Rabu, 16 September 2009

Sikap manusia bernama MELAYU..



Petang tadi saya menghadiri majlis berbuka puasa di HyattSaujana-Suria Resort bersama-sama kawan-kawan seperjuangan. Majlis berbuka bersama diadakan sempena hari terakhir kami di kota sebelum berangkat pulang ke kampong masing-masing sempena Hari Raya Aidilfitri.

Sungguh meriah majlis berbuka puasa hari ini.

Kebetulannya pada hari ini, tidak jauh dari meja kami terdapat kelibat bekas Menteri Besar Selangor, YB Dato’ Seri Khir Toyo bersama keluarganya.

Itulah pertama kali saya bersua secara langsung dengan beliau. Walaupun tidak bertegur sapa namun ianya sudah cukup untuk pakcik mengenali perwatakan seseorang.

Apa yang ingin pakcik katakana disini adalah, walaupun YB itu datang secara tidak formal bagi meraikan keluarganya berbuka puasa, namun kedengaran di telinga pakcik suara-suara hampeh pihak-pihak tertentu terhadap beliau.

Dahle bulan puasa, nak raya pula tu..kata-kata kejian masih tidak leka dari mulut orang-orang melayu terhadap pemimpin melayu. Adakah itu sebenarnya sikap melayu yang kononnya dikatakan tinggi budi bahasanya?

Bagi pakcik..walau seburuk mana pun YB Khir Toyo itu, kata-kata keji terhadapnya tidak sepatutnya dikeluarkan oleh manusia bernama melayu itu terhadap saudara sebangsa dan seugamanya. Apatah lagi kehadiran beliau di situ adalah untuk bersama-sama keluarganya berbuka puasa.

Apalah yang YB Khir telah lakukan kepada manusia itu sehingga kata-kata kejian itu dikeluarkan olehnya...saya rasa YB Khir tidak pun mengenali si pengeji itu sekalipun...tetapi beliau tetap dikeji dan dihina.

Bagi pakcik.. alangkah buruknya perangai melayu itu bila berkata-kata dengan tidak menngunakan akal yang waras..dan akal itu disimpannya di kepala lutut dan bukannya di kepala otak.

Nota : pakcik bukan taksub YB Khir tapi tidak suka kepada cacian dan makian.

2 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

Salam,

Selamat Hari Raya ‘Idil Fitri, maaf zahir batin.

Temuk berkata...

Salam perkenalan. Isipati tulisan sdra sepatutnya menjadi pegangan & panduan kita dlm bertindak. Sebagai muslim! Nilai politik & ekonomi sememangnya boleh mengatasi nilai agama & sosio-budaya! Malangnya orang kita.