Sabtu, 15 Disember 2007

SIFIR HINDRAF : 1 + 5 = ISA

CARTA ORGANISASI BARU PENJARA KEM TANAHAN KAMUNTING

BERKUAT-KUASA PADA : 13 DISEMBER 2007




WAYTHAMOORTHY ( KETUA BANDUAN )

( MASIH DITUNGGU KEPULANGANNYA UNTUK BERKHIDMAT DALAM PENJARA)



UTHAYAKUMAR M. MANOHARAN R. KENGADHARAN V. GANABATIRAU T. VASANTHAKUMAR.

( PEMBELIT 1 ) ( PEMBELIT 2 ) ( PEMBELIT 3 ) ( PEMBELIT 4 ) ( PEMBELIT 5 )






Jumaat, 14 Disember 2007

BANJIR


Banjir atau bah sudah menjadi sinonim kepada rakyat Malaysia sejak generasi ke generasi. Sejak dilahirkan banjir atau air bah ini menjadi satu isu yang tidak kesudahan dari tahun ke tahun oleh rakyat di Negara ini terutamanya mereka yang berada di Semenanjung Malaysia. Banjir yang bermusim ini (kecuali bandaraya Kuala Lumpur) sudah menjadi sebati dalam hidup rakyat Malaysia. Dari Utara Perlis ke Selatan Johor dan dari Timur Kelantan ke Barat Kuala Lumpur. Tibanya musim tengkujuh maka Negara diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga dalam menghadapi segala kemungkinan yang akan tiba. Hujan yang menimpa bercurah-curah tanpa henti telah menyebabkan air sungai melimpah ruah dan melanda kawasan-kawasan yang dikatakan berada ditanah yang rendah.

Secara mudahnya, air bah ini terjadi bila satu-satu saluran itu (sungai) telah diganggu system semulajadinya dan menyebabkannya tidak dapat menampung beban air larian (air permukaan yang terjadi daripada air hujan) yang melalui atau memasukinya secara terus menerus. Terganggunya system semulajadi saluran atau sungai itu seperti dasarnya telah menjadi cetek kerana kesan pemendakan sedimen-sedimen atau partikel-partikel (kesan langsung daripada proses pembangunan yang dijalankan) yang dibawa bersama oleh air hujan yang terjadi secara perlahan-lahan dan memakan masa yang lama dikawasan –kawasan tertentu saluran atau sungai itu.

Kelimpahan air sungai itu juga telah diceritakan tadi kerana disebabkan oleh bebanan air larian memasuki sungai atau saluran itu secara terus. Air larian ini pada semulajadinya dikawal oleh tumbuh-tumbuhan yang berfungsi memperlahankan pergerakan serta mengurangkan jumlah air larian itu. Adanya tumbuh-tumbuhan tersebut, air larian (air hujan) itu juga akan dapat meresap kedalam tanah dan secara tidak langsung akan mengurangkan jumlah isipadu air yang memasuki saluran atau sungai. Namun, keadaan ini sudah menjadi tidak relevan lagi kerana reformasi pembangunan yang sedang rancak dilaksanakan di Negara ini.

Kesan langsung dari proses pembangunan itu terpaksa mengorbankan sifat semulajadi alam sekitar dan sungai-sungai di Negara ini dan seterusnya menyebabkan berlakunya limpahan air atau apa yang dipanggil banjir dan air bah itu.

Tibanya musim banjir itu telah mengundang malapetaka dan musibah kepada manusia dan harta benda. Kematian dilaporkan, rosaknya harta benda, tenggelamnya rumah-rumah kediaman, hanyutnya rumah-rumah kediaman, matinya binatang-binatang peliharaan, rosaknya tanam-tanaman para petani dan berbagai lagi kesan yang tidak dapat dikira dengan wang ringgit.

Tibanya musim banjir itu menyebabkan terganggunya musim persekolahan budak-budak sekolah, rosaknya harta benda kerajaan, terputusnya bekalan elektrik, bekalan air bersih dan terputusnya hubungan kerana tenggelamnya jalan raya itu.

Tibanya musim banjir itu kerajaan tepaksa mengeluarkan satu bajet khas dalam menghadapinya. Tibanya musim banjir itu maka riuh randahlah para wakil rakyat dalam memainkan peranan mereka sama ada secara ikhlas atau pun secara mempunyai niat yang tersendiri. Disitu-sini dilaporkan pembahagian sumbangan diberikan kepada mereka yang dikatakan mangsa banjir itu.

Tibanya musim banjir itu banyak idea dikeluarkan, diberikan, diajukan dan dicadangkan bagi mengelakkan keadaan tersebut dari terus terjadi di masa-masa hadapan.

Namun apa yang ingin disuarakan di sini adalah, sudah sekian lama kita mendengar begitu banyak cadangan dan idea diberikan dalam usaha untuk menghadapi banjir ini. Idea-idea bernas lagi hebat itu timbul sewaktu air bah itu sedang mengganas tetapi ianya menjadi sunyi sepi bersama-sama hilangnya air bah itu sendiri. Hilangnya idea bersama-sama hilangnya air banjir itu, maka tiadalah langkah-langkah seterusnya yang diambil bagi menghadapi kemungkinan yan akan timbul disuatu masa akan datang. Keadaan ini berulang-ulang dari tahun ke tahun sejak dari dahulu lagi.

Negara kita mempunyai banyak pusat pengajian tinggi, Negara kita mempunyai banyak agensi-agensi yang berkebolehan dan berkeupayaan dalam membuat kajian dan penyelidikan, Negara kita mempunyai ramai jurutera-jurutera professional, Negara kita mempunyai ramai cerdik pandai serta pakar dalam bidang ini, Negara kita mempunyai keupayaan dalam mencari jalan penyelesaian terhadap situasi ini. Jika kesemua tenaga, kudrat, kebolehan dan hasil-hasil penyelidikan university dan badan-badan tertentu disatukan, saya percaya kita akan mempunyai jalan penyelesaian yang terbaik dalam menghadapi air bah ini dari terus menghantui pemikiran rakyat Negara ini.

Biarpun jalan penyelesaian yang bakal diambil itu akan memakan masa yang lama dan juga menelan kos yang banyak, tetapi dengan keupayaan pengurusan dan kebolehan serta kepakaran teknikal yang ada pada rakyat Malaysia saya percaya perkara tersebut akan dapat dikurangkan demi merealisasikan jalan penyelesaian terhadap bencana banjir ini.

Jika langkah-langkah penyelesaian tidak dimulakan dari sekarang, keadaan berulang-ulang akan timbul di masa-masa akan datang yang sudah semestinya akan merugikan semua pihak sama ada untuk jangka masa yang pendek atau pun panjang. Disamping itu, jangan terkejut jika berlakunya satu keadaan dimana banjir yang lebih besar dan lebih teruk akan berlaku disuatu masa nanti jika tiadanya langkah-langkah awalan yang diambil pada masa ini. Cuba fikirkan, jika Negara ini telah mencapai apa yang dikatakan Negara maju di suatu masa nanti, adakah banjir atau apa yang dipanggil air bah itu masih lagi menjadi masalah atau beban kepada Negara dan rakyat jelata?

Khamis, 13 Disember 2007

RADIO KELANTAN FM MENJADI EJEN IKLAN


Bekerja ditempat yang jauh di sempandan Kelantan/Terengganu amat susah untuk mendapat siaran telivesyen dan radio. Begitu juga dengan surat khabar. Bila tibanya cuti hari minggu maka saya bergegas keluar dari kempompong hutan dara tersebut untuk mengambil angin luar bagi mendapatkan berita-berita semasa luar dan dalam negera.

Dalam keadaan kelu dan ketandusan bahan-bahan berita itu, maka radio keretalah yang menjadi bahan perantaraan untuk mendengar dan mendapatkan maklumat terkini. Sudah dinyatakan terdahulu, hanya satu-satu siaran radio tunggal yang dapat didengari oleh rakyat Kelantan di hulu/pendalaman Gua Musang iaitu radio Kelantan FM. Maka, dalam perjalanan pulang menemui anak bini di Pasir Mas itu terlocorlah air liur saya mencari-cari siaran radio Kelantan FM tersebut untuk mendengar berita terkini berkenaan tanah air kita.

Semasa memandu itu, hati gembira bila siaran radio Kelantan FM dapat diperolehi. Tetapi keadaannya berubah bila terdengar siaran iklan yang berjela-jela diucapkan oleh para penyampai radio tersebut. Iklan disampaikan dalam loghat Kelantan dengan tujuan mempengaruhi rakyat Kelantan agar terpengaruh dan lantas membeli barangan tersebut. Para penyampai tanpa segan silu membaca serta menceritakan akan skrip iklan yang ditulis oleh mereka yang ingin mengiklankan barangan mereka menerusi radio tersebut. Maka terdetiklah dihati ini, dah le memandu dari Gua Musang ke Kota Bharu cukup membosankan, jalan yang berlubang-lubang dan berlopak sana sini, jika mendengar radio Kelantan FM bertambah-tambah lagi kebosangan dalam diri.

Tidak salah bagi satu-satu siaran radio itu ingin mencari punca pendapatan melalui rancangan iklan, tetapi bila rancangan iklan itu disiarkan terus menerus berjam-jam lamanya ianya akan membuatkan pendengar menjadi muak dan terngaga –ngaga. Orang mendengar radio bukannya untuk mendengar iklan yang berjela-jela tetapi yang lebih penting adalah maklumat, interaksi, hiburan dan sebagainya. Tidak salah untuk memasukkan iklan dalam satu-satu rancangan itu, tetapi berpada-padalah agar orang ramai atau pendengar tidak menjadi loya untuk mendengarnya.

Jika ada siaran radio lain tidak mengapa , hanya radio Kelantan FM sahaja yang boleh didengari oleh mereka yang berada di kawasan Gua Musang. Mahu tidak mahu dok terngagalah mendengar juruhebah menyampaikan iklan itu berjam-jam lamanya. Apa boleh buat kita orang kampong.

Rabu, 12 Disember 2007

HINDRAF VS UMNO

HINDRAF VS UMNO

Utusan Malaysia 9 Disember 2007.


BUTTERWORTH 9 Dis. – Hindu Rights Action Force (Hindraf) hari ini mengisytiharkan secara terbuka bahawa musuhnya adalah UMNO, bukan orang Melayu.


Seorang peguam yang mendakwa mewakili Hindraf, P. Uthayakumar berkata, ini kerana parti itu didakwa mengetepikan masyarakat India dalam arus pembangunan negara.
‘‘Kami telah hidup dengan baik dan bekerjasama erat dengan orang Melayu bukan setakat 50 tahun lalu tetapi sejak 200 tahun dahulu.


‘‘Kami tidak bermusuh dengan orang Melayu kerana mereka banyak membantu. Hindraf hanya memusuhi UMNO,” katanya ketika berucap semasa menghadiri upacara keagamaan di Kuil Sri Mahamariamman di Jalan Jeti Lama di sini hari ini.


Kira-kira 2,000 orang India berhimpun secara aman di kuil itu bagi mengadakan upacara keagamaan untuk mendoakan pembebasan 31 penyokong Hindraf yang ditahan ekoran terlibat dalam perhimpunan haram di ibu negara 25 November lalu.


Perhimpunan yang bermula kira-kira pukul 11 pagi hingga 1 petang itu turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Puyu, Phee Boon Poh dari DAP.


Uthayakumar berkata, masyarakat India tidak menghadapi masalah untuk terus hidup harmoni bersama masyarakat Melayu dan tidak sekali-kali berasa marah atau benci kepada orang Melayu.

Menurutnya, Malaysia tetap menjadi negara tumpah darah yang dipertahankan oleh masyarakat India negara ini, namun apa yang menjadi masalah ialah kerajaan pimpinan UMNO mengabaikan masyarakat India.


Beliau yang ditemui selepas itu juga berkata, kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang mendedahkan tindakan Hindraf meminta sokongan dan bantuan pengganas antarabangsa iaitu Pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dari Sri Lanka adalah satu pembohongan.


Menurut Uthayakumar, pembohongan itu bertujuan untuk mengalih isu yang ditimbulkan oleh Hindraf dengan mengaitkan mereka dengan kumpulan pengganas.


Menurutnya, langkah itu bertujuan memastikan badan bukan kerajaan antarabangsa dan kerajaan negara asing menjauhi dan tidak menyokong Hindraf.


Justeru, kata beliau, pihaknya membuat laporan polis berhubung tuduhan Musa terhadap Hindraf itu kira-kira pukul 3 petang semalam di Kuala Lumpur.


‘‘Kalau Ketua Polis Negara gagal buktikan kebenaran tuduhan itu dalam tempoh 24 jam, ternyata ia palsu,” katanya.


Mengenai penahanan 31 penyokong Hindraf, beliau berkata, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mengadili kes mereka perlu ditukar kepada hakim baru


PAKCIK KATA :

UMNO adalah satu nama yang jika diubah kepada bahasa melayunya adalah seperti berikut : Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau secara langsungnya ia adalah berdarah daging dan besangkut paut likup dengan orang melayu. Jika disebut UMNO maka timbullah nama MELAYU dalam kepala otak rakyat di Negara ini. Adakah si bangka lagi dungu Uthayakumar itu sedar bahawa kata-katanya itu telah menyentuh hati rata-rata orang melayu yang sememangnya berada dalam UMNO.

Jika UMNO dimusuhi maka dengan sendirinya pihak HINDRAF memusuhi orang melayu. Boleh dikira dengan jari berapa kerat sahaja orang melayu yang tidak berada dalam UMNO. Jatuh bangun UMNO adalah bersama-sama orang melayu. Tanpa sokongan orang melayu, UMNO tidak mungkin berada dipuncak kuasa politik sejak dahulu dan sekarang.

Pihak hindraf sepatutnya sedar akan apa yang keluar dari mulut mereka. Mereka sepatutnya berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu. Kini, mereka telah mengheret orang melayu kedalam kancah peperangan perjuangan sempit mereka itu. Mereka telah mengejutkan harimau yang sedang tidur. Mereka telah menjolok sarang tebuan.

Kini, satu demi satu kesan penolakan dan kencaman dari orang melayu terhadap mereka diatas perbuatan mereka sendiri. Menyedari akan kesilapan itu, maka Uthayakumar mula bermain dengan politik tamil dan kata-kata yang sememangnya berbelit-belit lidahnya. maka pemimpin hindraf yang bodoh lagi dungu itu telah mengubah kenyataannya seperti berikut :-

‘‘Kami tidak bermusuh dengan orang Melayu kerana mereka banyak membantu. Hindraf hanya memusuhi UMNO,”

Apa yang mereka mahu?

Mereka ini sedang lapar, dahaga, keliru dan tersepit dicelah-celah pencapaian Negara ini. Mereka ini sudah hilang keyakinan dan keupayaan dalam diri sendiri untuk meneruskan pencapaian dan kemajuan bangsa mereka. Mereka sudah muak dengan pemimpin mereka sendiri. Mereka sedang dipergunakan oleh orang lain. Mereka telah menjadi kambing hitam yang sememangnya telah hitam sejak azali lagi. Mereka sudah hilang arah!

Kenyataan disini adalah, sememangnya kaum india itu suka bermain dengan politik yang serabut lagi serabai. Tidak mahu mengikuti kata-kata pemimpin yang dilantik. Suka menjadikan isu yang kecil sabagai modal politik. Cakap berbelit-belit seperti ular dan tangkai jering.


Jumaat, 7 Disember 2007

MATEMATIK DAN SAINS BUDAK SEKOLAH


Berita Harian – 07/12/07

Oleh Prof Isahak Haron

Dua subjek teras sekolah kebangsaan mesti diajar dalam bahasa Melayu

SAYA rasa terpanggil untuk membuat komen terhadap desakan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan beberapa perwakilan Umno dalam perhimpunan agung parti itu baru-baru ini yang mendesak supaya kerajaan mengkaji semula penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar untuk Matematik dan Sains di sekolah kita.

Satu lagi ialah supaya kita balik mengguna bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi kedua-dua mata pelajaran itu di sekolah rendah dan menengah.

Tulisan Khairy dalam akhbar New Straits Times, 30 November lalu menyimpul dengan jelas bahawa dasar penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar Matematik dan Sains di sekolah rendah dan menengah kita, gagal mencapai matlamatnya untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris serta bagi memperbaiki kelemahan penguasaan kedua-dua subjek itu.

Saya menyokong kesimpulan Khairy itu berdasarkan beberapa kajian saya dan pelajar saya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), sejak dasar bahasa Inggeris ini dilaksanakan lima tahun lalu.

Kesan positif dasar ini amat kecil dari segi realitinya, berbanding kesan negatifnya. Kajian kami menunjukkan ‘trauma’ atau kepayahan utama ialah apabila pelajar yang baru lulus Ujian Pencapaian Sekolah rendah (UPSR) dalam bahasa Melayu dengan tiba-tiba terpaksa belajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris di Tingkatan Satu dan seterusnya.

PAKCIK KATA :

Memang betul apa yang diperkatakan oleh prof yang juga memetik kata-kata daripada saudara Khairy bahawasanya pembelajaran matapelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris akan membebankan pemikiran pelajar kita terutamanya mereka yang berasal dan belajar di sekolah-sekolah luar Bandar.

Jika dahulu pencapaian dan penguasaan terhadap matapelajaran tersebut masih rendah ketika ianya diajar dalam bahasa melayu apatah lagi jika ianya diajar dalam bahasa inggeris yang sememangnya menjadi masalah kepada pelajar. Keadaan ini menjadi satu lagi beban pemikiran yang terpaksa ditanggung oleh pelajar sekolah.

Jika matapelajaran tersebut diajar dalam bahasa melayu, kebanyakkan pelajar hanya gagal dalam memahami prinsip dan konsepnya sahaja tetapi apabila ianya diajar dalam bahasa inggeris, bukan sahaja prinsip dan konsep sahaja yang tidak difahami, kemungkinan keseluruhan apa yang diajar dan dicakap oleh guru juga tidak difahami oleh mereka. Keadaan ini akan menimbulkan satu kesan penolakkan dalam pemikiran pelajar tersebut terhadap kedua-dua matapelajar tersebut.

Memang bagus hasrat kerajaan untuk mendedahkan rakyat Malaysia kepada bahasa inggeris. Tetapi ianya menjadi tidak bagus bila kegagalan seseorang pelajar itu adalah kerana disebabkan oleh kegagalannya untuk menguasai dan memahami bahasa inggeris itu. Jika pelajar itu dijangka mendapat A dalam matapelajaran tersebut jika ianya diajar dalam bahasa melayu tetapi oleh kerana beliau tidak berapa memahami dan menguasai bahasa inggeris, beliau kemungkinan mendapat markah C. keadaan ini cukup menyedihkan bagi anak bangsa kita.

Jika kita mengingati sejarah ilmu islam yang berkembang pesat di suatu masa dahulu bahawasanya semua buku dan tulisan dicatat dalam bahasa arab. Bila berlaku kejatuhan tamadun islam maka buku-buku atau catatan ilmu itu dialih bahasa oleh orang asing bagi anak bangsa dapat memahami dan mengkaji akan buku-buku dan tulisan ilmu tersebut. Apabila tulisan ilmu itu dapat difahami oleh mereka maka mereka akan mudah menguasainya. Kini kita dapat lihat sendiri bangsa mereka lebih maju dari bangsa arab itu sendiri dalam satu-satu ilmu.

Saya masih ingat semasa belajar di sekolah rendah dan menengah dahulu. Guru-guru yang mengajar adalah tidak begitu menekankan akan penguasaan bahasa inggeris. Begitu juga dengan saya, tidak pernah terlintas pun akan kegunaan bahasa inggeris jika saya masuk kea lam pekerjaan nanti. ( saya tidak menyalahkan guru dan keluarga, tetapi itulah hakikatnya suasana dan persekitaran bagi masyarakat pendalaman di Negara kita disuatu masa dahulu dan sekarang. Pendedahan terhadap bahasa inggeris adalah amat kurang dalam segala segi ).Namun demikian, oleh kerana matapelajaran tersebut diajar dalam bahasa ibunda maka saya boleh dikatakan dapat menguasai kedua-dua matapelajaran tersebut dengan sebaik mungkin.

Walaupun saya belajar kedua-dua matapelajaran tersebut dalam bahasa ibunda, namun setelah mengalami pendedahan demi pendedahan dari segi pergaulan dan usaha semasa dialam pekerjaan, kini saya telah dapat bercakap, menulis dan memahami bahasa inggeris itu seperti orang lain.

Saya menyokong 100% jika pengajaran bagi kedua-dua matapelajaran tersebut ditukar semula kepada bahasa melayu kerana ianya lebih mudah untuk difahami oleh pelajar terutamanya mereka yang berasal dari kawasan pendalaman yang hidup dalam suasana yang tidak terdedah kepada bahasa inggeris itu sendiri. Terdapat ramai cerdik pandai dari kampong dapat dilahirkan tetapi janganlah kerana disebabkan oleh bahasa inggeris mereka kecundang ditengah jalan.

KELANTAN TIDAK PAKSA ARTIS PAKAI TUDUNG


SINAR HARIAN 06 OKTOBER 2007


KOTA BHARU - Kerajaan negeri tidak pernah mengenakan sebarang paksaan atau syarat terhadap wanita termasuk artis yang berkunjung ke negeri itu untuk menutup aurat atau memakai tudung.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pendidikan Sains dan Teknologi Kelantan, Nik Mohd Amar Nik Abdullah berkata, kerajaan negeri hanya meminta supaya wanita, terutama artis yang datang ke negeri ini berpakaian sopan dan ti­dak menjolok mata.


“Tiada syarat yang memaksa mana-mana artis wanita yang berkunjung ke negeri ini memakai tudung, selalunya langkah menutup aurat atau bertudung dilakukan dengan kerelaan artis itu sendiri,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata demikian selepas sesi dialog ‘Sinema Majid Majidi, Moral dan Kemanusiaan’ yang diadakan sempena Mini Fest Kelantan 2007 di sini.


Beliau mengulas dakwaan bahawa kerajaan negeri mengenakan paksaan terhadap artis wanita yang dijemput datang ke negeri ini untuk memakai tudung, termasuk artis terkenal tanah air, Maya Karin yang merupakan panel dalam sesi dialog berkenaan.


Maya, yang mengakui gembira dan teruja di atas jemputan kerajaan negeri turut memakai pakaian menutup aurat, termasuk mengenakan tudung berwarna biru gelap ketika sesi dialog itu.


Selain Maya, dua lagi panel dialog ialah Pengarah Istana Budaya, Dr Hatta Azad Khan dan pengarah filem Mamat Khalid.


Nik Mohd Amar berkata, kerajaan negeri sememangnya berbesar hati atas keprihatinan dan penghormatan yang diberi oleh artis wanita yang memakai tudung sewaktu kunjungan ke negeri ini.

“Kebanyakan rakyat negeri ini bertudung, mungkin kerana itulah kebanyakan daripada artis wanita ini dengan sendirinya mahu memakai tudung untuk menunjukkan rasa hormat mereka.


“Kita sangat berbesar hati apabila melihatkan kesanggupan mereka memakai tudung apatah lagi dengan kerelaan sendiri dalam menghormati dasar kerajaan Kelantan,” katanya. – BERNAMA



PAKCIK KOMEN :

Dulu lain, sekarang lain

Siapa betul dan siapa salah

Mana yang betul dan mana yang salah

Tepuk dada tanya hati.

Khamis, 6 Disember 2007

KONTRAKTOR MELAYU VS KONTRAKTOR KAPITAN


Siapa tidak bangga bila dapat melihat anak bangsa kita iaitu bangsa melayu dapat menjadi seorang yang bergelar ‘taukeh’ dalam bidang pembinaan. Siapa tidak bangga bila melihat orang itu dapat dapat meningkat dan meningkat dalam bidang perniagaannya dari semasa ke semasa. Jika dahulu semasa saya masih di alam kanak-kanak, bidang pembinaan adalah didominasi oleh mereka yang bermata sepek dan dipanggil taukeh oleh mereka yang berbangsa melayu. Kini, dengan berkembangnya ilmu pengetahuan dan sikap berani mencuba anak-anak melayu telah melahirkan begitu ramai taukeh-taukeh besar dalam bidang pembinaan ini.

Ditambah pula dengan sokongan oleh pihak kerajaan, dasar-dasar tertentu ditetapkan bagi membantu bangsa melayu yang ingin mencuba nasib dalam bidang ini. Dasar seperti Dasar Ekonomi Baru yang dikatakan satu dasar yang dibentuk bagi menjamin kesamarataan dalam pembahagian kek ekonomi Negara ini diantara semua kaum. Tidak kira melayu, cina, india, iban, melanau, asli dan sebagainya. Dasar ini juga telah melahirkan begitu ramai para ‘taukeh’ melayu dalam dunia pembinaan ini.

Kini, begitu ramai orang melayu yang ingin cuba untuk menjadi seperti orang lain bagi mendapatkan gelaran ‘taukeh’. Mereka ini datang dari pelbagai bidang dan merasakan bidang pembinaan adalah satu bidang yang boleh memberikan mereka keuntungan yang berlipat kali ganda jika dibandingkan dengan modal yang mereka ada. Mereka ini akan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan projek-projek yang disediakan oleh pihak kerajaan bagi tujuan tersebut.

namun demikian, malang sungguh nasib anak bangsa bila memikirkan keadaan para ‘taukeh’ dan kontraktor melayu ini. walau pun mereka ini mempunyai banyak kemahuan tetapi mereka ini sebenarnya tidak mempunyai kudrat dan pengetahuan yang sepenuhnya dalam bidang ini. Mereka ini hanya dapat ‘hidup’ jika diberi tongkat oleh pihak kerajaan sahaja. Mereka ini sebenarnya adalah amat lemah dan rapuh. Syarikat yang mereka tubuhkan akan jatuh pada bila-bila masa sahaja jika tiadanya sokongan dari belakang oleh orang-orang tertentu dalam kerajaan atau pun daripada orang-orang politik.

Setelah lebih kurang enam tahun mencebur diri dalam bidang ini dalam banyak syarikat pembinaan di Negara ini saya telah dapat membuat satu kesimpulan tentang sikap para taukeh melayu jika dibandingkan dengan taukeh kapitan. Dibawah ini disenaraikan beberapa perkara (kelemahan) dan sikap yang membezakan diantara kontraktor melayu dengan kapitan dan kesan-kesannya:-

1) Kontraktor melayu banyak memperolehi projek dengan cara ‘direct nego’ dengan pihak kerajaan.

- Harga kontrak melampau berbanding harga yang sepatutnya.

- Taukeh melayu lain tidak mendapat peluang untuk bersaing dan meneruskan hidup.

- Meningkatnya kes-kes rasuah dan penyalahgunaan wang rakyat.

2) Kontraktor melayu mengguna-pakai orang politik tertentu bagi mendapatkan projek.

- Tiadanya daya saing

- Jatuhnya syarikat melayu itu bersama-sama jatuhnya karier orang politik itu.

- Rasa selamat yang melampau

- Tidak boleh berdiri diatas kaki sendiri

3) Kontraktor melayu hanya mementingkan wang masuk dari kontrak projek yang diperolehi dan bukannya menyiapkan kerja mengikut masa dan tempoh yang ditetapkan.

- Walau pun kemajuan kerja adalah sedikit tetapi tetap menetapkan tahap claim yang dikehendakinnya.

4) Kontraktor melayu tidak menguruskan dengan sepenuhnya projek yang diberikan.

- Ketiadaan kakitangan yang betul-betul faham akan tugasnya

- Ketiadaan kakitangan dan keperluan kakitangan yang secukupnya bagi satu-satu projek

- Ketiadaan peralatan dan jentera yang secukupnya.

- Ketiadaan modal yang secukupnya bagi menjalankan kerja.

5) Kontraktor melayu suka bermegah dan berbangga

- Membeli harta persendirian yang melampau-lampau biar pun untung rugi projek masih belum dapat diketahui.

6) Kontraktor melayu tidak berminat menolong melayu lain dalam satu-satu projek

- Sub-kontraktor yang dilantik kebanyakkan daripada golongan kapitan.

7) Kontraktor melayu banyak bermain politik daripada kerja.

- Bila pihak atasan suka bermain politik maka mereka yang berada dalam organisasi mereka juga akan bermain politik bodoh dan kotor sesame sendiri yang boleh memporak-perandakan kestabilan syarikat.

