Isnin, 17 November 2008

BIJAK TAPI BENGONG



Entah tidak tahu perupamaan apa lagi yang hendak diperkatakan bagi memberikan persamaan kepada orang politik ni. Demi survival masing-masing maruah bangsa dan agama dipertaruhkan. Mereka sanggup lakukan apa sahaja demi mencapai apa yang dikatakan oleh nafsu buas mereka.

Jika orang yang terang-terangan dikatakan jahat itu mempunyai nafsu buas seperti merogol, merompak, membunuh dan sebagainya lagi. Bagi orang politik, nafsu buas mereka itu merangkumi kesemua nafsu buas yang tidak payah disebut lagi. Malahan mereka ini lebih jahat dari manusia jahat itu sendiri.

Hari ini saya mendapat idea baru untuk menulis, menulis berkenaan orang politik. Sambil melombong bijih sambil menulis. Best juga rasanya. Tapi itulah hakikatnya cerita orang politik..

Dahulu saya pernah menulis satu artikel pasal parti Parti Keadilan Rakyat ( PKR ) yang diberi maksud lain oleh saya iaitu Parti Kube Otak Rakyat. Ketuanya adalah sama taraf dengan ayah Pin yang sedang diburu oleh Jabatan Agama Negeri Terengganu. Tuhan Langit ( Ayah Pin ) itu menggunakan agama untuk merosakkan minda orang yang tidak bersalah manakala si Ketua ini pula menggunakan ilmu sihir (psikologi) untuk menundukkan rakyat.

Apa yang keluar dari mulut beliau adalah maksum semuanya. Tiada satu pun yang dipertikaikan oleh orang lain yang lebih cerdik daripadanya. Apa yang dikatakan malahan difikirkan sahaja olehnya telah dianggukkan oleh orang lain tanpa bantahan. Jika ayah pin itu dicari kerana menyebar ajaran sesat tetapi orang ini diburu kerana dikatakan bermain dengan saluran yang sesat. Saluran belakang. Dari dahulu sehingga sekarang. Entah benar entah tidak. Tetapi sehingga sekarang kesnya tidak selesai. Begitu juga dengan ayah pin tuhan langit yang masih tidak dapat dikesan.

Orangnya nampak bejurus, bijak, berkarisma dan hensem pula. Tetapi malangnya sudah menjadi bengong. Kerana dia bangsa melayu menjadi huru hara, agama islam di malukan, raja-raja dan sultan dipermainkan, negara bergoncang, ekonomi tidak menentu, rakyat bersikap prejudis diantara satu sama lain dan sebagainya lagi.

Kini rakyat terutamanya orang melayu sepatutnya melihat kembali kesan PRU-12 yang telah berlangsung. Kerana marahkan nyamuk, habis rumah dibakar. Bukan setakat rumah dia sahaja dibakar tapi habis satu kampung dibakarnya. Keputusan PRU tersebut amat mendukacika sekali bagi bangsa melayu. Kesan PRU itu telah menampakkan hasilnya dari hari ke hari sehinggalah ke hari ini.

Itu baru sahaja beberapa negeri di tawan, bayangkan jika satu Malaysia ditawan oleh parti tersebut. Di mana orang melayu selepas itu. Kini sudah nampak bunga-bunga usaha penyingkiran sedang dilakukan terhadap bangsa melayu dan islam sekali gus. Sudah ada orang berani mempertikaikan kewujudan bangsa melayu dalam perkhidmatan awam. Sudah ada orang mempertikaikan penggunaan tulisan jawi pada papan tanda jalan. Sudah ada orang mempertikaikan laungan azan di waktu subuh. Sudah ada orang pertikaikan Dasar Ekonomi Baru yang masih lagi tidak berjaya itu. Sudah ada orang mempertikaikan keistimewaan kaum melayu dalam negara ini. Sudah ada orang mempertikaikan islam sebagai agama rasmi bagi negara ini. Sudah ada orang mempertikaikan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan negara ini. Sudah ada orang mempertikaikan kuota bumiputera. Sudah ada orang mempertikaikan siapa itu bangsa melayu. Semuanya sedang dipertikaikan oleh bangsa lain. Sampaikan pihak mufti keluarkan fatwa pun ada yang menentangnya.

