Khamis, 6 Disember 2007

KONTRAKTOR MELAYU VS KONTRAKTOR KAPITAN


Siapa tidak bangga bila dapat melihat anak bangsa kita iaitu bangsa melayu dapat menjadi seorang yang bergelar ‘taukeh’ dalam bidang pembinaan. Siapa tidak bangga bila melihat orang itu dapat dapat meningkat dan meningkat dalam bidang perniagaannya dari semasa ke semasa. Jika dahulu semasa saya masih di alam kanak-kanak, bidang pembinaan adalah didominasi oleh mereka yang bermata sepek dan dipanggil taukeh oleh mereka yang berbangsa melayu. Kini, dengan berkembangnya ilmu pengetahuan dan sikap berani mencuba anak-anak melayu telah melahirkan begitu ramai taukeh-taukeh besar dalam bidang pembinaan ini.

Ditambah pula dengan sokongan oleh pihak kerajaan, dasar-dasar tertentu ditetapkan bagi membantu bangsa melayu yang ingin mencuba nasib dalam bidang ini. Dasar seperti Dasar Ekonomi Baru yang dikatakan satu dasar yang dibentuk bagi menjamin kesamarataan dalam pembahagian kek ekonomi Negara ini diantara semua kaum. Tidak kira melayu, cina, india, iban, melanau, asli dan sebagainya. Dasar ini juga telah melahirkan begitu ramai para ‘taukeh’ melayu dalam dunia pembinaan ini.

Kini, begitu ramai orang melayu yang ingin cuba untuk menjadi seperti orang lain bagi mendapatkan gelaran ‘taukeh’. Mereka ini datang dari pelbagai bidang dan merasakan bidang pembinaan adalah satu bidang yang boleh memberikan mereka keuntungan yang berlipat kali ganda jika dibandingkan dengan modal yang mereka ada. Mereka ini akan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan projek-projek yang disediakan oleh pihak kerajaan bagi tujuan tersebut.

namun demikian, malang sungguh nasib anak bangsa bila memikirkan keadaan para ‘taukeh’ dan kontraktor melayu ini. walau pun mereka ini mempunyai banyak kemahuan tetapi mereka ini sebenarnya tidak mempunyai kudrat dan pengetahuan yang sepenuhnya dalam bidang ini. Mereka ini hanya dapat ‘hidup’ jika diberi tongkat oleh pihak kerajaan sahaja. Mereka ini sebenarnya adalah amat lemah dan rapuh. Syarikat yang mereka tubuhkan akan jatuh pada bila-bila masa sahaja jika tiadanya sokongan dari belakang oleh orang-orang tertentu dalam kerajaan atau pun daripada orang-orang politik.

Setelah lebih kurang enam tahun mencebur diri dalam bidang ini dalam banyak syarikat pembinaan di Negara ini saya telah dapat membuat satu kesimpulan tentang sikap para taukeh melayu jika dibandingkan dengan taukeh kapitan. Dibawah ini disenaraikan beberapa perkara (kelemahan) dan sikap yang membezakan diantara kontraktor melayu dengan kapitan dan kesan-kesannya:-

1) Kontraktor melayu banyak memperolehi projek dengan cara ‘direct nego’ dengan pihak kerajaan.

- Harga kontrak melampau berbanding harga yang sepatutnya.

- Taukeh melayu lain tidak mendapat peluang untuk bersaing dan meneruskan hidup.

- Meningkatnya kes-kes rasuah dan penyalahgunaan wang rakyat.

2) Kontraktor melayu mengguna-pakai orang politik tertentu bagi mendapatkan projek.

- Tiadanya daya saing

- Jatuhnya syarikat melayu itu bersama-sama jatuhnya karier orang politik itu.

- Rasa selamat yang melampau

- Tidak boleh berdiri diatas kaki sendiri

3) Kontraktor melayu hanya mementingkan wang masuk dari kontrak projek yang diperolehi dan bukannya menyiapkan kerja mengikut masa dan tempoh yang ditetapkan.

- Walau pun kemajuan kerja adalah sedikit tetapi tetap menetapkan tahap claim yang dikehendakinnya.

4) Kontraktor melayu tidak menguruskan dengan sepenuhnya projek yang diberikan.

- Ketiadaan kakitangan yang betul-betul faham akan tugasnya

- Ketiadaan kakitangan dan keperluan kakitangan yang secukupnya bagi satu-satu projek

- Ketiadaan peralatan dan jentera yang secukupnya.

- Ketiadaan modal yang secukupnya bagi menjalankan kerja.

5) Kontraktor melayu suka bermegah dan berbangga

- Membeli harta persendirian yang melampau-lampau biar pun untung rugi projek masih belum dapat diketahui.