8) Kontraktor melayu tamak projek dan menyekat periuk nasi orang lain

- Di sana sini projek ingin dikaut olehnya tetapi kemampuannya dalam segala segi adalah lemah-selemahnya.

9) Kontraktor melayu menjual projek diperolehi kepada kontraktor kapitan.

- Katanya mampu untuk menjalankan projek itu tetapi hakikatnya, 100 peratus sub-kontraktor dan supplier adalah dari golongan kapitan.

- Kadang-kadang hanya nama sahaja kontraktor melayu tetapi hakikatnya projek tersebut telah ditolak kepada kontraktor kapitan.

10) Kontraktor melayu tidak percaya kepada kakitangan yang diambil bekerja dengannya.

- Kakitangan merasakan mereka akan dikenakan tindakan tatatertib dengan sewenang-wenangnya oleh pihak pengurusan dan demikian akan hilang rasa ‘secure’ dalam diri seseorang kakitangan untuk terus bekerja di syarikatnya.

11) Kontraktor melayu tidak suka orang menegur akan kesilapannya

12) Kontraktor melayu tidak suka menganggap kakitangannya sebagai asset syarikat.

13) Kontraktor melayu suka dibodek dan tidak suka menilai kakitangannya dengan kebolehan yang ada padanya.

- Mereka yang pandai bodek tapi tidak tahu bekerja akan diberikan banyak keistimewaan dalam syarikat.

- Mereka yang pandai bodek akan mendapat kenaikan gaji, kenaikan pangkat dan bonus yang tinggi dihujung tahun.

- Mereka yang pandai bodek walau pun tidak tahu kerja sebenarnya akan lebih beruntung daripada mereka yang benar-benar ingin bekerja dan memajukan diri dalam bidang ini.

- Mereka yang tidak pandai bodek akan disisihkan, diikat dan silap-silap dibuang kerja.

14) Kontraktor melayu menjadi lebih kedekut bila semakin banyak projek diperolehi.

- Bonus dan kenaikan gaji kakitangan disekat dan seterusnya boleh melemahkan semangat kakitangan untuk bekerja di syarikatnya.

15) Kontraktor melayu tidak peduli apa itu CIDB, EPF & SOKSO

16) Kontraktor melayu hanya suka berjanji

17) Kontraktor melayu suka melantik saudara mara, kawan-kawannya ke jawatan-jawatan penting walau pun mereka ini tidak mengerti apa pun mengenai kerja-kerja pembinaan.

- Sanak-saudara dan saudara-mara ini menyusahkan kerja-kerja yang dilakukan oleh golongan professional dalam syarikat.

18) Kontraktor melayu sendiri tidak faham apa itu kerja pembinaan

19) Kontraktor melayu banyak bercakap daripada bekerja

20) Kontraktor melayu tidak suka membayar gaji kakitangannya mengikut peringkat kelulusan, pengalaman dan kemampuannya.

21) Kontraktor melayu tidak suka berkongsi dengan kakitangannya.

22) Kontraktor melayu lambat dalam membuat keputusan dalam satu-satu hal.

Perbezaan amat jelas dalam segala segi jika dibandingkan diantara kontraktor melayu atau pun bumiputera berbanding dengan kontraktor kapitan. Perbezaan sikap dan cara perlaksanaan dalam satu-satu projek yang dijalankan telah menunjukkan akan kelemahan yang ada pada kontraktor melayu itu.

Kontraktor melayu atau bumiputera akan ketinggalan dalam segala segi jika kelemahan-kelemahan yang ada tidak diatasi dengan segera dalam menguruskan satu-satu projek yang dianugerahkan kepada mereka.

Kegagalan dalam mengurus dan melaksanakan projek dengan cara yang betul, cepat dan menepati masa akan memberi kesan yang teruk sama ada terhadap konraktor itu sendiri, pekerja, kerajaan dan juga rakyat jelata.

Selain itu, diharapkan pihak kerajaan dapat meneliti dengan lebih jelas dan lebih mendalam dalam menganurahi satu-satu tender projek kepada pihak kontraktor yang berselindungkan kepada kepentingan politik semata-mata agar ianya tidak menjejaskan kredibiliti pihak kerajaan itu sendiri dipandangan rakyat jelata.