua cawan tidak menyebut keburukan YB-nya walau sepatah haram pun. Saya tidak hairan bila YB tidak menegur dan menasihati menteri yang dilantik. Saya juga tidak merasa hairan bila TUN menyatakan tiada seorang pun yang menasihatinya dalam hal-hal pengurusan Negara. Saya tidak hairan mengapa petani, nelayan dan orang kampong masih ketinggalan.

Saya tidak hairan mengapa masalah pengurusan di sector awam masih lembab. Saya tidak hairan mengapa pemimpin parti UMNO bergaduh sesama sendiri. Saya tidak hairan bila bos-bos tidak memperolehi maklumat yang tepat bagi satu-satu perkara. Saya tidak hairan bila dikatakan saudara Khairy Jamaludin akan menjadi Perdana Menteri pada umurnya 40 tahun. Saya tidak hairan bila pak menteri diam membisu dalam hal-hal tertentu yang boleh memberikan kesan kepada rakyat dan bangsa.

Mengapa saya tidak hairan?? Jawapannya mudah sekali kerana semuanya bersangkut-paut likup dengan kerja-kerja pembodekkan yang dilakukan oleh manusia pembodek.

Bermula dari kerja membodek maka ia bersambung-sambung serta bersangkut-paut kepada kisah-kisah lain seperti, politik wang, cah-keting, bermasam muka, cucuk mencucuk, pembohong, hati busuk, penjahat, perosak, penghasut, pembawa fitnah dan sebagainya lagi.

Manusia pembodek ini akan melupakan siapa kawan dan lawan, apa yang perlu dan tidak perlu, apa yang penting dan tidak penting, apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan dan sebagainya. Hati mereka telah hitam lagi keras manakala fikiran mereka telah dihanyutkan dengan apa yang mereka idamkan.

Sesungguhnya manusia yang gemar membodek ini seharusnya dikenal pasti agar ia tidak terlepas pandang dalam mana-mana keadaan sekali pun yang secara tidak langsung akan menidakkan serta menganiaya manusia lain yang sememangnya ikhlas, berkebolehan, jujur dan sebaginya lagi dalam kehidupannya seharian.


Khamis, 18 Oktober 2007

Majukah Negara Kita

Tinggal 13 tahun lagi Negara ini akan mencecah Negara maju seperti yang diimpikan oleh Perdana Menteri kita yang ke-4, Tun Dr. Mathathir Mohamad suatu ketika dahulu. Satu tarikh keramat yang dinanti-nantikan oleh semua rakyat jelata. Satu wawasan yang dipanggil wawasan 2020 adalah satu wawasan yang berpandangan jauh yang telah dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri kita itu. Tempoh 13 tahun adalah boleh dikatakan terlalu singkat untuk kita mencapai apa yang diimpikan. Negara maju yang diimpikan pada 2020 adalah kemajuan yang dicapai dan dikecapi SECARA KESELURUHAN dipelbagai peringkat, masyarakat dan sector di Negara ini.

Bermain di kepala rakyat Malaysia akan rupa sebenar kemajuan yang bakal dicapai itu nanti. Adakah kemajuan itu membawa maksud terpacaknya bangunan-bangunan pencakar langit di seluruh Negara ini? Adakah kemajuan itu terdapatnya rangkaian jalan raya yang berlapis-lapis di Negara ini? Adakah kemajuan itu lengkapnya segala mak nenek kemudahan infrastruktur dalam Negara ini? Adakah kemajuan itu rakyat di Negara ini mempunyai kepelbagaian rupa dan kepelbagaian ideology yang mereka ikuti dan fahami? Adakah kemajuan yang dimaksudkan itu adalah ramainya rakyat Malaysia berduyung-duyung terbang ke bulan dan menikmati pemandangan bumi dari atas?

Adakah kemajuan itu rakyat Malaysia sudah mempunyai kehidupan yang lebih tenang, teratur dan lebih sempurna daripada sekarang? Adakah kemajuan itu membawa maksud rakyat Malaysia sudah boleh menggunakan robot sebagai pembantu yang akan melakukan segala kerja? Adakah kemajuan itu semua rakyat Malaysia sudah boleh hidup bergembira dengan melaung, melalak, berjoget dangdut, menari ala rap, hip-hop, jazz dan sebaginya lagi. Adakah kemajuan itu rakyat Malaysia sudah bebas untuk membunuh dan mengambil nyawa orang lain dengan sewenang-wenangnya? Adakah kemajuan itu rakyat Malaysia sudah boleh meminum arak sesuka hati, menghisap dadah bila-bila masa?

Adakah kemajuan itu rakyat Malaysia sudah boleh melupakan nilai-nilai murni, adat ketimurannya, rasa hormat menghormati diantara satu sama lain? Adakah kemajuan itu rakyat sudah boleh hidup sebumbung diantara kaum-kaum yang ada di bumi ini? Adakah kemajuan itu tidak ada lagi taukeh-taukeh dan balaci-balaci yang kerjanya sebagai perasuah dan penerima rasuah? Adakah kemajuan itu Negara ini sudah menjadi satu Negara sekular yang sudah melupakan ajaran setiap agama.

Adakah kemajuan itu sudah ramai anak yang dilahirkan ber-bin-kan nama Abdullah? Adakah kemajuan itu sudah ramai bayi-bayi yang dilahirkan dibuang di mana-mana sahaja seperti yang dilakukan pada zaman jahiliah dahulu? Adakah kemajuan itu rakyat Malaysia sudah bersemangat untuk menjajah Negara lain? Adakah kemajuan itu pak imam dan para ustaz sudah boleh mencarut, mengampu dan menyebar fitnah sesama manusia? Adakah kemajuan itu semua hutan dan kayu balak telah ditebang dan bukit sudah digondolkan? Adakah kemajuan itu air sungai di Negara ini sudah bertukar menjadi warna seperti air the tarik kedai mamak dan kemudiannya bertukar menjadi hitam seperti hitamnya hati manusia? Adakah kemajuan itu kepelbagaian kilang-kilang sudah berada di Negara ini?

Adakah kemajuan itu rakyat Negara ini sudah tidak perlu bekerja kerana warga asing sudah menjadi dominan disetiap sector pekerjaan di Negara ini? Adakah kemajuan itu rakyat yang berbangsa melayu dan berstatus peribumi sudah menjadi kuli kepada bangsa-bangsa lain? Adakah kemajuan itu rakyat miskin dan pengemis telah bersepah di seluruh Negara? Adakah kemajuan itu ramainya rakyat Negara ini yang hilang serta tiada pekerjaan serta berstatus warganegara penganggur? Adakah kemajuan itu kita lebih suka mengimport daripada mengeskport bahan-bahan keperluan rakyat dan Negara? Adakah kemajuan itu bahasa melayu sudah hilang di bumi melayu ini? Adakah kemajuan itu rakyat sudah boleh memiliki dan membawa kereta besar, rumah besar dan isteri-isteri yang besar?

Adakah kemajuan itu rakyat Malaysia sudah tidak memerlukan lagi kewujudan sistem Raja? Adakah kemajuan itu tanah-tanah orang melayu sudah diambil alih dan menjadi tanah kaum lain? Adakah kemajuan itu Negara ini sudah menjadi Negara Republik? Adakah kemajuan itu tiada lagi kampung-kampung tradisional orang melayu? Adakah kemajuan itu wujudnya samseng-samseng serta kongsi gelap dalam Negara ini? Adakah kemajuan itu berlambaknya kedai judi dan kaki judi di seluruh Negara?

Adakah kemajuan Negara itu wakil rakyat-wakil rakyat berbalah berkenaan hal-hal yang bodoh dan tidak masuk akal? Adakah kemajuan itu harta rakyat boleh dirampok oleh pemimpin yang dipilih oleh rakyat? Adakah kemajuan itu bila harga sebuah pensil sudah menjadi seperti harga sebuah kereta? Adakah kemajuan itu pegawai kerajaan menipu bapak kepada pegawai kerajaan serta rakyat? Adakah kemajuan itu ramainya anak-anak bangsa tercicir dari alam persekolahan? Adakah kemajuan itu ramainya anak-anak bangsa telah menjadi buta huruf, buta mata dan buta telinganya? Adakah kemajuan itu ramainya anak bangsa merempat di tepi-tepi jalan dan menjadi pengemis? adakah kemajuan itu ramainya anak melayu tinggal di dalam lokap dan penjara? Adakah kemajuan itu ramainya anak bangsa tinggal di pusat-pusat pemulihan dadah dan akhlak? Adakah kemajuan itu ramainya ibu bapa yang dibuang oleh anak-anak mereka di merata-rata tempat seperti di rumah pengasih dan sebagainya? Adakah kemajuan itu menjadikan masjid hanya dijadikan sebagai perhiasan semata-mata? Adakah kemajuan itu yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin?

Adakah kemajuan itu tiadanya rusuhan kaum di Negara ini? Adakah kemajuan itu rakyat berbilang kaum di Negara ini masih rasa curiga dan mencurigai diantara satu sama lain? Adakah kemajuan itu tiada kemalangan berlaku di Negara ini? Adakah kemajuan itu harga barangan keperluan di Negara ini meningkat sehingga memeningkan kepala otak rakyat jelata? Adakah kemajuan itu bangsa melayu telah hilang kuasanya kepada bangsa lain? Adakah kemajuan itu bangunan runtuh, bocor, jalan raya runtuh, jambatan retak? Adakah kemajuan itu rakyat dihiburkan dengan berita-berita yang meloyakan, membosankan serta memeningkan kepala otak? Adakah kemajuan itu segala-galanya telah maju.

Banyak lagi rupa kemajuan yang tidak dapat dibayang serta digambarkan oleh rakyat jelata di Negara ini. Apa yang didengari oleh rakyat jelata di masa kini merupakan kemajuan yang ‘terpesong’ yang seringkali maju yang didengari dari masa ke semasa. Jika itulah maksudnya kemajuan yang akan terjadi di tahun 2020, amat malang sekali bagi rakyat Negara ini. Kenyataan itu amat susah untuk diterima walau oleh sesiapa pun.

Niat murni seperti yang diimpikan oleh Tun Dr. Mahathir untuk melihat Negara ini maju pada tahun 2020 tidak akan tercapai jika kemajuan ‘terpesong’ tadi menjadi kenyataan di bumi ini. Rakyat akan terus terngaga-ngaga mencari jawapannya. Rakyat terpinga-pinga adakah mereka sudah maju atau tidak pada waktu itu. Ada 13 tahun lagi masa untuk kita semua membentuk corak kemajuan yang akan dikecapi itu. Buat masa ini rakyat jelata tertanya-tanya majukah bangsa dan Negara kita nanti?

Empat (4) Juta Orang Melayu Tidak Mendaftar Untuk Mengundi.

Empat (4) Juta Orang Melayu Tidak Mendaftar Untuk Mengundi.

Baru-baru ini pihak SPR memaklumkan bahawasanya terdapat seramai empat (4) juta orang melayu yang layak mengundi di Negara ini tidak mendaftar dengan SPR bagi melayakkannya mengundi pada pilihanraya umum yang akan datang. Angka yang disebutkan itu bukannya kecil tetapi ianya terlalu besar sekiranya dibandingkan dengan peratusan rakyat Negara ini yang berbangsa melayu. Sekiranya kesemua 4 juta orang melayu itu keluar mengundi, banyak implikasinya terhadap masa depan parti-parti politik sama ada terhadap UMNO, Pas, Keadilan, Bebas dan sebagainya.

Bila 4 juta rakyat Malaysia berbangsa melayu tidak keluar mengundi untuk memilih calon-calon yang mereka harapkan ianya sudah menjadi satu bala kepada Negara ini yang mengamalkan prinsip demokrasi. Salah satu prinsip agung dalam system demokrasi adalah ‘dari rakyat kepada rakyat’. Rakyat adalah penentu kepada wujudnya satu-satu kerajaan yang bekerja untuk rakyat dan Negara. Kerajaan yang dipilih adalah diwajibkan untuk menjaga kepentingan rakyat dan negaranya. Angka 4 juta adalah besar dalam menentukan kerajaan yang berhak memerintah Negara ini.

Mengapa mereka tidak mendaftar? Tiada masa yang sesuai untuk pergi mendaftar? Tidak tahu atau tiada kesedaran akan kepentingan memangkah undi? Tidak sampai masa untuk mengundi lagi? Tidak tahu dimana hendak mendaftar sebagai pengundi? Banyak kerja lain yang hendak dibuat selain dari pergi mendaftar sebagai pengundi? Tidak tahu dimana pejabat SPR? Jalan sesak dan bazir wang untuk petrol dan tol? Adakah mereka sudah letih bermain dengan politik? Memang tidak mahu mengundi? Sudah muak dengan tipu helah orang politik? Tidak mahu terlibat dengan politik? Berpegang kepada ideology komunisme? Tiada kepentingan jika keluar mengundi? Atau berbagai-bagai jawapan yang bermain-main dalam kepala semua orang terutamanya pemimpin-pemimpin parti politik di Negara ini.

Ada sesetengah ulamak berkata bahawasanya mengundi itu adalah tuntutan fardu kifayah kepada umat islam dan ada juga sesetengahnya menyatakan mengundi itu adalah tuntutan wajib terhadap umat islam. Bagi mereka yang memahami apa itu ‘fardu kifayah’ dan apa itu ‘wajib’ sudah pasti mengetahui betapa pentingnya mereka keluar mengundi pada satu-satu pilihanraya.

Angka 4 juta adalah terlalu besar tambahan pula ianya adalah orang MELAYU. Mengapa ianya boleh terjadi? Siapa yang ingin dipersalahkan? Diri sendiri? Adik? Abang? Kakak? Ibu bapa? Datuk? Nenek? Tok yin atau mok yin? Saudara mara? Masyarakat? Pemimpin? YB? SPR? Atau siapa-siapa? Hanya mereka sahaja yang tahu.

Hakikatnya angka 4 juta adalah terlalu besar. Semua pihak perlu memikirkan punca dan jalan penyelesaiannya agar angka 4 juta tersebut dapat dibuang dari rekod pihak SPR atau setidak-tidaknya angka tersebut dikurangkan bagi memastikan kerajaan yang bakal dipilih adalah sepenuhnya dari rakyat.

Orang melayu adalah tuan kepada bumi bertuah ini. Mereka seharusnya tidak merasa selesa dengan apa yang mereka perolehi dan dapat pada waktu ini. Jangan sampai keadaan yang parah baru mereka berduyung untuk keluar mengundi bagi menentukan siapa pemimpin dan kerajaan mereka.

Fakir-fikirkanlah.

Jumaat, 12 Oktober 2007

JAS Yang Busuk Dan Beracun Seperti Sampah Dan Bahan Buangan Toksik Serta Tercemar Seperti Tercemarnya Air Sungai.

JAS Yang Busuk Dan Beracun Seperti Sampah Dan Bahan Buangan Toksik Serta Tercemar Seperti Tercemarnya Air Sungai.

Saban hari berita menyampaikan akan kegagalan pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam menjalankan kerja-kerjanya menyelia dan mengambil tindakan terhadap mangkuk-mangkuk yang berusaha dengan gigih untuk mencemari serta memusnahkan alam sekitar di Negara ini.

Mangkuk-mangkuk tersebut secara terang-terangan telah menghina undang-undang Negara berkenaan alam sekitar yang sememangnya dijunjung dan didokong sepenuhnya oleh pihak JAS. Mereka telah berani membuang sisa toksik di tempat yang mereka sendiri pilih dan tetapkan. Mereka tidak lagi menghiraukan kesan daripada tindakan mereka itu.

Mangkuk-mangkuk tersebut kebanyakkannya terdiri daripada pelbagai rupa dan perangai. Diantara contohnya, ada mangkuk yang suka membuang sisa toksik di merata-rata tempat. Mangkuk yang suka bermain dengan api yang suka membakar kawasan hutan yang telah dibersihkan untuk tujuan tertentu. Ada juga mangkuk yang menggondolkan bukit bukau dan hutan belantara untuk tujuan tertentu. Ada juga mangkuk yang suka mencemarkan kejernihan sungai-sungai di Negara ini. Ada juga mangkuk yang suka mengeluarkan asap yang berlebihan pada cerobong-cerobong kilang dan ekzos kenderaan. Begitulah adanya rupa serta perangai azali yang ada pada mangkuk-mangkuk tersebut. Banyak lagi jenis mangkuk yang tidak payah disebutkan di sini kerana kita semua tahu spesisnya adalah begitu banyak bertebaran di bumi tersayang ini.

Menjadi persoalan kepada kita adalah mengapa spesis mangkuk itu begitu berani dan masih bertebaran melata-lata dalam Negara ini. Spesis mereka telah beranak-pinak di seluruh pelusuk Negara.

Apa yang pihak JAS telah lakukan? Adakah pihak JAS sedang tidur nyeyak di atas katil empuk di rumah masing-masing dan sedang dibuai dengan mimpi-mimpi indah? Adakah pihak JAS tiada kemampuan untuk menghadapi mangkuk-mangkuk ini? Adakah pihak JAS sudah kenyang dengan suapan bara api ke dalam perut mereka? Adakah pihak JAS membutakan mata dan memekakkan telinganya? Adakah kaki dan tangan pihak JAS telah digari oleh mangkuk-mangkuk dan mereka-mereka yang bersaudara dengan mangkuk tersebut? Adakah…adakah..adakah…berapa banyak lagi ayat yang perlu menggunakan perkataan permulaan ‘adakah’ bagi menjawab serta menyelesaikan perkara ini.

Bukit bukau serta hutan rimba digondolkan oleh mereka. Tanah terhakis di sana-sini. Binatang buas lagi liar bertempiaran lari dan berpindah ke kampong-kampung dan Bandar-bandar di sekitarnya.

Sungai-sungai yang dahulu airnya jernih kini telah bertukar menjadi seperti air teh tarik kedai mamak. Kewujudan ikan-ikan di sungai-sungai berkurangan dengan mendadak kerana tidak tahan dengan bau busuk serta kepedihan matanya terhadap pertukaran warna air tersebut.

Kawasan perumahan yang dihiasi dengan langskap arkitek yang begitu cantik telah berbau busuk lagi meloyakan. Najis-najis binatang peliharaan dibiarkan mencemari air dan udara rakyat jelata. Bangun pagi bau najis, nak makan bau najis, nak mandi bau najis, nak beribadah bau najis dan nak tidur pun tetap bau najis. Baunya itu telah meresap ke dalam lubang hidung rakyat kebanyakkan. Hidup rakyat jelata selama ini telah diselubungi oleh bau najis tersebut.

Asap-asap kilang yang dilepaskan begitu pekat hitamnya mencemari alam raya Negara ini. Ingatkan langit kelam kerana hujan akan turun tetapi rupa-rupanya asap hitam menyelubungi langit yang masih cerah bersinar disebaliknya. Asap-asap kenderaan yang disembur ke udara bagaikan alat penyembur racun kepada orang lain. Naik kereta makan asap, turun kereta makan asap. Kadang-kadang bila melombong hidung, bijih yang dikeluarkan adalah berwarna hitam sama hitamnya dengan asap yang dikeluarkan oleh cerobong-cerobong kilang dan juga ekzos-ekzos kenderaan tersebut.

Dahulu kita digemparkan dengan kematian seorang pegawai alam sekitar di Sarawak. Katanya terjatuh dari bangunan lalu mati di tempat kejadian. Kenapa beliau boleh terjatuh? Adakah beliau pening ketika itu. Adakah beliau tengah melakukan aksi lasak? Tiada seorang manusia yang waras akan terjatuh dari bangunan yang sememangnya direkacipta dengan berbagai ciri keselamatan.

Kini kita mendengar pula adanya surat kuasa yang dikatakan palsu telah dikeluarkan oleh pihak tertentu yang kononnya mengaku ia adalah daripada pihak JAS kepada seorang manusia yang tidak mengerti kesan dari tindakannya. Manusia itu dengan lurus bendulnya telah menanam sisa toksik tersebut tanpa rasa curiga bahawa perbuatannya itu adalah salah disisi undang-undang. Si bendul itu juga tidak tahu atau buat-buat tidak tahu bahawa perbuatannya itu boleh memberikan kesan yang amat mendalam terhadap system habitat manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan disekelilingnya.

Kita juga ditunjukkan oleh pihak tv dan akhbar terdapat mangkuk yang telah melupuskan sisa najis binatang peliharaan di merata-rata di sekitar kawasan selangor. Sudah lama ia dibuang di kawasan tersebut. Tercemarnya udara di sekeliling, tercemarnya pemandangan sesiapa yang melihatnya. Busuknya hati manusia yang berstatus mangkuk itu terhadap rakyat Malaysia. Nasib baik ada manusia yang bernama Hero Karam Singh Walia yang turun dari kayangan TV3 yang berani mendedahkan kebobrokan serta kegoblokan yang telah dilakukan oleh simangkuk busuk itu.

Begitu juga semasa melalui beberapa jalan raya utama Negara ini. Di sepanjang perjalanan tersebut, berbagai-bagai jenis kilang dapat ditemui. Kilang sawit, kilang getah, kilang pewangi busuk, kilang bedak habuk hitam dan sebagainya lagi. Hari ini asap itu disembur keluar. Kelmarin asap yang sama disembur. Minggu lepas juga sama. Bulan lepas begitu juga keadaan. Tahun lepas pun begitu malahan tahun-tahun yang lalu juga sama keadaannya.

Apa ini semua? Mengapa ini boleh terjadi?

Boleh dikatakan tiada usaha yang proaktif dan berkesan telah diambil oleh pihak JAS untuk menghalang atau mengurangkan kemusnahan yang sedang dilakukan oleh pihak mangkuk-mangkuk terhormat itu. Pihak JAS seakan-akan membiarkan keadaan tersebut berlaku dan mencemari alam persekitaran Negara.

Adakah pihak JAS mengetahui akan hal ini? Namun jauh di sudut hati rakyat agar pihak JAS lebih berani dan tegas dalam hal ini agar kerosakan yang dilakukan oleh mangkuk-mangkuk tadi dapat dikawal dan semoga genarasi akan dating dapat melihat dan merasai nikmat alam sekitar seperti apa yang telah dinikmati dan dirasai oleh generasi sebelumnya.

Jika JAS gagal dalam menjalankan tanggungjawabnya itu, maka dapat lah disimpulkan bahawasanya pihak JAS adalah lebih busuk dari sampah sarap, lebih beracun daripada sisa toksik dan lebih tercemar berbanding dengan tahap pencemaran air sungai di waktu ini.

Khamis, 11 Oktober 2007

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI

DARIPADA
MUHAMD ZAINI IBRAHIM
RUHANA ADAM
MUHAMAD ALIFF ADAM MUHAMAD ZAINI

Kepada :-
Ma dan Abah, Ibu dan Bapa Mertua, Adik Beradik, Ipar-Ipar, Ibu dan Bapa Saudara, Sepupu, Anak Saudara dan saudara mara walau di mana sekali pun berada.

Kepada Warga REDLAND :-
Ybhg. Dato' Ismail (Pegawai Pengarah Eksekutif) dan Ybhg. Datin Rosmawati (Pengarah Eksekutif) serta keluarga, En. Sabri (Pengarah) serta keluarga, Tn. Hj. Razi (Pegawai Khas Kepada CEO dan Penasihat Projek) serta keluarga, En. Ashri (Pengurus Lojistik) serta keluarga, En. Hadzori (Pengarah Projek Kanan -Caw. Pantai Timur) serta keluarga, En. Mazelan(Pengarah Projek Kanan - Bahagian Ibu Pejabat), En. Shamsul (Pengurus Akaun), Pn. Rizalina (Pengurus Sumber Manusia), En. Azhar (Pengurus Redland Machinery) Dan Rakan-Rakan Seperjuangan di Redland Ibu Pejabat (Subang), Redland Kota Bharu, Pejabat Tapak Mindef, Pejabat Tapak Kem Batu 10 (Kuantan) dan
Pejabat Tapak Pakej 6A (Gua Musang).

Kepada Warga AZHAR FAZUNY :-
En. Fazuny Sekeluarga
En. Azhar Sekeluarga
En. Shamsuri Sekeluarga
Cik Azizah Sekeluarga
Dan Rakan-Rakan Seperjuangan

Kepada Rakan Sahabat Yang Diingati Sentiasa :-
Rakan-Rakan Sekampung
Rakan-Rakan Di Sekolah
Rakan-Rakan Di Matrikulasi
Rakan-Rakan Di Universiti (USM)

Rakan-Rakan Yang Dikenali Selama Berkecimpung Dalam Bidang Pekerjaan :-
Trans Resources Berhad (TRC)
Minsar Consult Sdn. Bhd.
Maunsell Sharma & Zakaria Sdn Bhd (Maunsell-Aecom)
IJM Corporation Berhad (IJM)
Zizi Group Sdn Bhd
Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB)
Setegap Berhad ( Pakar-Pave sdn Bhd )
Emenea Engineering Sdn Bhd
SCG Konsultant Sdn Bhd
JABATAN KERJA RAYA

Guru-Guru:-
S
ek. Keb. Limau Kasturi
Sek. Keb Bunut Susu
Sek. Men. Tengku Indera Petra 1
Sek. Men. Bunut Susu
Sek. Men. Tendong ( Pasir Mas )
Pusat Matrikulasi Sek. Asrama Penuh Tun Syen Sheikh Shahabudin, Bukit Mertajam

Pensyarah Universiti Sains Malaysia :-
Kampus Utama Minden, Penang
Kampus Kejuruteraan, Cawangan Tronoh, Perak

Dan Semua Yang Mengenali

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

"Hari Raya Aidilfitri Adalah Disambut Bagi Meraikan Kejayaan Umat Islam Yang Berjaya Dalam Menunaikan Ibadah Puasa Di Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Semoga Kita Semua Dirahmati, Diberkati, Dimurahkan Rezeki, Dipanjangkan Umur Serta Diampunkan Segala Dosa-Dosa Yang Lalu Oleh ALLAH SWT. Amin".

Rabu, 10 Oktober 2007

Peristiwa di Batu Burok Telah Membuka Pekung Keburukan Parti UMNO dan Parti PAS.

Gempar lagi mengemparkan. Heboh seluruh pelusuk Negara. Semua rakyat jelata menjadikan cerita itu sebagai cerita rutin yang wajib diperkatakan semasa menjamu selera di warung-warung kopi di seluruh Negara. Telivisyen, radio, astro malah surat khabar utama Negara menyiarkan berita itu berkali-kali bagi menunjukkannya ia adalah satu-satunya berita terhangat di waktu itu.

Keadaan yang porak peranda, busuk lagi membusukkan, riuh-randah macam ayam baru bertelur, buruk lagi meloyakan telah berlaku. Sangat daif dan naïf keadaan tersebut jika kita memikirkannya.

Dua parti utama orang melayu islam telah bertembung semenjak begitu lama. Masing-masing menyimpang dendam dan amarah terhadap satu sama lain. Masing-masing menganggap lawannya adalah musuh yang perlu disingkirkan atau pun terus dibunuh sahaja demi menjamin kewujudan serta keagunggannya di bumi Malaysia ini. Pertembungan yang telah membawa kepada kemusnahan harta benda awam, keadaan huru-hara, fitnah-memfitnah, kata-mengata, carut-mencarut, mengadu-domba, cucuk-mencucuk dan sebagainya telah berlaku di masa pertembungan diantara kedua-dua parti gergasi bangsa melayu itu.

Masing-masing mengaku bahawasanya mereka adalah lebih kuat dan berbisa dalam menyengat musuhnya dalam percaturan tersebut. Mereka masih tegak berdiri megah dan mengatakan mereka adalah pemimpin orang melayu yang sejati. Tetapi malangnya masing-masing tidak mengaku akan kesalahan masing-masing. Tidak mengaku kelemahan yang wujud pada kedua-duanya. Tidaj mengaku wujudnya kebodohan dalam diri masing-masing. Mereka masih ego dan khayal dengan diri sendiri.

Peristiwa rusuhan yang dikatakan telah dilakukan oleh penyokong parti pas itu telah membuka pekung terhadap kedua-dua parti tersebut. Pekung kebodohan, kecelaruan serta keburukkan telah menjadi elemen kepada tulang belakang kedua-dua parti tersebut.

Bodohnya parti UMNO itu adalah seperti berikut :-

1) Mereka telah menggunakan pihak polis untuk menghalang parti Pas daripada mendapatkan permit untuk mengadakan ceramah di kawasan tersebut. Bodohnya umno telah mengheret sama pihak polis untuk menjadi bodoh.

2) Mengambil gambar dan membesar-besarkan cerita tentang rusuhan tersebut seperti ianya berlaku dan merebak di seluruh Negara. Setiap hari video dipertontonkan kepada rakyat jelata tentang keadaan tersebut. Kebodohan umno telah mengheret sama pihak tv untuk menjadi bodoh.

3) Tidak menghiraukan permintaan pihak pas untuk berbincang serta menubuhkan sekteriat Diraja untuk menyiasat perkara tersebut.

4) Mengeluarkan gambar-gambar perusuh selepas berlakunya rusuhan. Tetapi tidak menangkap perusuh semasa mereka sedang merosakkan harta awam tersebut. Kebodohan umno telah mengheret polis menjadi bodoh bersama-samanya.

5) Budak yang membakar bendera tidak ditangkap semasa ia sedang membakar bendera tersebut. Padahal pihak polis boleh bertindak menangkap budak tersebut sebelum bendera itu habis terbakar ketika di waktu itu.

6) PM dan TPM diheret sama untuk mengutuk. Tetapi umno terengganu hanya diam membisu bak kata orang ayam jantan seperti tercabut ekor. Malu sungguh memalukan keadaannya.

7) Bodohnya pemimpin umno adalah, kenapa nak halangnya orang nak buat ceramah. Bagi ajelah, bila penat dia orang balik tidur lena sebab dah boleh berceramah dan mendengar ceramah. Hati telah menjadi tenang. Keceriaan boleh dilihat di wajahnya.


Manakala bodohnya PAS itu adalah seperti berikut:-

1) Jika tidak diberi permit untuk berceramah di kawasan itu, mengapa tidak diminta untuk mengubahnya ditempat yang lain. Pihak pas memang bodoh sebab sememangnya ia telah bertekad dan berpegang kepada prinsip alang-alang seluk perkasam, biar sampai ke hujung lengan.

2) Ada orang yang telah membakar perasaan dan fikiran para penyokong agar melakukan rusuhan. Orang yang waras tidak akan bertindak ganas jika tidak dihasut oleh mereka yang dihormati oleh mereka. Kebodohan pemimpin pas telah mengheret sama penyokongnya untuk menjadi bodoh sebodohnya.

3) Bodohnya penyokong parti pas itu adalah, mereka sukakan rusuhan berbanding dengan keamanan. Mungkin dengan cara inilah mereka mendapat kepuasan pada diri sendiri seperti orang biasa mendengar lagu-lagu tertentu untuk mendapatkan kepuasan.

4) Bodohnya pas kerana perkara yang kecil itu pun telah dijadikan isu dan alasan untuk melakukan rusuhan.

5) Akibat perkara itu, pemimpin pas telah membuat laporan polis dan dengan harapan rakyat jelata menganggap mereka adalah di pihak yang benar. Pas tidak tahu atau buat-buat tidak tahu, rusuhan yang terjadi adalah dilakukan oleh orang-orang pas sendiri. Penyokong sendiri yang merusuh, tetapi pemimpin membuat laporan polis..bodoh juga sikit-sikit tu.

6) Bodohnya pemimpin pas apabila mereka menggunakan masjid untuk mengedarkan risalah berkenaan peristiwa batu burok yang sememangnya telah buruk kepada orang awam.

7) Bodohnya pemimpin pas, sekarang bukannya musim pilihanraya lagi, buat apa nak sibuk-sibuk buat ceramah. Pergi bagi tazkirah dekat masjid kan lebih baik.


Itulah adanya sifat-sifat kebodohan yang telah terserlah didalam diri kedua-dua pihak. Kebodohan itu telah ditunjukkan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawasanya mereka suka bergaduh diantara satu sama lain. Mereka suka menunjukkan bahawasanya mereka tidak perlu lagi mengikuti undang-undang, tidak perlu lagi berbincang bagi mencapai kata sepakat, tidak perlu lagi menghormati diantara satu sama lain, mereka bukannya terdiri daripada golongan orang melayu yang penuh dengan adat dan budaya ketimurannya.

Kebodohan mereka telah menjadi bahan ketawa pihak-pihak lain. Mereka seronok melihat dua parti orang melayu tengah bergaduh disebabkan oleh benda yang bodoh. Mereka bertepuk tangan kerana kedua-dua pihak umno dan pas telah menjadi bodoh. Betapa bodohnya orang melayu bermain politik. Mereka tengah bergaduh, kita akan merampok apa yang ada pada mereka, merampok segala yang ada di bumi mereka. Katanya pihak ‘lain’ tersebut.

Bodoh lagi bangang kepada kedua-dua belah pihak. Tiada siapa yang benar dan tiada siapa yang salah. Tiada yang menang dan tiada yang kalah. Jika sebelum ini masing-masing dilihat bak kata orang ‘ sejuk mata memandang’ tetapi kini bertukar menjadi ‘letih mata memandang’ dan buka itu sahaja, ia kini sudah menjadi ‘bosan telinga mendengarnya’.

Keletihan dan kebosangan rakyat jelata terhadap kebodohan dan kebusukkan serta keburukkan yang ditunjukkan oleh kedua-dua belah pihak. Janganlah jadikan kebodohan yang ada pada diri masing-masing untuk membusuk serta memburukkan sesuatu tempat yang sememangnya telah buruk seperti yang telah terjadinya di Batu Burok.

as buruk = umno bodoh = batu burok

Batu burok = pas bodoh = umno buruk

Pas = umno = bodoh = buruk