Rabu, 3 Jun 2009

RUNTUH


Infrastruktur.

Buat rumah, runtuh. Buat sekolah, runtuh. Buat balai polis, runtuh. Buat jalan, runtuh. Buat jambatan, runtuh. Buat pasaraya, runtuh. Buat mahkamah, runtuh. Buat pejabat, runtuh. Buat stadium, runtuh.

Runtuh..runtuh..runtuh..ranap.

Runtuhnya tanpa gempa bumi. Runtuhnya tanpa gunung berapi. Runtuhnya tanpa angin puting beliung. Runtuhnya juga bukan kerana bom. Runtuh dan ranap sekaligus.

Bila runtuh ingat kontraktor. Bila runtuh ingat perunding (consultant). Bila runtuh ingat JKR. Bila runtuh ingat menteri. Bila runtuh ingat ahli politik. Bila runtuh ingat SPRM. Bila runtuh semuanya ikut runtuh.

Ikut mulut ke mulut..

Runtuh kerana campurtangan politik. Runtuh kerana rasuah. Kontraktor rasuah perunding. Kontraktor rasuah kontrkator. Kontraktor rasuah ahli politik. Kontraktor rasuah pegawai kerajaan. Kontraktor tidak tahu kerja.

Teknikal..

Runtuh kerana kegagalan rekabentuk (design). Runtuh kerana bahan digunakan. Runtuh kerana kelemahan manusia/pekerja.

YANG SEBENAR...

Siapa yang akan diruntuh dan diranapkan selepas ini.



0 ulasan: