Rabu, 29 April 2009

pemimpin PILIH RAKYAT DAN RAKYAT PILIH pemimpin

PRU-13 semakin hampir dan hampir kepada kita. Namun demikian, adakah parti UMNO sudah bersedia untuk menghadapinya. Seperti biasa, jika persoalan itu diajukan kepada orang UMNO, mereka akan menjawapnya seperti berikut ;

“ kita dan anggota kita memang sudah bersedia untuk bertanding pada bila-bila masa sahaja. Kita juga yakin kita akan menang pada pilihanraya kali ini”. Wah!! Betapa gahnya jawapan yang diberikan. Tetapi pada hakikatnya, keputusan pilihanraya menunjukkan UMNO/BN semakin tercorot dan ditolak oleh rakyat.

Kenapa UMNO semakin ditolak oleh rakyat? Mungkin banyak jawapan yang boleh diberikan oleh semua orang. Namun, adakah jawapan itu mengenai sasarannya? Atau ia sekadar jawapan yang hanya dicipta untuk menyedapkan hati sahaja?

Walau pun tidak menyertai mana-mana parti politik, namun saya masih mengikuti sedikit sebanyak perkembangan politik Negara. Banyak peristiwa-peristiwa politik yang berlaku dan ianya telah membolehkan saya membuat satu kesimpulan akannya. Kesimpulan secara peribadi yang mungkin berbeza atau pun ada persamaan daripada pandangan orang lain.

Soalannya amat mudah. Adakah UMNO/BN boleh menang PRU-13 nanti? Soalan yang mudah tetapi adalah amat susah untuk mencari jalan akan jawapannya . Pengorbanan terpaksa dilakukan.

KES 1.

Jika kita ingat kembali peristiwa kejatuhan UMNO di Terengganu. Kejatuhan UMNO pada waktu itu amat teruk sekali. Rakyat Terengganu sama sekali menolak UMNO secara mentah-mentah tanpa pertimbangan dan budi bicara. Pada masa dan tika itu, kemarahan rakyat Terengganu kepada kerajaan UMNO/BN amat mendalam sekali. Peluang pilihanraya umum digunakan sepenuhnya bagi menjatuhkan kerajaan UMNO/BN. Kejatuhan UMNO telah membolehkan PAS memerintah negeri tersebut selama sepenggal.

Namun demikian, timbul pula manusia yang bernama En. Idris Jusoh. Tiba-tiba timbul dan bergerak perlahan-lahan ke segenap ceruk negeri Terengganu. Kemesraan En. Idris dengan rakyat semakin hari semakin ketara. Sebut Idris Jusoh, maka rakyat ingat akan apa yang beliau lakukan. Persepsi buruk rakyat kepada UMNO/BN semakin hari semakin hilang. Ada En. Idris Jusoh, maka adanya tangan yang menghulur dan membelai hati rakyat jelata.

Apa yang menarik tentang beliau adalah, beliau tidak sekali-kali menonjolkan dirinya kepada orang luar. Perwatakan beliau adalah sederhana. Apa yang dicakapkan adalah apa yang beliau ‘SEDANG’ lakukan. Pada tika itu, tiada siapa pun menyangka beliau akan menjadi menteri besar negeri tersebut.

Oleh kerana apa yang dibawa oleh En. Idris itu SELARI dengan jiwa rakyat jelata, maka kerajaan yang mereka tumbangkan itu DIBERI mandate semula untuk memerintah Terengganu. Keadaan menjadi seperti mana rakyat menjatuhkan kerajaan UMNO/BN. Kerajaan PAS ditumbangkan sepertimana kerajaan UMNO/BN ditumpaskan.

Tidak habis disitu sahaja. Setelah dilantik sebagai menteri besar, manusia yang bernama En. Idris Jusoh itu telah mula melakukan perubahan fizikal terhadap negeri Terengganu. Pemodenan Terengganu semakin menjadi-jadi dibawah pentdbiran beliau. Pemikiran beliau hampir menyamai pemikiran TUN DR MAHATHIR. Rakyat Terengganu sendiri dapat menikmati apa yang beliau lakukan.

Semasa PRU-12 baru-baru ini, rakyat sekali lagi memberi peluang kepada En. Idris Jusoh mentadbir negeri Terengganu. Namun demikian, langit tidak selalu terang. Bilamana 'REBUT' taufan melanda, En. Idris terpaksa diundurkan bagi memberi peluang kepada muka baru. UMNO/BN Terengganu bergolak dan bergolak.

Tup..tup berlaku pula pilihanraya kecil Kuala Terengganu. Pihak UMNO/BN dibawah pimpinan nahkoda yang baru. Tetapi UMNO mendapat tamparan hebat. UMNO dikalahkan dalam gelanggang sendiri. Ketiadaan pemimpin disegani, dihormati dan berkarisma seperti DATO' IDRIS JUSOH tetap membuatkan UMNO Terengganu tidak stabil sehingga ke hari.

jangan terkejut jika rakyat menjadi bosan dan menyerah kembali pentadbiran negeri kepada pihak PAS pada PRU-13 nanti.

KES 2

Saya masih ingat lagi akan apa yang telah berlaku kepada kerajaan UMNO/BN Kelantan. Pada ketika itu, pergaduhan UMNO LAMA dan UMNO BARU sedang berlaku. Pengikut UMNO pada ketika itu amat keliru. Berlaku tuduh menuduh sesame mereka.

Dikesempatan itu, gelombang Parti PAS amat kuat dirasai. Perpecahan dalaman UMNO telah membolehkan PAS mengambil peluang keatasnya. Perpecahan itu juga telah menyebabkan UMNO kehilangan penyokong. Penyokongnya lari kepada Parti Semangat 46, setengahnya lari kepada PAS dan sesetengahnya berada di atas pagar. Perpecahan ini telah menguatkan lagi PArti PAS.

Kejatuhan kerajaan UMNO/BN Kelantan kepada PAS telah menyebabkan kerajaan negeri ditadbir oleh PARTI PAS sehingga ke hari ini.

Di sini saya tetap memberi tabik kepada Parti PAS kerana sehingga ke hari ini, kerajaannya masih lagi teguh di Kelantan. Rakyat tetap memberi mandate kepadanya untuk memerintah. Apakah ramuan yang digunakannya.

Walau apa pun senjata yang digunakan oleh pihak UMNO/BN, kerajaan PAS Kelantan dibawah pimpinan TUAN GURU NIK AZIZ tetap diberi mandate oleh rakyat jelata. Adakah UMNO/BN perlu mengkaji lagi jenis senjata yang perlu digunakan.

Rakyat Kelantan tahu, kerajaan PAS tidak mampu untuk melakukan pembangunan sepertimana kerajaan UMNO/BN lakukan. Namun, hati mereka tetap memangkah PAS semasa PRU. Mereka masih mahukan kerajaan negeri ditadbir oleh pemimpin PAS. Mereka menerima Tuan Guru NIK AZIZ NIK MAT dengan seadanya. Walau apa pun orang luar katakan, mereka tetap dengan pendirian tersebut.

Sudah beberapa kali bertemu dengan Tuan Guru Nik Aziz. Kehadiran Tuan Guru NIK AZIZ di masjid-masjid diseluruh Kelantan telah membolehkan rakyat melihat dari dekat perwatakan Tuan Guru NIK AZIZ. Beliau membaca khutbah dan kadang kala ‘mengajar’ ( istilah orang Kelantan ) di masjid-masid tertentu yang dihadirinya. Beliau datang sebagai TOK GURU dan bukannya sebagai ahli politik atau pun sebagai menteri Besar. Begitu juga di majlis-majlis yang rasmi atau pun tidak rasmi. Perwatakan beliau amat disenangi oleh rakyat jelata.

Tidak kira mereka itu orang parti PAS atau pun dari parti UMNO. Walau pun berlainan ideology politik, rakyat Kelantan amat menghormati Tuan Guru NIK AZIZ.

KESIMPULAN.

Kedua-dua kes yang saya sebutkan tadi ada persamaannya. Persamaan yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa sahaja. Mereka berdua adalah :-

PEMIMPIN YANG BERJIWA RAKYAT!

PEMIMPIN YANG SENTIASA DEKAT DENGAN RAKYAT!

PEMIMPIN YANG DISEGANI OLEH RAKYAT!

PEMIMPIN YANG TIDAK MEMILIH BULU!

PEMIMPIN YANG BERKARISMA!

APA YANG PENTING – MEREKA ADALAH PEMIMPIN YANG DISUKAI OLEH RAKYAT MASING-MASING!

Rakyat hanya akan memilih SIAPA mereka , apa yang TELAH mereka lakukan, apa yang SEDANG dilakukan dan apa yang AKAN mereka lakukan.

Untuk pengetahuan semua, terutamanya bagi mereka yang berada di luar Kelantan, hanya TIGA (3) orang sahaja pemimpin politik yang AMAT DISEGANI oleh rakyat Kelantan.

Nama-nama mereka ini sentiasa meniti dibibir rakyat Kelantan. Ketiga-tiga mereka ini adalah HARAPAN dan KEBANGGAAN rakyat negeri Kelantan. Mereka adalah :-

YB TUAN GURU DATUK NIK AZIZ NIK MAT.

YM TENGKU RAZALEIGH HAMZAH.

YB DATO’ MUSTAPHA MOHAMAD.

Sesungguhnya mereka bertiga ini mempunyai AURA yang HAMPIR sama yang boleh memikat hati rakyat jelata terutamanya rakyat Kelantan.



Khamis, 16 April 2009

MELAYU BERPECAH – BUKAN MELAYU BERSATU 3



Keghairahan mereka yang merasakan mereka ini pemimpin telah pun memecahkan bangsa melayu kepada beberapa bahagian besar dan kecil. Keghairahan mereka untuk mendapatkan kuasa itu juga telah memberi kesan secara langsung kepada agama islam yang dianuti.

Perpecahan sesama bangsa ini semakin ketara dengan wujudnya parti-parti seperti UMNO, PAS, PKR dan juga Parti BEBAS yang juga tidak berapa bebas.


Keghairahan itu juga telah mengheret Agama Islam yang suci itu kearah mazhab fahaman yang berlainan. Nilai kesucian dan keagunan ISLAM itu telah dipesongkan sedikit sebanyak oleh pemimpin-pemimpin kini demi kepentingan politik masing-masing.

Perpecahan umat melayu semakin ketara dan jika dibiarkan ianya berterusan, saya percaya suatu hari nanti umat melayu akan merana di bumi sendiri. Kelemahan suara melayu akan menguntungkan suara kaum lain yang jauh sedikit bilangannya.

Seperti yang berlaku di Palestin. Perpecahan diantara mereka telah menyebabkan bangsa Palestin hidup merana sehingga kini. Sikap bermusuhan sesama bangsa telah merosakkan tanahair mereka sendiri. Oleh kerana pergolakan dan sikap menolak sesama bangsa itu telah membolehkan pihak luar seperti Amerika dan Yahudi Laknatullah menghancurkan lagi tanah Palestin. Pergolakan sesama mereka telah membolehkan perisik-perisik Amerika dan Yahudi Laknatullah memasuki negaranya .

lokasi-lokasi strategic Negara terdedah, lokasi-lokasi ketua Negara terdedah. Mereka juga dengan senang mendapat maklumat penting Negara dengan cara membeli orang-orang tertentu. Mereka juga dengan senang mengapi-apikan serta melaga-lagakan bangsa Palestin agar terus dan terus bergaduh sesama sendiri. Negara hancur, rakyat merana dan agama dihina.


kini dapat dilihat perubahan. Perubahan yang terjadi kepada bangsa melayu. Perubahan yang terjadi kerana bangsa melayu itu sendiri. Mereka amat takut sekiranya tidak mendapat sokongan dari kaum bukan melayu. Seakan-akan jatuh bangun parti mereka bergantung kepada kaum lain. Mereka juga seakan-akan tidak percaya kepada bangsa sendiri.

Dapat dilihat pemimpin melayu berasa tergugat bila kaum lain bersuara. Mereka akan sedaya upaya untuk memenuhi tuntutan dari kaum lain. Dapat dilihat pada tindakan yang dilakukan oleh mereka . takut pada bayang-bayang mereka sendiri.

Suara dari kaum lain itu digambarkan seperti suara malaikat. Ianya dilihat sangat berkuasa dan akan mendapat balasannya jika tidak dipatuhi. Walhal jika dihitung peratusan bilangan mereka, bilangan bangsa melayu adalah lebih ramai.

Cuba bayangkan Jika kita kaum melayu dan tinggal sebagai kaum pendatang dan sebagai suara minority di Negara China atau pun India, adakah mereka akan mendengar dan menuruti apa yang kita tuntut? Adakah kita berani bersuara seperti apa yang telah mereka lakukan kepada kita ketikak ini di Negara-negara tersebut? Tidak payah pergi jauh ke Negara China dan India. Cuba lihat di Singapura itu sendiri ( yg dulunya Tanah Melayu). Dimana suara melayu itu? Sebagai suara minority, mereka tidak peduli semua itu. Kamu bangsa melayu hanyalah bangsa kelas kedua.

Bangsa MElayu kena sedar dan insaf. Lihatlah pada Negara Singapura. Satu-satunya tanah melayu yang telah terlepas ke tangan bangsa lain. Tidak tahu kenapa melayu ketika itu sanggup melepaskan tanah airnya sendiri ke tangan bangsa lain. Kini, lihatlah sendiri. Siapa itu bangsa melayu di mata mereka.

Walhal kita mempunyai ramai Raja dan Sultan, pemimpin yang dikatakan berwibawa , kaum yang teramai sekali..tetapi kenapa Singapura yang kecil itu pun diserahkan kepada kaum lain. Tidak lain dan tidak bukan, hanya kerana bangsa melayu itu tidak bersatu diantara sesama mereka. Suara kaum lain telah menjadi dominan terhadap satu-satu keputusan yang diambil oleh mereka.

Berpecah dan teruslah berpecah. Lihatlah apa yang akan terjadi suatu hari nanti. Jangan sampai nasi sudah menjadi bubur baru hendak menyesal. Ianya sudah tidak berguna lagi. Hilangnya maruah, hilangnya Negara, hilangnya raja-raja, hilangnya pemimpin. Bangsa merempat disana sini meminta belas kasihan dari bangsa lain.

Satukanlah melayu.

Bersatulah melayu.

Jangan pula tanahair yang seciput ini dijajah kembali oleh bangsa lain. Dijajah kerana kita berpecah.

Jika dahulu kita dijajah kerana perbezaan tamadun, namun kini..jika dijajah, kita dijajah kerana bangsa melayu yang telah berpecah belah. Menolak bangsa sendiri dan bekerjasama dengan bangsa lain.

Lihat dan ingatlah pemimpin melayu. Apa yang telah kamu lakukan kepada bangsa melayu, apa yang sedang kamu lakukan kepada bangsa melayu dan apakah yang akan kamu lakukan kepada bangsa melayu. Bangsa kamu.

Janganlah bawa bangsa kearah kehancuran. Janganlah jadikan bangsa ini sebagai MELAYU YANG MERAYU DI BUMI SENDIRI.



Isnin, 13 April 2009

MELAYU BERPECAH – BUKAN MELAYU BERSATU 2


Sudah ditakdirkan melayu akan berpecah-belah kepada beberapa sub-bangsa dan juga kepada beberapa sub-agama. Perpecahan yang tiada kesudahan telah menampakkan hasilnya dan saya percaya ianya akan lebih parah dalam suatu masa nanti.

Perpecahan melayu berpunca daripada kemahuan untuk mendapatkan KUASA MEMERINTAH NEGARA sendiri.

Perpecahan melayu telah menyatukan kaum bukan melayu. Mereka telah menunjukkan sifat sebenar mereka terhadap kaum melayu. Sifir mereka mudah sahaja – Jika kamu lemah, maka kami akan memijak kepala kamu.

Begitulah keadaannya.

Di mana silapnya? Silapnya adalah datangnya daripada UMNO sendiri, daripada PAS sendiri dan juga silapnya datangnya daripada PKR sendiri. Padahal kesemua parti-parti tersebut adalah diketuai oleh bangsa melayu yang beragama islam.

Kerakusan mereka untuk mendapatkan kuasa memerintah telah memecahbelahkan bangsa dan agama mereka sendiri.

Senario politik sudah berubah. Kuasa minoriti semakin kuat dan kadang-kadang menidakkan suara majoriti. Kenapa ini terjadi? Kerana suara kita telah tidak senada dan seirama seperti dahulu. Si Luncai bercakap pasal lembu, si labu bercakap pasal kambing manakala si labi bercakap pasal kerbau. Semuanya tidak sama.

Jika ditoleh kembali sejarah kegemilangan UMNO disuatu tika dahulu iaitu ketika UMNO dipertahankan oleh orang melayu, amat sedikit suara lain yang kedengaran. Suara bangsa melayu pada ketika itu telah melenyapkan suara-suara yang lain.

Kini, keadaannya telah berubah. Demi mendapatkan sokongan, mereka terpaksa MERAIH SIMPATI mendapatkan sokongan kaum lain. Pada fikiran mereka, kaum lain dapat merealisasikan impian mereka.

Namun mereka telah lupa bahawasanya, kaum melayu adalah majoriti dalam negara ini.

Jika UMNO ingin terus bertahan, mereka seharusnya mencari jalan yang TEPAT dalam menarik semula bibit cinta bangsa melayu kepadanya. Sokongan orang melayu terhadap mana-mana parti politik akan membolehkannya berdiri tegap dan kukuh selamanya.

Jika satu-satu parti itu disokong oleh orang melayu, maka dengan sendirinya kaum lain akan mengikutinya dari belakang. Kekuatan satu-satu parti melayu itu adalah kunci kepada segala-galanya. Tidak kira UMNO, PAS atau pun PKR. Berilah tumpuan kepada orang melayu.

Pedulikan kaum lain, jagalah bangsa melayu. Ianya patut dijadikan TERAS perjuangan sesebuah parti.

Saya percaya, orang melayu kini masih tercari-cari siapakah dan parti manakah yang sebenarnya memperjuangkan nasib mereka.

Sesungguhnya jika orang melayu itu kuat dan bersatu, maka mereka (kaum lain) dengan sendirinya akan mengenali siapa mereka yang sebenarnya.

Malang sungguh bangsa melayu. Semakin hari semakin layu.


Ahad, 12 April 2009

Melayu Berpecah – Bukan Melayu Bersatu



Dapat diperhatikan bangsa melayu telah berpecah belah kepada beberapa sub kaum dan juga kepada beberapa sub-mazhab. Melayu UMNO, Melayu PAS, Melayu PKR, Melayu Bebas dan bermacam-macam lagi.

Begitu juga dengan pegangan serta pemahaman islam yang dianuti oleh bangsa melayu kini. Islam PAS, Islam UMNO, Islam Hadhari, Islam PKR
, Islam DAP, Islam Bebas dan banyak lagi Islam. Semuanya bercakap atas dasar nama islam.

Seperti blawok pihak-pihak Bank dan agen-agen kewangan kini yang sibuk memperkenalkan produk-produk islam.

Kata orang pihak-pihak tersebut akan menerima tiga (3) dosa seperti berikut:-
1) Dosa kerana Mempergunakan ISLAM untuk tujuan tertentu
2) Dosa kerana menipu
3) Dosa kerana makan riba

Jika diteliti dan diamati dengan betul-betul kenapa ianya terjadi sedemikian..semuanya di sebabkan oleh kerja-kerja BLAWOK ( Pembohongan Besar ) oleh pemimpin-pemimpin Melayu. PUNCANYA adalah KUASA.

Bagaimana nak maju? Bagaimana nak bersatu? Bagaimana nak sebarkan islam? Bagaimana nak Bantu bangsa, Agama dan Negara? Bagaimana nak jadi cemerlang, terbilang dan gemilang? Bagaimana? Bagaimana dan bagaimana?

Bukan melayu dah mula berani soal itu dan soal ini. soal siapa itu melayu. perlekehkan ISLAM. Siapa yang ajar. Melayu-melayu dan ISlam-islam di atas tadi.


Jika perpecahan demi perpecahan yang berlaku. Kita tengok siapa yang PADAN MUKA nanti. MELAYU DAN ISLAM-nya sendiri.




Isnin, 6 April 2009

MELAYU ISLAM TIADA PRINSIP : Al-Quran dihina.


Tersentak bila melihat seorang TUAN GURU KAPIR Nga Kor Ming telah membacakan ayat Al-Quran dalam kempen pilihanraya kecil semalam. Dengan nahu dan sebutan yang tidak berapa betul berserta dengan terjemahannya pula yang berunsurkan POLITIK dengan jelas telah MENGHINA KESUCIAN AGAMA ISLAM SERTA AL-QURAN itu sendiri.

Dapat dilihat juga wajah-wajah melayu islam yang khusuk mendengar malahan berasa bangga bila si TUAN GURU KAPIR itu membacakan ayat suci tersebut.

Di sini saya ingin bertanya.

Dimanakah PRINSIP yang dipegang oleh kita selaku seorang yang beragama islam dan menjunjung tinggi kitab suci Al-Quran itu bilamana keadaan tersebut berlaku di depan mata telinga kita sendiri.

Ikhlas saya katakan disini, jikalah saya berada ditempat tersebut, saya akan memulaukan ceramah itu dengan serta merta tidak kira walau apa pun yang berlaku.
Terang-terangan Al-Quran telah dihina di depan umat islam itu sendiri tetapi mereka tetap buta hati untuk mengatakan ianya adalah salah.

Kita perlulah menerima hakikat bahawasanya yang salah itu tetap salah dan tindakan susulan sewajarnya diambil bagi menghukum kesalahan yang telah dilakukan.

Demi agama, diharapkan pihak yang terlibat dapat berfikir sejenak dan menginsafi apa yang telah berlaku.