Adakah ianya satu ujian atau bala? Ujian yang diturunkan oleh Allah swt kepada tok guru selaku seorang pemimpin? Atau pun satu BALA yang diturunkan olehNYA terhadap tok guru selaku pemimpin.
Bibit-bibit kerosakan dalam pentadbiran tok guru semakin terserlah dari masa ke semasa. Satu persatu isu ditimbulkan dan ianya mengenai sasarannya. Mula-mula tembak kaki..kena satu...selepas itu tembak tangan..kena..tembak punggung pun kena..kini, hanya tinggal dada dan kepala sahaja tidak ditembak.
Dengan keadaan tok guru yang semakin lemah kerana factor umur, saya percaya kekuatan serta keupayaan untuk tok guru mencari perintang dari asakan serta jalan keluarnya amatlah sukar sekali. Tok guru sudah tidak seperti dahulu. Tok guru semakin lemah..sudah sampai masanya......
Satu persatu panglima perang tok guru jatuh tersungkur serta mengalami cedera parah. Tersungkur bukan kerana peperangan dengan pihak lawan tetapi kerana permusuhan sesame sendiri.
Pertembungan dua pemikiran antara anak tok guru dengan kumpulan husam seupama yang menang menjadi abu dan kalah menjadi arang. Begitu juga antara menantu tok guru dengan kumpulan husam, perkara yang sama berlaku. Siapa yang menjadi mangsa?? Tok guru sendiri yang terpaksa terkial-kial mencari jalan penyelesaiannya.
Jika dahulu musuh tok guru adalah UMNO aka BN. Namun keadaan kini sudah berubah. Musuh tok guru sedang bertambah dan semakin membiak sama ada dalam parti atau pun di dalam pentadbiran negeri. Mereka ini sedang menunggu peluang terbaik untuk menjatuhkan tok guru. Kesempatan itu kini sedang diburu oleh mereka kerana mereka sedar bahawasanya tok guru semakin lemah dan sudah hampir ke penghujungnya.
Semuanya ini adalah kerana kuasa. Dengan kuasa, apa sahaja sudah terbayang di mata mereka.
Dengan jelas sekali di mata rakyat, kerosakan yang sedang berlaku kini bukanlah disebabkan oleh UMNO aka BN, tetapi ianya adalah kerana pergolakan dalaman kerajaan tok guru. Isu penajaan tok guru ke Mekah datangnya dari dalam parti sendiri. Ini telah menghakis sedikit sebanyak pandangan rakyat terhadap integrity tok guru.
Begitu juga dengan perlantikan menantu dalam kerajaan..semuanya memberi imej yang gelap terhadap apa yg tok guru persoalkan sebelum ini.
Jatuhnya TUN MAHATHIR kerana lama memerintah dan kehendak rakyat untuk mengubah pemimpin Negara..jatuhnya PAK LAH kerana menantu...kedua-dua perkara ini sudah ada pada tok guru. Menjadi Menteri Besar yang lama dan melantik menantu menjadi CEO. Tok guru..sudah sampai masanya....
Saya percaya, kegilaan yang sedang berlaku kini adalah disebabkan oleh kerakusan ‘mereka’ untuk ke puncak kuasa. Puncak kuasa yang akan ditinggalkan oleh tok guru tidak lama lagi. Perancangan demi perancangan sedang dilakukan oleh ‘mereka’ untuk menuju ke arah itu.
Pakcik : Rakyat Kelantan masih sayangkan tok guru dan meminta tok guru melepaskan jawatan agar tidak dibeban oleh UJIAN / BALA yang tidak sepatutnya tok guru hadapi di saat-saat ini dan rakyat juga masih memerlukan kehadiran tok guru bersama-sama sebagai TOK GURU sebenar dan bukannya sebagai Menteri Besar.
Jadilah seperti kedua-dua TUN kita yang melepaskan apa yang mereka ada demi kepentingan bersama. Namun, mereka terus dihormati sehingga kini.
TOK GURU – Sudah sampai masanya...
2 ulasan:
Salam..
Mungkin Tok Guru perlu berundur atas faktor umur tetapi percayalah ini bukan BALA dari Allah. Inilah ujian kepada seorang Ulama.
Lihat sahaja apabila dugaan datang kepada pemimpin-pemimpin lain, mereka berkata dengan angkuh. Tapi, Tok Guru mengaku beliau pening kepala dan risau. Itulah tanda seorang Ulama yang diuji Penciptanya.
Biar cacian dan makian dihamburkan kepadanya bertebaran melalui media arus perdana puluhan tahun, namun Tok Guru masih tetap Istiqamah. Kenapa ramai yang benci kepada Tok Guru? Adakah kerana ucapan2nya yang disalah tafsir? Semoga Allah mengembalikan kemulian kepada Tok Guru.
ulamak?
hahahahahahaaa
Catat Ulasan