Isnin, 3 November 2008

PEMILIHAN UMNO - I'm watching you



Cerita politik Negara sekarang sedang hangat dengan cerita-ceriti pemilihan generasi baru kepimpinan UMNO. Generasi yang akan memimpin UMNO pada PRU ke-13 nanti. Generasi yang akan menentukan sama ada parti UMNO akan menjadi bertambah sokongan terhadapnya atau pun semakin berkurangan atau pun tiada langsung sokongan terhadapnya. Mereka yang penting dan tidak penting dalam UMNO sedang sibuk mencari-cari orang yang disukai, diyakini, dipercayai, dihormati, disegani dalam membawa mereka ke arah kegemilangan UMNO seperti suatu waktu dulu.

Namun apa yang tidak menyeronokkan ialah..setiap wakil yang ingin menjadi wakil atau pun wira dalam UMNO mesti mendapatkan sejumlah pencalonan dari bahagian bagi melayakkan mereka menjadi calon dalam pemilihan nanti. Jika tidak hanya angan-angan yang tinggal. Tidak seronok bagi mereka yang ingin bertanding dan juga tidak seronok bagi bahagian-bahagian tertentu untuk memilih orang-orang tertentu. Jika tersilap pilih calon yang tidak selari dengan kehendak seseorang ’orang kuat’ UMNO..padah jadinya pada bahagian tersebut.

Semasa ingin menekan butang ’select’ untuk memilih seseorang tertentu, mereka SEDANG DIPERHATIKAN oleh seseorang ’orang’ atau ’orang-orang’ dalam UMNO. Tersilap tekan mereka akan merana selepas ini. Kemungkinan karier politik mereka akan menjadi rosak binasa selepas ini mungkin ada. Tangan yang salah menekan, periuk nasi yang menjadi mangsa. Kata sesetengah ahli UMNO. Setiap bahagian begitu takut dan penuh berhati-hati untuk menekan butang tersebut. Seperti kata pepatah; nak diluah sayang, nak ditelan..pahit pula rasanya..diluah mati bapa ditelan mati ibu..Walau pun suis ditangan mereka, tetapi ’karan’ ditangan orang lain. Alahai nasib badan.

Namun apa boleh buat..itulah cara UMNO. Cara yang dikatakan terbaik dalam proses pemilihan pemimpin mereka. Satu cara yang menjadi buah mulut sama ada orang dalam atau pun luar UMNO. Buah mulut yang menolak cara tersebut.

Baru-baru ini saya minum kopi bersama-sama beberapa orang kawan..mereka amat teruja bila bercakap pasal pemilihan UMNO kali ini. Rata-rata mereka katakan tidak bersetuju dengan cara yang dilaksanakan. Mereka bukannya tidak belajar. Mereka kini semuanya sudah berpangkat besar dalam syarikat yang disertai. Mereka sudah boleh menilai dengan fikiran yang lebih waras akan sesuatu yang berlaku.

Teringat saya kata-kata seorang kawan tersebut, jika proses pencalonan tersebut dibuat secara tertutup..beliau pasti orang-orang tertentu di dalam UMNO pada waktu dan tika ini akan jatuh dan tidak mustahil juga orang yang tidak disangka-sangka mendapat jawatan dalam UMNO akan dipilih oleh bahagian. Pemilihan yang tersembunyi akan memberikan banyak kebebasan kepada bahagian masing-masing dalam membuat pemilihan terhadap calon mereka. Tetapi keadaan menjadi sebaliknya kerana mereka kini sedang diperhatikan oleh CCTV yang dipasang oleh orang atasan UMNO.

Siapa yang memilih siapa atau pun bahagian mana yang memilih siapa..sudah pasti kini diketahui oleh orang atasan UMNO..mereka sudah menjadi tidak merdeka dalam membuat pemilihan..hanya mereka yang benar-benar sukakan risiko akan memilih calon yang tidak dipersetujui oleh orang atasan UMNO. Namun apa pula kata orang atasan UMNO yang tidak dipilih oleh mereka?? Mungkin keadaan menjadi seperti kata orang tua-tua, manis di mulut tetapi masam di punggung.

Akibat yang akan diterima oleh bahagian yang tidak memilih mereka sudah pastinya teruk selepas ini. Itulah UMNO. Cara yang sungguh demokratik. Nak calon pun kena ada kuota. Bukannya sikit..tetapi banyak pula kuotanya. Tak cukup kuota, maka tak boleh bertanding. keadaan menjadi serba salah terutamanya pada Bahagian yang akan menekan butang pencalonan. Pilih punya pilih..semuanya terbaik..silap-silap hentam sajalah..namun, silap hentam..kena hentam pula.

UMNO..parti orang melayu yang semakin goyah. Parti orang melayu yang semakin kehilangan arah. Mereka ketandusan pemimpin yang berwibawa. Mereka masih tercari-cari ’kepala’ yang boleh membawa mereka kearah kegemilangan.

Saya tertarik dengan kata-kata bakal pemimpin UMNO sehari dua lepas yang berbunyi lebih kurang seperti berikut..”kemungkinan dasar DEB boleh dimansuhkan beransur-ansur kerana kedudukan orang melayu masa kini semakin kukuh”. Entah apa maksud yang ingin disampaikan oleh beliau. Adakah beliau sedar atau pun tidak akan apa yang diperkatakannya itu. Beliau sudah lama menjadi pemimpin orang melayu. Tetapi kenyataan yang dibuat oleh beliau itu amat mengejutkan bangsa melayu.

Semoga dengan pemilihan kali ini Parti UMNO akan mendapat seorang pemimpin masa depan yang boleh membawa parti dan hala tuju orang melayu kearah kegemilangan. Seperti slogan yang sentiasa diingati oleh ahli UMNO ...dahulu, kini dan selamanya. Selamat bertanding.

0 ulasan: