BERITA HARIAN - 19hb. NOV 2009
GUA MUSANG: Kira-kira 80 penduduk sekitar Kampung Serian di sini, nekad membentuk perisai manusia dalam usaha mempertahankan tanah yang diteroka dengan getah dan dusun bagi menghalang pekerja syarikat perladangan yang mendapat konsesi kerajaan negeri daripada memasuki kawasan itu, pagi semalam.
Mereka bertahan selama tujuh jam sebelum bersurai apabila 50 anggota polis dikerah mengawal keadaan sebelum persetujuan dicapai supaya pekerja syarikat terbabit menangguhkan kerja mereka untuk sementara.
Sebelum itu, keadaan menjadi kelam kabut dan tegang dengan pertengkaran kecil yang menyaksikan seorang pekerja syarikat terbabit ditampar penduduk yang berang sebelum mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang, kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Pengerusi jawatankuasa bertindak penduduk kampung itu, Muhammad Rofi Ismail, berkata kawasan kebun getah dan dusun terbabit, membabitkan kawasan seluas kira-kira 192 hektar yang ditanam getah dan dusun buah-buahan oleh penduduk yang meneroka hampir 20 tahun lalu.
Beliau mendakwa, sejak awal tahun ini, sudah beratus hektar tanah penduduk di kawasan itu diambil balik kerajaan negeri untuk pembangunan ladang rakyat dan masih belum cukup lagi hingga cuba mengambil semua kawasan berkenaan.
"Keadaan ini membuatkan kami berang dan sepakat untuk berkumpul beramai-ramai mulai pagi ini (semalam) bagi menghalang sebarang kerja menebang getah dan dusun kami.
"Sebelum ini, kami boleh bersabar walaupun sudah banyak tanaman dimusnahkan syarikat berkenaan kerana menyedari tanah ini belum mendapat hak milik walaupun sudah membayar deposit bagi mendapat geran.
"Namun, apabila semua tanah kami hendak dirampas, maka kami bertekad untuk menghalangnya tanpa menghiraukan apa yang akan berlaku, selepas sekian lama bersusah payah membangunkan kawasan ini yang asalnya hutan," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Aziz Hassan, menasihatkan kedua-dua pihak berbincang secara baik bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
Beliau berkata, polis terpaksa mengambil langkah menyuraikan perhimpunan penduduk terbabit yang dianggap diadakan secara haram dan akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan seorang pekerja ditampar penduduk yang berang selepas berlaku pertengkaran.
PAKCIK : selepas ini rakyat sini akan menjadi kuli kepada ladang rakyat. inilah kehendak kerajaan yang melaungkan slogan MEMBANGUN BERSAMA ISLAM.
4 ulasan:
Salam ziarah, inilah yang dikatakan 'memangun bersama Islam' oleh kerajaan Kelantan, hak rakyat miskin dirampas begitu sahaja......
Kita masih tak tahu hal sebenar.
Jika benar, saya pun turut tak setuju.
Tetapi, jika anda hanya menyiarkan artikel sedemikian tetapi mengabaikan berita seperti robohnya rumah di terengganu, robohnya surau di selangor dulu dan berbagai lagi, ianya tidak adil.
Sepatutnya anda meneruskan istiqamah saudara membela rakyat dengan mempertahankan hak rakyat Kelantan ke atas royalti.
Tok Guru, teruskan membangun bersama Islam!!!
Saudara Fazli..
yg turun ramai2 tu adalah orang kampung saya..kawan2 saya yang hidup dgn hasil getah sahaja..
saudara mara dan adik beradik saya juga terlibat dengan masalah ini..kalau yg hidup makan gaji takpe..tp kalau yg hidup dgn menoreh getah dan kebun pula di tebang oleh orang..nak makan apa pula mereka tu..nak makan tanah ke?
berkenaan hal royalti..saudara boleh membaca tulisan saya sebelum ini...
pasal ladang rakyat ini dah lama saya tulis..tp xde sorang pun yg ambil tahu..terutamanya wakil rakyat yg menjadi wakil parti..
harap maklum...
Salam ziarah. Blog anda sgt menarik. Jemputlah dtg ke blog saya pula. Jom kita saling jadi follower? Buat MOU, OK? Thanks.
Zuki (zukidin.blogspot.com)
Catat Ulasan