Insiden kemalangan bas dua tingkat baru-baru telah mendapat perhatian pelbagai pihak. Kemalangan yang menyebabkan 10 nyawa melayan. Kemalangan yang melibatkan BAS seringkali berulang dari tahun ke tahun.
Apabila berlakunya kemalangan, pelbagai pihak mengutarakan pandangan masing-masing dalam menambah-baik sistem pengangkutan awam tersebut. Cadangan yang diberikan diharapkan dilaksanakan sepenuhnya oleh pihak terbabit bagi mengurangkan kemalangan sama daripada berulang.
Selain daripada perkhidmatan bas, sesetengah rakyat juga menggunakan perkhidmatan keretapi untuk melakukan perjalanan yang jauh. Namun demikian, perkhidmatan keretapi hanya menjadi pilihan kedua berbanding dengan bas. Kenapa menjadi sedemikian?? ianya adalah disebabkan oleh kebolehcapaian ( accessibility) kepada pengguna. Disamping itu, masa yang panjang juga memainkan factor yang utama.
Hakikatnya, kita juga sedia maklum bahawasanya perkhidmatan keretapi boleh dikatakan paling selamat setakat ini dengan risiko kemalangan yang kecil berbanding dengan bas.
Saya berpendapat sudah sampai masanya pihak kerajaan menilai semula perkhidmatan keretapi dan seterusnya menjadikannya sebagai medium pengangkutan awam yang utama untuk Negara ini. Pihak kerajaan melalui KTMB seharusnya menilai dengan lebih jauh akan kepentingan keretapi tersebut untuk jangka masa yang panjang.
Jika di negara maju, keretapi direka cipta dengan kelajuan maksimum ( lebih laju daripada bas) dan dilengkapi dengan cirri-ciri keselamatan yang baik merupakan satu pilihan utama kepada rakyat mereka. Mesin yang direkacipta sebaik mungkin bagi memastikan keselesaan pengguna, sampai ke destinasi dengan cepat dan tepat masanya dan juga dengan selamat.
Rangkaian laluan keretapi laju yang menyeluruh dengan meliputi seluruh negeri sepatutnya dapat disediakan oleh pihak kerajaan dan saya percaya ianya akan menjadi satu medium pengangkutan yang utama di suatu masa nanti.
Jika dibandingkan dengan hasrat kerajaan untuk membeli pesawat pejuang atau pun kapal perang yang baru, adalah lebih baik sekiranya wang tersebut digunakan oleh kerajaan dalam menambah-baikkan perkhidmatan kereta api di Negara ini.
Keretapi laju pilihan rakyat Malaysia.
1 ulasan:
pengangkutan rel memang dikatakan selamat mengikut perjalanan per km atau trip per passenger berbanding lain-lain mod (udara, jalanraya). Kos awal pembinaan pula agak tinggi perlu ditanggung oleh satu kuasa kewangan yg besar, kos sengaraan dan pendaptan melalui penjualan tiket dan lain-lain pendapatan sampingan adalah sekitar 50%-80% bergantung kepada banyaknya pengguna (contoh yg baik KL, London, BKK, HK). HK berjaya mempunyai pengangkutan rel yg mengguntungkan krn dasar pengangkutan rel yg disepadukuan dengan pembangunan hartanah sprti konsep KL Sentral ttp jauh lebih terancang krn melibatkan keseluruhan jaringan keretapi (KL sentral hanya satu stesen sahaja yg menguntungkan MRCB). Msia boleh dikatakan negara yg kecil (mengikut keluasan dan kepadatan pendduk). Kos tiket ETS dr KL-Ipoh adalah sekitar RM45 nanti (skrg promosi RM30) adalah agak tinggi dan cuba bayangkan jika keretapi laju nanti mampukah golongan pendapatan RM300 sehari(RM6000 sebulan) menggunakan nya? Siapa yg akan menanggung kos sengaraan nanti? ERL sbagai contoh mendapt pendptan sampingan melalui cukai airport membolehkan nya bertahan sehingga hari ini.
Catat Ulasan