6) Kontraktor melayu tidak berminat menolong melayu lain dalam satu-satu projek

- Sub-kontraktor yang dilantik kebanyakkan daripada golongan kapitan.

7) Kontraktor melayu banyak bermain politik daripada kerja.

- Bila pihak atasan suka bermain politik maka mereka yang berada dalam organisasi mereka juga akan bermain politik bodoh dan kotor sesame sendiri yang boleh memporak-perandakan kestabilan syarikat.

8) Kontraktor melayu tamak projek dan menyekat periuk nasi orang lain

- Di sana sini projek ingin dikaut olehnya tetapi kemampuannya dalam segala segi adalah lemah-selemahnya.

9) Kontraktor melayu menjual projek diperolehi kepada kontraktor kapitan.

- Katanya mampu untuk menjalankan projek itu tetapi hakikatnya, 100 peratus sub-kontraktor dan supplier adalah dari golongan kapitan.

- Kadang-kadang hanya nama sahaja kontraktor melayu tetapi hakikatnya projek tersebut telah ditolak kepada kontraktor kapitan.

10) Kontraktor melayu tidak percaya kepada kakitangan yang diambil bekerja dengannya.

- Kakitangan merasakan mereka akan dikenakan tindakan tatatertib dengan sewenang-wenangnya oleh pihak pengurusan dan demikian akan hilang rasa ‘secure’ dalam diri seseorang kakitangan untuk terus bekerja di syarikatnya.

11) Kontraktor melayu tidak suka orang menegur akan kesilapannya

12) Kontraktor melayu tidak suka menganggap kakitangannya sebagai asset syarikat.

13) Kontraktor melayu suka dibodek dan tidak suka menilai kakitangannya dengan kebolehan yang ada padanya.

- Mereka yang pandai bodek tapi tidak tahu bekerja akan diberikan banyak keistimewaan dalam syarikat.

- Mereka yang pandai bodek akan mendapat kenaikan gaji, kenaikan pangkat dan bonus yang tinggi dihujung tahun.

- Mereka yang pandai bodek walau pun tidak tahu kerja sebenarnya akan lebih beruntung daripada mereka yang benar-benar ingin bekerja dan memajukan diri dalam bidang ini.

- Mereka yang tidak pandai bodek akan disisihkan, diikat dan silap-silap dibuang kerja.

14) Kontraktor melayu menjadi lebih kedekut bila semakin banyak projek diperolehi.

- Bonus dan kenaikan gaji kakitangan disekat dan seterusnya boleh melemahkan semangat kakitangan untuk bekerja di syarikatnya.

15) Kontraktor melayu tidak peduli apa itu CIDB, EPF & SOKSO

16) Kontraktor melayu hanya suka berjanji

17) Kontraktor melayu suka melantik saudara mara, kawan-kawannya ke jawatan-jawatan penting walau pun mereka ini tidak mengerti apa pun mengenai kerja-kerja pembinaan.

- Sanak-saudara dan saudara-mara ini menyusahkan kerja-kerja yang dilakukan oleh golongan professional dalam syarikat.

18) Kontraktor melayu sendiri tidak faham apa itu kerja pembinaan

19) Kontraktor melayu banyak bercakap daripada bekerja

20) Kontraktor melayu tidak suka membayar gaji kakitangannya mengikut peringkat kelulusan, pengalaman dan kemampuannya.

21) Kontraktor melayu tidak suka berkongsi dengan kakitangannya.

22) Kontraktor melayu lambat dalam membuat keputusan dalam satu-satu hal.

Perbezaan amat jelas dalam segala segi jika dibandingkan diantara kontraktor melayu atau pun bumiputera berbanding dengan kontraktor kapitan. Perbezaan sikap dan cara perlaksanaan dalam satu-satu projek yang dijalankan telah menunjukkan akan kelemahan yang ada pada kontraktor melayu itu.

Kontraktor melayu atau bumiputera akan ketinggalan dalam segala segi jika kelemahan-kelemahan yang ada tidak diatasi dengan segera dalam menguruskan satu-satu projek yang dianugerahkan kepada mereka.

Kegagalan dalam mengurus dan melaksanakan projek dengan cara yang betul, cepat dan menepati masa akan memberi kesan yang teruk sama ada terhadap konraktor itu sendiri, pekerja, kerajaan dan juga rakyat jelata.

Selain itu, diharapkan pihak kerajaan dapat meneliti dengan lebih jelas dan lebih mendalam dalam menganurahi satu-satu tender projek kepada pihak kontraktor yang berselindungkan kepada kepentingan politik semata-mata agar ianya tidak menjejaskan kredibiliti pihak kerajaan itu sendiri dipandangan rakyat jelata.

0 ulasan: