Mana yang betul? Wakil rakyat atau wakil parti atau wakil kerajaan atau pun wakil diri sendiri? Jika di pihak kerajaan Barisan Nasional, slogan yang amat kena pada masanya adalah : 1Malaysia, RAKYAT DIDAHULUKAN dan Pencapaian Diutamakan. Manakala di pihak PAS pula slogan yang paling sempurna di abad ini adalah : Membangun bersama ISLAM.
Wa caya lu..kata budak-budak rock.
Namun demikian, adakah kedua-dua slogan itu memberi makna kepada rakyat marhean?? Tepuk dada tanya hati.
Wakil rakyat dilantik untuk mewakili suara rakyat dan mereka ini terdiri daripada kalangan ahli parti sama ada ianya dari pihak kerajaan pemerintah atau pun daripada pihak pembangkang. Siapa yang diberi mandat oleh rakyat semasa pilihanraya akan secara langsung menjadi wakil rakyat.
Jika diteliti pada scenario zaman serba moden tetapi tidak berapa canggih ini, mereka yang layak dipanggil wakil rakyat adalah sedikit jumlahnya berbanding dengan mereka yang dianugerahi dengan pangkat wakil parti atau pun wakil kerajaan.
Apa yang jelas sekali, bilangan mereka yang dinobatkan sebagai wakil parti adalah lebih ramai dan melebihi mereka yang benar-benar menjadi wakil rakyat atau pun wakil kerajaan.
Beberapa contoh terdekat Wakil RAKYAT yang dilantik oleh rakyat tapi menjadi wakil parti atau wakil kerajaan....
1. Rakyat di daerah Gua Musang kini sedang berperang dengan pihak Ladang rakyat yang dipelopori oleh kerajaan PAS. Tetapi wakil rakyatnya seperti YB Tg Razaleigh Hamzah selaku ketua bahagian masih menyepi diri. Begitu juga dengan YB-YB lain dari Barisan Nasional dan termasuk juga YB dari parti PAS. Gua Musang adalah dibawah naungan barisan nasional..tetapi apa yang pihak PAS lakukan terhadap rakyat tidak dipedulikannya.
Bagi pihak YB PAS pula, oleh kerana itu adalah keputusan kerajaan negeri Kelantan dibawah pimpinan Tok Guru maka wakil rakyat ini (kononnya wakil rakyat) telah mengambil sikap keputusan kerajaan no. 1 dan kehendak rakyat no. 2.
Pedulikan rakyat asalkan dia disukai oleh PAS. Parti PaS berkuasa...kita boleh lakukan apa sahaja asalkan rakyat menderita.
Apa yang parti lakukan haruslah dipuji dan dilaksanakan sepenuhnya.
2. Seorang wakil rakyat yang dijadikan wakil kerajaan telah mencadangkan kereta yang melebihi umur 15 tahun dikehendaki melakukan ujian di PUSPAKOM.
3. Juga seorang wakil rakyat yang menjadi wakil kerajaan telah mencadangkan charge RM50.00 kepada pemegang kad kredit utama dan RM25.00 kepada kad kredit supplementary.
4. Seorang wakil rakyat dari pakatan rakyat (wakil PAS) di Selangor diberi amaran oleh rakan separtinya yang juga wakil rakyat (tetapi wakil parti) kerana ingin melaksanakan apa yang diperjuangkan oleh partinya selama ini. Wakil parti telah mencadangkan beliau disingkirkan daripada jawatan yang dipegangnya di dalam parti.
Ada juga wakil rakyat yang diangkat oleh rakyat untuk mewakili mereka menghilangkan diri entah kemana. Tidak nampak lobang hidung disaat rakyat memerlukan pertolongan mereka. Wakil rakyat jenis ini tidak bernilai satu sen pun kepada rakyat jelata. Setiap hari makan sumpah oleh rakyat yang mengundinya semasa pilihanraya.
Apa yang paling hairan dari dahulu sehingga sekarang adalah..soal royalty petrolium dan pembangunan negeri Kelantan. Sebelum isu ini dibangkitkan oleh pihak PAS, boleh dikatakan YB-YB dari BN diam membisu. Tiada seorang pun mengeluarkan kenyataan berkenaannya. Tetapi YB-YB dari BN ini sentiasa mengutuk kerajaan PAS..katanya negeri Kelantan mundur di bawah PAS.
Jika dah tahu PAS tidak larat untuk membangunkan Kelantan, kenapa tidak meminta wang royalty tersebut untuk membangunkan Kelantan. Rakyat tidak mahu tahu jalan mana wang itu disalurkan..tetapi rakyat mahu tahu kemana wang tersebut digunakan. Rakyat tidak kira parti apa yang memerintah, janji boleh laksanakan tanggungjawab terhadap rakyat. tidak kira PAS atau UMNO.
Pernah dengar kata-kata rakyat Kelantan terhadap isu ini...selagi kerajaan pusat bermain ‘sembunyi-sembunyi’ dengan rakyat Kelantan, selagi itulah rakyat Kelantan akan terus membenci kerajaan pusat. Semakin kuat tekanan diberikan, maka semakin kuat penolakkan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional.
Walau apa pun, terima kasih kepada DS Najib kerana berterus terang dalam hal ini. Begitu juga dengan Tok Guru...yang lain saya tidak dapat menjamin kerana mereka ini sememangnya ‘ada udang di sebalik mi’.
Wakil rakyat-wakil rakyat yang tidak PROAKTIF dalam melaksanakan tanggungjawabnya terhadap rakyat adalah seorang yang tidak bertanggungjawab dan tidak beramanah. Mereka ini tidak layak dipanggil ‘wakil rakyat’ tetapi hanyalah wakil parti semata-mata dan tidak lebih dari itu.
Itulah namanya wakil parti.
Rakyat tidak mahu wakil rakyat mereka hanya menjadi wakil parti atau pak angguk sahaja. Angguk-angguk dan geleng-geleng bukan atas sebab kehendak rakyat tetapi atas kehendak parti. Orang seperti ini patut dibuang dalam tong sampah dan tidak layak untuk mewakili rakyat yang semakin terhimpit.
Ada orang kata, wakil rakyat yang ingin memperjuangkan nasib rakyat akan diketepikan oleh partinya. Wakil parti akan mengecapi segala kemudahan dan keselesaan berbanding dengan wakil rakyat.
0 ulasan:
Catat Ulasan