Selepas era TUN DR MAHATHIR memerintah, nampaknya orang melayu telah menjadi mabuk. Mabuk kerana kehilangan arah tuju. Arah tuju yang telah ditetapkan oleh TUN dan pemimpin –pemimpin sebelum ini semakin dilupai oleh orang melayu.
Orang melayu kini upama orang yang tidak faham apa-apa melainkan angguk-angguk dan geleng-geleng sahaja. Angguk kerana buat-buat faham dan geleng kerana memang tidak faham.
Begitu juga dengan pemimpin melayu sama ada dari parti pemerintah atau pun parti pembangkang. Kedua-dua menunjukkan sikap yang sama terhadap orang melayu.
Takut untuk berkata tidak kepada bangsa lain demi menjaga airmuka bangsa tersebut. Dimana nilainya kedaulatan serta keagungan bangsa sendiri.
Semua orang faham ada banyak bangsa dalam Negara ini tetapi tidak banyak orang faham kenapa melayu perlu dijagai dan diberikan perhatian yang sewajarnya.
Pemimpin-pemimpin melayu yang berada dipuncak kuasa sedang syok sendiri dengan anggapan melayu sudah maju dan mampu bersaing dengan bangsa lain. Padahal melayu kini sudah kalah dari segala segi. Pada tanggapan mereka bahawasanya Melayu sudah mampu untuk berdikari. Namun hakikatnya..
Perang psikologi yang dilakukan oleh bangsa lain terhadap orang melayu amat kritikal keadaannya. Perang yang merendahkan martabat bangsa melayu serta keturunannya. Psikologi yang diterajui oleh orang melayu sendiri. Tiada pemimpin seperti TUN yang bangkit dan mempersoalkan perkara itu.
Pemimpin-pemimpin melayu dalam pakatan pembangkang pula sudah menjadi seperti orang dirasuk hantu pocong. Hantu cina yang keras, ada taring dan kuku yang tajam. Hantu yang tidak boleh bercakap dan mengilai seperti hantu melayu..hantu yang boleh menghidu mangsanya.
Dalam kepala otak mereka..walau apa pun yang terjadi, kerajaan BN/UMNO mesti ditumbangkan. Kita mesti memegang tampuk pemerintahan Negara. Biarlah bangsa melayu dan agama dihina dan dikeji asalkan kita boleh menjejakkan kaki ke PUTRAJAYA.
Jika difikirkan secara waras (bagi yang mahu berfikir)..boleh dikatakan mereka yang sedang ‘KOYA’ untuk menjejakkan kaki ke PUTRAJAYA itu adalah terdiri daripada mereka yang juga tidak bersih suci seperti yang digambarkan kepada rakyat. Padahal mereka juga terdiri daripada pelahap kuasa seperti sesetengah pemimpin yang sedia ada.
Semua perkara hendak dipolitikkan oleh mereka. Salah satu cara digunapakai oleh mereka adalah politik perkauman. Demi meraih sokongan kaum cina dan india, mereka sanggup meniup api kebencian kaum lain terhadap bangsa melayu.
Keputusan dapat kita lihat bila DAP dapat menguasai beberapa negeri dan apa jadi selepas itu?? Nasib melayu terus menjadi tidak ketentutan. Satu persatu perbuatan dan cubaan dilakukan untuk mengambil hak orang melayu.
Walau pun kepala bapak negeri di pegang oleh orang melayu namun skrip ceritanya pula ditentukan oleh bangsa lain. Biar nampak muka melayu tetapi perangai orang lain. Semuanya berselindung di sebalik wajah orang melayu agar lakonan mereka nampak seperti keadaan yang sebenarnya.
Walau pun bangsa cina dan india kononnya nampak berpecah..tetapi hakikatnya mereka berjuang untuk survival bangsa mereka. Lain pula dengan MELAYU BODOH, dahlah berpecah sesama sendiri malahan memberi sokongan kepada bangsa lain pula.
Adakah orang cina dan india yang kononnya memperjuangkan hak sama rata itu pernah menyebut tentang orang melayu?? Tidak sama sekali. Apa yang mereka perjuangkan adalah hak sama rata yang kononnya mereka perlu dapat di tanah air ini.
Mereka tidak pernah mengalah dalam memperjuangkan kepentingan kaum mereka. Hanya melayu sahaja yang mengalah kepada mereka. DAP, MCA, GERAKAN, PCM, MIC,PPP, dan entah apa-apa lagi parti mereka tubuhkan adalah untuk kepentingan kaum mereka sahaja.
Mereka hanya bergaduh dalam konteks RADIKAL sahaja. Radikal dalam mendapatkan apa yang mereka mahu. Namun keputusannya adalah sama. Jika salah satu daripada parti mereka dapat apa yang diperjuangkan, maka keuntungan adalah dikongsi bersama oleh mereka semua.
Cuba kita lihat parti-parti komponen BN seperti MCA, MIC dan PPP. Mereka masih dalam keadaan huru hara dan ini mungkin juga salah satu strategi mereka untuk menjatuhkan Barisan Nasional. Dengan keadaan yang tidak stabil dalam parti masing-masing, maka rakyat akan mula beralih kepada parti alternative seperti DAP atau pun PKR.
Lain pula halnya dengan melayu. Mereka lebih rela melihat melayu lain merana dan jika boleh mereka lebih suka jika terjadi seperti kata pepatah yang menang menjadi arang dan yang kalah menjadi abu.
Selepas era TUN MAHATHIR, semakin kurangnya pemimpin melayu bercakap soal hak serta kepentingan bangsa melayu. Tidak kira sama ada ianya dari segi ekonomi, politik, social dan sebagainya lagi. Mereka seakan-akan takut menyebut sesuatu yang reality kepada bangsa-bangsa lain tentang kedudukan orang melayu.
Kerajaan di bawah UMNO/BN sekarang sedang sibuk mencari jalan keluar bagi kesalahan-kesalahan mereka terdahulu dalam mendapatkan kembali sokongan rakyat terhadap mereka. Isu-isu seperti rasuah, kronisma, nepotisma, kredibiliti, transparency, leadership, cah keting dan sebagainya masih lagi membelit mereka. Mereka semakin sibuk dengan hal2 sedemikian sehinggakan sedikit sebanyak menjejaskan focus mereka terhadap bangsa melayu.
Begitu juga dengan PAS, kerosakan dalaman semakin terserlah dan kebanyakkan rakyat merumuskan mereka telah pun lari dari prinsip asal perjuangan mereka. Perbezaan ideology dalam pakatan telah diserlah oleh mereka melalui beberapa insiden pertelingkahan dalam kerajaan negeri yang disandang oleh mereka.
Hati dan fikiran berlawanan di antara satu sama lain. Banyak tenaga digunakan oleh mereka dalam mencari strategi menjatuhkan UMNO/BN dan seterusnya melupai apa kah sebenarnya perjuangan mereka untuk orang melayu.
Jika UMNO dan PAS sudah tidak berdaya lagi untuk memperjuangkan hak serta meeningkatkan martabat orang melayu, kepada siapa lagi untuk melayu bergantung bagi memperjuangkan hak mereka?? PKR??? Boleh harap ke?
Kegagalan pemimpin melayu untuk menentukan hala tuju serta membina jalan untuk orang melayu mempertahankan hak serta kedudukan mereka akan menyebabkan melayu akan merintih di bumi sendiri. Penyusunan semula hala tuju orang melayu seharusnya dilakukan secara menyeluruh dan ianya perlulah diselaraskan dengan perkembangan semasa dalam atau luar Negara.
Segala keperluan untuk orang melayu bersaing secara sihat dengan bangsa lain seharusnya diberikan dalam pelbagai bentuk dan cara. ketiadaan bimbingan serta sokongan padu daripada kerajaan atau pimpinan melayu akan menyebabkan melayu akan terus ditinggal serta dipinggirkan di bumi sendiri.
BENARLAH KATA TUN MAHATHIR – melayu dalam dilemma dan melayu mudah lupa.
0 ulasan:
Catat Ulasan