Selasa, 23 Jun 2009

Cadangan Kerajaan Perpaduan – Agenda besar disebaliknya.


Kedua-dua pihak yang mengajak dan diajak telah pun menyatakan pendirian masing-masing berkenaan kerajaan perpaduan. Pihak yang mengajak telah manyatakan ianya diajak tetapi menolaknya manakala yang diajak pula menyatakannya mereka masih kuat dan boleh berdiri dengan kaki sendiri.

Bila fikir-fikir balik, haru biru jadinya. Cakap yang berbelit-belit dan berputar-putar lebih hebat daripada tangkal jering. Mengalahkan paria. Itulah apa yang boleh diperkatakan dengan cadangan (kononya) penubuhan kerajaan perpaduan.

Ucapan yang diucapkan oleh Tuan Guru Haji Hadi semasa Muktamar PAS baru-baru ini sesungguhnya boleh dilihat bagi yang ada mata, boleh didengar bagi yang ada telinga dan difikir bagi yang mempunyai otak.

Mungkin ada yang menyatakan bahawa ucapan tersebut sia-sia dan tidak patut ditengok, dilihat dan difikirkan oleh semua orang. Membuang masa dan wang ringgit sahaja.

Mungkin juga ada yang menyatakan begini,; Kerajaan perpaduan kononnya tetapi sebenarnya adalah SAMPAH dan tidak bernilai satu sen pun.

Ada yang menerimanya dengan hati terbuka dan ada juga yang seperti disebutkan tadi.
Jika dilihat secara positifnya, isu ini memberi banyak maknanya terhadap perkembangan politik Negara dimasa kini.

Terima kasih PAKCIK ucapkan kepada Datuk Seri Hj Hadi Awang selaku Presiden PAS yang MENCETUSKAN idea ini dan juga kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak selaku Presiden UMNO yang telah MENYAMBUT cetusan tersebut.

Kenapa saya berkata demikian?

1. Ianya telah meredakan sedikit sebanyak suara-suara sumbang daripada bangsa lain tentang kepentingan bangsa melayu. Mereka (bangsa lain), tahu sekiranya idea tersebut benar-benar dilaksanakan ( percantuman antara UMNO dan PAS ), kedudukan politik perkauman mereka akan goyang. Bangsa melayu akan tetap memegang majority dalam Parlimen.

2. Isu ini juga telah memberi peringatan secara tidak langsung kepada bangsa lain agar jangan mempermainkan lagi lagu-lagu lama tentang kepentingan bangsa melayu.


3. Isu ini juga dapat memberi gambaran kepada kita bahawasanya, walau pun tidak sehaluan dari segi ideology namun pemimpin melayu boleh duduk semeja dan berbincang tentang perpaduan melayu sekiranya keadaan memerlukan.

4. Walaupun caranya agak memualkan, tetapi matlamat utama atau MESEJ yang hendak disampaikan itu mengenai sasarannya.

Saya percaya, tidak kira siapa atau apa pun pemimpin itu, jika darah melayu masih mengalir dalam jasadnya, maka masih ada ruang di sudut hati kecil mereka terhadap nasib anak bangsa dan tanah tumpahnya.

0 ulasan: