Khamis, 31 Disember 2009

MASYAALLAH – Pakatan Rakyat (PKR-DAP-PAS ) SUDAH MENANG!!!!



Jika kita terjemahkan ucapan KALIMAH SYAHADAH ianya berbunyi lebih kurang begini :-

“Aku naik saksi bahawasanya tiada TUHAN melainkan ALLAH dan aku naik saksi bahawasanya NABI MUHAMAD itu pesuruh ALLAH”.

Perkataan TUHAN dalam bahasa inggeris di tulis sebagai ‘GOD’...dan jika diterjemahkan semula ( dari bahasa inggeris kepada bahasa melayu) ianya akan menjadi seperti berikut :-

“Aku naik saksi bahawasanya tiada ALLAH melainkan ALLAH dan aku naik saksi bahawasanya NABI MUHAMAD itu pesuruh ALLAH”.

Tahniah kepada orang islam dalam pakatan haram jadah. Dengan sokongan padu anda..nama ALLAH sudah diconteng oleh laknatullah. Tok lebai PAS, PKR harusnya menjawab dengan ALLAH di akhirat kelak.

TAHNIAH SEKALI LAGI kerana anda telah berjaya dalam perjuangan dan sekaligus dapat menghina ALLAH swt.

PAKCIK : tidak bolehkah kita menyaman hakim yang telah membenarkan perkara ini berlaku???



5 ulasan:

fs-86 berkata...

Ini bukan salah PAS, UMNO atau PKR kerana ianya diputuskan oleh mahkamah. Perkara ini adalah kerana kebodohan orang cerdik pandai di negara kita yang menggubal akan segala undang-undang tetapi lupa untuk menggubal undang-undang untuk meng"eksklusif"kan perkataan "Allah" hanya kepada orang Islam.

Sepatutnya kita mengambil iktibar dari Turki yang lebih kurang 90 tahun merdeka. Mereka meletakkan pada perlembagaan mereka yang turki adalah negara sekular selagi wujudnya Turki dan perlembagaan tersebut tidak boleh dipinda. Oleh itu, sesiapa memerintah pun tak akan timbul isu meng"Islam"kan Turki.

Inilah akibat pemimpin yang pandai cakap.

Mereka yang kafir mahu mengkristiankan umat Islam di negara ini dengan menggandakan bahan bacaan menggunakan perkataan Allah. Umat Islam akan terkeliru lalu terpesonglah akidah mereka. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kerajaan yang memerintah serta alim ulama seluruh Malaysia menggandakan usaha dakwah Islamiah.

Allahu Akbar, Allah itu tidak beranak dan tidak berbapa.

fs-86 berkata...

Saya ingin membetulkan saudara satu perkara.

Mengikut terjemahan yang betul kalimah shahadah ialah:

Tiada tuhan yang disembah melainkan Tuhan.

There is no god but God

Perhatikan penggunaan perkataan "tuhan" dan "Tuhan". Itulah yang meninggikan martabat Tuhan yang sebenar berbanding tuhan-tuhan yang lain.

Perkataan "Allah" berasal dari perkataan "Ilah" yang bermaksud Tuhan. Bagi merujuk kepada satu tuhan dan tuhan tertentu maka dijadikan perkataan Al-Ilah atau Allah.

Cumanya, keber-iya-iyaan pihak Kristian menggunakan perkataan Allah ini menimbulkan syak wasangka. Adakah mereka ingin melebarkan ajaran mereka?

kembara putih berkata...

Kenapa nak salahkan PAS dan PR pula. PAS dan PR tak pernah memerintah Malaysia. Selama 52 tahun, iaitu sejak merdeka hingga kini Malaysia diperintah UMNO/BN. Jadi segala dasar dan peraturan adalah dibuat oleh UMNO/BN. Jadi bila timbulnya kes macam ni, sama juga kes keruntuhan moral, maksiat, jenayah, rasuah dan pelbagai lagi adalah akibat dari dasar2 yang diperkenalkan kerajaan UMNO/BN sendiri.

pakcik berkata...

Kepada kembara putih...

tidakkah saudara tahu bahawasanya cadangan utk penggunaan perkataan 'ALLAH' itu pada awalnya disokong oleh orang2 dalam pakatan rakyat??

malahan kini, tiada satu pun orang2 dr pakatan rakyat mencela perkara ini sekeras-kerasnya seperti mana mereka mencela UMNO/BN???

ini dah masuk soal agama dan akidah dan bukannya soal politik semata-mata...

harap maklum...

kiasu berkata...

Ini sepertimana telah berlaku di Indonesia di mana anak2 muda terutama yang kurang pendidikan agama, yang moden dan bersosial secara suka2 menukar2 agama dari Islam ke Keristian ke Islam ke Keristian, semata2 kerana anggapan yang silap itu. Ini terjadi kerana pengaruh pergaulan, keinginan berkahwin berlainan agama dan status kemodenan kononnya. Tetapi inilah kenyataannya akibat penggunaan kalimah yang mengelirukan.

Malah, ada ramai suami/isteri di Indonesia walaupun sudah berkahwin tapi masih berlainan agama, mungkin salah satu puncanya kerana kepercayaan Allah tuhan yang sama.

Memang mudah untuk Pas mengatakan dan memberi sejuta amaran supaya kalimah Allah ini jangan disalahgunakan. Tetapi, bagaimana hendak mencegahnya 10-20 tahun akan datang apabila pemikiran para remaja telah tepengaruh sedikit demi sedikit dalam tempoh tersebut.

Ini baru permulaan. Kelak golongan Kristian ini akan secara halus dan tanpa disedari akan berusaha memanupulasi kebenaran yang disokong oleh Pas ini. Ini sedang berlaku secara berleluasa tetapi senyap di Indonesia.


Islam di sana semakin liberal. Sepertimana disiarkan dalam blog Anwar Ibrahim yang berbunyi "Change Is Coming To Islam" ?????

Nasi akan menjadi bubur jika tiada ketegasan pada hari ini.


Pendirian Pas amat keliru, kabur, short-sighted dan meremehkan kepercayaan umat Islam berbangsa dan berbahasa Melayu.


Manusia mudah lupa...Kalau 10-20 tahun lalu tidak ada sesiapa yang berani menggelar Chin Peng si kominis pengkhianat ini sebagai pejuang kemerdekaan atau hero, kini sudah ada suara2 sebaliknya yang semakin berani dan lantang. Begitu juga akan berlaku dalam isu kalimah ini jika pendirian Pas dibenarkan.


Ini pemerhatian peribadi saya kerana sering ke Indonesia sejak 15 tahun dahulu dan berkenalan dengan ramai keluarga2 beragama Islam dan Keristian di sana.