Rabu, 29 April 2009

pemimpin PILIH RAKYAT DAN RAKYAT PILIH pemimpin

PRU-13 semakin hampir dan hampir kepada kita. Namun demikian, adakah parti UMNO sudah bersedia untuk menghadapinya. Seperti biasa, jika persoalan itu diajukan kepada orang UMNO, mereka akan menjawapnya seperti berikut ;

“ kita dan anggota kita memang sudah bersedia untuk bertanding pada bila-bila masa sahaja. Kita juga yakin kita akan menang pada pilihanraya kali ini”. Wah!! Betapa gahnya jawapan yang diberikan. Tetapi pada hakikatnya, keputusan pilihanraya menunjukkan UMNO/BN semakin tercorot dan ditolak oleh rakyat.

Kenapa UMNO semakin ditolak oleh rakyat? Mungkin banyak jawapan yang boleh diberikan oleh semua orang. Namun, adakah jawapan itu mengenai sasarannya? Atau ia sekadar jawapan yang hanya dicipta untuk menyedapkan hati sahaja?

Walau pun tidak menyertai mana-mana parti politik, namun saya masih mengikuti sedikit sebanyak perkembangan politik Negara. Banyak peristiwa-peristiwa politik yang berlaku dan ianya telah membolehkan saya membuat satu kesimpulan akannya. Kesimpulan secara peribadi yang mungkin berbeza atau pun ada persamaan daripada pandangan orang lain.

Soalannya amat mudah. Adakah UMNO/BN boleh menang PRU-13 nanti? Soalan yang mudah tetapi adalah amat susah untuk mencari jalan akan jawapannya . Pengorbanan terpaksa dilakukan.

KES 1.

Jika kita ingat kembali peristiwa kejatuhan UMNO di Terengganu. Kejatuhan UMNO pada waktu itu amat teruk sekali. Rakyat Terengganu sama sekali menolak UMNO secara mentah-mentah tanpa pertimbangan dan budi bicara. Pada masa dan tika itu, kemarahan rakyat Terengganu kepada kerajaan UMNO/BN amat mendalam sekali. Peluang pilihanraya umum digunakan sepenuhnya bagi menjatuhkan kerajaan UMNO/BN. Kejatuhan UMNO telah membolehkan PAS memerintah negeri tersebut selama sepenggal.

Namun demikian, timbul pula manusia yang bernama En. Idris Jusoh. Tiba-tiba timbul dan bergerak perlahan-lahan ke segenap ceruk negeri Terengganu. Kemesraan En. Idris dengan rakyat semakin hari semakin ketara. Sebut Idris Jusoh, maka rakyat ingat akan apa yang beliau lakukan. Persepsi buruk rakyat kepada UMNO/BN semakin hari semakin hilang. Ada En. Idris Jusoh, maka adanya tangan yang menghulur dan membelai hati rakyat jelata.

Apa yang menarik tentang beliau adalah, beliau tidak sekali-kali menonjolkan dirinya kepada orang luar. Perwatakan beliau adalah sederhana. Apa yang dicakapkan adalah apa yang beliau ‘SEDANG’ lakukan. Pada tika itu, tiada siapa pun menyangka beliau akan menjadi menteri besar negeri tersebut.

Oleh kerana apa yang dibawa oleh En. Idris itu SELARI dengan jiwa rakyat jelata, maka kerajaan yang mereka tumbangkan itu DIBERI mandate semula untuk memerintah Terengganu. Keadaan menjadi seperti mana rakyat menjatuhkan kerajaan UMNO/BN. Kerajaan PAS ditumbangkan sepertimana kerajaan UMNO/BN ditumpaskan.

Tidak habis disitu sahaja. Setelah dilantik sebagai menteri besar, manusia yang bernama En. Idris Jusoh itu telah mula melakukan perubahan fizikal terhadap negeri Terengganu. Pemodenan Terengganu semakin menjadi-jadi dibawah pentdbiran beliau. Pemikiran beliau hampir menyamai pemikiran TUN DR MAHATHIR. Rakyat Terengganu sendiri dapat menikmati apa yang beliau lakukan.

Semasa PRU-12 baru-baru ini, rakyat sekali lagi memberi peluang kepada En. Idris Jusoh mentadbir negeri Terengganu. Namun demikian, langit tidak selalu terang. Bilamana 'REBUT' taufan melanda, En. Idris terpaksa diundurkan bagi memberi peluang kepada muka baru. UMNO/BN Terengganu bergolak dan bergolak.

Tup..tup berlaku pula pilihanraya kecil Kuala Terengganu. Pihak UMNO/BN dibawah pimpinan nahkoda yang baru. Tetapi UMNO mendapat tamparan hebat. UMNO dikalahkan dalam gelanggang sendiri. Ketiadaan pemimpin disegani, dihormati dan berkarisma seperti DATO' IDRIS JUSOH tetap membuatkan UMNO Terengganu tidak stabil sehingga ke hari.

jangan terkejut jika rakyat menjadi bosan dan menyerah kembali pentadbiran negeri kepada pihak PAS pada PRU-13 nanti.

KES 2

Saya masih ingat lagi akan apa yang telah berlaku kepada kerajaan UMNO/BN Kelantan. Pada ketika itu, pergaduhan UMNO LAMA dan UMNO BARU sedang berlaku. Pengikut UMNO pada ketika itu amat keliru. Berlaku tuduh menuduh sesame mereka.

Dikesempatan itu, gelombang Parti PAS amat kuat dirasai. Perpecahan dalaman UMNO telah membolehkan PAS mengambil peluang keatasnya. Perpecahan itu juga telah menyebabkan UMNO kehilangan penyokong. Penyokongnya lari kepada Parti Semangat 46, setengahnya lari kepada PAS dan sesetengahnya berada di atas pagar. Perpecahan ini telah menguatkan lagi PArti PAS.

Kejatuhan kerajaan UMNO/BN Kelantan kepada PAS telah menyebabkan kerajaan negeri ditadbir oleh PARTI PAS sehingga ke hari ini.

Di sini saya tetap memberi tabik kepada Parti PAS kerana sehingga ke hari ini, kerajaannya masih lagi teguh di Kelantan. Rakyat tetap memberi mandate kepadanya untuk memerintah. Apakah ramuan yang digunakannya.

Walau apa pun senjata yang digunakan oleh pihak UMNO/BN, kerajaan PAS Kelantan dibawah pimpinan TUAN GURU NIK AZIZ tetap diberi mandate oleh rakyat jelata. Adakah UMNO/BN perlu mengkaji lagi jenis senjata yang perlu digunakan.

Rakyat Kelantan tahu, kerajaan PAS tidak mampu untuk melakukan pembangunan sepertimana kerajaan UMNO/BN lakukan. Namun, hati mereka tetap memangkah PAS semasa PRU. Mereka masih mahukan kerajaan negeri ditadbir oleh pemimpin PAS. Mereka menerima Tuan Guru NIK AZIZ NIK MAT dengan seadanya. Walau apa pun orang luar katakan, mereka tetap dengan pendirian tersebut.

Sudah beberapa kali bertemu dengan Tuan Guru Nik Aziz. Kehadiran Tuan Guru NIK AZIZ di masjid-masjid diseluruh Kelantan telah membolehkan rakyat melihat dari dekat perwatakan Tuan Guru NIK AZIZ. Beliau membaca khutbah dan kadang kala ‘mengajar’ ( istilah orang Kelantan ) di masjid-masid tertentu yang dihadirinya. Beliau datang sebagai TOK GURU dan bukannya sebagai ahli politik atau pun sebagai menteri Besar. Begitu juga di majlis-majlis yang rasmi atau pun tidak rasmi. Perwatakan beliau amat disenangi oleh rakyat jelata.

Tidak kira mereka itu orang parti PAS atau pun dari parti UMNO. Walau pun berlainan ideology politik, rakyat Kelantan amat menghormati Tuan Guru NIK AZIZ.

KESIMPULAN.

Kedua-dua kes yang saya sebutkan tadi ada persamaannya. Persamaan yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa sahaja. Mereka berdua adalah :-

PEMIMPIN YANG BERJIWA RAKYAT!

PEMIMPIN YANG SENTIASA DEKAT DENGAN RAKYAT!

PEMIMPIN YANG DISEGANI OLEH RAKYAT!

PEMIMPIN YANG TIDAK MEMILIH BULU!

PEMIMPIN YANG BERKARISMA!

APA YANG PENTING – MEREKA ADALAH PEMIMPIN YANG DISUKAI OLEH RAKYAT MASING-MASING!

Rakyat hanya akan memilih SIAPA mereka , apa yang TELAH mereka lakukan, apa yang SEDANG dilakukan dan apa yang AKAN mereka lakukan.

Untuk pengetahuan semua, terutamanya bagi mereka yang berada di luar Kelantan, hanya TIGA (3) orang sahaja pemimpin politik yang AMAT DISEGANI oleh rakyat Kelantan.

Nama-nama mereka ini sentiasa meniti dibibir rakyat Kelantan. Ketiga-tiga mereka ini adalah HARAPAN dan KEBANGGAAN rakyat negeri Kelantan. Mereka adalah :-

YB TUAN GURU DATUK NIK AZIZ NIK MAT.

YM TENGKU RAZALEIGH HAMZAH.

YB DATO’ MUSTAPHA MOHAMAD.

Sesungguhnya mereka bertiga ini mempunyai AURA yang HAMPIR sama yang boleh memikat hati rakyat jelata terutamanya rakyat Kelantan.



0 ulasan: