Rabu, 12 Disember 2007

HINDRAF VS UMNO

HINDRAF VS UMNO

Utusan Malaysia 9 Disember 2007.


BUTTERWORTH 9 Dis. – Hindu Rights Action Force (Hindraf) hari ini mengisytiharkan secara terbuka bahawa musuhnya adalah UMNO, bukan orang Melayu.


Seorang peguam yang mendakwa mewakili Hindraf, P. Uthayakumar berkata, ini kerana parti itu didakwa mengetepikan masyarakat India dalam arus pembangunan negara.
‘‘Kami telah hidup dengan baik dan bekerjasama erat dengan orang Melayu bukan setakat 50 tahun lalu tetapi sejak 200 tahun dahulu.


‘‘Kami tidak bermusuh dengan orang Melayu kerana mereka banyak membantu. Hindraf hanya memusuhi UMNO,” katanya ketika berucap semasa menghadiri upacara keagamaan di Kuil Sri Mahamariamman di Jalan Jeti Lama di sini hari ini.


Kira-kira 2,000 orang India berhimpun secara aman di kuil itu bagi mengadakan upacara keagamaan untuk mendoakan pembebasan 31 penyokong Hindraf yang ditahan ekoran terlibat dalam perhimpunan haram di ibu negara 25 November lalu.


Perhimpunan yang bermula kira-kira pukul 11 pagi hingga 1 petang itu turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Puyu, Phee Boon Poh dari DAP.


Uthayakumar berkata, masyarakat India tidak menghadapi masalah untuk terus hidup harmoni bersama masyarakat Melayu dan tidak sekali-kali berasa marah atau benci kepada orang Melayu.

Menurutnya, Malaysia tetap menjadi negara tumpah darah yang dipertahankan oleh masyarakat India negara ini, namun apa yang menjadi masalah ialah kerajaan pimpinan UMNO mengabaikan masyarakat India.


Beliau yang ditemui selepas itu juga berkata, kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang mendedahkan tindakan Hindraf meminta sokongan dan bantuan pengganas antarabangsa iaitu Pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dari Sri Lanka adalah satu pembohongan.


Menurut Uthayakumar, pembohongan itu bertujuan untuk mengalih isu yang ditimbulkan oleh Hindraf dengan mengaitkan mereka dengan kumpulan pengganas.


Menurutnya, langkah itu bertujuan memastikan badan bukan kerajaan antarabangsa dan kerajaan negara asing menjauhi dan tidak menyokong Hindraf.


Justeru, kata beliau, pihaknya membuat laporan polis berhubung tuduhan Musa terhadap Hindraf itu kira-kira pukul 3 petang semalam di Kuala Lumpur.


‘‘Kalau Ketua Polis Negara gagal buktikan kebenaran tuduhan itu dalam tempoh 24 jam, ternyata ia palsu,” katanya.


Mengenai penahanan 31 penyokong Hindraf, beliau berkata, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mengadili kes mereka perlu ditukar kepada hakim baru


PAKCIK KATA :

UMNO adalah satu nama yang jika diubah kepada bahasa melayunya adalah seperti berikut : Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau secara langsungnya ia adalah berdarah daging dan besangkut paut likup dengan orang melayu. Jika disebut UMNO maka timbullah nama MELAYU dalam kepala otak rakyat di Negara ini. Adakah si bangka lagi dungu Uthayakumar itu sedar bahawa kata-katanya itu telah menyentuh hati rata-rata orang melayu yang sememangnya berada dalam UMNO.

Jika UMNO dimusuhi maka dengan sendirinya pihak HINDRAF memusuhi orang melayu. Boleh dikira dengan jari berapa kerat sahaja orang melayu yang tidak berada dalam UMNO. Jatuh bangun UMNO adalah bersama-sama orang melayu. Tanpa sokongan orang melayu, UMNO tidak mungkin berada dipuncak kuasa politik sejak dahulu dan sekarang.

Pihak hindraf sepatutnya sedar akan apa yang keluar dari mulut mereka. Mereka sepatutnya berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu. Kini, mereka telah mengheret orang melayu kedalam kancah peperangan perjuangan sempit mereka itu. Mereka telah mengejutkan harimau yang sedang tidur. Mereka telah menjolok sarang tebuan.

Kini, satu demi satu kesan penolakan dan kencaman dari orang melayu terhadap mereka diatas perbuatan mereka sendiri. Menyedari akan kesilapan itu, maka Uthayakumar mula bermain dengan politik tamil dan kata-kata yang sememangnya berbelit-belit lidahnya. maka pemimpin hindraf yang bodoh lagi dungu itu telah mengubah kenyataannya seperti berikut :-

‘‘Kami tidak bermusuh dengan orang Melayu kerana mereka banyak membantu. Hindraf hanya memusuhi UMNO,”

Apa yang mereka mahu?

Mereka ini sedang lapar, dahaga, keliru dan tersepit dicelah-celah pencapaian Negara ini. Mereka ini sudah hilang keyakinan dan keupayaan dalam diri sendiri untuk meneruskan pencapaian dan kemajuan bangsa mereka. Mereka sudah muak dengan pemimpin mereka sendiri. Mereka sedang dipergunakan oleh orang lain. Mereka telah menjadi kambing hitam yang sememangnya telah hitam sejak azali lagi. Mereka sudah hilang arah!

Kenyataan disini adalah, sememangnya kaum india itu suka bermain dengan politik yang serabut lagi serabai. Tidak mahu mengikuti kata-kata pemimpin yang dilantik. Suka menjadikan isu yang kecil sabagai modal politik. Cakap berbelit-belit seperti ular dan tangkai jering.


0 ulasan: