Tidak serik dengan penangan PRU-12. Itulah perupamaan yang boleh diberikan kepada sesetengah pemimpin UMNO. Pemimpin UMNO di peringkat bawahan atau yang digelar akar umbi. Pemimpin akar umbi yang boleh dikategorikan sebagai sampah dalam carta organisasi UMNO.
Tidak dinafikan, banyak perkara telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin besar UMNO di peringkat pusat dalam mencerdikkan orang bawahan mereka betapa pentingnya UMNO berjuang untuk rakyat. Namun realitinya mereka ini bagaikan mencurah air di atas daun keladi.
betapa tidak cerdiknya pemimpin akar umbi ini boleh diupamakan seperti beruk mendapat bunga. Bilamana orang yang berfikiran kekampungan, tidak berpendidikan mendapat satu-satu jawatan. Jawatan yang boleh digunakan dalam membuat satu-satu keputusan terhadap satu-satu perkara dalam kelompoknya.
Bagi dirinya kuasa tersebut amatlah besar dan boleh mengatasi segala-galanya sehingga ianya boleh mengatasi batas-batas kemanusiaan atau pun cara hidup sesama makhluk.
Beberapa contoh betapa daifnya pemikiran pemimpin akar umbi yang perlu di ‘cerdik’ kan oleh pemimpin atasan mereka. Antaranya adalah :-
KES 1 ( Bantuan Persekolahan anak-anak miskin )
Seorang penduduk kampong yang miskin mendakwa anak-anak beliau dinafikan oleh penghulu untuk mendapatkan bantuan-bantuan tertentu yang diberikan oleh pihak kerajaan kerana beliau di DAKWA ( lain perkataan DISYAKI ) adalah penyokong PAS.
Saya nak tanya adakah budak sekolah darjah satu sehingga darjah enam itu tahu apa itu politik? Adakah penghulu itu tahu apakah nasib budak itu bila beliau besar nanti? Jika benar sekali pun bapanya adalah penyokong PAS..jika beliau layak apa salahnya diberikan sahaja??Adakah ini caranya bila menjadi pemimpin masyarakat?
KES 2 ( Pinjaman TEKUN / Amanah Ikhtiar )
Seorang penduduk kampong yang berniaga kecil-kecilan ingin mendapatkan pinjaman tekun/amanah ikhtiar bagi menambahkan modal perniagaannya. Penghulu menolaknya kerana beiau tidak yakin bahawasanya peniaga tersebut akan dapat membayar balik akan pinjaman tersebut. Katanya tidak mahu dipersalahkan jika si pemimjam itu tidak membayarnya balik.
Lagi satu, alas an yang paling tidak masuk akal di dunia ini adalah peminjam itu adalah orang PAS?????
Setahu saya, keperluan untuk mendapatkan tanda tangan penghulu itu adalah bagi mengesahkan akan status seseorang itu. Status permaustatin seseorang tersebut dan jika apa2 yang terjadi hanya peminjam sahaja yang bertanggungjawab terhadap tekun/amanah ikhtiar dan bukannya seperti yang didakwa.
Seperkara lagi, bagi seseorang peniaga, beliau bukannya mahu menjual barangan kepada orang UMNO sahaja..tetapi kepada semua orang tidak kira siapa. Jadi isu pinjaman tersebut tidak usahlah dijadikan alas an politik untuk menidakkan hak rakyat lain yang memerlukan.
KES 3 ( Bantuan perumahan PPRT )
Beberapa penduduk miskin TEGAR dinafikan hak beliau untuk mendapatkan bantuan rumah rakyat termiskin (PPRT) kerana didakwa kerana didakwa tidak menyokong beliau semasa pemilihan ketua cawangan.
Tajuk utama adalah orang miskin tegar dan bukannya siapa atau parti mana yang disokongnya.
Selain itu, kedengara juga ditelinga saya beliau tidak akan sekali-kali memberikan bantuan itu kepada penyokong PAS!!!!
Apa ke benda ni?? Jika pihak kerajaan hanya BERHASRAT untuk memberikan bantuan rumah tersebut kepada penyokong UMNO/BN sahaja, sebaiknya ianya harus disiarkan melalui tv bahawasanya bantuan kerajaan pusat hanya diberikan kepada penyokong kerajaan sahaja. Barulah perkara ini jelas...
KESIMPULAN
Banyak lagi perkara karut marut yang sedang berleluasa di lakukan sama ada oleh ketua CAWAN atau pun TOK penghulu terhadap rakyat jelata. Jika begini sikap mereka, sampai bilapun UMNO tidak akan menjadi juara rakyat.
UMNO akan dibenci dan dibenci seumur hidup oleh mereka yang tidak mendapat apa yang sepatutnya mereka dapat. Keturunan mereka akan mengingati apa yang orang UMNO lakukan terhadap mereka.
Mereka-mereka ini perlu di ‘cerdik’ kan oleh bos-bos mereka dalam memenangi hati rakyat. cerdikkan mereka itu bagaimana untuk menjadi pemimpin masyarakat yang sebenarnya.
Pemimpin atasan sedang mecari jalan untuk menarik sokongan rakyat kepadanya tetapi berlainan pula dengan apa yang dilakukan oleh pemimpin bawahan mereka.
Dunia sekarang , rakyat tidak memandang kedudukan seseorang. Rakyat akan menilai kebaikan serta keadilan yang diamalkan oleh seseorang itu. Tekanan sedemikian sudah tidak boleh diguna pakai pada masa kini. Semakin ditekan maka semakin kuat penolakkan yang akan diterima oleh UMNO.
Cara memberi perhatian dan ‘ambil hati ‘ adalah yang terbaik perlu diamalkan oleh pemimpin UMNO. jika batu dapat dipecahkan dengan titisan air, inikan pula hati manusia.
Selain itu, terdapat juga dikalangan mereka ini tidak pandai untuk bergaul dengan golongan belia terutamanya mereka yang berpendidikan tinggi. Tiadanya usaha daripada mereka ini untuk membawa golongan terpelajar dalam apa-apa perbincangan yang diadakan di kawasan masing-masing.
Jika UMNO itu untuk melayu..maka bantulah orang melayu yang memerlukan bantuan tidak kira mereka berfahaman apa sekalipun.
Maka tidak hairanlah kenapa UMNO masih lagi gagal memerintah Kelantan sehingga hari ini. Tidak lain dan tidak bukan adalah kerana sikap pemimpin akar umbi yang keras kepala dan mempunyai ego yang tinggi terhadap rakyat. rakyat yang benar-benar memerlukan perhatian tetapi diabaikan oleh mereka.
0 ulasan:
Catat Ulasan