Kenapa mereka berani dan begitu berani mempertikaikan itu dan ini yang kaitannya dengan bangsa melayu dan agama islam? Tidak lain dan tidak bukan kerana dibelakang mereka adanya seorang melayu yang bijak tetapi bengong. Kerana beliau bijak, dapat mengubah senario politik negara. Tetapi kerana bengongnya itu, bangsa melayu dan agama islam menjadi mangsanya.

Kini, oleh kerana beliau bijak dan sekaligus menjadi bengong..apa yang terjadi sudah diluar kawalannya lagi. Sudah tidak dengar suaranya. Tenggelam entah kemana. Bangsa melayu yang kasihan dan menaruh kepercayaan kepadanya telah memberikan undi yang begitu banyak kepadanya dalam pilihanraya kecil baru-baru ini. Beliau menang besar tetapi rakyat, bangsa melayu sedang menghampiri kekalahan. Kata orang menang sorak kampung tergadai. Maruah bangsa melayu sudah tercalar di sana sini.

Sudah dikatakan, orang melayu mempunyai dua pilihan sahaja. Bukannya tiga atau pun empat. UMNO atau pun PAS. Jika UMNO dikatakan sudah rosak, pergilah kepada PAS. Jangan sekali-kali pergi kepada parti lain yang sedang memasang perangkap untuk mengenakan bangsa melayu. Parti lain tidak akan memberi jaminan untuk mempertahankan bangsa melayu dan agama islam. Mereka hanya akan mempergunakan bangsa melayu untuk menggugat kedudukan bangsa melayu. Melayu bengong hanya akan menjadi alat kepada mereka.

Saya masih perhati dan perhati apa yang telah dan sedang terjadi. Berbagai-bagai perkara telah dibangkitkan. Bangsa melayu telah digigit di sana sini. Sekajap telinga, sekejap jari, sekejap betis.

Perkara sebegini tidak boleh dibiarkan. Bangsa melayu yang bermaruah tidak akan membiarkan orang lain menjatuhkan maruahnya. Hanya melayu yang bijak, licik, berkarisma dan bengong sahaja yang membiarkan bangsanya dihina oleh orang lain. Melayu yang rasanya bukan melayu.

Jika ayah pin dicari oleh majlis agama islam, saya berharap sangat ketua melayu yang bijak, sonsang dan bengong ini di panggil mengadap oleh raja-raja, sultan-sultan dan yang Di Pertuan Agong bagi mendapatkan penjelasan akan kesetiaannya terhadap bangsa melayu, agama islam dan negaranya. Dipanggil untuk menjelaskan pendiriannya sebagai seorang islam, orang melayu dan warganegara malaysia. Dipanggil untuk menjelaskan akan pendiriannya serta apa yang tersirat dalam hatinya terhadap bangsanya.
Jika kerajaan pimpinan UMNO tidak dapat melakukan semua itu, hanya kuasa Yang DiPertuan Agong sahaja yang mampu untuk memecahkan apa yang tersirat dan yang tersurat terhadap hal sebegini.

Semoga kedua-dua pemimpin yang mengkucar-kacirkan kepala otak rakyat jelata ini dapat diatasi dengan secara bijak oleh bangsa melayu yang lebih bijak dan tidak bengong sepertinya. Ayah Pin dan Ketua Turus PKR yang sudah sesat lagi menyesatkan.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Ambo jemput Abe masuk Blog ambo kat:-

http://sensecredaccountability.blogspot.com/

Wallahualam..

profit berkata...

Dear Pakcik,
I am engrossed with your article.You sure wrote an interesting article of which political veterans never think about it.
I agree with you that,it takes the Raja2 Melayu to end all this uncertainties by calling the PM hopeful and warn him.He is the person who have made malays not respecting our elder statesman.He is just power greedy and full of personal vendetta.
I am just confuse how PAS can be so forgetful of the trashing he has done during his tenure as TPM.

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) berkata...

ramlyotai.blogspot.com ada komen hal baginda razak... pak cik dok mano gua musang?

juga aberamly.wordpress.com

Awang Kata berkata...

Sekali-sekala dengar paluan gong berasa semangat. Dengar tingkah gong rasa nak bersilat. Angin dan semangat ni kena jaga...