Nak muntah PAKCIK bila tengok lakonan penuh keloyaan oleh pelakon-pelakon DAP. Lakonan dan skripnya ditulis sendiri oleh para pelakon bagi menunjukkan lakonan mereka itu nampak ‘real’ di mata orang lain.
Pelakon baru yang dikenali bernama Wong Chuan how menjadi berlakon tidak siuman ketika hendak masuk ke kereta pihak SPRM. Apa yang cuba dilakonkan itu sudah dapat dibaca oleh para penonton.
1. Cuba untuk mendapatkan belas ehsan orang ramai terhadap kesnya
2. Cuba menunjukkan kekejaman SPRM terhadap individu yang sedang disiasat
Sebelum ini, jika ada orang-orang tertentu dari Barisan Nasional disiasat oleh SPRM, bukan main gembira dan suka hati pihaknya. Macam-macam tohmahan dilemparkan terhadap individu tersebut. Siap jatuhkan hukuman sekali.
Jika dahulu tiada satu pun suara dari mana-mana wakil pembangkang mengenai prosedur siasatan yang dilakukan oleh pihak SPRM. Tetapi bila kena batang hidung sendiri, macam-macam undang-undang ditubuhkan bagi menyekat siasatan pihak berkuasa.
Sudah berpuluh tahun SPRM menjalankan siasatan mengikut prosedur dan peruntukkan undang-undang yang telah dipersetujui. Tiada seorang pun yang ingin mengubahnya. Tetapi bila kena batang hidung sendiri, tunggang terbalik jadinya.
Ini bagi menunjukkan mereka ingin mengawal SPRM daripada melakukan tugas-tugas mereka. Itu baru sahaja memerintah negeri, bukannya Negara. Jika kuasa ada ditangan mereka, sudah tentu undang-undang akan dibuat bagi memihak kepada mereka.
Dahulu beria-ria inginkan SPRM ini menjadi satu badan bebas. Siap katakan SPRM menjadi kuda tunggangan pihak kerajaan. tapi bila kena batang hidung pihaknya, ada sahaja kenyataan songsang yang dikeluarkan oleh pihaknya.
PAKCIK teringat kata-kata orang tua-tua, KECEK TAK LEH PEGE BUKU.
0 ulasan:
Catat Ulasan