Berpegang pada prinsip; berpada-padalah dalam segala hal. Bersederhanalah dalam segala urusan dan bersikp adillah dalam setiap pertimbangan.
Tradisi melayu berpolitik memang tidak pernah berubah. Dari dahulu sehingga sekarang. Tidak kira sama ada semasa musim pilihanraya besar atau kecil. Begitu juga masa-masa yang lain.
Satu bahan kempen yang WAJIB dikeluarkan dan diputar alam adalah :-
ISU AGAMA ISLAM
Isu ini menjadi hebat bila berlaku pertembungan antara PAS dan UMNO. Dua perkara yang berkaitan AKIDAH dan KPERCAYAAN umat islam iaitu kapir mengkapir dan syurga neraka. Perkara yang berat tetapi menjadi perkara yang biasa bagi ahli serta penyokong politik PAS dan UMNO.
Isu ini tidak pernah selesai sejak berkurun lamanya. Malahan orang yang menuduh dan dituduh ada yang telah meninggal dunia dan ada juga yang masih hidup di zaman kini.
Adakah orang yang dituduh kapir, murtad dan tidak masuk syurga yang telah mati itu telah disumbatkan ke dalam NERAKA. Adakah mereka yang menuduh orang lain itu kapir, murtad dan tidak layak masuk syurga itu telah masuk syurga? Tiada seorang pun manusia di muka bumi ini boleh menjawabnya.
Tidak kira mereka itu ahli ulama agama atau pun golongan professional. Tiada seorang pun yang boleh menjamin kemana tujunya setelah mati. SYURGA atau NERAKA. Agama yang suci sudah menjadi tercemar kerana penganut agama islam sendiri.
Bagi PAKCIK, siapa MENGHUKUM orang lain telah masuk neraka atau syurga sama ada ianya telah mati atau pun belum mati dan masih lagi tidak menghadapi perbicaraan di hadapan ALLAH swt adalah seorang yang ingin menyamakannya dengan zat suci ALLAH swt. Ianya sudah dikira sesat dan melampaui batas dalam agama.
Golongan sedemikian haruslah ditentang dan diberi kesedaran sivik tentang agama islam yang sebenarnya.
Sudah sampai masanya undang-undang berkaitan AGAMA ISLAM diperkukuhkan lagi. Dimana mufti-mufti Negara dan ulama bebas yang diamanahkan menjaga agama islam di negara ini. Kenapa diam membisu bila isu agama islam dipermainkan oleh orang politik.
Mufti dan ulama bebas yang berdiam diri dikira sebagai berdosa kerana tidak menjalankan amanah dan tidak bertanggungjawab dalam menjaga kesucian agama islam. padahal merka lebih arif dan layak memberi fatwa terhadap satu-satu isu yang berkaitan dengan agama islam.
Walau pun kita semua faham isu agama dimainkan oleh orang-orang politik yang bertujuan meraih undi, tetapi ianya harus diberi perhatian yang serius oleh golongan tersebut tidak kira ianya isu besar atau pun kecil.
Agama Islam dan penganutnya sudah jatuh ketahap hina pada saat dan tika ini. Siapa yang menghinanya? Orang politik PAS dan UMNO. dua-dua melayu yang beragama islam.
Jika orang bukan islam yang menghina islam, ada sahaja tindakan susulan dilakukan oleh pelbagai pihak. Tetapi ianya menjadi tidak apa bila orang melayu islam sendiri yang mengeluarkan satu-satu kenyataan atau pun perbuatan yang dilihat boleh menghina agama islam.
Tidak bolehkah mereka ini didakwa dimahkamah @ mahkamah syariah seperti apa yang dilakukan terhadap Tuhan Langit ayah PIN dan pengikutnya?
Jangan pula salahkan orang lain jika agama islam dihina dan dikeji. Itu adalah angkara kamu orang politik yang tidak menggunakan akal yang waras dan hati yang suci dalam mengeluarkan satu-satu kenyataan terhadap agama islam.
Jangan pula sampai pada tahap orang islam dan bukan islam melihat golongan ulama dalam Negara ini tidak ubah seperti paderi-paderi kristian. Ubah agama mengikut citarasa sendiri dan menggunakan agama untuk dapatkan sesuatu.
..... Bagaimana pula jika suatu hari nanti ada orang bukan islam di negara ini akan kata agama islam tu agama sesat. Pengikut agama islam akan dihumbankan ke dalam neraka.......
1 ulasan:
Salam,
Kawan bersetuju dengan pendapat tuan, kerana tamakkan kuasa dan jawatan, orang Islam sanggup amengkafirkan orang Islam lain.....
Catat Ulasan