Isnin, 8 Jun 2009

KERAJAAN PERPADUAN - ???


Kerajaan perpaduan. Itulah hasrat kedua-dua pemimpin besar parti politik UMNO dan PAS. Gabungan yang akan menyatukan bangsa melayu. Bangsa melayu yang sedang hanyut dan bagaikan retak menunggu belah.

Melihat ucapan yang keluar dari mulut Tuan Guru Hj Abdul Hadi selaku presiden PAS. Sebak rasanya kerana terbayang dalam fikiran bahawasanya orang melayu akan bersatu dan membentuk pakatan bersama demi kebaikan umat melayu.

Katanya. “ Pembentukan kerajaan pakatan adalah selaras dengan tuntutan islam yang mementingkan perpaduan sesame umat”.

Namun lain pula dengan Naib Presidennya, Datuk Husam Musa yang bertegas tidak akan bersatu dengan UMNO. Memetik kata-kata Husam. “ kita bersatu dengan Datuk Seri Anwar kerana mempunyai matlamat yang sama iaitu menjatuhkan UMNO”.

Jika dibandingkan dengan Tuan Guru Hj Hadi, siapalah Husam untuk menyanggah cadangan tersebut. Tuan guru bercakap dengan mengambil kira prinsip agama dan kepentingan sejagat. Manakala Husam bercakap di atas matlamatnya semata-mata.

Sebagai rakyat jelata, saya tidak melihat gabungan ini akan menguntungkan mana-mana parti politik. Tetapi ianya akan menguntungkan nasib rakyat jelata.

Jika kita melihat kepada negeri Kelantan, negeri yang dikuasai oleh Parti pAS. Dari segi fakta, saya tidak nafikan kerajaan Kelantan telah GAGAL dalam menyediakan kemudahan-kemudahan tertentu kepada rakyatnya.

Seperti kata-kata Datuk Paduka Ibrahim Ali. “ setelah 20 tahun kerajaan PAS memerintah Kelantan, kerajaan negeri sepatutnya sudah dapat menjana pendapatan negeri sebanyak RM 1 Bilion, tetapi kini hanyalah sebanyak RM 300 juta sahaja setahun”.

Saya juga bersetuju jika satu kajian dijalankan oleh pihak-pihak tertentu tentang perkembangan yang telah dialami oleh rakyat dan negeri Kelantan sejak PAS memerintah . kajian menyeluruh terhadap ekonomi, social, agama, budaya dan sebagainya. kajian juga seharusnya menunjukkan apa yang akan dihadapi oleh rakyat atau pun negeri untuk tempoh setiap 10 tahun akan datang. Adakah ianya akan menjurus kearah menokok atau pun menurun.

Sekiranya kajian itu menunjukkan bahawasanya kerajaan PAS sememangnya telah menjalankan amanahnya kepada negeri atau pun rakyat, maka kita janganlah teragak-agak untuk terus memberi sokongan kepadanya dan jika sebaliknya, pembaharuan seharusnya dilakukan oleh rakyat Kelantan dan juga terhadap parti PAS itu sendiri.

Datuk husam seharusnya belajar daripada kesilapan yang dilakukan oleh Anwar ketika di dalam UMNO. Kegagalan terbesar anwar adalah, beliau telah gagal membuktikan bahawasanya beliau adalah pemimpin. Sekiranya beliau berjaya, sudah tentu Tun Dr Mahathir akan menyerahkan jawatan PM itu kepadanya. Tiada siapa yang akan menyanggah jika beliau benar-benar layak untuk memperolehinya.

Bagi menyahut kata-kata Datuk Ibrahim, “ jika kerajaan pusat menghalang proses pembangunan yang diusahakan oleh kerajaan negeri, beliau sendiri yang akan memberi tekanan kepada kerajaan pusat”.

Saya pula akan kata begini; “ jika betul kerajaan pusat tidak mahu memberi kerjasama atau sokongan terhadap usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan negeri untuk negeri Kelantan, saya akan mendaftar sebagai ahli Pas dan akan mengajak sanak-saudara yang lain untuk sama-sama berjuang untuk PAS”. Saya tidak akan berkompromi dengan mana-mana parti yang melakukan ketidak-adilan terhadap apa pun.


Harapan yang tinggi diletakkan sekiranya terjadinya kerajaan campuran terutamanya terhadap negeri Kelantan. Gabungan kedua-dua parti akan menjadi pelengkap diantara satu sama lain. Apa-apa perancangan yang tidak dapat dilaksanakan oleh kerajaan negeri akan dapat dilakukan dengan adanya sokongan oleh kerajaan pusat. Penjanaan ekonomi akan menjadi lebih pesat dan lebih agresif dengan bercantumnya dua akal fikiran.

Dikesempatan itu juga, kerajaan PAS dapatlah berkongsi pengalaman dengan UMNO dalam selok-belok mentadbir Negara dan ini akan menjadi satu stepping-stone kepada PAS sekiranya UMNO gugur ditengah jalan.

Sebagai rakyat, saya masih lagi ragu-ragu terhadap keupayaan parti PAS dalam mentadbir Negara ini. Jika di negeri Kelantan mereka telah dikatakan gagal, baagaimana pula untuk memerintah Negara.

Saya tidak menolak dan menerima PAS 100%. Begitu juga UMNO. Namun hakikatnya kini, saya masih melihat PAS adalah satu parti pembangkang. Masih tiada usaha bersungguh-sungguh dilakukan untuk PAS menyediakan diri untuk menjadi pemerintah. Tiada siapa yang boleh menjangka apa akan terjadi dalam masa 10 tahun akan datang. Jika mempunyai peluang, adakah Parti sudah bersedia untuk menjadi pemerintah.

Jika Husam katakan UMNO telah mempergunakan PAS suatu tika dahulu. Maka tidak salah jika kita katakana PAS telah mempergunakan agama di suatu tika dahulu. Kita masih dapat melihat kesan yang telah terjadi terhadap umat melayu sehingga kini.

Pernah saya singgah untuk sembahyang jemaah di masjid di satu kampong di negeri Kelantan. Sedih bila melihat hanya ada dua tiga orang sahaja yang berjemaah. Bila saya mengajukan pertanyaan kenapa ianya terjadi sedemikian walhal bilangan penduduk di kampong tersebut adalah ramai.

mereka menjawab kerana ianya disebabkan oleh krisis antara UMNO dan PAS di suatu tika dahulu ( sekitar tahun 80an ). Ramai dikalangan orang UMNO tidak tahan mendengar khatib atau imam ( penyokong PAS ) membawakan isu-isu politik di dalam masjid disuatu ketika dahulu.

Penyokong UMNO bertindak memulaukan iman tersebut. Keadaan tersebut berterusan sehingga kini dan akibatnya, tinggallah seorang dua yang bersembahyang
berjemaah di dalam masjid tersebut. ianya seperti trauma terhadap pemikiran seseorang itu.

Saya bukan bercakap diatas tiket UMNO. Tetapi saya bercakap di atas tiket perpaduan umat melayu terutamanya yang beragama islam. Kerana kesilapan mulut yang dikeluarkan oleh pemimpin melayu sendiri, kesannya terpaksa ditanggung oleh bangsa dan agama untuk berzaman lamanya.

Cita-cita Husam adalah untuk menjatuhkan UMNO manakala cita-cita Tuan guru Hj Hadi adalah untuk penyatuan umat. Mana yang lebih penting?

FIKIRLAH SENDIRI.







0 ulasan: