Ahad, 9 Ogos 2009

Isu Arak Selangor



Kata-kata Menteri Besar Selangor , Tan seri Khalid Ibrahim...

Ayat pertama :

“Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menolak cadangan Pas negeri itu yang meminta kerajaan negeri mengharamkan penjualan minuman keras di kawasan majoriti penduduk Islam.

Ayat kedua :

Sebagai alternatif, peniaga diminta mengguna pakai sistem kawalan sendiri dengan tidak menjual minuman keras kepada orang Islam dan mereka di bawah umur”.

Ayat seterusnya ( sepatutnya ) :

Jika didapati arak dijual kepada individu islam dan budak bawah umur, maka tindakan undang-undang akan diambil terhadap individu-individu tertentu sama ada mereka itu penjual atau pembeli yang merupakan individu islam atau budak bawah umur.

PAKCIK :-

Ayat pertama dan kedua itu boleh diterima pakai tetapi ianya sangat longgar.
Manusia mana yang tidak mahu untung, tambahan orang itu bukan beragama islam. asal jadi wang semuanya halal.

sistem ‘kawalan sendiri’ itu tidak akan berhasil jika tiada undang-undang dikuatkuasakan terhadapnya.

Undang-undang perlu di KUAT-KUASAKAN agar jiwa islam orang islam tidak dirosakkan oleh IBU SEGALA MAKSIAT ini.

Nak tahu ..

1. Apakah hukuman terhadap orang bukan islam yang didapati menjual arak kepada orang islam?

2. Jika si penjual arak yang bukan islam itu dikenakan hukuman, adakah ianya sudah dikira melanggar hak asasi kaum itu?

4 ulasan:

Unknown berkata...

Nak buat cmne..kalau tokeh arak pn org melayu yg pegang..http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/hsubweb.nsf/1c0706d8c060912d48256c6f0017b41c/48256aaf0027302c48256b8b0036a2a5/$FILE/Carlsbg-Products-CorpInfo-DirectorsProfile%20(725KB).pdf

luah fikiran berkata...

Suatu keputusan yang begitu simplistik dengan menyerahkannya kepada budibicara penjual untuk menentukan nak jual atau tidak. Apakah ini ciri kepimpinan yang kita kehendaki? Pemimpin sepatut berperanan membimbing, memandu, menunjuk, mengepalai dan mengetuai. Ini arak bukannya rokok. Dalam soal rokok pun, ada peraturan dikenakan kepada penjual supaya tidak menjual rokok kepada remaja bawah umur tertentu. Saya tak tahu nak komen apa lagi. Mohon lihat posting saya terbaru yang ada kaitan dengan isu ini.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum pakcik,
Terima kasih atas lawatan dan komen di blog saya.

Berkenaan dengan artikel ini, saya lebih berminat terhadap pemimpin-pemimpin Islam PAKATAN terutama daripada PAS kerana selama ini mengkritik UMNO kerana tidak Islam.

Kini mereka merupakan sebahagian daripada kerajaan campuran (PAS-DAP-PKR). Jika di Kelantan mereka kuasai hampir 100%, kini cabaran sebenar telah bermula.

Mampukah yang dilaungkan itu tertunai di bumi yang bukan mempunyai lebih ramai bukan Islam berbanding di Kelantan?

Wallahualam...

~ OnDaStreet

pakcik berkata...

di kelantan..isu arak dan judi tiada siapa yang suluh..tu diam jer..

lagi pun kaum cina dan india kelantan lebih menghormati kaum lain berbanding cina dan india di negeri-negeri lain.

tidak kira pas atau umno memerintah..melayu, siam, cina dan india kelantan saling hormat menghormati antara satu sama lain.