Isu lucu yang didendangkan sehari dua ini adalah berkaitan dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Isu Bai’ah akan jatuh talak tiga terhadap mana-mana ahli yang melompat parti. Ianya ibarat sudah menjadi lebih sudu dari kuah. Macam-macam hal.
Kepada ahli PAS,jika mati nanti anda tidak akan ditanya parti mana yang telah kamu ikuti semasa di dunia. Parti adalah hal keduniaan..namun apa yang penting adalah hubungan kamu dengan makhluk di muka bumi, hubungan kamu dengan Allah Swt, dan juga hati kamu ketika kamu hidup.
Nampaknya ketaksuban kamu sudah hampir mencecah kepada tahap terpesong jauh dari nilai sebenar agama islam. Apa kaitan rumah tangga kamu dengan parti-parti yang kamu anuti? Bagaimana pula dengan anak-anak kamu yang tidak mahu menyokong parti PAS?
Bagaimana pula dengan ibu bapa kamu yang tidak menyokong parti PAS? Bagaimana pula dengan adik beradik serta sanak saudara kamu yang tidak menyokong parti PAS?
Jika ikatan perkawinan boleh diputuskan dengan cara tersebut, bermakna kamu juga senang memutuskan silaturrahim antara ibu bapa, anak beranak, adik beradik serta saudara mara? Adakah kamu tidak akan memanggil mereka ayah, ibu, adik abang, kakak, pakcik, makcik dan sebagainya lagi jika sekiranya mereka tidak menyokong parti PAS??
Adakah itu sebenarnya islam yang di ajar oleh kamu?
Inilah kesannya jika terlalu taksub terhadap hal-hal dunia. Jika isu bai’ah ini benar-benar wujud dan terjadi, maka sudah sah kamu sedang menuju kehancuran.
Kehancuran yang telah dijanjikan oleh Allah swt di dalam Al-quran. Kehancuran kerana keegoan, ketaksuban serta kesesatan yang kamu lakukan sendiri terhadap parti serta diri kamu sendiri.
Hukum islam yang baik serta adil itu telah dicemari oleh kamu yang terlalu taksub dengan dakyah kepartian. Mengangkat darjat parti melebihi darjat ISLAM itu sendiri.
Kamu sudah terpesong dan kembalilah ke pangkal jalan. Kamu sedang mencemari nilai islam. lompat parti bukannya sama dengan tukar agama. Hukuman yang dikenakan telah melampaui hukuman dalam islam itu sendiri.
Kamu telah mangadakan satu lagi hukum yang tidak pernah junjungan nabi sebutkan. Kamu telah terpesong. Walhal telah disebutkan, perkara yang halal tetapi PALING dibenci oleh Allah Swt adalah penceraian. Adakah kamu orang-orang PAS memandang enteng akan perkara ini?
Sudah letih memikirkan isu ini...asalnya takde isu tetapi sudah menjadi isu. Membuka pekung diri sendiri. Walau pun Tuan Guru Hj Hadi sudah menafikan, namun masih kedengaran sok sek-sok sek dibelakang tabir akan kebenaran isu ini.
Telah ditakdirkan tuhan..walaupun rambut sama hitam, tetapi hati setiap seorang adalah berlainan sekali. Dimana mufti dan pakar agama? Kenapa tidak membuka mulut akan hal ini. Siapa ulamak terkenal...tidak kira dalam PAS itu sendiri atau pun yang tidak berkaitan dengan parti politik. Buatlah kenyataan agar kesucian agama islam yang kita anuti ini tidak dicemari oleh mereka yang ada akal tetapi tidak boleh dipakai..ada otak tetapi takde akal.
Wallahualam...
0 ulasan:
Catat Ulasan