Bekerja ditempat yang jauh di sempandan Kelantan/Terengganu amat susah untuk mendapat siaran telivesyen dan radio. Begitu juga dengan surat khabar. Bila tibanya cuti hari minggu maka saya bergegas keluar dari kempompong hutan dara tersebut untuk mengambil angin luar bagi mendapatkan berita-berita semasa luar dan dalam negera.
Dalam keadaan kelu dan ketandusan bahan-bahan berita itu, maka radio keretalah yang menjadi bahan perantaraan untuk mendengar dan mendapatkan maklumat terkini. Sudah dinyatakan terdahulu, hanya satu-satu siaran radio tunggal yang dapat didengari oleh rakyat Kelantan di hulu/pendalaman Gua Musang iaitu radio Kelantan FM. Maka, dalam perjalanan pulang menemui anak bini di Pasir Mas itu terlocorlah air liur saya mencari-cari siaran radio Kelantan FM tersebut untuk mendengar berita terkini berkenaan tanah air kita.
Semasa memandu itu, hati gembira bila siaran radio Kelantan FM dapat diperolehi. Tetapi keadaannya berubah bila terdengar siaran iklan yang berjela-jela diucapkan oleh para penyampai radio tersebut. Iklan disampaikan dalam loghat Kelantan dengan tujuan mempengaruhi rakyat Kelantan agar terpengaruh dan lantas membeli barangan tersebut. Para penyampai tanpa segan silu membaca serta menceritakan akan skrip iklan yang ditulis oleh mereka yang ingin mengiklankan barangan mereka menerusi radio tersebut. Maka terdetiklah dihati ini, dah le memandu dari Gua Musang ke Kota Bharu cukup membosankan, jalan yang berlubang-lubang dan berlopak sana sini, jika mendengar radio Kelantan FM bertambah-tambah lagi kebosangan dalam diri.
Tidak salah bagi satu-satu siaran radio itu ingin mencari punca pendapatan melalui rancangan iklan, tetapi bila rancangan iklan itu disiarkan terus menerus berjam-jam lamanya ianya akan membuatkan pendengar menjadi muak dan terngaga –ngaga. Orang mendengar radio bukannya untuk mendengar iklan yang berjela-jela tetapi yang lebih penting adalah maklumat, interaksi, hiburan dan sebagainya. Tidak salah untuk memasukkan iklan dalam satu-satu rancangan itu, tetapi berpada-padalah agar orang ramai atau pendengar tidak menjadi loya untuk mendengarnya.
Jika ada siaran radio lain tidak mengapa , hanya radio Kelantan FM sahaja yang boleh didengari oleh mereka yang berada di kawasan Gua Musang. Mahu tidak mahu dok terngagalah mendengar juruhebah menyampaikan iklan itu berjam-jam lamanya. Apa boleh buat kita orang kampong.
0 ulasan:
Catat Ulasan