Isnin, 13 April 2009

MELAYU BERPECAH – BUKAN MELAYU BERSATU 2


Sudah ditakdirkan melayu akan berpecah-belah kepada beberapa sub-bangsa dan juga kepada beberapa sub-agama. Perpecahan yang tiada kesudahan telah menampakkan hasilnya dan saya percaya ianya akan lebih parah dalam suatu masa nanti.

Perpecahan melayu berpunca daripada kemahuan untuk mendapatkan KUASA MEMERINTAH NEGARA sendiri.

Perpecahan melayu telah menyatukan kaum bukan melayu. Mereka telah menunjukkan sifat sebenar mereka terhadap kaum melayu. Sifir mereka mudah sahaja – Jika kamu lemah, maka kami akan memijak kepala kamu.

Begitulah keadaannya.

Di mana silapnya? Silapnya adalah datangnya daripada UMNO sendiri, daripada PAS sendiri dan juga silapnya datangnya daripada PKR sendiri. Padahal kesemua parti-parti tersebut adalah diketuai oleh bangsa melayu yang beragama islam.

Kerakusan mereka untuk mendapatkan kuasa memerintah telah memecahbelahkan bangsa dan agama mereka sendiri.

Senario politik sudah berubah. Kuasa minoriti semakin kuat dan kadang-kadang menidakkan suara majoriti. Kenapa ini terjadi? Kerana suara kita telah tidak senada dan seirama seperti dahulu. Si Luncai bercakap pasal lembu, si labu bercakap pasal kambing manakala si labi bercakap pasal kerbau. Semuanya tidak sama.

Jika ditoleh kembali sejarah kegemilangan UMNO disuatu tika dahulu iaitu ketika UMNO dipertahankan oleh orang melayu, amat sedikit suara lain yang kedengaran. Suara bangsa melayu pada ketika itu telah melenyapkan suara-suara yang lain.

Kini, keadaannya telah berubah. Demi mendapatkan sokongan, mereka terpaksa MERAIH SIMPATI mendapatkan sokongan kaum lain. Pada fikiran mereka, kaum lain dapat merealisasikan impian mereka.

Namun mereka telah lupa bahawasanya, kaum melayu adalah majoriti dalam negara ini.

Jika UMNO ingin terus bertahan, mereka seharusnya mencari jalan yang TEPAT dalam menarik semula bibit cinta bangsa melayu kepadanya. Sokongan orang melayu terhadap mana-mana parti politik akan membolehkannya berdiri tegap dan kukuh selamanya.

Jika satu-satu parti itu disokong oleh orang melayu, maka dengan sendirinya kaum lain akan mengikutinya dari belakang. Kekuatan satu-satu parti melayu itu adalah kunci kepada segala-galanya. Tidak kira UMNO, PAS atau pun PKR. Berilah tumpuan kepada orang melayu.

Pedulikan kaum lain, jagalah bangsa melayu. Ianya patut dijadikan TERAS perjuangan sesebuah parti.

Saya percaya, orang melayu kini masih tercari-cari siapakah dan parti manakah yang sebenarnya memperjuangkan nasib mereka.

Sesungguhnya jika orang melayu itu kuat dan bersatu, maka mereka (kaum lain) dengan sendirinya akan mengenali siapa mereka yang sebenarnya.

Malang sungguh bangsa melayu. Semakin hari semakin layu.


0 ulasan: