Khamis, 31 Disember 2009

MASYAALLAH – Pakatan Rakyat (PKR-DAP-PAS ) SUDAH MENANG!!!!



Jika kita terjemahkan ucapan KALIMAH SYAHADAH ianya berbunyi lebih kurang begini :-

“Aku naik saksi bahawasanya tiada TUHAN melainkan ALLAH dan aku naik saksi bahawasanya NABI MUHAMAD itu pesuruh ALLAH”.

Perkataan TUHAN dalam bahasa inggeris di tulis sebagai ‘GOD’...dan jika diterjemahkan semula ( dari bahasa inggeris kepada bahasa melayu) ianya akan menjadi seperti berikut :-

“Aku naik saksi bahawasanya tiada ALLAH melainkan ALLAH dan aku naik saksi bahawasanya NABI MUHAMAD itu pesuruh ALLAH”.

Tahniah kepada orang islam dalam pakatan haram jadah. Dengan sokongan padu anda..nama ALLAH sudah diconteng oleh laknatullah. Tok lebai PAS, PKR harusnya menjawab dengan ALLAH di akhirat kelak.

TAHNIAH SEKALI LAGI kerana anda telah berjaya dalam perjuangan dan sekaligus dapat menghina ALLAH swt.

PAKCIK : tidak bolehkah kita menyaman hakim yang telah membenarkan perkara ini berlaku???



Selasa, 29 Disember 2009

PENGANGKUTAN AWAM – keretapi peluru disyorkan.



Insiden kemalangan bas dua tingkat baru-baru telah mendapat perhatian pelbagai pihak. Kemalangan yang menyebabkan 10 nyawa melayan. Kemalangan yang melibatkan BAS seringkali berulang dari tahun ke tahun.

Apabila berlakunya kemalangan, pelbagai pihak mengutarakan pandangan masing-masing dalam menambah-baik sistem pengangkutan awam tersebut. Cadangan yang diberikan diharapkan dilaksanakan sepenuhnya oleh pihak terbabit bagi mengurangkan kemalangan sama daripada berulang.

Selain daripada perkhidmatan bas, sesetengah rakyat juga menggunakan perkhidmatan keretapi untuk melakukan perjalanan yang jauh. Namun demikian, perkhidmatan keretapi hanya menjadi pilihan kedua berbanding dengan bas. Kenapa menjadi sedemikian?? ianya adalah disebabkan oleh kebolehcapaian ( accessibility) kepada pengguna. Disamping itu, masa yang panjang juga memainkan factor yang utama.

Hakikatnya, kita juga sedia maklum bahawasanya perkhidmatan keretapi boleh dikatakan paling selamat setakat ini dengan risiko kemalangan yang kecil berbanding dengan bas.

Saya berpendapat sudah sampai masanya pihak kerajaan menilai semula perkhidmatan keretapi dan seterusnya menjadikannya sebagai medium pengangkutan awam yang utama untuk Negara ini. Pihak kerajaan melalui KTMB seharusnya menilai dengan lebih jauh akan kepentingan keretapi tersebut untuk jangka masa yang panjang.

Jika di negara maju, keretapi direka cipta dengan kelajuan maksimum ( lebih laju daripada bas) dan dilengkapi dengan cirri-ciri keselamatan yang baik merupakan satu pilihan utama kepada rakyat mereka. Mesin yang direkacipta sebaik mungkin bagi memastikan keselesaan pengguna, sampai ke destinasi dengan cepat dan tepat masanya dan juga dengan selamat.

Rangkaian laluan keretapi laju yang menyeluruh dengan meliputi seluruh negeri sepatutnya dapat disediakan oleh pihak kerajaan dan saya percaya ianya akan menjadi satu medium pengangkutan yang utama di suatu masa nanti.

Jika dibandingkan dengan hasrat kerajaan untuk membeli pesawat pejuang atau pun kapal perang yang baru, adalah lebih baik sekiranya wang tersebut digunakan oleh kerajaan dalam menambah-baikkan perkhidmatan kereta api di Negara ini.

Keretapi laju pilihan rakyat Malaysia.

Ahad, 27 Disember 2009

UMNO kampong masih tidak berubah!!!



Tidak serik dengan penangan PRU-12. Itulah perupamaan yang boleh diberikan kepada sesetengah pemimpin UMNO. Pemimpin UMNO di peringkat bawahan atau yang digelar akar umbi. Pemimpin akar umbi yang boleh dikategorikan sebagai sampah dalam carta organisasi UMNO.

Tidak dinafikan, banyak perkara telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin besar UMNO di peringkat pusat dalam mencerdikkan orang bawahan mereka betapa pentingnya UMNO berjuang untuk rakyat. Namun realitinya mereka ini bagaikan mencurah air di atas daun keladi.

betapa tidak cerdiknya pemimpin akar umbi ini boleh diupamakan seperti beruk mendapat bunga. Bilamana orang yang berfikiran kekampungan, tidak berpendidikan mendapat satu-satu jawatan. Jawatan yang boleh digunakan dalam membuat satu-satu keputusan terhadap satu-satu perkara dalam kelompoknya.

Bagi dirinya kuasa tersebut amatlah besar dan boleh mengatasi segala-galanya sehingga ianya boleh mengatasi batas-batas kemanusiaan atau pun cara hidup sesama makhluk.

Beberapa contoh betapa daifnya pemikiran pemimpin akar umbi yang perlu di ‘cerdik’ kan oleh pemimpin atasan mereka. Antaranya adalah :-


KES 1 ( Bantuan Persekolahan anak-anak miskin )

Seorang penduduk kampong yang miskin mendakwa anak-anak beliau dinafikan oleh penghulu untuk mendapatkan bantuan-bantuan tertentu yang diberikan oleh pihak kerajaan kerana beliau di DAKWA ( lain perkataan DISYAKI ) adalah penyokong PAS.

Saya nak tanya adakah budak sekolah darjah satu sehingga darjah enam itu tahu apa itu politik? Adakah penghulu itu tahu apakah nasib budak itu bila beliau besar nanti? Jika benar sekali pun bapanya adalah penyokong PAS..jika beliau layak apa salahnya diberikan sahaja??Adakah ini caranya bila menjadi pemimpin masyarakat?


KES 2 ( Pinjaman TEKUN / Amanah Ikhtiar )

Seorang penduduk kampong yang berniaga kecil-kecilan ingin mendapatkan pinjaman tekun/amanah ikhtiar bagi menambahkan modal perniagaannya. Penghulu menolaknya kerana beiau tidak yakin bahawasanya peniaga tersebut akan dapat membayar balik akan pinjaman tersebut. Katanya tidak mahu dipersalahkan jika si pemimjam itu tidak membayarnya balik.

Lagi satu, alas an yang paling tidak masuk akal di dunia ini adalah peminjam itu adalah orang PAS?????

Setahu saya, keperluan untuk mendapatkan tanda tangan penghulu itu adalah bagi mengesahkan akan status seseorang itu. Status permaustatin seseorang tersebut dan jika apa2 yang terjadi hanya peminjam sahaja yang bertanggungjawab terhadap tekun/amanah ikhtiar dan bukannya seperti yang didakwa.

Seperkara lagi, bagi seseorang peniaga, beliau bukannya mahu menjual barangan kepada orang UMNO sahaja..tetapi kepada semua orang tidak kira siapa. Jadi isu pinjaman tersebut tidak usahlah dijadikan alas an politik untuk menidakkan hak rakyat lain yang memerlukan.


KES 3 ( Bantuan perumahan PPRT )

Beberapa penduduk miskin TEGAR dinafikan hak beliau untuk mendapatkan bantuan rumah rakyat termiskin (PPRT) kerana didakwa kerana didakwa tidak menyokong beliau semasa pemilihan ketua cawangan.

Tajuk utama adalah orang miskin tegar dan bukannya siapa atau parti mana yang disokongnya.

Selain itu, kedengara juga ditelinga saya beliau tidak akan sekali-kali memberikan bantuan itu kepada penyokong PAS!!!!

Apa ke benda ni?? Jika pihak kerajaan hanya BERHASRAT untuk memberikan bantuan rumah tersebut kepada penyokong UMNO/BN sahaja, sebaiknya ianya harus disiarkan melalui tv bahawasanya bantuan kerajaan pusat hanya diberikan kepada penyokong kerajaan sahaja. Barulah perkara ini jelas...

KESIMPULAN

Banyak lagi perkara karut marut yang sedang berleluasa di lakukan sama ada oleh ketua CAWAN atau pun TOK penghulu terhadap rakyat jelata. Jika begini sikap mereka, sampai bilapun UMNO tidak akan menjadi juara rakyat.

UMNO akan dibenci dan dibenci seumur hidup oleh mereka yang tidak mendapat apa yang sepatutnya mereka dapat. Keturunan mereka akan mengingati apa yang orang UMNO lakukan terhadap mereka.

Mereka-mereka ini perlu di ‘cerdik’ kan oleh bos-bos mereka dalam memenangi hati rakyat. cerdikkan mereka itu bagaimana untuk menjadi pemimpin masyarakat yang sebenarnya.

Pemimpin atasan sedang mecari jalan untuk menarik sokongan rakyat kepadanya tetapi berlainan pula dengan apa yang dilakukan oleh pemimpin bawahan mereka.

Dunia sekarang , rakyat tidak memandang kedudukan seseorang. Rakyat akan menilai kebaikan serta keadilan yang diamalkan oleh seseorang itu. Tekanan sedemikian sudah tidak boleh diguna pakai pada masa kini. Semakin ditekan maka semakin kuat penolakkan yang akan diterima oleh UMNO.

Cara memberi perhatian dan ‘ambil hati ‘ adalah yang terbaik perlu diamalkan oleh pemimpin UMNO. jika batu dapat dipecahkan dengan titisan air, inikan pula hati manusia.

Selain itu, terdapat juga dikalangan mereka ini tidak pandai untuk bergaul dengan golongan belia terutamanya mereka yang berpendidikan tinggi. Tiadanya usaha daripada mereka ini untuk membawa golongan terpelajar dalam apa-apa perbincangan yang diadakan di kawasan masing-masing.

Jika UMNO itu untuk melayu..maka bantulah orang melayu yang memerlukan bantuan tidak kira mereka berfahaman apa sekalipun.

Maka tidak hairanlah kenapa UMNO masih lagi gagal memerintah Kelantan sehingga hari ini. Tidak lain dan tidak bukan adalah kerana sikap pemimpin akar umbi yang keras kepala dan mempunyai ego yang tinggi terhadap rakyat. rakyat yang benar-benar memerlukan perhatian tetapi diabaikan oleh mereka.


Khamis, 24 Disember 2009

MELAYU hilang ARAH



Selepas era TUN DR MAHATHIR memerintah, nampaknya orang melayu telah menjadi mabuk. Mabuk kerana kehilangan arah tuju. Arah tuju yang telah ditetapkan oleh TUN dan pemimpin –pemimpin sebelum ini semakin dilupai oleh orang melayu.

Orang melayu kini upama orang yang tidak faham apa-apa melainkan angguk-angguk dan geleng-geleng sahaja. Angguk kerana buat-buat faham dan geleng kerana memang tidak faham.

Begitu juga dengan pemimpin melayu sama ada dari parti pemerintah atau pun parti pembangkang. Kedua-dua menunjukkan sikap yang sama terhadap orang melayu.

Takut untuk berkata tidak kepada bangsa lain demi menjaga airmuka bangsa tersebut. Dimana nilainya kedaulatan serta keagungan bangsa sendiri.

Semua orang faham ada banyak bangsa dalam Negara ini tetapi tidak banyak orang faham kenapa melayu perlu dijagai dan diberikan perhatian yang sewajarnya.

Pemimpin-pemimpin melayu yang berada dipuncak kuasa sedang syok sendiri dengan anggapan melayu sudah maju dan mampu bersaing dengan bangsa lain. Padahal melayu kini sudah kalah dari segala segi. Pada tanggapan mereka bahawasanya Melayu sudah mampu untuk berdikari. Namun hakikatnya..

Perang psikologi yang dilakukan oleh bangsa lain terhadap orang melayu amat kritikal keadaannya. Perang yang merendahkan martabat bangsa melayu serta keturunannya. Psikologi yang diterajui oleh orang melayu sendiri. Tiada pemimpin seperti TUN yang bangkit dan mempersoalkan perkara itu.

Pemimpin-pemimpin melayu dalam pakatan pembangkang pula sudah menjadi seperti orang dirasuk hantu pocong. Hantu cina yang keras, ada taring dan kuku yang tajam. Hantu yang tidak boleh bercakap dan mengilai seperti hantu melayu..hantu yang boleh menghidu mangsanya.

Dalam kepala otak mereka..walau apa pun yang terjadi, kerajaan BN/UMNO mesti ditumbangkan. Kita mesti memegang tampuk pemerintahan Negara. Biarlah bangsa melayu dan agama dihina dan dikeji asalkan kita boleh menjejakkan kaki ke PUTRAJAYA.

Jika difikirkan secara waras (bagi yang mahu berfikir)..boleh dikatakan mereka yang sedang ‘KOYA’ untuk menjejakkan kaki ke PUTRAJAYA itu adalah terdiri daripada mereka yang juga tidak bersih suci seperti yang digambarkan kepada rakyat. Padahal mereka juga terdiri daripada pelahap kuasa seperti sesetengah pemimpin yang sedia ada.

Semua perkara hendak dipolitikkan oleh mereka. Salah satu cara digunapakai oleh mereka adalah politik perkauman. Demi meraih sokongan kaum cina dan india, mereka sanggup meniup api kebencian kaum lain terhadap bangsa melayu.

Keputusan dapat kita lihat bila DAP dapat menguasai beberapa negeri dan apa jadi selepas itu?? Nasib melayu terus menjadi tidak ketentutan. Satu persatu perbuatan dan cubaan dilakukan untuk mengambil hak orang melayu.

Walau pun kepala bapak negeri di pegang oleh orang melayu namun skrip ceritanya pula ditentukan oleh bangsa lain. Biar nampak muka melayu tetapi perangai orang lain. Semuanya berselindung di sebalik wajah orang melayu agar lakonan mereka nampak seperti keadaan yang sebenarnya.

Walau pun bangsa cina dan india kononnya nampak berpecah..tetapi hakikatnya mereka berjuang untuk survival bangsa mereka. Lain pula dengan MELAYU BODOH, dahlah berpecah sesama sendiri malahan memberi sokongan kepada bangsa lain pula.

Adakah orang cina dan india yang kononnya memperjuangkan hak sama rata itu pernah menyebut tentang orang melayu?? Tidak sama sekali. Apa yang mereka perjuangkan adalah hak sama rata yang kononnya mereka perlu dapat di tanah air ini.

Mereka tidak pernah mengalah dalam memperjuangkan kepentingan kaum mereka. Hanya melayu sahaja yang mengalah kepada mereka. DAP, MCA, GERAKAN, PCM, MIC,PPP, dan entah apa-apa lagi parti mereka tubuhkan adalah untuk kepentingan kaum mereka sahaja.

Mereka hanya bergaduh dalam konteks RADIKAL sahaja. Radikal dalam mendapatkan apa yang mereka mahu. Namun keputusannya adalah sama. Jika salah satu daripada parti mereka dapat apa yang diperjuangkan, maka keuntungan adalah dikongsi bersama oleh mereka semua.

Cuba kita lihat parti-parti komponen BN seperti MCA, MIC dan PPP. Mereka masih dalam keadaan huru hara dan ini mungkin juga salah satu strategi mereka untuk menjatuhkan Barisan Nasional. Dengan keadaan yang tidak stabil dalam parti masing-masing, maka rakyat akan mula beralih kepada parti alternative seperti DAP atau pun PKR.

Lain pula halnya dengan melayu. Mereka lebih rela melihat melayu lain merana dan jika boleh mereka lebih suka jika terjadi seperti kata pepatah yang menang menjadi arang dan yang kalah menjadi abu.

Selepas era TUN MAHATHIR, semakin kurangnya pemimpin melayu bercakap soal hak serta kepentingan bangsa melayu. Tidak kira sama ada ianya dari segi ekonomi, politik, social dan sebagainya lagi. Mereka seakan-akan takut menyebut sesuatu yang reality kepada bangsa-bangsa lain tentang kedudukan orang melayu.

Kerajaan di bawah UMNO/BN sekarang sedang sibuk mencari jalan keluar bagi kesalahan-kesalahan mereka terdahulu dalam mendapatkan kembali sokongan rakyat terhadap mereka. Isu-isu seperti rasuah, kronisma, nepotisma, kredibiliti, transparency, leadership, cah keting dan sebagainya masih lagi membelit mereka. Mereka semakin sibuk dengan hal2 sedemikian sehinggakan sedikit sebanyak menjejaskan focus mereka terhadap bangsa melayu.

Begitu juga dengan PAS, kerosakan dalaman semakin terserlah dan kebanyakkan rakyat merumuskan mereka telah pun lari dari prinsip asal perjuangan mereka. Perbezaan ideology dalam pakatan telah diserlah oleh mereka melalui beberapa insiden pertelingkahan dalam kerajaan negeri yang disandang oleh mereka.

Hati dan fikiran berlawanan di antara satu sama lain. Banyak tenaga digunakan oleh mereka dalam mencari strategi menjatuhkan UMNO/BN dan seterusnya melupai apa kah sebenarnya perjuangan mereka untuk orang melayu.


Jika UMNO dan PAS sudah tidak berdaya lagi untuk memperjuangkan hak serta meeningkatkan martabat orang melayu, kepada siapa lagi untuk melayu bergantung bagi memperjuangkan hak mereka?? PKR??? Boleh harap ke?

Kegagalan pemimpin melayu untuk menentukan hala tuju serta membina jalan untuk orang melayu mempertahankan hak serta kedudukan mereka akan menyebabkan melayu akan merintih di bumi sendiri. Penyusunan semula hala tuju orang melayu seharusnya dilakukan secara menyeluruh dan ianya perlulah diselaraskan dengan perkembangan semasa dalam atau luar Negara.

Segala keperluan untuk orang melayu bersaing secara sihat dengan bangsa lain seharusnya diberikan dalam pelbagai bentuk dan cara. ketiadaan bimbingan serta sokongan padu daripada kerajaan atau pimpinan melayu akan menyebabkan melayu akan terus ditinggal serta dipinggirkan di bumi sendiri.

BENARLAH KATA TUN MAHATHIRmelayu dalam dilemma dan melayu mudah lupa.




Rabu, 23 Disember 2009

PERSATUAN PENIAGA MELAYU yang masih lena.




Rata-rata peniaga kecil-kecilan melayu terutamanya di negeri Kelantan menarik muka bila berbicara tentang persatuan peniaga melayu Kelantan itu. Malahan para usahawan itu tidak tahu apa tujuan utama akan penubuhannya.

Beberapa orang rakan peniaga menarik nafas bila perkara ini ditanya kepada mereka. Tiada kata pujian diberikan tetapi hanyalah kutukan demi kutukan yang didengari.

Golongan peniaga melayu sama ada yang baru memulakan perniagaan atau pun yang telah lama berniaga merasakan mereka hanya keseorangan dalam membangunkan perniagaan mereka. Bagi mereka yang mempunyai modal pusingan yang besar tidaklah mengapa..tetapi berlainan pula bagi mereka yang mempunyai modal yang kecil.

Rata-rata mereka memuji akan persatuan peniaga bangsa lain terutamanya dari kaum cina yang amat mengambil berat akan nasib usahawan mereka. Tidak kira mereka itu berfahaman politik mana, tetapi dalam berniaga mereka tidak kenal siapa kawan dan siapa lawan. Semuanya dibantu dengan berbagai kemudahan yang sepatutnya.

sebagai contoh, seorang peniaga berketurunan mamak ingin membuka kedai runcit (dengan skala yang besar ) di Bandar baru Gua Musang. Saya sempat bertanyakan beliau dari mana datangnya modal untuk beliau menjalankan perniagaan tersebut? Katanya ianya akan disalurkan oleh persatuannya tidak lama lagi. Tidak sampai sebulan, saya dapat melihat semua bahagian premis perniagaannya telah dipenuhi dengan barangan dan beliau telah boleh melakukan perniagaan.

Cuba bayangkan seorang mamak yang tidak tahu latar belakang pendidikan, tempat tinggal serta asal usulnya dan juga kebolehannya..dibantu sedemikian rupa oleh persatuannya. Sehingga kini perniagaan beliau masih terus berjalan dan boleh dikatakan telah pun berjaya.

Di sini amatlah jelas kepada kita bahawasanya persatuan kita hanya tinggal persatuan sahaja tetapi tidak menjalankan fungsinya yang sebenar. Fungsinya dalam menambahkan bilangan peniaga melayu. Membantu dalam segala segi keperluan yang diperlukan oleh usahawan.

Seorang kawan ada menyatakan, Persatuan Peniaga kita hanya suka menambah ahli bagi mendapatkan yuran tahunan. Seminar di sana sini yang tidak membawa erti kepada peniaga. Mereka juga asyik dengan jamuan dan majlis-majlis keraian. Lebih teruk lagi, mereka yang menjadi ahli berpolitik untuk mendapatkan jawatan dalam satu-satu persatuan tersebut.

Saya dan juga rakan-rakan mengakui bahawasanya terdapat usaha pihak kerajaan dalam membantu usahawan melayu tetapi apa yang kami ingin persoalkan adalah usaha-usaha yang dilakukan oleh persatuan-persatuan peniaga melayu dalam memberi bantuan kepada peniaga melayu.

Janganlah jadikan persatuan tersebut sebagai tempat berhimpun, seminar, ceramah, makan minum dan pulang dengan tangan kosong. Tiada apa-apa perubahan terhadap peniaga melayu yang masih memerlukan perhatian.


Selasa, 22 Disember 2009

F5-E



DS Najib kata – sudah dua tahun hal ini berlaku dan meminta apa jeneral itu bersara dengan pencen.

Persoalan : Kenapa dua tahun baru dedah dan kenapa ‘apa’ jeneral itu hanya diminta bersara dengan pencen??

Pakcik : Adakah ini yang dinamakan integrity kerajaan ??

Pakcik : Jika engine yang boleh nampak itu boleh hilang, bagaimana pula dengan maklumat keselamatan Negara.?? Adakah ianya seperti menjual engine tersebut??

Pakcik lagi : jika rakyat tiada pangkat lakukan kesalahan..alamat jel-lah orang itu...

Sabtu, 19 Disember 2009

ISU ROYALTI MINYAK KELANTAN – apa perkembangannya?


Isu royalty minyak Kelantan sudah sampai di tahap seperti penyakit yang sudah tidak boleh diubati lagi. Rata-rata penyakit ini sudah hinggap ke dahi rakyat Kelantan.

Setiap kali berbicara di kedai kopi...topik minyak ini sering kali membuatkan rakyat Kelantan menjadi naik minyak.

Pakcik makcik tua muda besar kecik amat suka dan amat gembira memperkatakan akan halnya. Kebanyakkan mereka amat bersetuju dengan Tuan Guru Nik Aziz. Mereka amat bersetuju bahawasanya wang royalty diberikan kepada rakyat Kelantan dan mereka juga bersetuju wang tersebut disalurkan melalui kerajaan negeri yang memerintah dan bukannya melalui jabatan lain yang dilantik oleh kerajaan pusat.

Secara peribadinya, saya bersetuju wang royalty patut diberikan kepada rakyat Kelantan dan saya juga bersetuju jika ianya disalurkan melalui mana-mana saluran sama ada melalui kerajaan negeri atau pun jabatan-jabatan yang dilantik oleh kerajaan pusat.

Namun demikian...apakah status atau perkembangan berkenaan wang royalty ini??
Seleheng (pertikaian) pandangan antara kerajaan negeri Kelantan dan kerajaan pusat nampaknya semakin kusut. Pertelingkahan kerana kedegilan kedua-dua kerajaan. kedegilan untuk menegakkan benang yang basah. Kedegilan yang wujud untuk mempolitikkan isu ini dengan lebih lanjut lagi.

Satu urusan yang senang sudah menjadi kusut dibuatnya.

Bagi saya kes ini tidak perlulah dipanjangkan ke mahkamah..selesaikan mengikut tabii-nya yang asal. Jika Kelantan layak, bagi sajalah..janganlah dok berdolak dalih lagi..dan jika tidak layak..katakanlah dengan berfakta. Rakyat semuanya sudah tahu menilai yang benar dan yang salah.

Saya percaya jika isu ini dibawa ke mahkamah, ianya akan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. Mungkin makan masa bertahun lamanya. Kita sedia maklum..mahkamah sekarang bukan boleh dipegang sangat akan keputusannya..mahkamah tinggi kata itu..pergi mahkamah rayuan lain pula jadinya..pergi mahkamah lain..lain pula jawapannya. Akhirnya pergi jahanam semuanya..

Lagi pun kes-kes besar yang dibicarakan pun masih lagi tidak dapat diselesaikan. Seperti kes DS Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat sampai hari ini masih tergantung tanpa kata putus. Sikit-sikit tangguh..sampai DS Anwar dan para kakitangan mahkamah yang muda dahulu telah mencapai umur tua kerepok semuanya. Tapi masih belum-belum selesai akan kesnya. Bila nak selesai daaaaa...

Keputusan yang lambat akan menyebabkan kerugian yang besar terhadap rakyat Kelantan. Andai kata perbicaraan itu mengambil masa dua tiga tahun...apa akan jadi dengan rakyat Kelantan yang berharap sangat dengan wang royalty tersebut??? Macam tunggu buah tidak gugur...bila gugur sudah buruk di dalamnya...hmmm kesiannn..

Jika dilihat pada senario sekarang ( dari aspek political mileage ), nampaknya reputasi tok guru semakin baik. Kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan pusat melalui UMNO / BN semakin menurun di Kelantan. Isu ini telah melonjakkan nama tok guru di kalangan rakyat Kelantan. Mereka amat bersetuju dengan tok guru.

Jadi..kerajaan pusat atau pun UMNO atau BN seharusnya mengambil kira isu ini dari segi politik dalam meraih undi pada masa akan datang. Isu ini telah menghakis sedikit sebanyak kepercayaan dan keyakinan rakyat Kelantan terhadap slogan DS Najib ; 1Malaysia, rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan.

Kepada pemimpin PAS pula janganlah gelojoh terhadap hal ini...biasanya orang yang makan dengan gologoh akan tercekik sendiri..makanlah perlahan-lahan..kalau tercekik pun..sekurang-kurangnya ada air disebelah..

Seperkara lagi..sekiranya ditakdirkan wang royalty itu dipam ke Kelantan, diharapkan pihak yang mengurusnya tidaklah terbeliak mata melihatnya. Jaga dan gunalah sepenuhnya amanah itu untuk rakyat jelata. Gunalah ia denga bijaksana untuk pembangunan dalam negeri. Kongsilah bersama-sama rakyat yang memerlukan.

Dan yang penting...jadikanlah kerajaan Terengganu sebagai iktibar dalam penggunaan wang royalty tersebut.

PAKCIK : semua pakat nak jadi orang minyak

Isnin, 14 Disember 2009

PAS dan ISLAM



Saya tidak mahu menulis panjang lebar tentang perkara ini kerana semua orang tahu akan status Parti PAS di Negara ini. Saya menulis kerana kata-kata seorang kawan yang mendakwa berfahaman wahabi dan juga aktif mengikuti jemaah tabligh di kawasannya.

Kata-katanya yang berbunyi seperti berikut :-

“ Parti PAS bukanlah bersifat islam sepenuhnya kerana ianya tidak menepati nilai islam itu sendiri yang bersifat tiada sempadan. PAS adalah bersifat parti politik semata-mata. ISLAM tidak bersifat berpuak-puak”

“ Persepsi orang ramai atau ahli pas yang salah telah lama dicipta atau terjadi adalah bila masuk PAS maka orang itu lebih islamik”

“Jika seseorang itu mahu berdakwah berkenaan agama islam beliau tidak payah masuk mana-mana parti politik kerana dalam islam itu sendiri sudah ada politik”

“ jika disebut PARTI PAS maka ianya terdiri daripada ahli dan penyokongnya SAHAJA..maka ianya bersifat assabiyah dan ianya tidak selaras dengan agama islam itu sendiri”.

“ Nak masuk PAS kena isi borang PAS tetapi nak masuk ISLAM kena mengucap dua kalimah Syahadah serta melakukan rukun-rukun wajib yang lain”.

Kenapa kawan saya kata macam tu?? Saya pun tidak pasti....beliau juga ahli agama tetapi tidak taksub politik..

Sabtu, 5 Disember 2009

TAKSUB agama atau TAKSUB politik?



Mungkin apa yang saya katakana kali tidak disukai oleh sesetengah pihak terutamanya ahli-ahli PAS. Tetapi demi kenyataan, saya terpaksa menulisnya. Tidak kira ianya disukai oleh orang lain atau pun. Biarpun hakikatnya pahit, namun kita semua terpaksa menelannya.

Apa yang berlegar-legar dalam kepala saya sehari dua ini berkenaan suasana politik negeri Kelantan yang dijuarai oleh orang-orang PAS. Sudah timbul dalam fikiran saya satu persoalan adakah orang-orang PAS ini taksub kepada agama atau pun taksub kepada politik.

Jika mengambil-kira akan peristiwa yang berlaku sejak dua menjak ini, nak kata orang PAS taksub agama tidak..tetapi nampaknya lebih taksub kepada politik.

Dengan beberapa peristiwa yang melanda parti PAS baru-baru menyebabkan mereka terlalu sibuk mempertahankan diri. Semua kekuatan ditumpukan dalam mencari jalan keluar dari keadaan yang terdesak itu. Sehinggakan mereka terlupa rakyat kini dalam keadaan gelisah akibat banjir yang melanda.

Jika dahulu ada juga kedengaran wakil rakyat mereka melawat mangsa-mangsa banjir tetapi kali ini lain pula jadinya. Mungkin mereka tiada masa untuk melawat kerana terlalu memikirkan masalah sendiri.

Berbalik kepada tajuk asal, jika dahulu orang-orang PAS amat suka melabelkan pemimpin-pemimpin Negara khususnya Perdana Menteri dengan gelaran-gelaran tertentu. Gelaran-gelaran seperti MAHAFIRAUN, AL-JUBURI, DIKTATOR, KERAJAAN TIGA BERANAK , KRONISMA, RASUAH dan sebagainya. gelaran yang bertujuan memburukkan pemimpin tersebut.

Oleh kerana pada keadaan pada masa itu menyebelahi mereka, maka ianya mendapat sambutan hangat daripada rakyat jelata. Ramai yang katakana gelaran itu patut diberikan kepada mereka itu.

TUN MAHATHIR didesak berundur kerana dikatakan sudah lama memerintah. Manakala TUN ABDULLAH dikutuk dan diminta berundur kerana MENANTUNYA. Orang-orang PAS amat suka bila kedua-dua berundur dari tampuk pemerintahan.

Namun kini keadaan sudah berubah..ianya sudah terbalik kepada seorang yang dianggap suci oleh orang PAS. TOK GURU NIK AZIZ. Walau pun telah melakukan perkara yang sama seperti yang dialami oleh bekas Perdana Menteri itu, namun tiada pula yang bangkit mendesaknya meletakkan jawatan. Adakah ianya satu keadilan dan kesaksamaan yang perlu diperjuangkan oleh orang PAS?

Jika kedua-dua TUN tidak diberi peluang dan ruang kemaafan oleh orang-orang PAS ketika itu...kenapa ianya boleh diberikan kepada TOK GURU? Adakah itu adalah satu keadilan dalam islam kita?

Jika si-A mencuri RM10 dan si-B mencuri RM0.10..kedua-duanya adalah mencuri dan salah disisi agama. Tidak kira undang-undang agama atau pun undang-undang Negara. Orang yang mencuri boleh ditangkap dan dihukum penjara. Walaupun mencuri RM10 atau pun RM0.10..keduanya adalah mencuri. Tidak kira besar atau kecil. Orang yang mencuri pula dipanggil PENCURI.

Apa yang salah..kita tidak boleh kata ianya betul. Nanti dilaknat oleh ALLAH swt dan juga makhluk yang lain. Yang hitam tidak boleh dikatakan putih dan begitu juga sebaliknya.

Kata-kata seperti TOK GURU tidak mendapat NASIHAT yang betul adalah satu lagi kata-kata yang tidak boleh diterima akal. Ianya juga tidak professional sekali. Mengapa kata-kata seperti itu tidak dikeluarkan oleh orang-orang PAS terhadap PAK LAH semasa beliau melantik menantunya dahulu? Setahu saya kes PAK LAH dahulu ibarat api di tambah api oleh orang-orang PAS. Adakah itu satu keadilan???

Semua tahu..TOK GURU pernah mengeluarkan kata-kata bahawasanya beliau sudah lama terlibat dalam politik dan beliau sudah matang dalam segala hal. Disini, kata-kata beliau tidak mendapat nasihat yang betul juga sama sekali tidak boleh diterima.

Dimana keadilan yang kita perjuangkan selama ini?? Adakah ianya adil jika orang lain yang terkena dan menjadi tidak adil dan zalim bila kena pada diri sendiri.

Adakah kita semua sudah menjadi taksub politik dan bukannya taksub kepada agama?

TOK GURU...Sudah sampai masanya...

Selasa, 1 Disember 2009

DOA TOK GURU


Begitu kecoh sehari dua ni berkenaan DOA yang telah dilafazkan oleh Tok Guru Nik Aziz. Doa yang ditujukan khas kepada DS Najib berkenaan PITIH minyak. Ada yang mengeji, menyokong dan ada juga yang mengambil sikap berdiam diri.

Itulah dia..kerana PITIH apa sahaja boleh berlaku. Tidak kira seseorang itu budak kecik, orang dewasa, orang alim, orang masuk university, orang besar atau orang kecil, miskin atau pun kaya. Ku sanggup lakukan apa sahaja..demi PITIH.

Apa yang nak dihairankan dan ditakuti sangat berkenaan doa tersebut. Setahu saya sudah banyak doa-doa MERAPU yang telah didoakan oleh orang-orang PAS terhadap orang UMNO. Sejak saya tidak bersunat lagi kedengaran doa-doa seperti itu yang ditujukan khas terhadap orang-orang UMNO. Doa yang meminta kearah kerosakan dan kemusnahan orang lain.

Jika diamati betul-betul akan isu doa tersebut, saya menyatakannya lebih kepada soal politik.

Tok guru tidak payahlah mengajak orang ramai berdoa dengan ‘doa’ yang sedemikian rupa.. cukuplah sekadar tok guru berdoa seorang diri. Jika wujud keikhlasan dalam hati, ia akan dimakbulkan jua oleh ALLAH swt. Tidak kira ianya didoakan oleh tok guru seorang diri atau pun ramai orang.


Bagi pihak UMNO pula, isu ini diputar-putar dan dijadikan berleret-leret. Media memaparkan berita tersebut dalam kepelbagaian citarasa yang menjuruskan seseorang manusia (tok guru) ke lembah yang lebih hina.

Orang yang kena doa itu ( DS Najib ) tidak pula melatah-latah seperti kebanyakkan oran lain. Tetapi kes ini sudah menjadi seperti lebih sudu dari kuah.

Saya juga percaya dan mungkin DS Najib sendiri percaya, buat apa nak takut dengan doa seperti itu selagi beliau masih berada di jalan yang betul untuk menuju ke destinasinya.

Jika tok guru dan beberapa orang pengikutnya berdoa dengan ‘doa’ sedemikian rupa terhadap DS Najib, namun saya percaya masih ramai lagi orang yang berdoa dengan ‘doa’ kearah kebaikan terhadap DS Najib.

Pakcik – isu doa ini sama seperti perangai budak darjah 3 bergaduh. Bergaduh kerana berebut gula-gula yang dijumpai di atas lantai. Padahal kes tak besar mana. Mu katok (pukul) aku..aku royat (bagitau) ko ayoh aku.

TOK GURU...Sudah sampai masanya.....