Ahad, 29 November 2009

TOK GURU – Sudah sampai masanya...



Adakah ianya satu ujian atau bala? Ujian yang diturunkan oleh Allah swt kepada tok guru selaku seorang pemimpin? Atau pun satu BALA yang diturunkan olehNYA terhadap tok guru selaku pemimpin.

Bibit-bibit kerosakan dalam pentadbiran tok guru semakin terserlah dari masa ke semasa. Satu persatu isu ditimbulkan dan ianya mengenai sasarannya. Mula-mula tembak kaki..kena satu...selepas itu tembak tangan..kena..tembak punggung pun kena..kini, hanya tinggal dada dan kepala sahaja tidak ditembak.

Dengan keadaan tok guru yang semakin lemah kerana factor umur, saya percaya kekuatan serta keupayaan untuk tok guru mencari perintang dari asakan serta jalan keluarnya amatlah sukar sekali. Tok guru sudah tidak seperti dahulu. Tok guru semakin lemah..sudah sampai masanya......

Satu persatu panglima perang tok guru jatuh tersungkur serta mengalami cedera parah. Tersungkur bukan kerana peperangan dengan pihak lawan tetapi kerana permusuhan sesame sendiri.

Pertembungan dua pemikiran antara anak tok guru dengan kumpulan husam seupama yang menang menjadi abu dan kalah menjadi arang. Begitu juga antara menantu tok guru dengan kumpulan husam, perkara yang sama berlaku. Siapa yang menjadi mangsa?? Tok guru sendiri yang terpaksa terkial-kial mencari jalan penyelesaiannya.

Jika dahulu musuh tok guru adalah UMNO aka BN. Namun keadaan kini sudah berubah. Musuh tok guru sedang bertambah dan semakin membiak sama ada dalam parti atau pun di dalam pentadbiran negeri. Mereka ini sedang menunggu peluang terbaik untuk menjatuhkan tok guru. Kesempatan itu kini sedang diburu oleh mereka kerana mereka sedar bahawasanya tok guru semakin lemah dan sudah hampir ke penghujungnya.

Semuanya ini adalah kerana kuasa. Dengan kuasa, apa sahaja sudah terbayang di mata mereka.

Dengan jelas sekali di mata rakyat, kerosakan yang sedang berlaku kini bukanlah disebabkan oleh UMNO aka BN, tetapi ianya adalah kerana pergolakan dalaman kerajaan tok guru. Isu penajaan tok guru ke Mekah datangnya dari dalam parti sendiri. Ini telah menghakis sedikit sebanyak pandangan rakyat terhadap integrity tok guru.

Begitu juga dengan perlantikan menantu dalam kerajaan..semuanya memberi imej yang gelap terhadap apa yg tok guru persoalkan sebelum ini.

Jatuhnya TUN MAHATHIR kerana lama memerintah dan kehendak rakyat untuk mengubah pemimpin Negara..jatuhnya PAK LAH kerana menantu...kedua-dua perkara ini sudah ada pada tok guru. Menjadi Menteri Besar yang lama dan melantik menantu menjadi CEO. Tok guru..sudah sampai masanya....

Saya percaya, kegilaan yang sedang berlaku kini adalah disebabkan oleh kerakusan ‘mereka’ untuk ke puncak kuasa. Puncak kuasa yang akan ditinggalkan oleh tok guru tidak lama lagi. Perancangan demi perancangan sedang dilakukan oleh ‘mereka’ untuk menuju ke arah itu.

Pakcik : Rakyat Kelantan masih sayangkan tok guru dan meminta tok guru melepaskan jawatan agar tidak dibeban oleh UJIAN / BALA yang tidak sepatutnya tok guru hadapi di saat-saat ini dan rakyat juga masih memerlukan kehadiran tok guru bersama-sama sebagai TOK GURU sebenar dan bukannya sebagai Menteri Besar.

Jadilah seperti kedua-dua TUN kita yang melepaskan apa yang mereka ada demi kepentingan bersama. Namun, mereka terus dihormati sehingga kini.

TOK GURU – Sudah sampai masanya...




Jumaat, 20 November 2009

LADANG RAKYAT - Sempena slogan membangun bersama islam.


80 penduduk bentuk perisai manusia pertahan tanah
PENDUDUK berkumpul sambil diawasi oleh anggota polis mempertahankan tanah mereka di Kampung Serian, semalam.
Kebun, dusun diusaha hampir 20 tahun diambil kerajaan Kelantan

BERITA HARIAN - 19hb. NOV 2009

GUA MUSANG: Kira-kira 80 penduduk sekitar Kampung Serian di sini, nekad membentuk perisai manusia dalam usaha mempertahankan tanah yang diteroka dengan getah dan dusun bagi menghalang pekerja syarikat perladangan yang mendapat konsesi kerajaan negeri daripada memasuki kawasan itu, pagi semalam.

Mereka bertahan selama tujuh jam sebelum bersurai apabila 50 anggota polis dikerah mengawal keadaan sebelum persetujuan dicapai supaya pekerja syarikat terbabit menangguhkan kerja mereka untuk sementara.

Sebelum itu, keadaan menjadi kelam kabut dan tegang dengan pertengkaran kecil yang menyaksikan seorang pekerja syarikat terbabit ditampar penduduk yang berang sebelum mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang, kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Pengerusi jawatankuasa bertindak penduduk kampung itu, Muhammad Rofi Ismail, berkata kawasan kebun getah dan dusun terbabit, membabitkan kawasan seluas kira-kira 192 hektar yang ditanam getah dan dusun buah-buahan oleh penduduk yang meneroka hampir 20 tahun lalu.

Beliau mendakwa, sejak awal tahun ini, sudah beratus hektar tanah penduduk di kawasan itu diambil balik kerajaan negeri untuk pembangunan ladang rakyat dan masih belum cukup lagi hingga cuba mengambil semua kawasan berkenaan.

"Keadaan ini membuatkan kami berang dan sepakat untuk berkumpul beramai-ramai mulai pagi ini (semalam) bagi menghalang sebarang kerja menebang getah dan dusun kami.

"Sebelum ini, kami boleh bersabar walaupun sudah banyak tanaman dimusnahkan syarikat berkenaan kerana menyedari tanah ini belum mendapat hak milik walaupun sudah membayar deposit bagi mendapat geran.

"Namun, apabila semua tanah kami hendak dirampas, maka kami bertekad untuk menghalangnya tanpa menghiraukan apa yang akan berlaku, selepas sekian lama bersusah payah membangunkan kawasan ini yang asalnya hutan," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Aziz Hassan, menasihatkan kedua-dua pihak berbincang secara baik bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Beliau berkata, polis terpaksa mengambil langkah menyuraikan perhimpunan penduduk terbabit yang dianggap diadakan secara haram dan akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan seorang pekerja ditampar penduduk yang berang selepas berlaku pertengkaran.

PAKCIK : selepas ini rakyat sini akan menjadi kuli kepada ladang rakyat. inilah kehendak kerajaan yang melaungkan slogan MEMBANGUN BERSAMA ISLAM.


Khamis, 19 November 2009

WAKIL RAKYAT @ WAKIL PARTI @ WAKIL KERAJAAN??????



Mana yang betul? Wakil rakyat atau wakil parti atau wakil kerajaan atau pun wakil diri sendiri? Jika di pihak kerajaan Barisan Nasional, slogan yang amat kena pada masanya adalah : 1Malaysia, RAKYAT DIDAHULUKAN dan Pencapaian Diutamakan. Manakala di pihak PAS pula slogan yang paling sempurna di abad ini adalah : Membangun bersama ISLAM.

Wa caya lu..kata budak-budak rock.

Namun demikian, adakah kedua-dua slogan itu memberi makna kepada rakyat marhean?? Tepuk dada tanya hati.

Wakil rakyat dilantik untuk mewakili suara rakyat dan mereka ini terdiri daripada kalangan ahli parti sama ada ianya dari pihak kerajaan pemerintah atau pun daripada pihak pembangkang. Siapa yang diberi mandat oleh rakyat semasa pilihanraya akan secara langsung menjadi wakil rakyat.

Jika diteliti pada scenario zaman serba moden tetapi tidak berapa canggih ini, mereka yang layak dipanggil wakil rakyat adalah sedikit jumlahnya berbanding dengan mereka yang dianugerahi dengan pangkat wakil parti atau pun wakil kerajaan.

Apa yang jelas sekali, bilangan mereka yang dinobatkan sebagai wakil parti adalah lebih ramai dan melebihi mereka yang benar-benar menjadi wakil rakyat atau pun wakil kerajaan.

Beberapa contoh terdekat Wakil RAKYAT yang dilantik oleh rakyat tapi menjadi wakil parti atau wakil kerajaan....

1. Rakyat di daerah Gua Musang kini sedang berperang dengan pihak Ladang rakyat yang dipelopori oleh kerajaan PAS. Tetapi wakil rakyatnya seperti YB Tg Razaleigh Hamzah selaku ketua bahagian masih menyepi diri. Begitu juga dengan YB-YB lain dari Barisan Nasional dan termasuk juga YB dari parti PAS. Gua Musang adalah dibawah naungan barisan nasional..tetapi apa yang pihak PAS lakukan terhadap rakyat tidak dipedulikannya.

Bagi pihak YB PAS pula, oleh kerana itu adalah keputusan kerajaan negeri Kelantan dibawah pimpinan Tok Guru maka wakil rakyat ini (kononnya wakil rakyat) telah mengambil sikap keputusan kerajaan no. 1 dan kehendak rakyat no. 2.

Pedulikan rakyat asalkan dia disukai oleh PAS. Parti PaS berkuasa...kita boleh lakukan apa sahaja asalkan rakyat menderita.

Apa yang parti lakukan haruslah dipuji dan dilaksanakan sepenuhnya.

2. Seorang wakil rakyat yang dijadikan wakil kerajaan telah mencadangkan kereta yang melebihi umur 15 tahun dikehendaki melakukan ujian di PUSPAKOM.

3. Juga seorang wakil rakyat yang menjadi wakil kerajaan telah mencadangkan charge RM50.00 kepada pemegang kad kredit utama dan RM25.00 kepada kad kredit supplementary.

4. Seorang wakil rakyat dari pakatan rakyat (wakil PAS) di Selangor diberi amaran oleh rakan separtinya yang juga wakil rakyat (tetapi wakil parti) kerana ingin melaksanakan apa yang diperjuangkan oleh partinya selama ini. Wakil parti telah mencadangkan beliau disingkirkan daripada jawatan yang dipegangnya di dalam parti.

Ada juga wakil rakyat yang diangkat oleh rakyat untuk mewakili mereka menghilangkan diri entah kemana. Tidak nampak lobang hidung disaat rakyat memerlukan pertolongan mereka. Wakil rakyat jenis ini tidak bernilai satu sen pun kepada rakyat jelata. Setiap hari makan sumpah oleh rakyat yang mengundinya semasa pilihanraya.

Apa yang paling hairan dari dahulu sehingga sekarang adalah..soal royalty petrolium dan pembangunan negeri Kelantan. Sebelum isu ini dibangkitkan oleh pihak PAS, boleh dikatakan YB-YB dari BN diam membisu. Tiada seorang pun mengeluarkan kenyataan berkenaannya. Tetapi YB-YB dari BN ini sentiasa mengutuk kerajaan PAS..katanya negeri Kelantan mundur di bawah PAS.

Jika dah tahu PAS tidak larat untuk membangunkan Kelantan, kenapa tidak meminta wang royalty tersebut untuk membangunkan Kelantan. Rakyat tidak mahu tahu jalan mana wang itu disalurkan..tetapi rakyat mahu tahu kemana wang tersebut digunakan. Rakyat tidak kira parti apa yang memerintah, janji boleh laksanakan tanggungjawab terhadap rakyat. tidak kira PAS atau UMNO.

Pernah dengar kata-kata rakyat Kelantan terhadap isu ini...selagi kerajaan pusat bermain ‘sembunyi-sembunyi’ dengan rakyat Kelantan, selagi itulah rakyat Kelantan akan terus membenci kerajaan pusat. Semakin kuat tekanan diberikan, maka semakin kuat penolakkan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional.

Walau apa pun, terima kasih kepada DS Najib kerana berterus terang dalam hal ini. Begitu juga dengan Tok Guru...yang lain saya tidak dapat menjamin kerana mereka ini sememangnya ‘ada udang di sebalik mi’.

Wakil rakyat-wakil rakyat yang tidak PROAKTIF dalam melaksanakan tanggungjawabnya terhadap rakyat adalah seorang yang tidak bertanggungjawab dan tidak beramanah. Mereka ini tidak layak dipanggil ‘wakil rakyat’ tetapi hanyalah wakil parti semata-mata dan tidak lebih dari itu.

Itulah namanya wakil parti.

Rakyat tidak mahu wakil rakyat mereka hanya menjadi wakil parti atau pak angguk sahaja. Angguk-angguk dan geleng-geleng bukan atas sebab kehendak rakyat tetapi atas kehendak parti. Orang seperti ini patut dibuang dalam tong sampah dan tidak layak untuk mewakili rakyat yang semakin terhimpit.

Ada orang kata, wakil rakyat yang ingin memperjuangkan nasib rakyat akan diketepikan oleh partinya. Wakil parti akan mengecapi segala kemudahan dan keselesaan berbanding dengan wakil rakyat.

Isnin, 9 November 2009

PAS SUDAH PENING – Lompat parti jatuh talak



Isu lucu yang didendangkan sehari dua ini adalah berkaitan dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Isu Bai’ah akan jatuh talak tiga terhadap mana-mana ahli yang melompat parti. Ianya ibarat sudah menjadi lebih sudu dari kuah. Macam-macam hal.

Kepada ahli PAS,jika mati nanti anda tidak akan ditanya parti mana yang telah kamu ikuti semasa di dunia. Parti adalah hal keduniaan..namun apa yang penting adalah hubungan kamu dengan makhluk di muka bumi, hubungan kamu dengan Allah Swt, dan juga hati kamu ketika kamu hidup.

Nampaknya ketaksuban kamu sudah hampir mencecah kepada tahap terpesong jauh dari nilai sebenar agama islam. Apa kaitan rumah tangga kamu dengan parti-parti yang kamu anuti? Bagaimana pula dengan anak-anak kamu yang tidak mahu menyokong parti PAS?

Bagaimana pula dengan ibu bapa kamu yang tidak menyokong parti PAS? Bagaimana pula dengan adik beradik serta sanak saudara kamu yang tidak menyokong parti PAS?

Jika ikatan perkawinan boleh diputuskan dengan cara tersebut, bermakna kamu juga senang memutuskan silaturrahim antara ibu bapa, anak beranak, adik beradik serta saudara mara? Adakah kamu tidak akan memanggil mereka ayah, ibu, adik abang, kakak, pakcik, makcik dan sebagainya lagi jika sekiranya mereka tidak menyokong parti PAS??

Adakah itu sebenarnya islam yang di ajar oleh kamu?

Inilah kesannya jika terlalu taksub terhadap hal-hal dunia. Jika isu bai’ah ini benar-benar wujud dan terjadi, maka sudah sah kamu sedang menuju kehancuran.

Kehancuran yang telah dijanjikan oleh Allah swt di dalam Al-quran. Kehancuran kerana keegoan, ketaksuban serta kesesatan yang kamu lakukan sendiri terhadap parti serta diri kamu sendiri.

Hukum islam yang baik serta adil itu telah dicemari oleh kamu yang terlalu taksub dengan dakyah kepartian. Mengangkat darjat parti melebihi darjat ISLAM itu sendiri.

Kamu sudah terpesong dan kembalilah ke pangkal jalan. Kamu sedang mencemari nilai islam. lompat parti bukannya sama dengan tukar agama. Hukuman yang dikenakan telah melampaui hukuman dalam islam itu sendiri.

Kamu telah mangadakan satu lagi hukum yang tidak pernah junjungan nabi sebutkan. Kamu telah terpesong. Walhal telah disebutkan, perkara yang halal tetapi PALING dibenci oleh Allah Swt adalah penceraian. Adakah kamu orang-orang PAS memandang enteng akan perkara ini?

Sudah letih memikirkan isu ini...asalnya takde isu tetapi sudah menjadi isu. Membuka pekung diri sendiri. Walau pun Tuan Guru Hj Hadi sudah menafikan, namun masih kedengaran sok sek-sok sek dibelakang tabir akan kebenaran isu ini.

Telah ditakdirkan tuhan..walaupun rambut sama hitam, tetapi hati setiap seorang adalah berlainan sekali. Dimana mufti dan pakar agama? Kenapa tidak membuka mulut akan hal ini. Siapa ulamak terkenal...tidak kira dalam PAS itu sendiri atau pun yang tidak berkaitan dengan parti politik. Buatlah kenyataan agar kesucian agama islam yang kita anuti ini tidak dicemari oleh mereka yang ada akal tetapi tidak boleh dipakai..ada otak tetapi takde akal.

Wallahualam...