Rabu, 10 Oktober 2007

Malaysia Negara Rasuah?

Kisah rasuah di Negara ini yang telah mencapai ke tahap maksima yang susah untuk dibendung lagi. Rasuah berada di dalam mana-mana bahagian pentadbiran kerajaan dan ianya semakin merebak manjadi busuk lagi membusukkan yang meloyakan tekak rakyat jelata.

Kini semua terbarai. Bangunan pecah. Paip bocor. Atap runtuh. Bangunan rahai. Loji retak. Jalan berlubang. Parit kambus. Tanah runtuh. Hutan gondol. Bukit merekah. Jambatan goyang. Jambatan retak.

Polis rasuah. Cik Gu rasuah. Cik Gi rasuah. Pegawai Majlis agama rasuah. Kastam rasuah. Cina rasuah. Melayu rasuah. India rasuah. Melanau rasuah. Yang beragama rasuah. Yang pergi haji rasuah. Yang puasa rasuah. Yang sembahyang rasuah. Yang pergi umrah rasuah. Pak Lebai, Pak Khatib, Pak Imam rasuah. Buat masjid rasuah. Buat surau rasuah. Buat sekolah agama rasuah. Tuur.... tuuur.... apa sudah jadi dengan negara kita ini?

Pegawai tinggi rasuah. Tambi rasuah. Peon rasuah. Kerani rasuah. CEO rasuah. Prebet, koperal, sarjan, inspektor dan IGP pun turut sama rasuah. Beli kapal rasuah. Buat kapal lagi rasuah hingga tak siap-siap. Beli senapang rasuah. Beli peluru rasuah. Beli kapal terbang rasuah. Beli tayar kapal terbang pun rasuah. Beli kapal selam rasuah. Bina kem askar rasuah. Buat uniform rasuah. Buat hospital rasuah. Buat rumah murah pun rasuah. Tuur.... apa sudah jadi.

Buat program TV rasuah. Nak berlakon rasuah. Nak kahwin rasuah. Nak masuk anak ke sekolah rasuah. Nak minta lesen kereta rasuah. Nak mintak tanah rasuah. Nak dapat lesen warung rasuah. Nak berniaga bulan Ramadan rasuah. Apa punya tuur cerita rasuah ni.

Tauke rasuah YB. YB rasuah Ayahanda Pakeda. Ayahanda Pakeda rasuah ketua kampung untuk rampas tanah orang kampung Berembang. Tuan projek rasuah kontraktor. Kontraktor rasuah QS. QS rasuah pegawai JKR. Pegawai JKR rasuah YB. YB rasuah MB. MB rasuah Menteri. Menteri lulus projek. Untuk terus jadi YB Menteri dan MB rompak lagi tanah. Apa punya tuur.... apa sudah jadi kepada negara kita ini?

Kepala Badan Pencegah Rasuah? Ini paling cikun. Pencegah rasuah turut sama rasuah. BPR yang siasat rasuah sudah kena rasuah. Apa punya tuur.... apa punya sistem negara Malaysia ini?

Dengar sini saya nak royak :-

Apa yang ditulis tadi adalah sedikit contoh talian jaringan rasuah yang sedang berlaku ke atas negara Malaysia. Ini adalah hakikat yang diketahui umum.

Projek mendirikan negara bangsa bukan sesuatu yang mudah. Ia akan mengambil masa yang panjang. Dengan tegaknya projek negara bangsa barulah ada kemungkinan lahirnya satu tamadun bangsa. Mendirikan tamadun bangsa akan mengambil masa yang lebih lama dan lebih panjang. Untuk mendirikan sebuah negara bangsa kita memerlukan lembaga-lembaga daulah yang berwibawa, bertanggung jawab, dihormati dan diyakini umum.

Penjajah British telah mendirikan projek Malaya kemudian Malaysia melalui lembaga-lembaga daulah dan perlembagaan. Lembaga-lembaga daulah dan perlembagaan yang didirikan oleh British bertujuan untuk mengikat dan mengkonstruk projek negara bangsa. Tanpa lembaga-lembaga ini tidak mungkin wujud satu negara bangsa. Hari ini semua lembaga-lembaga daulah ini hampir hancur, rosak, koyak, rabak diinjak-injak oleh pemimpin kita sendiri.

Sudah lama terbengkalainya projek mendirikan negara bangsa Malaysia yang sivil di mana warga hidup bertamadun, berilmu dan bebas. Sudah lama rakyat Malaysia telah diklentong pagi dan petang dengan projek-projek mega membangunkan bangunan. Projek mendirikan bangunan adalah perkara yang paling enteng. Bangunan-bangunan cukup senang dilihat secara piskal. Tetapi mendirikan negara bangsa yang bertamadun, sivil dan berilmu bukan satu kerja yang enteng; ia memerlukan lembaga-lembaga daulah yang diyakini umum.

Pemimpin sekarang terbukti tidak memiliki keupayaan dan keilmuan dari segi mendirikan tamadun negara bangsa. mereka hanya berupaya mendirikan bangunan. Ini pun sedang dipersoalkan kerana makin banyak bangunan-bangunan ini telah mula retak dan runtuh rantah.

Sila ikuti salasilah dan teromba ini:- Eric Chia kroni . Vincent Tan. Lingam kroni Eric Vincent Tan. Lingam kroni Eric Chia. Kesemua ini adalah penyamun-penyamun besar yang telah merampok khazanah negara.

Bagaimana mereka menyamun? Senang sahaja. Pemimpin lulus projek Eric samun. Pemimpin lulus projek Vincent samun. Kalau ada kes timbul, Lingam akan dihantar untuk merasuah menteri, polis, peguam, hakim dan termasuk ketua hakim negara.

Lembaga-lembaga daulah yang runtuh terbarai dan semakin tidak dipercayai orang ramai bukan berlaku dalam sehari. Rakyat hilang keyakinan terhadap lembaga kepolisan bukan terjadi sekelip mata. Terhakisnya kepercayaan orang ramai terhadap hakim dan mahkamah telah berjalan semenjak tahun 1988 lagi. Ia telah bermula ketika Pemimpin-pemimpin Negara yang menjadi kepala penyamun. Retak, rosak, tiris, bocor tidak berlaku secara tiba-tiba. Ia mengambil masa. Apa yang kita saksikan hari ini ialah terbarainya lembaga-lembaga daulah yang selama ini telah dipunah-ranahkan oleh pemimpin Negara sendiri.

Lihat sahaja Akta Universiti yang diluluskan pada tahun 1974. Hasilnya bukan muncul dalam tahun 1975 atau 1976 atau 1980. Musibah dari akta itu muncul 20 tahun kemudian. Hari ini universiti negara kita telah menjadi sarang kaki-kaki bodek. Anak mahasiswa menjadi tunggul bernyawa. Universiti bukan lagi sarang keilmuan.

Begitu juga dengan Akta Tanah Negara yang diluluskan oleh kerajaan pada akhir 90-an dahulu. Akta Tanah Negara inilah yang akan digunakan untuk merompak tanah orang Johor, orang Kedah, orang Kelantan, Terengganu dan Pahang apabila pelbagai projek koridor mula dilancarkan. Musibah dari Akta tanah ini akan datang tidak lama lagi.

Altantuya mati dibunuh. Norita mati di bunuh. Sujatha mati dibunuh. Francis mati dibunuh. Mustakizah mati dibunuh. Betul ada di antara mereka ini mati dibunuh dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Malah Altantuya dibunuh ketika Dato’ Najib menjadi Menteri Pertahanan dan Tun Dr. Mahathir telah bersara. Waspada. Kes-kes pembunuhan yang tidak ditemui siapa pembunuhnya telah bermula di zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

Semua Menteri kabinet yang mengamalkan rasuah yang ‘half past six’ hari ini adalah menteri pada zaman Tun Dr. Mahathir. Semua YB pengamal rasuah hari ini adalah YB yang terdahulu. Pooorah. Malaysia Tanah Air-ku……

( Artikel asal diambil daripada karya saudara Hishamuddin Rais )

Selasa, 9 Oktober 2007

Apa Nak Jadi Harga Naik Lagi

Sebelum itu saya ingin mengucapkan selamat meneruskan ibadah puasa dan selamat menyambut hari raya aidilfitri kepada semua umat islam di Negara ini. Saya menulis kali ini adalah berkenaan isu-isu yang timbul di Negara kita sejak kebelakangan ini. Isu-isu seperti kenaikkan harga bagi barang-barang kegunaan harian telah dinaikkan dengan tidak semena-mena oleh peniaga. Mereka ini juga boleh dikatakan telah mengambil kesempatan untuk menaikkan harga ayam dikala masyarakat muslim memulakan ibadah puasa di bulan Ramadhan ini.

Cuba kita fikirkan kenapa dan mengapa mereka berani menaikkan harga dengan serta merta. Mengapa mereka mengambil kesempatan yang ada pada masa-masa tertentu untuk menaikkan harga barangan tersebut. Setiap kali tibanya musim-musim perayaan dan musim-musim tertentu ada sahaja cerita-cerita mengenai harga barangan yang naik. Begitu juga bila tibanya saat pihak pekerja di sektor awam menerima kenaikan gaji, sudah menjadi kebiasaan ada sahaja barang yang akan dinaikan hargannya sama ada oleh pihak pengusaha, pemborong dan juga pihak peniaga.

Sejak beberapa tahun ini kita dapat melihat kenaikan harga terhadap beberapa barangan keperluan dan perkhidmatan di Negara ini dengan begitu dasyat sekali. Mengikut bicara pihak pengusaha katanya, peningkatan kepada kos pengangkutan dan bahan mentah telah menyebabkan mereka terpaksa menaikkan harga barangan tersebut. Begitu juga dengan pihak pengusaha dalam bidang perkhidmatan. Katanya mereka terpaksa menaikkan kadar tambang untuk menyerap kos yang terpaksa ditanggung oleh mereka kerana kenaikan harga bahan api di Negara ini. Jika mereka tidak berbuat demikian, perniagaan mereka akan mengalami kerugian.

Apakah malangnya nasib bangsa Malaysia bila dalam beberapa tahun sahaja berlaku peristiwa kenaikan harga bagi sesuatu barangan kegunaan harian sampai beberapa sekian kalinya. Sampaikan mereka sanggup untuk menaikkan harga makanan utama masyarakat Malaysia iaitu beras namun nasib menyebelahi rakyat kerana ianya telah ditarik balik kerana ditegur oleh pihak kerajaan.

Keadaan ini telah menjadi beban kepada rakyat bawahan yang hidupnya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Begitu juga dengan mereka yang bekerja dan bergaji tetapi gajinya hanya cukup untuk meneruskan hidup sahaja. Beban ini sememangnya telah dirasai oleh mereka dari golongan berpendapatan rendah ini. Gaji dan pendapatan yang diperolehi hanya untuk membeli keperluan asas mereka sahaja dan tidak boleh digunakan lebih dari itu. Jika dahulu mereka boleh ‘jarang-jarang’ membeli ayam bagi santapan keluarga tetapi kini keadaannya bertukar kerana yang ‘jarang-jarang’ itu telah ditambahkan lagi ‘jarang-jarang’nya.

Memang benar, kenaikan itu tidak boleh dikawal oleh pihak kerajaan atau pun oleh pihak-pihak yang tertentu. Pihak NGO juga tidak boleh menyekat gelombang bala yang melanda ini. Hanya mereka yang terlibat secara langsung sahaja yang mengetahui kenapa dan mengapa harga bagi satu-satu barangan keperluan tersebut perlu dinaikkan. Jika mengikut sifir mudah bagi perniagaan, harga satu-satu barangan itu akan ditingkatkan jika permintaan adalah melebihi pengeluaran. Namun, di Negara ini saya percaya sifir tersebut tidak boleh diguna pakai kerana para peniaga di sini sememangnya bijak dalam mengatur percaturan bagi mencapai apa yang mereka inginkan iaitu keuntungan berlipat ganda dengan cara yang mudah dan cepat.

Corak perniagaan di Negara ini telah menghampiri kepada corak perniagaan yang diamal serta ditetapkan oleh pihak yahudi. Keuntungan diri sendiri yang berlipat kali ganda adalah diperlukan walaupun ianya boleh memberi kesan impak yang besar kepada orang lain iaitu pengguna. Sudah tidak ada lagi perasaan belas ihsan dan semangat kesederhanaan dalam diri para peniaga di Negara ini.

Mengapa ianya boleh terjadi? Adakah Negara kita telah kekurangan sumber untuk barangan tersebut. Adakah barangan tersebut sememangnya diimport dari luar Negara dan sudah semestinya harganya tidak boleh dikawal. Adakah ianya sengaja dinaikkan oleh pihak-pihak tertentu untuk tujuan politik. Adakah ianya disebabkan oleh penyakit yang melanda yang telah menyebabkan sumbernya menjadi berkurangan. Begitu banyak persoalan yang boleh dikemukakan oleh rakyat jelata. Rakyat jelata dari orang kebanyakkan yang menanggung kesannya. Keadaan sedih, kerisauan dan semuanya terngaga-ngaga serta terpinga-pinga mencari punca kenaikkannya. Rakyat jelata terlalu takut untuk memikirkan apa lagi yang akan dinaikkan, bila masanya, berapa peratus kenaikan itu dan berbagai-bagai lagi persoalan yang timbul di dalam kepala otak rakyat jelata yang sememangnya telah merasai diri mereka telah ‘Otak’ dengan kenaikan harga barangan harian tersebut.

Jika mengikut perkembangan yang berlaku sebelum ini dalam beberapa tahun ini, kita dapati ianya bermula pada kenaikkan harga bahan api ( minyak ) seperti yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan. Selepas harga minyak, berlaku pula kenaikan pada kadar-kadar tol di seluruh Negara yang diumumkan oleh Menteri Kerja-Raya kita yang dikasihi. Katanya “kenaikan tol adalah disebabkan oleh seperti apa yang dijanjikan oleh pihak konsesi lebuh-raya dengan pihak kerajaan disamping mengurangkan beban kerajaan memberi subsidi terhadap kadar tol tersebut”. Keadaan ini telah memaksa pengusaha-pengusaha kenderaan awam menaikkan kadar tambang. Begitu juga dengan pihak yang mengusahakan kenderaan berat terpaksa meneliti semula kadar sewa atau kos operasi bagi lori-lori yang digunakan untuk mengangkut sesuatu bahan ke destinasi ke seluruh Negara. Akhirnya, kenaikan pada harga bagi barangan kegunaan harian telah diumumkan oleh pihak peniaga. Kita dapat melihat satu keadaan yang berkait diantara satu sama lain. Satu keadaan yang tidak tumpah seperti lagu lama yang masih lagi tersohor sehingga sekarang iaitu yang berbunyi seperti: “nasi oh nasi kenapa engkau mentah, jawabnya sebab beras basah. Beras oh beras mengapa engkau basah, jawabnya hujan timpa. Hujan oh hujan kenapa kau timpa beras, jawabnya katak panggil aku turun. Katak oh katak kenapa kau panggil hujan turun, jawabnya ular nak makan aku. Tanya lagi..ular oh ular kenapa kau nak makan katak, jawapannya adalah..ia memang makan aku”.

Keadaan ini semakin lama semakin menjadi-jadi dan kita dapat melihat pihak-pihak tertentu telah pun menaikkan harga sehingga beberapa kali bagi barangan keperluan harian. Keadaan ini akan menjadi satu ancaman kepada Negara ini jika ianya tidak diselesaikan oleh pihak kerajaan. Ia akan menjadi satu barah yang terus menghantui jiwa masyarakat di Negara ini. Rakyat seakan-akan fobia mendengar harga barangan keperluan dinaikkan.

Di sini juga kita dapat melihat nilai Ringgit Malaysia (RM) mula mengalami susut nilai. Susut nilai yang dimaksudkan itu adalah nilainya terhadap satu-satu barangan yang dijual-beli. Jika sebelum ini kita dapat membeli sesuatu barangan keperluan tersebut dengan harga yang berpatutan tetapi kini nilai ringgit itu perlu ditambah lagi bagi mendapatkan satu barangan yang sama jenis, sama bentuk, sama saiz, sama berat dan sama dalam segala sifatnya itu sendiri.

Jika keadaan ini berterusan dan tidak lagi berada dalam kawalan pihak kerajaan maka satu keadaan yang boleh dipanggil ‘inflasi yang teruk’ akan melanda Negara ini. Maka apabila tibanya saat itu, nilai RM sudah menjadi rendah jika dibandingkan dengan nilai matawang Negara lain. Ketika itu juga akan timbul berbagai-bagai masalah sosial yang terpaksa ditempuhi oleh Negara ini. Masalah ini sudah pastinya akan dirasai oleh mereka yang dikategorikan sebagai miskin atau pun yang dikatakan berpendapatan rendah. Kuasa membeli mereka akan terhad dan tidak melampau jika dikatakan mereka terpaksa menggunakan kaedah percaturan dalam soal membeli barang-barang keperluan harian tersebut. Secara mudahnya, yang kaya akan bertambah kekayaannya tetapi yang miskin akan bertambah kemiskinannya. Jarak diantara mereka yang kaya dan miskin akan menjadi bertambah dari masa ke semasa. Di saat itulah kita akan dapat melihat nasib rakyat malang yang mengemis dan hilang dalam negaranya sendiri.

Negara kita mempunyai satu sistem pentadbiran yang boleh dikatakan terbaik setakat ini. Kerajaan telah pun menubuhkan agensi-agensi pemantau yang boleh dikatakan tersusun dan ditadbir oleh mereka yang pakar serta berkemahiran dalam bidang masing-masing. Ianya tidak lain dan tidak bukan adalah bertujuan untuk memberi satu perkhidmatan yang cemerlang, gemilang lagi terbilang kepada rakyat jelata.

Dalam hal ini, pihak yang dipertanggungjawabkan adalah dibawah bidang kuasa Kementerian Hal Ehwal Pengguna yang diketuai oleh Dato’ Shafei Apdhal. Mereka ini diberi kuasa untuk menyelia setiap harga keperluan di Negara ini agar ianya mengikut harga semasa dan tidak membebankan rakyat. Namun, mereka kini boleh dikatakan telah pun gagal dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut. Mereka hanya bertindak bila satu-satu barangan itu dinaikkan tetapi langkah-langkah awalan sebelum harga dinaikkan tidak dititik beratkan oleh mereka. Bila satu-satu harga barangan tersebut dinaikkan, mereka akan melakukan operasi ala-ala polis yang turun padang dan menjatuhkan hukuman terhadap peniaga-peniaga di Malaysia. Tidak dinafikan tindakan keras menyaman dan merampas seperti yang telah diambil oleh mereka boleh mengurangkan ‘kedegilan serta kegilaan’ para peniaga tetapi hakikatnya tindakan tersebut boleh dikatakan telah gagal untuk menghalang kemaraan gelombang tersebut di seluruh Negara secara keseluruhannya.

Begitu juga dengan Kementerian Pertanian dan Asas Tani yang diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. Di awal pentadbiran Pak Lah ada menyebut untuk memperkasakan lagi bidang pertanian di Negara ini bagi memenuhi permintaan dalam dan luar Negara. Pak Lah juga bercita-cita untuk mempertingkatkan pendapatan petani dan nelayan di Negara ini dengan menukar corak pertanian, penternakan dan penangkapan ikan di laut daripada cara amalan konvesional kepada cara yang lebih efektif, produktif, berteknologi dan sebagainya lagi. Cita-cita murni Pak Lah itu adalah amat dialu-alukan serta diharapkan oleh warga rakyat jelata yang rata-rata dari golongan miskin petani, penternak dan nelayan. Mereka membayangkan kehidupan mereka akan kembali bersinar dengan pendapatan yang boleh dikatakan menyamai mereka yang bekerja secara ‘makan gaji’ di Negara ini. Mereka dapat bayangkan kebahagian kehidupan yang akan mereka lalui selepas ini jika apa yang Pak Lah katakan itu menjadi satu kenyataan. Jika dahulu dan sekarang mereka hanya memperolehi hanya RM 300.00 – RM 500.00, cuba bayangkan jika pendapatan itu ditambah atau digandakan nilainya lagi. Amat besar nilainya itu bagi mereka ini untuk meneruskan liku-liku kehidupan yang sememangnya berliku-liku serta berbelit-belit di Negara ini.

Pak Lah pernah berkata, jadikanlah bidang pertanian, penternakan dan nelayan sebagai satu bidang tugas yang profesional untuk menghasilkan pendapatan yang lumayan kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan Negara. Dengan kata lain, adalah diharapkan oleh Pak Lah ianya boleh menampung keperluan dalam Negara dan disamping itu juga ia akan menjadi salah satu sumber pendapatan kepada Negara ini jika ianya di eksport keluar.

Kita dapat melihat sendiri, secara keseluruhannya barangan keperluan yang dinaikkan itu adalah hasilan di dalam Negara ini sendiri. Minyak masak, beras, tepung gandum, jagung, lada kuning, lada biru, lada merah, lada hijau, sayur-sayuran, ikan, ayam, itik, serati, burung puyuh, daging halal dan haram, bawang, ikan air tawar, ikan air masin dan sebagainya adalah barangan yang boleh dihasilkan di Negara ini sendiri.

Namun malangnya bagi rakyat Malaysia yang terkenal dengan laungan ‘Malaysia Boleh, Kita Boleh dan Boleh Semuanya’ sudah menjadi ‘Tidak Boleh Lagi’ bila berhadapan dengan krisis kenaikan harga tersebut. Tan Sri Muhyiddin mengumumkan bahawasanya pihak kerajaan akan melaksanakan pelan kontigensinya jika didapati bekalan ayam masih berkurangan di Negara ini. Langkah yang dimaksudkan itu adalah dengan cara mengimport ayam dari Negara luar bagi mencukupi, memenuhi serta menstabilkan harga ayam tersebut. Namun persoalannya, sampai bila kita akan ‘berkeadaan’ begini jika setiap kali sesuatu barangan itu dinaikkan. Padahal Negara kita adalah kaya dengan tanah yang subur, teknologi terkini, kudrat serta keringat petani, penternak serta nelayan-nelayan yang masih setia serta sanggup untuk berjuang bagi Negara. Begitu juga dengan anak-anak muda yang berkemampuan dari segi fizikal serta mental untuk berkhidmat kepada Negara yang tercinta ini.

Golongan tersebut tidak nampak dan tidak tahu apa yang sepatutnya mereka lakukan untuk Negara mereka. Mereka tidak diberi tunjuk ajar, dorongan, peluang dan seterusnya membantu Negara ini keluar dari kemelut kenaikan harga barangan keperluan ini. Di zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri, gelombang pembangunan telah meresap dengan begitu mendalam di benak rakyat jelata terutamanya bagi anak-anak muda. Penghijrahan besar-besaran anak-anak muda ke bandar-bandar serta bandaraya telah berlaku bagi mereka merasai dan menikmati sendiri hasil pembangunan yang diperkatakan itu.

Mereka ingin menikmati kehidupan ‘bandaran’ yang dikatakan kononnya adalah lebih bertamadun dan juga membolehkan mereka keluar daripada kepompong kekolotan yang seperti mereka fikirkan. Kesan langsung yang dihadapi dari keadaan ini adalah menyebabkan ladang-ladang, kebun-kebun, perahu-perahu, tokang-tokang, sangkar-sangkar binatang peliharaan semakin hari semakin berkurangan. Yang tinggal hanyalah golongan-golongan tua yang semakin hari semakin lemah kudrat serta tenaganya untuk melakukan apa yang telah mereka lakukan selama ini. Golongan ini tidak lagi berkeupayaan untuk memperbaiki serta menambahkan hasil yang mereka usahakan. Banyak tanah-tanah pusaka yang asalnya ditanam dengan pelbagai tanaman kini dalam keadaan terbiar, dibiarkan dan tiada kesinambungan terhadap apa yang telah dilakukan oleh warga tua tersebut.

Pihak kerajaan mempunyai segalanya bagi merealisasikan sesuatu perkara. Tarik dan sokongilah minat golongan muda agar pulang untuk bergiat dengan lebih gigih dan lebih berdikari dalam bidang pertanian, penternakan serta nelayan dengan cara yang berbeza seperti yang diamalkan sebelum ini. Tanah-tanah yang digunakan untuk pertanian dan penternakan sememangnya banyak terdapat di Negara ini. Teknologi-teknologi tertentu banyak diperkenalkan khususnya untuk meningkatkan hasil pertanian dan penternakan dapat digunakan dan diperkenalkan kepada petani, penternak serta nelayan pada generasi kini.

Saya percaya bahawasanya, golongan muda akan menunjukkan minat yang lebih mendalam terhadap bidang ini jika mereka ini diasuh, dididik, disokong dan diberi jalan untuk menjadi seorang yang berjaya dalam bidang yang diceburinya.

Di sini rakyat jelata boleh mempersoalkan kewibawaan kerajaan dalam menghadapi perkara ini. Gunakanlah segala sumber yang ada dalam Negara ini untuk memulih serta menstabilkan harga bagi barangan keperluan harian tersebut. Mengapa kita takut jika ada manusia dari Ipoh menggugut untuk menaikkan harga ayam jika kita masih ada pengusaha lain yang juga berkeupayaan membekalkan dalam jumlah yang banyak dari negeri lain seperti kedah, perlis, kelantan, terengganu, pahang dan sebagainya. Tapi oleh kerana pada masa kini pengeluaran hanya tertumpu di Ipoh maka mereka dengan sewenang-wenangnya telah mengambil kesempatan yang ada untuk menaikkan harga ayam tersebut kerana mereka tahu kerajaan serta rakyat jelata terpaksa menerima apa yang telah ditentukan oleh pihak mereka. Seperti kata bidalan; ditelan pahit diluah sayang, mahu tidak mahu, terima sahaja.

Agensi-agensi kerajaan seperti Kementerian Pertanian, Kementerian Belia, Kementerian pembangunan Luar Bandar, pihak-pihak Kesedar, Felda, Uda, Felcra, Kada, Kemubu dan sebagainya adalah perlu bertanggungjawab dan memainkan peranan yang penting dalam memastikan setiap barangan keperluan harian dalam Negara ini mencukupi dan berada pada harga yang stabil untuk jangkamasa yang lama dengan cara menggiatkan pengeluaran di dalam Negara sendiri. Dengan meningkatkan hasil pertanian, penternakan dan penakangkapan ikan di laut dalam di dalam Negara sendiri akan mengurangkan beban kenaikan harga yang tidak sepatutnya timbul di Negara Malaysia yang sememangnya mempunyai tanah yang subur.

Semakin Dibaiki Semakin Rosak

Sebelum itu saya ingin menyatakan rasa kebangaan saya kerana Negara kita telah pun selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-50 pada 31 Ogos 2007. Tahniah kepada semua rakyat Malaysia.

Saya menulis kali ini adalah untuk berkongsi dengan semua rakyat di Negara ini berkenaan tahap keselamatan jalan raya di Negara ini. Semua mengakui bahawa kita mempunyai satu system rangkaian jalan yang boleh dikatakan terbaik, reka bentuk dan tahap keselamatannya juga menepati standard jalan raya yang diiktiraf oleh dunia. Kita juga mempunyai satu tahap pengurusan jalan raya yang tebaik setakat ini. Tahniah kepada kerajaan dan pihak agensi yang dilantik.

Kerajaan telah membelanjakan jutaan ringgit untuk membangun serta memperbaiki system jalan raya di Negara ini. Setiap tahun ada saja peruntukkan diberikan untuk tujuan tersebut. Kerja-kerja penambahan dan pembaikkan banyak dilakukan bagi memberi keselesaan dan keselamatan serta memenuhi tujuan jalan raya itu dibina sendiri.

Sebelum pembinaan sesebuah jalan raya atau lebuh raya tersebut, banyak kajian dilakukan dengan mengambil pandangan semua pihak. Proses reka bentuk juga adalah berdasarkan kepada standard-standard tertentu yang telah ditetapkan. Begitu juga semasa dalam proses pembinaannya. Banyak peraturan serta standard yang perlu diikuti. Semuanya menjalani proses pemeriksaan yang ketat dan memerlukan syarat-syarat kelulusan bagi bahan-bahan yang perlu dan ingin digunakan. Semua ini dilakukan dengan tujuan untuk menghasilkan satu produk yang berkualiti dalam segala segi.

Apa yang cuba saya bangkitkan di sini adalah berkenaan dengan tatacara yang diguna pakai dalam proses membaik pulih atau pun proses penyelenggaraan sesebahagian jalan raya yang mengalami kerosakan. Jika kita memandu, sudah pasti akan terjumpa jalan raya yang bertampal, berlubang, beralun, retak di sana-sini, di tutup sebahagiannya, ditutup keseluruhannya dan berbagai lagi. Keadaan tersebut sedikit sebanyak telah menganggu keselesaan serta keselamatan pemanduan seseorang pemandu itu sendiri.

Jika sebelum dan semasa dalam pembinaan sama ada jalan-jalan baru atau jalan-jalan yang dinaik-tarafkan, mengapa begitu banyak tatacara serta syarat-syarat yang dikenakan tetapi mengapa ketika dalam proses membaik-pulih (maintenance) atau proses penyelenggaraan ianya tidak dipraktik serta ditekankan oleh sesetengah pihak yang terlibat.

Sebelum sesebuah jalan raya / lebuh raya tersebut dibina, banyak perkara dibincang dan diambil kira bagi menghasilkan satu produk yang berkualiti akan dapat dihasilkan. Bermula daripada peringkat perancangan, sehinggalah kepada peringkat penyiapannya banyak perkara yang diambil kira, standard-standard tertentu perlu diikuti, proses pemeriksaan dan kelulusan yang ketat, ujian-ujian keatas bahan-bahan yang ingin digunakan dan sebagainya.

Namun apa yang menjadi tanda-tanya kita selama ini adalah mengapa sebahagian jalan yang dibaiki dan diselenggara adalah tidak sama seperti ianya baru dibina dahulu. Kita dapat perhatikan pada jalan-jalan yang baru dibaik pulih, masih terdapat kerosakan serta ketidakselesaan pemanduan semasa melalui tempat-tempat tersebut. Begitu juga dengan tatacara keselamatan yang dipraktikkan semasa dalam proses penyelenggaraan tersebut dilakukan.

Jika jalan / lebuh raya baru yang hendak dibina, kontraktor yang terpilih mestilah mempunyai sijil, pengetahuan serta kemahiran yang diiktiraf oleh pihak Jabatan Kesihatan Dan Keselamatan Pekerja (JKKP) atau pun lebih dikenali sebagai pihak CIDB. Ia bertujuan bagi memastikan pihak kontraktor berkenaan memahami dan mempraktikkan standard-standard tertentu agar menjamin keselamatan pekerjanya di tapak bina serta orang awam di sekeliling kawasan pembinaan tersebut. Pihak ini akan memantau serta membuat pemeriksaan terhadap projek-projek pembinaan yang dilaksanakan dari segi kelematan dan kesihatan pekerja serta orang awam. Merekan akan memastikan setiap kerja-kerja yang dilakukan direkod dengan teliti dan disimpan bagi tujuan audit oleh pihaknya dikemudian hari.

Namun, perkara ini tidak ditekan dengan sewajarnya apabila satu-satu jalan itu melalui proses penyelenggaraan dan akibatnya banyak kerja-kerja penyelengaraan yang dilakukan di masa kini tidak menitik-beratkan tentang hal tersebut terutamanya terhadap pemandu-pemandu yang melalui kawasan tersebut terutamanya ketika waktu malam.

Kita dapat perhatikan setiap kerja-kerja penyelenggaraan yang dilakukan oleh kontraktor dilantik tidak mempratik serta melaksanakan perkara tersebut dengan sepenuhnya. Tanda-tanda amaran yang secukupnya tidak disediakan, mesin-mesin atau jentolak berada pada tempat yang tidak sepatutnya semasa kerja-kerja dilakukan, lampu-lampu amaran yang tidak cukup dan ada yang tidak dipasang langsung, pengawal trafik yang tiada atau jika ada pun ianya tidak terlatih, jika jalan dikorek, tiada penghadang diletakkan dan berbagai-bagai lagi.

Jika jalan dialihkan (divert), jalan alternatif tidak disediakan dengan sebaik mungkin, ianya tidak diturap dan diselenggara dengan baik dan berbagai-bagai lagi soal keselesaan dan keselamatan tidak dipraktikkan sama ada terhadap pekerja itu sendiri atau pun orang awam yang melalui kawasan tersebut.

Kadangkala pihak kontraktor melakukan kerja-kerja penyelenggaraan ketika waktu puncak dan ini telah menyebabkan kesesakan lalu lintas yang tidak sepatutnya berlaku. Padahal mereka boleh mengubah waktu bekerja tersebut sama ada ketika kenderaan tidak banyak atau pun ketika waktu malam.

Begitu juga dengan kerja-kerja penanaman paip-paip air dan utility-utiliti yang lain sama ada di kiri-kanan atau pun di atas jalan itu sendiri. Kebanyakkan kontraktor akan meninggalkan bahan-bahan pembinaan seperti tersebut serta bahan-bahan lain seperti batu agregat, pasir dan sebagai di tepi-tepi bahu jalan yang kadang-kala menutupi bahu jalan tersebut. Keadaan ini amat membahayakan pengguna jalan raya terutamanya terhadap penunggang motorsikal.

Mereka juga kadang-kala tidak menutupi lubang-lubang atau saluran yang dikorek semasa menghentikan operasi kerja mereka di waktu malam. Keadaan ini akan menambahkan penderitaan seseorang pemandu jika kemalangan berlaku di tempat tersebut. Jika berlakunya hujan dan saluran atau lubang tersebut dipenuhi oleh air, maka ia akan menjadi satu masalah kepada pemandu untuk memastikan sama ada tempat tersebut ( kebiasaannya di bahu-bahu jalan ) adalah rata atau pun berlubang. Keadaan ini juga boleh membawa kesan yang buruk kepada struktur jalan itu sendiri jika lubang-lubang atau saluran yang dipenuhi air dibiarkan terlalu lama. Untuk makluman saudara, setiap jalan yang dibina ( terutamanya lapisan atas ) di rekabentuk berada jauh dari paras air bagi mengelakkan kerosakan pada tapaknya ( foundation atau base ) yang akan boleh menghilangkan kestabilannya. Jika tapaknya dimasuki air maka akan berlaku pergerakan pada tapak dan secara tidak langsung akan menimbul serta menambahkan kesan-kesan retak pada lapisan atasnya ( premix ). Keadaan lebih buruk berlaku apabila lapisan atasnya terkopek ( pothole ) di jalan raya tersebut.

Kita juga dapat perhatikan, pihak kontraktor tidak membersihkan kawasan kerjanya apabila satu-satu kerja disiapkan. Debu-debu bertebaran serta Lumpur mencemari permukaan jalan. Keadaan ini boleh membahayakan kenderaan yang melalui kawasan tersebut terutamanya terhadap penunggang motosikal.

Kita difahamkan bahawasanya pihak JKKP berhak untuk menyaman serta menghentikan operasi satu-satu projek pembinaan jika ianya tidak mengikuti peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihaknya sendiri dan juga oleh pihak kerajaan. Apatah lagi jika kerja-kerja yang dilakukan itu boleh memberi kesan yang besar terhadap orang awam yang melalui kawasan tersebut jika terjadinya kemalangan di satu-satu kawasan tersebut.

Kita sedar bahawasanya kerja-kerja penyelenggaraan jalan adalah satu kerja yang tidak banyak modalnya dan jika difikir secara logiknya kontraktor tersebut sudah semestinya akan mengurangkan seberapa banyak kos yang diperuntukkan bagi menyiapkan kerja-kerja tersebut mengikut jadual. Namun jika soal keselamatan pengguna jalan raya yang lalu-lalang di kawasan tersebut tidak diambil kira, ianya sudah menjadi satu kesalahan bagi pihak kontraktor tersebut. Jika ditakdirkan berlakunya kemalangan di kawasan tersebut disebabkan oleh kecuaian sama ada dari pada pihak kontraktor atau pihak kerajaan ( JKR ) itu sendiri, orang awam berhak menyamannya dan ganti rugi terpaksa dibayar kepadanya. Jika mangsa tersebut hanya cedera ringan, kemungkinan kontraktor tersebut boleh membayar saman tersebut, tetapi jika berlaku kes-kes seperti kehilangan anggota badan, lumpuh seumur hidup dan meninggal dunia, berapa harga saman yang boleh dibayar jika keluarga mangsa tersebut menyamannya.

Oleh kerana kerja-kerja penyelenggaraan adalah kecil kosnya, maka sudah semestinya kerja-kerja tersebut dianugerahkan kepada kontraktor-kontraktor yang kecil seperti kontraktor Kelas F, E dan sebagainya malahan tidak pernah berdaftar sebagai kontraktor sekali pun. Mereka ini sudah semestinya tidak memahami dan tidak dilatih dengan soal-soal keselamatan di tapak bina. Kesedaran pihak ini terhadap keselamatan juga adalah terlalu rendah jika dibandingkan dengan kontraktor-kontraktor lain yang terlatih dan berpengetahuan. Pihak ini juga boleh dikatakan baru hendak menjinak-jinak dengan pembinaan satu-satu jalan raya dan mereka sudah semestinya tidak memahami dengan lebih mendalam proses-proses, standard-standard dan peraturan-peraturan yang diperlukan jika kerja-kerja yang melibatkan jalan raya atau lebuh raya itu sendiri.

Banyak jalan raya yang siap diselenggara tidak sempurna seperti yang diharapkan. Kerosakan berulang sering-kali timbul jika satu-satu kerja penyelenggaraan itu dilakukan. Kos pada asalnya adalah kecil tetapi ianya menjadi besar jika keadaan ini dibiarkan berterusan.

Apa yang saya hendak tekankan di sini adalah, soal keselamatan yang dipraktikkan semasa sesebuah jalan/lebuh raya itu diselenggarakan dan juga tentang kepakaran yang ada pada satu-satu kontraktor yang dilantik bagi menjalankan satu-satu kerja penyelenggaraan jalan/lebuh raya tersebut.

Disamping itu, pihak yang memberi kontrak, pihak yang dilantik dan agensi-agensi kerajaan yang terlibat juga sepatutnya dapat menilai dengan lebih ketat syarat-syarat kelulusan sebelum penganugerahan satu-satu kerja penyelengaraan jalan raya yang hendak dilakukan terhadap satu-satu kontraktor yang ingin dilantik. Pihak-pihak tersebut juga seharusnya dapat membuat pemeriksaan yang sepatutnya semasa kerja-kerja dilakukan agar kerja-kerja penyelenggaraan tersebut dilakukan dengan mengikut amalan-amalan, standard-standard dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan bagi satu-satu jalan / lebuh raya itu sendiri bagi mengelakkan kemalangan ke atas pengguna jalan raya tersebut. Di samping itu ia juga boleh mengelakkan pembaziran terhadap wang rakyat jika kerja-kerja yang dilakukan itu adalah tidak sempurna seperti yang diharapkan.

Alahai Bas..Alahai PDRM,LPKP,JPJ & Puspakom

Sebelum itu saya ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-50 kepada rakyat Malaysia yang akan kita sama-sama menyambutnya pada 31 Ogos nanti. Walaupun kita akan meraikan hari kemerdekaan kita tidak lama lagi namun terdapat insan yang sedih dan sedang meratapi pemergian saudara mara mereka. Mereka sedih kerana saudara mara atau anak beranak mereka telah meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya kerana terlibat dalam kemalangan baru-baru ini. Takziah saya ucapkan.

Kemalangan ngeri itu telah meragut sebanyak 20 nyawa dan ianya dikatakan adalah kemalangan yang paling ngeri dalam sejarah Negara ini. Kemalangan tersebut juga telah membuka mata banyak pihak sehinggakan berlakunya tunding menunding jari diantara pihak-pihak tertentu. Masing-masing cuba menegakkan benang yang basah. Lembaga Perlesenan, JPJ, Polis Trafik dan berbagainya lagi.

Banyak tindak balas yang diterima dari orang ramai. Bermacam-macam cadangan yang diberikan sama ada dari orang ramai atau pun dari pihak-pihak yang disebutkan tadi. Walau pun demikian, nasi sudah menjadi bubur. Kejadian telah pun berlaku malahan semakin menjadi-jadi sehingga ke hari ini. Saban hari kejadian kemalangan yang melibatkan bas ekspress semakin menjadi-jadi. Apa sebenarnya yang sedang berlaku???...

Saya percaya ada sesuatu yang tidak kena dengan perkara ini. Apakah puncanya..hanya mereka yang terlibat secara langsung sahaja yang mengerti dan tahu apakah puncanya keadaan tersebut berlaku. Namun saya secara peribadinya menyatakan bahawa salah satu punca utamanya kejadian tersebut adalah daripada pemandu itu sendiri. Setiap pemandu bertanggungjawab dalam memastikan perjalanan yang sedang dan akan dilakukannya adalah selamat. Pemandu tersebut perlu memastikan kenderaan yang ingin dipandunya adalah selamat. Pemandu tersebut perlu memastikan dirinya sendiri adalah berkebolehan dan bersedia untuk melakukan perjalanan. Pemandu tersebut yang bertanggungjawab terhadap penumpangnya.

Saya tidak akan memandu kereta jika tubuh saya letih. Saya tidak akan memandu kereta jika saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan kenderaan saya. saya tidak akan memandu jika saya tidak bersedia.

Walau pun begitu, kita tidak boleh salahkan pemandu itu sahaja. Banyak faktor yang patut diambil kira. Syarikat pengusaha bas, Pihak Perlesenan (LKPP), Puspakom, JPJ dan Polis Trafik. Tindak tanduk mereka ini juga merupakan salah satu penyumbang kepada kemalangan yang berlaku.

Saya juga pernah berulang-alik dengan menggunakan khidmat bas ekspress ini. Saya dapat perhatikan ada sesetengah bas yang digunakan adalah terlalu uzur untuk berada di jalan raya. Bukan sahaja luarannya tetapi merangkumi dalamannya. Saya tidak dapat gambarkan keadaan enjin dan sistem-sistem mekanikalnya yang lain. Adakah ianya berfungsi dengan baik atau tidak. Jika ianya dikatakan uzur, sudah semestinya kelengkapannya adalah yang lama dan ianya boleh dikatakan akan rosak bila-bila masa sahaja. Syarikat bas tersebut sememangnya tidak mempedulikan soal tersebut apatah lagi soal keselamatan penumpangnya. Mereka hanya mahukan untung sahaja dan tidak akan menghiraukan soal-soal kebajikan yang lain. Begitu juga dengan pemilihan pemandu. Adakah mereka memilih pemandu yang betul-betul berkebolehan dan tahu tanggungjawabnya sebagai pemandu. Adakah mereka telah menyiasat latar belakang pemandu tersebut sebelum mengambilnya bekerja. Adakah pemandu mereka telah dilatih untuk menjadi pemandu yang baik. Adakah pemandu mereka diberi layanan yang baik oleh mereka. Adakah gaji yang diterima oleh pemandu tersebut adalah setimpal dengan kerja yang dilakukannya. Adakah terdapatnya satu sistem yang baik diamalkan oleh pengusaha bas. Adakah mereka mempedulikan akan perkara-perkara tersebut?..Hanya pengusaha bas sahaja yang dapat menjawabnya.

Begitu juga dengan pihak Polis Trafik dan JPJ. Sepanjang saya memandu di jalan-jalan utama di Negara ini, boleh dikatakan akan terserempak dengan pihak terbabit. Mereka akan membuat sekatan jalan di mana-mana sahaja sehinggakan pernah beberapa kali saya terserempak dengan lima sekatan jalan raya sekaligus dilakukan di tempat-tempat yang berasingan dalam perjalanan ke destinasi. Saya tidak tahu apa yang mereka semak dan cari semasa sekatan itu dilakukan. Namun yang pastinya mereka akan memeriksa lesen dan kad pengenalan seseorang. Tahniah saya ucapkan kepada pihak tersebut kerana sanggup melakukan tugas dengan tidak kira waktu. Tetapi persoalannya, mengapa kenderaan yang usang tadi masih berjalan di atas jalan raya. Mengapa pemandu yang dikatakan mempunyai 15 saman malahan telah mendapat waran tangkap masih boleh memandu. Mengapa bas yang dikatakan mempunyai banyak saman itu masih berada di atas jalan. Mengapa lori-lori yang membawa muatan yang lebih masih boleh meneruskan perjalanan mereka tanpa diambil tindakan. Mengapa bas dan kenderaan berat yang dipandu laju tidak diambil tindakan. Mengapa kenderaan yang usang tadi tidak diambil tindakan. Mengapa dan mengapa..banyak persoalan yang timbul dan perlu dijawab oleh pihak terbabit kepada rakyat. Jika kita katakan mereka hanya meminta cukai segera ( rasuah ) di atas jalan dan di kedai kopi, sudah tentu ada yang melenting. Tetapi itulah hakikatnya mereka pada hari ini. Jika mereka benar-benar melakukan tugas masing-masing sudah tentu kenderaan-kenderaan serta pemndu-pemandu yang bermasalah itu tidak akan berada di jalan raya kita ini. Jika bukannya disebabkan oleh ‘cukai segera’, adakah mereka ini telah lalai dan melupai tugas sebenar mereka. Sudah tentu mereka tidak lalai dan melupai tugas masing-masing. Hanya mereka sahaja yang tahu jawapannya.

Bagi pihak LKKP pula, saya dapat melihat di bahagian belakang kenderaan-kenderaan berat perdagangan di tampal dengan poster LKKP yang mengandungi talian HotLine. Tetapi semuanya indah khabar dari rupa. Ada sesetengah orang ramai yang ingin mencubanya tetapi kecewa dengan layanan yang diterimanya. Apa gunanya poster tersebut dilekapkan jika ianya tidak membawa apa-apa makna. Lebih baik ditampal nombor TOTO terkini yang sememangnya dapat menarik minat orang ramai. Begitu juga dengan lesen-lesen yang dikeluarkan. Aduan telah diterima, rekod serta bukti telah ada tetapi tiada usaha pengharaman dilakukan terhadap pengusaha-pengusaha bas dan kenderaan berat yang lain yang bermasalah tersebut. Mereka masih menjalankan operasinya seperti biasa. Malahan berani membelakangkan undang-undang Negara. Jika diperhatikan baru-baru ini, pihak LKKP menyatakan bahawasanya syarikat Bukit Gantang telah lama ditutup operasinya. Tetapi mengapa bas kelolaan syarikat terbabit masih berada di jalan raya. Siapa yang menguruskannya. Mengapa pihak LKKP tidak tahu mengenainya sebelum ini. Apa yang mereka sedang buat. Apa yang mereka telah lakukan. Hanya pihak LKKP sahaja yang tahu apa yang mereka telah, sedang dan akan lakukan.

Sama sahaja dengan pihak Puspakom. Mengapa senyap sahaja. Adakah pihak anda tidak bersalah dalam hal ini?. Sebenarnya pihak Puspakom juga memainkan peranan yang penting dalam hal ini. Kadang-kadang saya bingung dengan pihak ini. Manakan tidak, kenderaan-kenderaan yang lama terutamanya lori dan bas yang sememangnya tidak selamat boleh lulus pemeriksaannya. Tengok dengan mata pun kita boleh katakan bahawasanya kenderaan tersebut akan runtuh dengan sendirinya bila-bila masa sahaja. Inikan pula pihak Puspakom telah membuat pemeriksaan yang teliti. Tetapi bas-bas dan lori-lori serta kenderaan yang dikategorikan sebagai sakit masih berada di atas jalan raya. Apa yang mereka periksa. Siapa yang meluluskan. Apa yang mereka buat. Hanya mereka sahaja yang tahu jawapannya.

Rentetan daripada peristiwa tersebut, banyak pihak membuka mata betapa seriusnya akan perkara ini. Sehinggakan Pak Lah sendiri yang bersuara dan mengeluarkan kenyataan. Saban hari kemalangan demi kemalangan telah berlaku di atas jalan raya kita. Kadang-kadang saya sendiri takut untuk memandu. Walau pun saya berusaha untuk menjadi pemandu yang berhemah tetapi orang lain yang menjadi punca kemalangan tersebut. Bayangkan sejak saya mula memandu sehingga sekarang, kereta saya telah dilanggar sebanyak empat kali ( kemalangan kecil ) oleh pemandu kita dan dua kali nyaris-nyaris terlibat dalam kemalangan yang boleh membawa kepada kecederaan parah atau pun maut jika ianya berlaku. Semuanya gara-gara pemandu yang tidak berhati perut. Kebanyakkan rakyat di Negara kita baru mengenali jalan raya. Baru mengenali kenderaan. Tidak sampai 30 tahun pun. Kesedaran pemandu untuk memandu di jalan raya dengan cara menghormati orang lain masih rendah. Mereka masing-masing ingin menunjukkan keegoan ketika di jalan raya terutamanya pemandu-pemandu kenderaan besar dan kenderaan-kenderaan yang berat. Mereka tidak peduli dengan orang lain kerana mereka sedar jika berlakunya kemalangan, paling tidak pun mereka hanya cedera ringan sahaja dan lawannya sudah pasti akan lebih parah berbanding dengannya. Mereka menjadi besar kepala dengan apa yang mereka bawa.

Saya juga ingin mencadangkan kepada pihak yang mewakili pengusaha bas serta kenderaan perdagangan agar meneliti apa yang mereka sepatutnya lakukan. Wakil pekerja kenderaan tersebut perlu diadakan untuk mendengar rintihan masalah yang mereka lalui. Jadikanlah profesion pemandu bas sebagai kerjaya yang professional dan mempunyai standardnya yang tersendiri. Hargailah mereka.

Pihak-pihak agensi kerajaan juga perlulah lakukan apa yang mereka sepatutnya lakukan. Kerajaan menubuh serta memperuntukkan begitu banyak perbelanjaan untuk pihak-pihak tuan menjalankan kerja bagi memastikan kenderaan-kenderaan yang berada di jalan raya adalah selamat untuk semua. Jika tuan tidak melakukan kerja dengan jujur dan amanah, siapa lagi yang hendak dipercayai. Lebih baik tutup sahaja agensi tersebut jika fungsi dan tangungjawabnya tidak dilakukan dengan sebaik mungkin. Jalan raya di Negara tidak selamat selagi mereka ini dibiarkan berleluasa di atas jalan raya. Carilah formula yang lebih berkesan untuk menagani permasalahan ini. Jangan sampai kena batang hidung sendiri baru hendak bertindak.

Dua Bangsa Yang Tidak Mengenang Budi Bangsa Melayu

Tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut hari kemerdekaan bagi Negara kita. Tarikh keramat itu merupakan satu tarikh yang diingati oleh seluruh rakyat Negara ini. Bermula dari tarikh tersebut semua rakyat Malaysia tidak kira suku kaum, bangsa dan agama meraikannya pada setiap tahun. Seluruh rakyat Malaysia bergabung tenaga membangunkan Negara, berkongsi setiap apa yang ada di bumi bertuah ini. Berpegang kepada prinsip perkongsian ini, Negara mengecapi kestabilan politik, keamanan dan pembangunan menyeluruh seperti ekonomi, social, kebudayaan dan sebagainya yang berterusan sehingga ke hari ini.

Namun pada akhir-akhir ini wujud suara-suara yang boleh dikatakan cuba untuk menggugat dan sekali gus memecahkan tradisi lama yang telah di persetujui bersama oleh pemimpin-pemimpin serta pejuang-pejuang tanah air yang terdahulu iaitu dengan menuntut hak yang melampau bagi pihak masing-masing. Wakil daripada etnik India dan Cina masing-masing telah mencurahkan niat serta keinginan bangsa masing-masing kepada kerajaan. Mereka menyatakan dengan niat kononnya untuk mendapatkan ‘keadilan’ bagi pihak bangsa mereka.

Apa yang adil dan apa yang tidak adil kita sendiri tidak faham, malahan kemungkinan mereka sendiri tidak faham apa yang adil dan apa yang tidak adil. Mereka ini diibaratkan cuba menjolok sarang tebuan atau pun mereka ini cuba-cuba untuk ‘ mengail’ ikan di daratan dan berharap umpannya dimakan oleh ‘ikan-ikan’ yang besar lagi gagah di dalam Negara ini.

Mereka sudah berani untuk membuat tuntutan yang orang melayu sendiri tidak pernah menuntut dan mungkin juga tidak pernah terfikir untuk menuntutnya. Mereka telah lupa, orang melayu sudah terlalu banyak ‘bertolak-ansur’ dengan mereka. Mereka sudah lupa di mana asal usul mereka. Mereka telah lupa apa yang mereka ( pemimpin mereka yang terdahulu ) berjanji kepada bangsa melayu di suatu masa terdahulu. Mereka sudah lupa siapa mereka dan siapa bangsa melayu. Mereka lupa segala-galanya, pengorbanan, pemberian, penganugerahan dan sifat orang melayu yang paling agung ‘orang memberi kita menerima, orang berbudi kita berbahasa’. Mereka lupa di mana mereka berdiri. Mereka lupa kata-kata nenek moyang mereka.

Jika kita toleh sedikit mengenai sejarah kedua-dua bangsa ini, mereka mempunyai Maharaja/Raja masing-masing tetapi kini Maharaja/Raja mereka telah hilang dalam sejarah mereka sendiri. Sejarah mereka membuktikan bahawasanya kedua-dua bangsa ini akan berperang sesama sendiri, saling bunuh membunuh, membuat kacau bilau dan yang paling perit sekali ialah mereka ini meruntuhkan Negara mereka sendiri di suatu masa dahulu. Mereka akan bersekongkol dengan bangsa asing untuk menjatuhkan kerajaan mereka. Kita lihat pada hari ini, Negara asal mereka masih tidak lagi dalam keadaan yang stabil, kemiskinan melampau masih berleluasa, perebutan kuasa masih berlaku dan berbagai-bagai lagi permasalahan yang timbul di ketika ini berhubung dengan kedua-dua Negara tersebut yang dikenali sebagai China dan India.

Jika kita lihat sejarah Negara China, Hong Kong jatuh ke tangan British manakala Taiwan jatuh ke tangan Belanda. Negara mereka terbahagi-bahagi kepada beberapa banyak bahagian. Mereka saling berperang dan berperang sesame sendiri malahan ada yang sanggup bersekongkol dengan bangsa asing bagi menakluki Negara mereka. Di zaman keghairahan pihak Jepun untuk menawan dunia semasa Perang Dunia Ke-2 juga kita dapat menyaksikan pihak Jepun menang mudah keatas Negara yang begitu besar dan ramai penduduknya. Negara China boleh dikatakan adalah salah satu Negara yang terawal bertamadun di dunia ini. Mereka mempunyai system pentadbiran yang sistematik, segalanya tersusun. Tetapi kenapa dan mengapa boleh terjadi begini, jawapan yang paling asas dan mudahnya adalah mereka tidak bersatu padu dan mementingkan diri sendiri. Mereka tidak peduli pesanan nenek moyang mereka.

Begitu juga dengan Negara India, mereka juga asyik berperang sesama sendiri. Negara mereka juga luas tetapi nikmat keamanan tidak wujud dalam Negara mereka. Rakyat mereka kebuluran di sana-sini, pembangunan tidak menyuluruh, ekonomi tidak stabil dan Negara mereka juga boleh dikategorikan sebagai salah satu Negara yang miskin di dunia ini.

Jika kita meneliti latar belakang kaum ini, mereka boleh dikategorikan sebagai pendatang dan pengkhianat kepada bangsa serta Negara asal mereka. Mereka lari meninggalkan Negara dan tidak sanggup sama-sama berjuang dengan perajurit mereka untuk mempertahankan Negara asal mereka suatu masa dahulu.

Mereka ini tidak peduli siapa itu Raja, siapa itu pemimpin Negara, siapa itu pengkhianat, apa itu Negara, apa itu kemerdekaan, apa itu perlembagaan Negara, apa itu keharmonian dan sebagainya lagi. Mereka hanya pentingkan survival diri sendiri. Selagi mereka boleh menumpang dan mencekik di mana-mana sekali pun, mereka akan berada di situ. Mereka akan sedaya upaya akan menyelamatkan diri mereka sendiri. Mereka ini diibratkan seperti parasit yang membaham serta memusnahkan mangsanya secara perlahan-lahan. Pedulikan hak orang lain janji kita dapat apa yang kita mahukan. Selamatkan diri kita dulu baru selamatkan orang lain. Dapatkan seberapa banyak harta yang boleh dan jangan pedulikan orang lain.

Itulah sifat-sifat yang ada pada mereka ini. Sehingga ke hari ini ada sesetengah daripada mereka ini masih mengagung-agungkan Negara asal mereka. Padahal mereka telah lupa bahawa mereka adalah pengecut dan pengkhianat yang telah berpaling tadah terhadap Negara mereka suatu masa dahulu.

Bermain-main di fikiran kita, adakah mereka ini akan sanggup mengadaikan jiwa raga mereka dan sanggup berkorban kepada Negara ini demi menjaga maruah dan kedaulatannya. Adakah kata-kata patriotik yang keluar dari mulut mereka adalah tulus dan suci dari hati dan nurani yang ikhlas. Adakah kata-kata tersebut untuk menyedapkan telinga bangsa melayu yang mendengarnya namun hakikatnya hati mereka kosong tentang hal-hal yang berkaitan dengan Negara ini. Siapa tahu hati masing-masing.

Mereka tidak sedar mereka sebenarnya adalah bangsa pendatang pada suatu masa dahulu. Mereka datang dan menumpang di tanah milik orang melayu. Mereka meminta belas ehsan orang melayu pada suatu masa dahulu. Ketika itu hidup mereka diibaratkan seperti ‘telur di hujung tanduk’ sahaja. Orang melayu sanggup ‘memberi dan berkongsi bersama mereka’. Banyak keistimewaan yang telah orang melayu berikan kepada mereka. Mereka telah lupa pengorbanan orang melayu terhadap mereka. Mereka kononnya hanya menuntut hak mereka tetapi mereka tidak sedar apa yang mereka tuntut itu adalah hak orang melayu. Hak orang melayu yang telah sekian lama dipersetujui dan diperakui oleh permimpin mereka suatu masa dahulu.

Mereka perlu sedar, mereka adalah rakyat pendatang di Negara ini dan mereka seharusnya bersikap seperti orang asing yang telah diberi keistimewaan. Mereka seharusnya ingat semua itu. Kini mereka dibenarkan beranak pinak, menggerakkan kebudayaan dan agama masing-masing, menjalankan ideology masing-masing dan sebagainya di Negara ini. Mereka sepatutnya berterima kasih kepada orang melayu. Mereka tidak sepatutnya menyentuh perasaan orang melayu dan cuba untuk mengambil hak-hak yang telah diperuntukkan kepada orang melayu.

Sudah sampai masanya bangsa melayu meminta balasan daripada bangsa-bangsa tersebut. Mereka dikategorikan sebagai bangsa yang lebih berada berbanding dengan bangsa melayu. Sudah sampai masa mereka menolong dan menyokong bangsa melayu. Mereka telah pun dapat berdiri dengan kaki sendiri. Kegiatan ekonomi mereka telah berkembang dan telah mencapai kemuncaknya. Mereka telah bersedia dan berkemampuan untuk membalas jasa orang melayu terhadap mereka.

Kini kita akan menyambut hari kemerdekaan yang ke-50. Sepatutnya tidak kira apa suku, bangsa dan agama di Negara ini meraikannya bersama-sama. Sama-sama syukur dengan apa yang telah diperolehi. Sama-sama bergandingan menuju kearah kebaikan bersama. Negara ini pada hari ini adalah kerana kestabilannya dan kestabilan tersebut berpunca daripada sikap kerjasama dan kerja keras semua bangsa yang ada di Negara ini.

Tiada gunanya kita menyambut kemerdekaan jika jiwa dan fikiran masing-masing tidak merdeka. Masing-masing menyimpan rasa curiga terhadap bangsa-bangsa tertentu. Masing-masing menyimpan rasa tidak puas hati, iri hati dan marah terhadap bangsa lain ( terutamanya terhadap bangsa melayu ). Itu adalah tidak kena pada tempatnya. Berilah sedikit kelebihan kepada bangsa melayu agar bangsa melayu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa lain di Negara ini.

Kunci kejayaan Negara adalah kerana sikap tolong menolong, perkongsian dan perpaduan antara kaum. Pegangilah prinsip ini dan ianya perlu diperturunkan dari generasi ke generasi agar Negara ini tidak rosak seperti yang terjadi pada suatu masa dahulu. Jangan jadikan pentas politik untuk kepentingan tertentu. Pemimpin yang rosak akan merosakkan Negaranya. Selamatkanlah negaraku tercinta ini daripada anasir-anasir yang boleh merosakkannya. MERDEKA…MERDEKA…MERDEKA….

Namawee Pengkhianat Negara

Saat 31 Ogos akan disambut tidak lama lagi oleh rakyat dan mereka yang dipanggil warganegara Malaysia. Saat itu merupakan saat merdekanya negara dari unsur-unsur penjajahan oleh penjajah-penjajah. Saat tersebut adalah saat rakyat di negara ini meraikan kebebasan yang diperolehi dan kebebasan yang diingini sebelum ini. Merdekanya Negara, merdekanya bangsa, merdekanya keluarga, merdekanya diri sendiri. Merdeka keseluruhannya… Merdeka dari penindasan Bangsa Kulit Putih, merdeka dari ancaman Komunis, merdeka dari segi pemikiran dan merdeka dari pelbagai segi.

Pada hari ini rakyat Malaysia telah menikmati apa yang dipanggil Merdeka. Perjuangan orang-orang yang terdahulu. Mereka seharusnya berterima kasih, bersyukur dengan apa yang telah dinikmati selama ini.

Kini, wujud seorang manusia berstatus warganegara bernama Namawee. Dia dilahirkan di Negara yang aman damai, rakyatnya berbilang kaum dan hidup harmoni. Namanya terkenal di seluruh dunia. Dia juga bijak dalam melakukan sesuatu. Tidak dapat dinafikan kebolehan yang ada padanya.

Namun manusia yang bernama Namewee ini adalah pengkhianat kepada Negara. Pengkhianat kepada Rakyat Malaysia, Pengkhianat kepada kaumnya sendiri (kaum cina), pengkhianat kepada Yang Di Pertuan Agong, pengkhianat kepada bangsa melayu, musuh kepada agama islam, pengkhianat kepada ibu bapanya dan sebagainya lagi. Dia adalah penjenayah dan pengkhianat Negara.

Semasa memandu kenderaan, kita akan disaman jika tidak membawa lesen yang asal ( kesalahan yang paling kecil ) walaupun kita merayu dan memohon maaf kepada anggota polis tersebut. Inikan pula kesalahan yang besar. MENGKHIANATI NEGARA. Besar mana kesalahan tersebut saya tidak dapat bayangkan. Jika dahulu mereka yang mengkhianati mana-mana satu perkara seperti yang di sebut di atas tadi akan dikenakan hukuman yang berat, seperti dibuang taraf kerakyatannya, hukuman bunuh, dipenjarakan, dibuang daerah dan sebagainya. Jika pengkhianatannya terhadap Yang Di Petuan Agong ddan Negara, Beliau sahaja yang layak memaafkan orang seperti ini. Orang lain tidak layak untuk memberi ruang kepada orang yang bernama Namewee ini. Perkara ini telah ditetapkan di dalam Perlembagaan Negara.

Semasa di sekolah kita diajar untuk menghormati lagu kebangsaan. Semuanya berdiri sebagai tanda penghormatan. Di sekolah juga kita diajar berdisiplin. Jika kita melakukan kesalahan, denda akan dikenakan. Hukuman akan dilakukan. Begitulah dengan lumrah hidup. Setiap kesalahan yang kita lakukan akan dikenakan hukuman. Hukuman untuk mengajar dan sebagai peringatan kepada orang lain agar tidak melakukan perkara yang sama di kemudian hari. Begitulah dengan kes ini. Namewee kena membayar apa yang telah dia lakukan. Perasaan rakyat telah terguris, dia telah bermain dengan api yang akan membakar negaranya sendiri.

Manusia bernama Namawee bukannya budak yang baru belajar untuk mengenali apa yang salah dan apa yang betul. Dia telah matang dan boleh berfikir yang mana betul dan yang mana salah. Dia telah melepasi tahap Juvana seperti yang telah ditetapkan. Dia tahu apa yang dia buat. Dia memang sengaja melakukannya agar perasaan rakyat Negara ini sedih di saat ingin menyambut hari Merdeka.

Meminta maaf sahaja tidak cukup. Dia mesti dikenakan hukuman. Permohonan maafnya tidak boleh diterima. Hanya Yang Di Pertuan Agong sahaja yang boleh memaafkannya. Bukan menteri yang besar atau menteri yang kecil yang layak memaafkannya.

Namewee, anda telah mengkhianati Negara anda.

Orang UMNO dulu, kini dan selamanya

Saya menulis bukan untuk mendapat perhatian, saya menulis bukan untuk suka-suka, saya menulis bukan untuk memburukkan keadaan. Saya adalah boleh dikategorikan sebagai budak muda yang separuh masak dalam hidup ini. Separuh masak dalam segala segi. Saya hanya mengenali apa itu politik semasa berumur belasan tahun. Saya dilahirkan selepas 20 tahun merdeka. Saya masih mentah dan memerlukan tunjuk ajar. Tunjuk ajar dari dari semua orang untuk saya memahami kehidupan ini.

Saya mula mengenali UMNO ketika berumur belasan tahun. Saya amat kagum dengan apa yang UMNO cuba bawakan. Seruan UMNO berlegar-legar di dalam fikiran saya. Bangkitlah bangsa melayu..Majulah bersama UMNO..Majulah Agama dan Negara. Pemimpin-pemimpin UMNO bersatu hati melaungkan ideologi tersebut. Semuanya menuju kearah itu. Banyak yang kita kecapi dari apa yang telah UMNO bawakan ketika dibawah kepimpinan pemimpin-pemimpin UMNO yang lalu.

Saya masih ingat sewaktu Tun Dr. Mahathir melafazkan kata-kata bahawasanya beliau akan bersara dan beliau dengan penuh keyakinan menyerahkan TUGAS BELIAU YANG BELUM SELESAI kepada Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Ketika itu (semasa pengumuman persaraannya), ramai AWAK-AWAK UMNO dalam mesyuarat tersebut menangis kesedihan mendengar perkhabaran tersebut. Saya sendiri mengakui menitiskan air mata bila mendengar seorang pemimpin (yang saya sanjungi sejak saya mula mengenalinya iaitu ketika berumur belasan tahun ) ingin bersara. Bermacam-macam cara dilakukan bagi menunjukkan rasa sedih dan terharu terhadap persaraan Tun pada ketika itu. Namun kesedihan itu terubat bila Tun mengumumkan penggantinya adalah Dato' Seri abdullah Ahmad Badawi. Bukan saya seorang sahaja yang merasakan begitu tetapi seluruh rakyat jelata menyatakan pilihan yang dibuat oleh Tun adalah tepat sekali. Semangat UMNO kembali berkobar-kobar. AWAK-AWAK UMNO menyatakan sokongan sepenuhnya kepada Pak Lah. Sokongan bukan sekadar cakap-cakap sahaja. Cuba lihat keputusan pilihanraya pertama kali semasa Pak Lah memegang tampuk pemerintahan. Saya begitu bersemangat untuk pulang mengundi ( ketika itu saya bekerja di Johor Bharu ) bagi memberi sokongan kepada UMNO dan menunjukkan sokongan kepada Pak Lah kita. Keputusan pilihanraya tersebut adalah bukti kepada kita bahawasanya pilihan Tun adalah betul dan rakyat menyukai kepimpinan yang ada pada Pak Lah.

Namun saya keliru dengan keadaan yang berlaku di akhir-akhir ini. Keliru dengan keadaan terumbang-ambing perahu yang dinaiki oleh orang-orang UMNO. Pada hari ini saya sangat sedih dan terharu dengan apa yang berlaku kepada AWAK-AWAK UMNO yang sibuk dan saling menuduh antara satu sama lain. Bermula dari atas sehingga ke peringkat bawahan masing-masing menyatakan sokongan kepada orang itu dan orang ini sebagai pemimpin mereka. Padahal mereka semua adalah orang UMNO. Apa yang mereka mahukan...adakah mereka mahukan kuasa, mahukan ganjaran, kedudukan, perhatian, atau apa saja yang bermain dalam fikiran masing-masing.

Saya telah membaca setiap apa yang ditulis di dalam Blog2 berkaitan isu-isu semasa politik di negara kita. Banyak isu cuba diketengahkan oleh mereka tentang seseorang individu penting negara. Ada yang menuduh, ada yang dituduh, ada yang mencarut, ada yang membuat nakal, ada yang menyokong, ada yang membenci dan sebagainya termasuklah pendedahan itu dan pendedahan ini yang semuanya menyatakan bahawasanya mereka adalah benar

AWAK-AWAK UMNO tengah berperang sesama sendiri, ada juga yang ingin membunuh Kapten, ada juga yang ingin membunuh bekas Kapten yang juga guru kepada Kapten pada masa ini, ada juga yang ingin membunuh kedua-duanya sekali. Ada yang ingin melaga-lagakan Kapten dengan orang kanannya. Melaga-lagaka orang Kanan Kapten dengan orang-orang tertentu dan bermacam-macam cerita ceriti yang memang membosankan jika kita membacanya. Kadang-kadang saya naik meluat membaca apa yang ingin disampaikan.

Saya dapat merasakan AWAK-AWAK UMNO sedang berperang untuk merebut jawatan di dalam UMNO. Kadang-kadang saya sedih..sedih kerana masa yang ada digunakan untuk berperang sesama sendiri dan bukannya digunakan untuk mencari jalan bagi membantu orang melayu amnya dan anak-anak melayu khususnya. Ada yang ingin naik, ada yang menjadi batu api, ada yang berkecuali dan berbagai-bagai lagi. Bukan sahaja di peringkat tertinggi UMNO. Tetapi peperangan ini sedang merebak di keseluruhan negeri, daerah dan kampong-kampung. Mereka bercakap pasal kedudukan yang perlu diisi di dalam UMNO. Siapa yang layak dan siapa yang tidak layak. Tiada langsung percakapan tentang misi yang ingin dibawa. Tiada langsung percakapan tentang masalah orang melayu. Tiada langsung percakapan tentang kecelakaan yang sedang bangsa melayu hadapi. Tiada langsung percakapan tentang nasib anak-anak muda melayu. Mereka membuang masa, tenaga dan wang ringgit bercakap mengenai KEDUDUKAN di dalam UMNO.

Kita tidak payah pergi kepada peringkat Menteri. Hanya lihat kepada peringkat ketua cawangan dan mereka yang dipanggil YB di tempat masing-masing. Apa yang mereka fikirkan..Projek..Projek..Projek..Untung..Untung..Untung..Duit..Duit..Duit..sokong itu..sokong ini..lawan itu..lawan ini..( sesama sendiri ) tetapi mereka tidak fikir macamana keadaan penduduk kampung atau di sesesuatu kawasan ( Orang-orang melayu ) yang telah memberi kepercayaan kepada mereka. Apa orang melayu dapat jika dia menjadi pemimpin. Apa racangan mereka untuk anak-anak muda melayu jika mereka menjadi ketua dan pemimpin.

Jika UMNO diibaratkan sebagai sebuah perahu, dahulu Kaptennya adalah TUN dan kini Kaptennya adalah Pak Lah. Jika kita mengambil kira apa yang diperkatakan di dalam blog-blog internet tersebut adalah benar, saya secara terang menyatakan tidak berani untuk menaiki perahu UMNO ini. Jika saya menaikinya, risikonya adalah terlalu tinggi. sama ada saya akan mati lemas jika perahu tersebut akan tenggelam, saya mati terbunuh, dibunuh atau pun saya akan mati dengan cara membunuh diri. Saya juga mungkin tidak sampai ke destinasi seperti diperkatakan oleh pihak UMNO. Saya akan hanyut dibawa arus dan mungkin tersadai di mana-mana tempat yang saya tidak tahu di mana berada.

Dahulu ( semasa saya kecil ) orang melayu sokong UMNO kerana perjuangannya. Pemimpin-pemimpinnya amat cekal mempertahan serta memperjuangkan martabat agama, bangsa dan negara. Namun kini apa yang saya nampak UMNO adalah satu parti untuk orang melayu tertentu menjadikannya batu loncatan untuk mencari keuntungan ( mungkin bukan semua ). Mereka-mereka ini mempergunakan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat untuk kepentingan pribadi (mungkin bukan semua).

Cuba tanya ketua cawangan, apa yang mereka nak buat jika menjadi Ketua..Sudah tentu jawapannya nak bagi pembangunan. Pembangunan yang macam mana tu??? nak buat jalan..nak buat sekolah..nak buat itu..nak buat ini dan macam2 lagi dia nak buat. Tanya pula wakil rakyat..dia cakap nak majukan kawasan itu...tanya pula ahli parlimen...nak bangunkan daerah dia..tanya menteri..jawapannya lebih kurang sama..saya maksudkan jawapan itu bukan semuanya memberikan jawapan tersebut..tetapi kebanyakkannya itulah jawapannya. Dengan kata lain..Projek..Projek..Projek.

Di peringkat menteri dan pembuat dasar ada menyebutkan untuk memajukan bangsa melayu..tetapi apabila ianya sampai di peringkat bawahan..lain pula yang jadi..Bangsa melayu masih sama..hanya mereka yang tertentu sahaja memperolehi apa yang diperkatakan. Pemikiran orang kampung masih sama. Tidak banyak yang berubah sejak dari saya kecil sehingga sekarang. Orang melayu kampong hanya pandai mencari rezeki sekadar untuk hidup sahaja. Orang melayu kampong masih agung-agungkan orang bukan melayu. Orang melayu kampong masih rendah diri. Orang melayu kampong masih tidak tahu apa itu wawasan Negara. Orang melayu kampong masih tertanya-tanya apa itu dasar kerajaan. Orang melayu kampong masih sesat di tengah jalan. Orang melayu kampong tidak kenal pemimpin mereka. Orang melayu kampong tidak tahu apa yang terjadi. Orang melayu kampong terus ketinggalan dan ditinggalkan. Orang melayu kampong masih ada yang hidup seperti di zaman 80an lagi. Orang melayu kampong masih tidur dan tiada siapa yang mengejutkan mereka dari tidur. Anak-anak melayu hilang arah. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Anak-anak melayu dibiarkan. Anak-anak melayu tidak tahu apa perjuangan UMNO. Mereka tidak peduli. Orang melayu masih susah untuk berniaga. Orang melayu mencari-cari tempat untuk mengadu masalah. Orang melayu masih tersisih. Orang melayu masih ketinggalan dan ditinggalkan oleh pemimpin mereka. Nasib pelajar melayu yang telah menamatkan pengajian masih dalam keadaan terumbang ambing. ORANG MELAYU SEMAKIN LAYU

Di zaman Tun, peluang dibuka seluas-luasnya kepada orang melayu untuk berniaga. Tetapi pemimpin dan orang yang diberi kepercayaan oleh orang melayu untuk membangunkan orang melayu telah melupakan orang melayu. Mereka telah mengkhianati bangsa melayu. Mereka diberi kepercayaan oleh pemimpin-peminpin UMNO agar membantu bangsa melayu, tetapi mereka lebih suka berurusan dengan orang bukan melayu. Mereka mengambil sedikit sahaja dari kekayaan UMNO dan Negara tetapi memberikan keseluruhan kekayaan tersebut kepada bangsa lain. Mereka juga telah menjadikan bangsa lain mendapat lebih dari bangsa melayu. Demi mendapat keuntungan yang cepat disamping mengelakkan kekayaan tersebut jatuh ke tangan melayu lain, mereka sanggup bersekongkol dengan bangsa lain. Mereka telah diperbodohkan oleh bangsa lain. Kini, kita dapat lihat apa yang bangsa melayu dapat, semuanya mengigit jari. Pemimpin UMNO tersebut ( Bangsa Melayu ) telah dipergunakan oleh bangsa lain. Pemimpin yang diberi tanggungjawab inilah yang telah menghampakan hasrat orang melayu. Siapa pemimpin itu..Orang melayu kita..Orang UMNO sendiri. Walau pun ditegur oleh Tun..mereka masih tidak mendengarnya malahan melenting dan membuat kacau agar keadaan menjadi kelam kabut. Itulah dia Pemimpin Melayu di dalam UMNO yang menjadi pengkhianat kepada bangsa, agama dan negara

Mengapa bangsa lain berkerumun di kawasan Bandar-bandar. Mengapa mereka lebih suka berada di sana. Mengapa bangsa lain lebih kaya dari bangsa melayu. Mengapa bangsa melayu masih memanggil bangsa lain ‘Taukeh’. Mengapa bangsa melayu masih rendah diri dengan bangsa lain. Mengapa bangsa melayu masih menjadi kuli dan balaci kepada bangsa lain. Padahal sudah 50 tahun UMNO melaung-laungkan Dasar Ekonomi Baru. Dasar untuk orang melayu. Dasar kesamarataan ekonomi antara bangsa-bangsa di Negara ini. Sebagai manusia, jika umur telah mencecah 50 tahun kita ingin melihat diri kita tidak lagi hidup tersempit dan melarat. Tetapi bangsa melayu masih hidup pada tahap yang sama sepeti 50 tahun yang lalu. Cuma yang berubah dari segi fizikal Negara ( bangunan-bangunan tinggi, jalan raya ) tetapi pemikiran orang melayu masih sama. Mengapa keadaan ini terjadi. Pemimpin-pemimpin UMNO perlu menjawabnya. Apa yang mereka telah lakukan untuk bangsa mereka sejak 50 tahun dahulu. Pemimpin utama mempercayai mereka..tetapi mereka telah mengkhianatinya. Mengkhianati bangsa mereka.

Memang betul kerajaan memberikan keutamaan kepada bangsa melayu. Semuanya kepada bangsa melayu. Tetapi mengapa yang mendapat bahagian yang lebih adalah bangsa lain. Dimana silapnya. Siapa yang melakukannya. Orang itu tidak lain adalah bangsa melayu, pemimipin melayu dan orang-orang UMNO itu sendiri yang melakukannya. Sebagai contohnya, setiap projek kerajaan sememangnya banyak diperolehi oleh orang melayu ( Pemimpin UMNO ). Tetapi operasinya dilakukan oleh bangsa lain. Sumber kewangan daripada bangsa lain, orang-orang yang penting adalah dari bangsa lain, jentera-jentera adalah dari bangsa lain, alat-alat ganti dari bangsa lain. Bahan-bahan pembinaan dari bangsa lain. Dengan kata lain, semuanya dari bangsa lain. Bangsa melayu hanya layak menjadi orang yang tidak penting dan menjadi kuli-kuli kepada ‘taukeh-taukeh’ tersebut. Deretan kedai-kedai di Bandar-bandar utama kepunyaan bangsa lain. Orang melayu menjadi pengguna dan bangsa lain menjadi pembekal. Dimana silapnya..pemimpin-pemimpin UMNO perlu menjawabnya. Pemimpin UMNO perlu memikirkannya. Di mana silap mereka.

Sudah 50 tahun UMNO berkuasa. Tetapi perangai pemimpin-pemimpin UMNO masih seperti dahulu. Malahan lebih teruk dari dahulu. Mereka hanya mementingkan diri sendiri dan keluarga sahaja. Mereka hanya suka berpolitik. Mereka hanya mahukan kerusi di dalam UMNO. Sebelum mendapat kerusi tersebut, mereka sanggup turun ke padang tidak kira siang dan malam bertemu orang melayu. Tetapi bila telah mendapat kerusi tersebut, mereka turun pula bertemu dengan bangsa lain untuk mengatur apa yang mereka mahukan. Pedulikan bangsa melayu yang memberi kepercayaan kepada mereka. Bangsa melayu kononya tidak boleh memberikan apa-apa ( seperti yang dimahukannya ) kepada pihaknya. Hanya bangsa lain yang boleh diharapkannya. Mereka telah lupa tanpa bangsa melayu tersebut, mereka tidak akan berada ditempat tersebut. Bangsa lain tidak akan memberi muka kepada mereka. Bangsa lain tidak kenal siapa mereka. Mereka adalah wakil orang melayu yang diangkat oleh orang melayu tetapi mereka telah mengkhianati orang melayu yang sebangsa dengannya.

Jika pemimpin UMNO mengambil berat kepada bangsa melayu sejak 50 tahun dahulu..sudah tentu kita akan dapat melihat deretan-deretan kedai kepunyaan orang melayu di Bandar-bandar utama. Orang melayu sudah menjadi ketua dalam setiap apa yang dilakukan. Orang melayu sudah setaraf malahan lebih tinggi darjatnya dari bangsa lain. Orang melayu hanya berkuasa dalam jabatan kerajaan..tetapi bila keluar pejabat mereka menjadi balaci kepada bangsa lain. Begitu juga dengan wakil rakyat UMNO. Sama sahaja..bila mahukan undi, kempennya bergegar untuk orang melayu..tetapi disekelilingnya taukeh-taukeh dari bangsa lain yang ingin mendapat untung. Orang melayu hanya bersorak dan bangsa lain menunggu habuan. Itulah orang UMNO yang juga bangsa melayu.

Dimana pejuang-pejuang tulen orang melayu. Dimana pembela orang melayu. Dimana pemimpin melayu...mereka semuanya sedang bercakaran sesama sendiri. Mereka sedang mengejar sesuatu. Mereka sedang tidur lena. Mereka sedang seronok dengan diri mereka sendiri.

Begitu juga dengan parti PAS. Kempennya adalah ISLAM. Itu ISLAM..Ini ISLAM..semuanya ISLAM. Tetapi apa yang mereka ingin sebenarnya. Hanya Tuan Guru Nik Aziz sahaja yang disegani. Pemimpinnya yang lain adalah haprak. Sudah lebih 15 tahun memerintah Kelantan. Apa yang mereka telah berikan kepada rakyat kelantan. Jika dahulu saya pernah mendengar itu haram..ini haram keluar dari mulut pemimpin Pas..tetapi kini sudah menjadi halal. Apa ini semua..mereka bermain dengan agama..mereka tidak ubah seperti seperti orang-orang yang dikatakan munafik. Halal jika mereka yang ingin dan lakukan dan ianya menjadi haram jika pihak lain yang ingin dan lakukan. Mereka tidak membantu melayu. Mereka hanya menyusahkan melayu. Jika mereka benar-benar ingin mendaulatkan bangsa, agama dan Negara..mana bukti yang telah mereka tunjukkan. Sejak 15 tahun Pas memerintah kelantan. Hanya cakap kosong yang kami perolehi. Orang melayu kelantan semakin mundur. Jika UMNO mendapat tujuh (7) markah..Pas mendapat markah yang negative (-ve). Ini perbandingan dalam keupayaan untuk membangunkan orang melayu sahaja. Pihak Pas perlu memikirkan semula wadah perjuangan mereka demi untuk orang melayu.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim ( Bekas Timbalan Perdana Menteri ) ini pun satu. Jika beliau tidak gelojoh semasa berada di bawah naungan Tun dahulu sudah pasti beliau akan menjadi orang nombor satu dalam UMNO. Saya percaya, penyingkirannya dari UMNO adalah bersebab. Sememangnya sebab yang tidak dapat dimaafkan oleh Tun. Jika dahulu Dato’ Seri Anwar adalah idola saya. tetapi kini saya sudah merasakan menyampah bila mendengar namanya. Menyampah bukan sebab kesalahannya. Tetapi menyampah kerana beliau telah belok terhadap bangsa melayu.Tun masih teguh berdiri tetapi Dato’ Seri Anwar sudah hilang arah perjuangannya. Beliau bukan lagi berjuang untuk bangsa melayu. Beliau telah berpaling tadah. Beliau secara terang-terangan bersekongkol dengan bangsa lain dengan menubuhkan Parti Keadilan yang sudah pasti menidakkan ketuanan bangsa melayu. Namun bagi saya, Parti Keadilan ditubuhkan hanya untuk mendapatkan keadilan (kononnya) bagi pihak dato’ Seri Anwar sahaja. Bukan untuk keadilan bangsa melayu. Beliau semakin jauh tersasar. Beliau semakin sesat dengan dirinya sendiri. Namun, saya merasakan masih ada peluang kemaafan kepada Dato’ Seri Anwar oleh pihak-pihak UMNO. Bawalah semula Dato’ Seri Anwar bersama-sama. Beliau juga bukannya orang lain. Pernah bersama-sama dengan orang UMNO suatu ketika dahulu. Jangan biarkan Dato’ Seri Anwar melilau tanpa arah tujuan. Jangan biarkan beliau ( Orang melayu yang juga bekas pemimpin UMNO ) menambahkan kecelakaan kepada bangsa melayu. Tun juga pernah memaafkan musuh-musuh politiknya. Malahan memberi tempat kepada orang tersebut di dalam kabinetnya. Mereka ini lebih menghormati Tun daripada mereka yang selama ini tidak pernah berselisih dengan Tun. Dato’ Seri Anwar..kembalilah ke pangkal jalan. Kembalilah kepada UMNO. Buang yang keruh dan ambil yang jernih. Gunakanlah kebolehan yang ada pada Dato’ Seri untuk bangsa melayu. Kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang lain, berilah peluang kepada Dato’ Seri Anwar. Saya pasti di sudut hati beliau ingin kembali kepada UMNO. Pemimpin-pemimpin UMNO diharapkan memaafkan serta membawa balik Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke dalam UMNO DEMI BANGSA MELAYU, AGAMA DAN NEGARA DAN BUKANNYA UNTUK PANGKAT DAN KEDUDUKAN DALAM KERAJAAN ATAU PUN PARTI.

Pak Lah adalah pilihan Tun. Sesiapa yang membenci Pak Lah bermakna membenci pilihan Tun. Tun bukannya suka-suka untuk melantik Pak Lah sebagai penggantinya. Tun juga bukannya suka-suka membuang Pak Lah jika ada kesilapan. Beliau hanya menegur sahaja agar Pak Lah tidak lari dari landasan. Beliau telah lama menjadi Perdana Menteri. Beliau tahu apa yang Beliau lakukan. Pak Lah juga sama..Beliau tahu Tun memberi kepercayaan kepadanya. Namun, saya sedih bila membaca blog-blog tersebut apabila ada yang cuba melaga-lagakan Tun dengan Pak Lah. Mereka ini sepatutnya dikenakan tindakan yang bekenaan dengan Akta Hasutan. Jika mereka sayangkan Tun, mereka mesti sayang kepada Pak Lah. Jika dahulu mereka memberi sokongan yang penuh kepada Tun, sokongan seperti itulah sepatutnya diberikan kepada Pak Lah. Tun menjadi kuat kerana mereka memberi sepenuh kepercayaan kepada Tun. Mengapa perkara yang sama mereka tidak lakukan kepada Pak Lah. Jika semuanya menyokong Pak Lah sudah pasti Pak Lah akan menjadi seperti Tun. Jika Pak Lah tidak disokong oleh AWAK-AWAK UMNO sekarang dan menyebabkan beliau tumbang, saya pasti pemimpin yang mengambil alih kedudukannya akan menghadapi perkara yang sama sepertinya. Pemimpin UMNO tidak akan jatuh jika orang UMNO sendiri yang menjatuhkannya. Mereka merasakan mereka lebih pandai dan berkebolehan berbanding yang lain, tetapi mereka lupa mereka juga akan menghadapi perkara yang sama jika mereka berada di tempat tersebut. Walau pandai mana pun seseorang pemimpin itu, jika orang-orang di sekelilingya tidak menyokongnya sudah pasti beliau akan jatuh tersungkur. UMNO akan kucar-kacir bila keadaan ini terjadi dan bermula di saat-saat itu UMNO dalam keadaan yang parah. Dan di saat itu juga UMNO akan menjadi TIDAK RELEVAN kepada bangsa melayu. Sudah nampak apa yang pemimpin UMNO inginkan dan berkemungkinan orang melayu akan beralih sokongan kepada parti-parti altenatif yang ingin memperjuangkan nasib bangsa.

Sama juga dengan AWAK-AWAK UMNO yang berada di bawah Pak Lah. Bersainglah dengan cara yang terbaik. Laman-laman Blog tersebut menyebut perebutan kuasa. Tuduh menuduh, ampu mengampu dan berbagai lagi menjadi bahan bacaan. Janganlah membuka pekung di dada. Pertembungan antara melayu dengan melayu telah menguntungkan orang bukan melayu. Melayu hanya suka bermain politik dan mendapat kuasa. Orang kampong tertanya-tanya kemana perginya wakil rakyat mereka. Adakah wakil rakyat mereka tahu apa masalah mereka. Adakah wakil rakyat sedar orang kampong memerlukan mereka. Di mana ahli parlimen mereka. Tidak pernah nampak batang hidung. Kedua-dua mereka ini sibuk. Sibuk dengan apa?? Sibuk dengan diri sendiri atau sibuk dengan kerja lain atau pun mereka pergi menyibuk di tempat-tempat lain. Jika sibuk mengapa hendak menjadi wakil rakyat dan ahli parlimen. Dulu, kini dan selamanya mereka sibuk. Sibuk dengan pengaturan strategi untuk diri sendiri. Jika dahulu mereka sibuk kerana hendak menjadi wakil rakyat, kini mereka sibuk kerana hendak menjadi wakil rakyat dan selama-lamanya mereka sibuk kerana hendak menjadi wakil rakyat. Mereka juga sibuk kerana berperang sesama sendiri. Tetapi mereka bukannya sibuk untuk membantu bangsa melayu malahan telah melupai tujuan UMNO ditubuhkan 50 tahun dahulu.

Seperkara lagi yang telah lama timbul dalam UMNO dan ia terbawa-bawa sehingga sekarang. Setiap kali ada pemilihan, mereka akan gunakan wang untuk bertanding. Tidak kira semasa pilihanraya umum atau pun semasa pemilihan perwakilan. Keadaan ini merupakan barah kepada UMNO untuk jangka masa panjang. UMNO akan tersungkur jika pemimpin yang di angkat bermain dengan politik wang. Hidup mereka hanya untuk wang semata-mata. Apabila mereka berkuasa, mereka akan mendapatkan seberapa banyak wang . Mereka akan melupai apa tujuan mereka dilantik. Mereka akan cepat jatuh dari landasan yang betul. Rakyat diajar dengan politik wang. Kalau sokong UMNO dapat wang. Kalau sokong saya kamu akan dapat itu dan dapat ini. Jika kamu tidak menyokong saya, kamu akan ‘terkena’ jika saya menang nanti. Bagi pihak yang kalah pula, kalau saya kalah, jagalah engkau… Itulah orang-orang UMNO sekarang. Siapa yang rugi..Bangsa melayu dan orang UMNO juga yang rugi. Siapa yang untung.. bangsa lain juga yang untungnya.

Saya merayu kepada pemimpin UMNO. Janganlah berperang sesama sendiri.Tumpukan perhatian kepada bangsa kita. Lakukan apa saja yang dapat untuk bangsa. Jadikanlah semangat yang ada pada Tunku, Tun Hussien, Tun Razak, Tun Mahathir dan Pak Lah sebagai pegangan. Pemimpin UMNO jangan selesa dan leka dengan jawatan yang diberi. Bantulah anak-anak melayu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa –bangsa lain di Negara ini ( tetapi sebenarnya biarlah lebih tinggi daripada bangsa lain). Tuan mempunyai kudrat untuk membantu. Tuan mempunyai kelebihan untuk membantu. Jika tuan tidak membantu bangsa melayu, siapa lagi yang boleh membantu. Tuan adalah orang melayu yang dilantik oleh orang melayu untuk menjadi pemimpin orang melayu. Tuan WAJIB membantu bangsa melayu. Tuan adalah harapan kami semua. Harapa kami untuk melihat bangsa melayu ini sebagai bangsa yang disanjungi, dihormati dan disegani. Tiada guna bergaduh kerana inginkan kuasa. Jika tuan bergaduh demi kepentingan orang melayu, orang melayu akan membantu tuan menduduki di tempat yang sewajarnya. Tuan jangan risau, selagi hayat dikandung badan tuan-tuan sekelian akan disanjungi oleh bangsa melayu yang tidak pernah mudah lupa.

Ini adalah apa yang saya nampak dari kacamata saya sendiri ( Orang lain mungkin lain pandangannya ) berkenaan dengan UMNO pada waktu ini. Perahu UMNO dikayuh tidak seirama. Pergolakan dalaman berlaku. UMNO akan runtuh jika begini keadaannya. UMNO tidak kuat untuk menahan tekanan dari dalam dan luar. UMNO akan jatuh jika bangsa melayu ditinggalkan. UMNO akan jatuh jika pemimpinnya telah sesat. Orang melayu akan terus melayu dan layu sehingga menyembah ke kaki bangsa-bangsa lain di kemudian hari. Tolonglah Bangsa Melayu. Bangsa kita. ORANG MELAYU.