Bila merenenung kembali akan hari kemerdekaan tersebut, fikiran sering bertanya adakah kita ini sudah pun benar-benar merdeka. Kenapa PAKCIK kata begitu?
1. Hubungan kaum masih lagi menjadi tajuk utama berita Negara
2. Hak-hak melayu dan raja dicabar disana sini tanpa batasan seperti apa yang dilakukan oleh pihak Malayan union disuatu ketika dahulu.
3. Melayu masih lagi ketinggalan dalam bidang ekonomi.
- Harga beras pun dikawal oleh orang bukan melayu.
- Harga gula pun menjadi huru hara
4. Politik melayu masih lagi berteraskan siapa lebih islam dan siapa telah kapir
5. Rakyat dan pemimpin masih pentingkan pilihanraya berbanding semangat kemerdekaan
6. Setiap kata-kata pemimpin politik amat susah untuk dipercayai
7. Perbalahan melayu dengan melayu semakin hebat.
8. Fitnah sudah bermaharajalela
9. Rasuah sudah menjadi amalan sama ada dalam pentadbiran kerajaan pakatan pembangkang atau pun kerajaan barisan nasional.
Seperkara lagi, seperti yang dikhabarkan oleh berita tv tadi, walaupun hari kemerdekaan akan menjelma beberapa hari lagi namun masih tidak ramai yang menaikkan bendera Negara. Tetapi bila musim pilihanraya, habis segala tempat ditampal dengan bendera parti. Jika boleh bendera parti dijadikan tatu dibadan masing-masing.
Betapa hipokritnya kita terhadap Negara kita.
MERDEKA –kah kita?
Sempena bulan baik ini PAKCIK nak ucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat islam.
PAKCIK juga nak ucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan kepada seluruh warga Negara. Hari kemerdekaan yang akan menjelma dan akan disambut tidak lama lagi.
0 ulasan:
Catat Ulasan