Rabu, 12 Ogos 2009

POLITIK – Sekadar berfikir



PAKCIK sekadar berfikir bagi memenuhi masa lapang berkenaan perjalanan politik Negara sejak dua menjak ini.

Jika dahulu UMNO/BN menjadi perhatian dalam perbahasan tetapi kini lampu sedang menyuluh pihak Pakatan Pembangkang. Pembangkang yang memerintah Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan juga Selangor.

Politik yang berkisar kedudukan bangsa melayu, agama islam, rasuah, pribadi pemimpin-pemimpin tertentu dan sebagainya.

Namun adakah kita sedar atau PAKCIK yang masih lagi tidak menyedari tentang apa yang tersirat disebaliknya.

PAkCIK hanya berfikir dan cuba mencari jawapannya :-

1 . Adakah betul kedudukan politik melayu dan agama islam semakin terancam di Negara ini?

2. Adakah pertembungan kini adalah antara Barisan Nasional dengan Pakatan Pembangkang dalam merebut KUASA executive negara?

3. Atau; adakah pertembungan kini antara melayu dengan cina/india?

Sekadar berfikir..

Isu-isu seperti:-

kata UMNO parti rasis
kata UMNO tidak relevan
kata kerajaan tidak demokratik
kata hak sama rata
kata malaysian Malaysia
kata tidak mahu DEB
kata mahu meritokrasi
kata mahu bahasa cina dan india dipapantanda.

PAKCIK cuba berfikir lagi...

orang melayu suka memberi (walaupun masih miskin)..tetapi orang cina masih minta itu ini (walau telah kaya) dari bangsa melayu..

orang cina mana yg nak kongsi dgn melayu. cina hanya suka melayu bila bagi faedah kepada mereka. tapi melayu masih suka cina walau cina itu tidak beri apa pun kepada melayu..

melayu lebih suka tengok melayu lemah dan cina juga amat suka tengok melayu lemah.

PAKCIK cuba tengok blog penyokong pembangkang..

Penulis blog dari kalangan melayu juga masih mempertahankan segala isu yang disuluh oleh pihak kerajaan @ blogger penyokong kerajaan malahan tiada yang menunjukkan mereka menyokong terhadap apa yang ditimbulkan terutamanya isu berkaitan bangsa melayu dan agama islam.

Seolah-olah isu tersebut bukanlah ‘isu’ yang sebenarnya dan ianya tidak wujud sama sekali.

PAKCIK cuba fikir lagi..

Parti DAP - seringkali menjadi kencaman terhadap kenyataan yang berbaur perkauman dan menggugat kedudukan agama islam.

Parti PAS - menjadi kencaman kerana bersikap lembut terhadap DAP walau pun isu-isu yang timbul dikatakan menggugat kedudukan melayu dan agama islam.

Parti PKR – hanya berkisar pada isu Anwar.

Dari kacamata PAKCIK, dalam segala perbincangan isu-isu yang timbul didominasi oleh Parti DAP (Pembangkang) manakala dari pihak Barisan Nasional pula dijuarai oleh UMNO.

Penyokong DAP adalah terdiri daripada orang cina/india manakala UMNO adalah orang melayu.

MCA dan MIC dalam Barisan Nasional hanya mengambil sikap berdiam diri jika isu itu melibatkan DAP terutamanya apabila ianya melibatkan kepentingan kaum melayu dan agama islam.

NAK fikir lagi..

1. Adakah pertembungan kini pertembungan antara melayu dengan cina?

2. Adakah pertembungan kini antara melayu dengan melayu?


Pegangan PAKCIK –

Tanah ini tanah melayu. Islam agama rasmi Negara.

Apa-apa isu yang berkaitan dan selari dengan ayat diatas akan PAKCIK sokong sepenuhnya.

PAKCIK masih mencari jawapan.....



0 ulasan: