Ahad, 23 November 2008

WANITA UMNO – Buang yang lama ambil yang baru.


Saya sokong. Saya sokong. Kami juga sokong. Itu kata-kata wanita bahagian setiap negeri. Kenyataan berani dikeluarkan oleh mereka bagi menyatakan sokongan terhadap Datuk Seri Sharizat selaku bakal pemimpin mereka.

Jika sebelum ini, mereka asyik diam membisu. Membisu memerhatikan suasana aliran pemikiran kawan-kawan mereka dari negeri lain. Jika dahulu mereka mengipaskan Tan Sri Rafidah Aziz tetapi kini mereka mula mengipaskan Datuk Seri Sharizat. Mereka berbuat demikian kerana bagi mereka Tan Sri Rafidah sudah mencapai tahap di ambang senja yang akan berlabuh bila-bila masa sahaja. Sehinggakan masa yang diminta oleh beliau selama tiga (3) bulan sahaja tidak dapat diterima pakai oleh mereka. Di saat dan tika ini jelas di mata mereka bahawasanya Datuk Seri Sharizat sudah mendapat sokongan oleh mereka dan mereka. Siapa itu Tan Sri Rafidah Aziz? Mereka tidak peduli.

Daripada statistik yang dikeluarkan oleh pihak berita, terpampang jelas bahawasanya pencalonan yang diterima oleh Tan Sri Rafidah melebihi Datuk Seri Sharizat. Disitu amat jelas suara Tan Sri Rafidah masih laku di dalam WANITA UMNO.

Teringat kata-kata pemimpin UMNO ( Pak Lah ) disuatu ketika dahulu. Sesiapa yang kalah semasa PRU 12 tidak akan diambil sebagai ahli kabinet beliau. Tetapi hairan bin ajaib bilamana Datuk Seri Sharizat yang kalah kepada YB Nurul Izzah itu pun masih diperlukan oleh pihak WANITA UMNO.

Katanya demi keutuhan parti UMNO, beliau akan bertanding jawatan Presiden Wanita UMNO. Apa yang menjadi was-was dalam diri saya adalah kenapa beliau yang sudah diistiharkan sebagai kalah dikawasannya itu telah nyata kalah tetapi masih memasang angan-angan untuk menerajui kepimpinan WANITA UMNO. Dimana asasnya yang boleh dipegang oleh semua orang TERUTAMANYA AHLI UMNO bagi membenarkannya naik menjadi pemimpin mereka.

Berbeza dengan Tan Sri Rafidah Aziz yang sentiasa menang dan menang dalam pilihanraya. Walau pun menang dan dilantik sebagai pemimpin WANITA UMNO, beliau telah melahirkan hasratnya untuk berundur bagi memberi jalan kepada muka baru iaitu Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil. Hanya masa tiga bulan yang diminta tetapi pihak WANITA UMNO telah menunjukkan sifat gelojoh mereka terhadap Tan Sri Rafidah Aziz. Demi untuk melihat Tan Sri Rafidah berundur dan Datuk Seri Sharizat naik, mereka mengetepikan apa yang telah dipersetujui oleh peringkat atasan mereka. Desakan demi desakan agar Tan Sri Rafidah Berundur.

Cuba bayangkan. Katakan Tan Sri Rafidah tidak mengumumkan pelan peralihan kuasa di suatu masa dahulu dan beliau masih berhasrat untuk menjadi presiden WANITA UMNO untuk sepenggal dua lagi. Adakah ayam-ayam tadi berani berkokok di siang hari? Sudah pasti mereka akan katakan kami tetap menyokong presiden. Kami akan tetap berdiri teguh dibelakang Tan Sri Rafidah. Begitu juga dengan Datuk Seri Sharizat. Beliau juga akan katakan benda yang sama. Kenapa mereka menjadi sedemikian rupa..kerana mereka ini suka kipas mengipas dan tidak berani bersuara menyatakan apa yang hak dan batil akan hal tersebut.

Jika ada calon lain yang akan bertanding sebagai presiden tidak mengapa. Tetapi hanya Datuk Seri Sharizat sahaja yang timbul. Tiada orang lain lagi yang dinamakan. Pi mai pi mai tang tu juga. Tidak lari bukit dikejar. Sharizat sudah pasti akan dapat duduk di kerusi presiden nanti. Itulah rancangan asalnya yang dipersetujui dalam WANITA UMNO.

Namun bagi saya, seseorang yang telah kalah tidak sepatutnya berada di atas dan menjadi pemimpin UMNO. BELIAU TELAH KALAH. Carilah orang lain yang tidak pernah kalah. Kredibiliti beliau sebagai pemimpin dikawasannya telah dipertikaikan oleh rakyat. Bagaimana pula dengan rakyat jelata keseluruhannya? Adakah barisan WANITA UMNO sudah ketandusan pelapis mereka?

Jika begini keadaannya WANITA UMNO. Saya dapat rasakan sampai bila-bila pun WANITA UMNO tidak akan dapat memberi sumbangan yang sepenuhnya kepada Parti UMNO.

Kata orang, bagi betis hendakkan paha. Itulah apa yang terjadi kepada WANITA UMNO sekarang.

0 ulasan: