Ahad, 28 Jun 2009

PAS dan TOK GURU NIK AZIZ – kegagalan 1



Semakin lama semakin menjadi-jadi. Itulah perupamaan yang boleh diberikan kepada Tuan Guru Nik Aziz. Percakapan beliau sejak kebelakangan ini seolah-olah tidak mencerminkan diri beliau yang sebenarnya. Ucapan-ucapan beliau seolah-olah sudah dipengaruhi oleh unsur-unsur yang tidak molek sama ada kepada dirinya sendiri atau pun kehendak masyarakat umum.

Beliau nampaknya sudah semakin menyimpang jauh daripada beliau sendiri.

Bagi saya, Tuan Guru Nik Aziz adalah bukannya seorang pengamal agama yang sebenar-benarnya. Beliau adalah seorang ahli politik yang mementingkan kemenangan partinya dalam mendapatkan kuasa pemerintahan.

Seperti kata-kata saya sebelum ini, saya lebih takut jika ahli agama mempergunakan agama untuk politik dan bukannya menggunakan politik untuk agama. Kerosakan kepada umat akan menjadi lebih hebat bila agama dipergunakan untuk kepentingan sesuatu.

Saya tidak perlu berceramah tentang hal ini kerana saya tahu, Tuan Guru Nik Aziz lebih arif tentang hal ini berbanding dengan saya.

Baru-baru ini saya melintasi kawasan Manek urai. Kawasan yang menjadi tumpuan kini kerana pilihanraya kecil akan diadakan di kawasan tersebut. Saya dapat melihat dengan mata sendiri poster-poster yang hanya menunjukkan gambar-gambar Tuan Guru Berdoa dipaparkan sepanjang jalan raya tersebut. Apa yang tok guru doakan tiada siapa yang tahu.

Tiada gambar orang lain sepanjang jalan tersebut. Hanya muka Tuan guru seorang sahaja dipaparkan. Begitu tingginya harapan diletakkan oleh perancang pilihanraya parti PAS terhadap tok guru.

Jangan pula kerana gambar tok guru itu menjuruskannya kepada kesesatan akidah oleh pengikut PAS. Pernah terdengar kenyataan dikeluarkan oleh salah seorang imam yang tidak beriman bahawasanya boleh pahala jika menatap gambar tok guru. Sesat lagi menyesatkan. Tidak pasal-pasal nanti parti PAS dicop sebagai sesat kerana boleh memesongkan akidah umat islam.

Siapa yang bertanggungjawab? Tok Guru lah yang kena menjawabnya. Jawab kepada Allah swt nanti. Si polan itu sesat akidahnya kerana tok guru.

Disalah satu poster tersebut ada baris perkataan yang mengambarkan doa beliau seperti berikut, SELAMATKANLAH KERAJAAN ISLAM. Kempen tersebut seolah-olah menggambarkan pihak PAS kini sedang berperang dengan pihak kafir. Kempen tersebut juga boleh dikatakan sebagai pengunaan AGAMA ISLAM sebagai bahan kempen.

Padahal PAS kini sudah bergabung dengan PKR dan DAP yang tidak tahu mana hala tuju mereka itu terhadap Negara ini.

Saya juga sempat singgah di salah satu kedai kopi di kawasan tersebut. Salah seorang penduduk sedang merungut-rungut tentang kedudukan PAS di waktu ini. Katanya; “ Gapo lah PAS lo nih, saing nga UMNO tokse tapi gi sain nga puok DAP pulok tu takpo. DAP tu puok komunis”.

Saya tanya lagi, “agok-agok pokcik, BN ko PAS mene ngundi kali ni?”. Katanya, “dulu-dulu kito wi mene ko UMNO, pah tu kita wi ko PAS, tapi kali ni kito raso kito wi ko UMNO pulak. Gilir-gilir lah”.

Tanya saya lagi. “Bakpo lagu tu pulok pokcik?”. Katanya, “PAS lo ni koho berat. Habis tanoh-tanoh ore kampong dio nok amik wat lade (lading) rakyat. Amik saline I/C ore kapong nga sain (tandatangan) sekali katanya nok wi tanoh, tapi wat modal untuk nipu. Puok-puok dio gi royat ko Tok Guru Nik Aziz ore kapong stuju doh nok wat lade rakyat. semuo pakat sain doh. Padahal puok-puok dio wi ko tokey-tokey cino untuk buko lade. Cino buleh 2,000 ekar tanoh tapi kito ore kapong buleh RM200 jah sebule. RM200 tu mace gaji mandul jah. Gapo dio lagu tu..”

jika UMNO berjanji untuk berikan pelbagai kemudahan kepada penduduk di situ, Tuan Guru sepatutnya melepaskan sahaja kawasan Manek Urai. Tidak payahlah bertanding di kawasan tersebut. Berilah peluang kepada UMNO menambah atau pun memperbaiki kemudahan infrastruktur asas kepada rakyat dikawasan tersebut. Sanggupkah Tuan guru melihat rakyat di situ hidup dalam kesusahan. Jika UMNO menang sekali pun, ianya tidak akan mengubah kedudukan Tuan Guru selaku Menteri Besar Kelantan. PAS akan tetap memerintah Kelantan.

Manek Urai tidak sama dengan Pengkalan Pasir. Manek Urai adalah satu kawasan pendalaman yang memerlukan perhatian lebih dari segi pembangunan. Pengkalan Pasir boleh dikatakan mempunyai segala-galanya.

Sudah lebih 20 tahun PAS memerintah Kelantan. Apa yang parti PAS berikan kepada rakyat Kelantan? Hanya retorik politik sahaja. Padahal rakyat di sebelah hulu masih hidup dalam serba kekurangan.

Kalau setakat bina pusat-pusat beli belah di Kelantan, itu bukannya dikategorikan sebagai kemudahan kepada rakyat. rakyat mahukan jalan, bekalan elektrik, bekalan air, telefon, sekolah, masjid dan sebagainya lagi.

PAS telah gagal dan masih lagi gagal dalam menjalankan tanggungjawabnya terhadap rakyat.

Tok Guru sudah pun terpesong. Dahulu hormat yang tinggi kepada Tok Guru tetapi kini semakin menipis pula rasanya.

kata orang-orang tua, perwatakan seseorang itu banyak dipengaruhi oleh orang disekelilingnya terutamanya sahabat-sahabatnya. Siapa sahabat tok guru sekarang?

1. Lim Kit Siam – seorang yang menentang penubuhan Negara islam dan menidakkan kepentingan orang melayu.

2. Anwar Ibrahim – seorang yang dibuang dari UMNO kerana kesalahan moral. Perwatakan yang sangsi atau terpesong daripada nilai-nilai agama.

Tindakan tok guru mempersoalkan penubuhan kerajaan perpaduan amat menyedihkan sekali. Jelas menunjukkan tok guru hanya mementingkan parti sahaja berbanding kepentingan umum.

Tindakan tok guru memalu dan memperbodohkan Ustaz Nasarudin amat menyedihkan. Teguran tok guru terhadap beliau tidak melambangkan sikap seorang pemimpin yang sebenarnya.

Tok guru juga telah membelakangkan presiden parti yang dipilih secara mesyuarah adalah dilihat sebagai satu cara yang tidak beretika dalam satu-satu organisasi dan juga ianya tidak islamik.

Baru-baru ini tok guru telah menghina UMNO dengan perupamaan seperti komunis dan chin peng. Padahal siapa yang beria-iya hendak membawa balik chin peng ke Negara ini semula. Bukankah sahabat tok guru yang bernama Anwar Ibrahim dan ianya disokong oleh tok guru. Siapa yang lebih komunis dan chin peng yang sebenarnya.

Setahu saya, UMNO terang-terangan menolak idea membawa balik chin peng ke Negara ini. Itu menunjukkan UMNO tidak selari dengan apa yang didakwa oleh tok guru itu.

Begitu juga dengan tok guru Haji Hadi. Kaset-kaset lama hendak dimainkan semula.

Katanya UMNO menentang penubuhan serta perlaksanaan pemerintahan islam di Negara ini. Tetapi jika dilihat pada perlembagaan Negara, UMNO masih mempertahankan kedudukan islam sebagai agama rasmi Negara. Jika dilihat sebelah parti PAS pula, tok guru begitu mesra dengan ustaz lim kit siam yang terang-terangan menentang penubuhan Negara islam. jadi siapa yang bercakap berbelit-belit sekarang.

Isu kapir mengkafir sesame umat islam tidak payah disebut-sebut lagi oleh tok guru. Rakyat sudah boleh menilai siapa yang betul dan siapa yang salah. Rakyat sudah membuka mata siapa sebenarnya parti PAS itu.

Tok Guru dan parti PAS kini sudah dipandang serong oleh rakyat. kewibawaan Parti PaS untuk memerintah amat disangsikan sekali. Pergabungan dengan DAP dan PKR amat mengelirukan sekali. Pergabungan tersebut boleh diupamakan sebagai nikah kontrak. Bila-bila masa sahaja boleh berpecah. Esok, lusa, tulat, tulen....minggu depan? Tahun depan?

Jika ‘Pakatan Rakyat’ menang sekali pun, apa yang PAS dapat? Menang sorak kampong tergadai? Seperti yang terjadi di perak, sehingga ke hari ini kucar-kacir politik tidak dapat diselesaikan. Padahal masa terus berlalu, tetapi apa pun tidak dapat dilakukan untuk rakyat. sampah semuanya.

PKR dan DAP boleh habuan yang besar tetapi PAS akan mendapat sampah.

Tidakan presiden PAS Tuan Guru Hj Hadi mengucapkan kerajaan campuran benar-benar menjadi tanda-tanya. Beliau seolah-olah tidak bertanggungjawab terhadap apa yang diperkatakannya. Adakah itu sikap sebenar pemimpin PAS? Cakap dulu..tunggu respond dan baru fikir. Ada ke pemimpin macam tu?

Kemana menghilangnya prinsip-prinsip PAS selama ini. Penubuhan Negara islam. Tolak UMNO kerana berkawan dengan kapir. Kami mahu undang-undang hudud. Adakah semuanya telah menjadi sampah dan telah dimasukkan ke dalam tong sampah.

PAS boleh diupamakan sebagai sebuah motorsikal yang mempunyai kapasiti enjin berkelajuan 70km/j. kalau modify sikit bolehlah pergi ke 80km/j. Walaupun trotter dipulas sehingga habis sekalipun, kelajuannya adalah takat itu sahaja malahan silap-silap boleh pecah enjin.

PAS adalah ideology politik semata-mata dan tiada bezanya dengan parti-parti politik lain yang ada di muka bumi ini. Tidak lebih dan tidak kurang.




0 ulasan: