Lepas satu timbul pula satu. Tidak habis-habis sehingga sekarang. Sejak Tun Dr Mahathir bersara sehinggalah sekarang. Ada sahaja cerita yang berkaitan dengan Datuk Seri Anwar.
Datuk Seri sebenarnya telah kalah. Kalah dalam percaturan politik. Sejak dahulu lagi Datuk Seri kalah.
Kekalahan terbesar Datuk Seri di tangan TUN sejak awal. Sejak Datuk Seri menjadi pemimpin ABIM lagi. Datuk seri telah dilentokkan oleh TUN dengan menerima Datuk Seri masuk dalam UMNO.
Datuk Seri juga dikalahkan lagi semasa di dalam UMNO. Juga kalah di tangan TUN.
Kini, Datuk Seri masih lagi tidak mahu mengaku kalah. Seperti kata orang, alang-alang seluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan. Ayat itu sudah tidak bermakna lagi untuk Datuk Seri.
Semakin Datuk Seri berusaha, kekalahan semakin menghampiri Datuk Seri.
Kini, kekalahan terbesar yang mungkin menghempap Datuk Seri menjadi lebih besar dan lebih hebat lagi. KEKALAHAN KERANA DITOLAK OLEH ORANG MELAYU. Sikap yang ditunjukki oleh Datuk Seri terhadap orang melayu sejak kebelakangan ini akan dinilai oleh orang melayu tidak lama lagi.
Diriwayat oleh seorang teman pakcik, kesalahan-kesalahan Datuk Seri semasa di dalam UMNO amat jelas sekali dan tidak boleh dimaafkan oleh orang melayu. TUN mempunyai pandangan dan alas an yang kukuh untuk tidak menabalkan Datuk Seri sebagai penggantinya sebagai Perdana Menteri.
Jika ditabalkan juga, satu bala bencana akan menimpa Negara ini. Satu bala yang dibawa oleh Datuk Seri kepada rakyat dan Negara ini.
Jika dahulu rakyat tidak nampak, namun kini semuanya hampir ditelanjani dan dapat dilihat oleh rakyat jelata.
Menurut riwayat tersebut ;
Sebagai seorang pemimpin yang akan bersara, TUN tidak dapat menerima Datuk Seri sebagai penggantinya kerana alas an-alasan berikut :-
1. Datuk Seri telah memperkayakan kroni-kroni semasa Datuk Seri menduduki kerusi Menteri kewangan.
2. Ekonomi Negara menjadi semakin lemah semasa Datuk Seri memegang jawatan Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.
3. Datuk Seri telah merosakkan UMNO dengan memulakan politik wang semasa bertanding merebut jawatan Timbalan Perdana Menteri.
4. Perkara yang sama juga telah dilakukan oleh Datuk Seri semasa berkempen secara senyap-senyap dalam merebut jawatan Perdana Menteri daripada TUN di suatu ketika dahulu.
5. Dan banyak lagi...
Datuk Seri sepatutnya malu kepada diri sendiri. Malu kepada ibu bapa. Malu kepada TUN. Malu kepada teman-teman seperjuangan di suatu ketika dahulu. Malu kepada orang melayu. Malu kepada seluruh rakyat Malaysia.
Sesungguhnya apa yang terjadi adalah takdir ILAHI dan apa yang terjadi itu juga adalah disebabkan oleh Datuk Seri sendiri.
Cuba kita merenung kembali, Datuk Seri di pungut oleh TUN dari sebuah sangkar, dibasuh, dicuci, dibajai, digilap sekian lama dan akhirnya TUN mengambil keputusan untuk membuang Datuk Seri begitu sahaja. Sudah semestinya ada kesilapan besar yang Datuk Seri telah lakukan. Kesalahan yang tidak boleh dimaafkan dan tindakan patut diambil.
Kita semua tahu TUN tidak akan melakukan sesuatu yang sia-sia yang boleh merugikan rakyat serta Negara.
Jika Datuk Seri berasa malu diatas pemecatan itu, saya dan mungkin seluruh bangsa melayu lebih merasa malu terhadap apa yang telah dilakukan, sedang dilakukan dan akan dilakukan oleh Datuk Seri terhadap bangsa, agama dan Negara ini.
Jika benar sekalipun kisah Datuk Seri suka meliwat orang, itu adalah dunia terbalik Datuk Seri sendiri sahaja dan tidak melibatkan rakyat dan negara. Namun, pemecatan Datuk Seri dari segala pangkat dalam parti dan kerajaan itu sudah pasti terpaksa dilakukan demi menjaga kepentingan rakyat dan Negara ini dari terus dirosakkan oleh Datuk Seri.
PAKCIK hanya doakan agar Datuk Seri diberi hidayah oleh ALLAH swt dan menyedari akan kesilapan serta kesalahan yang telah Datuk Seri lakukan selama ini.
Sudah-sudahlah tu Datuk Seri Anwar...