Isnin, 5 Januari 2009

BN/UMNO – Dari kacamata rakyat terengganu


Hari ini saya singgah untuk membeli akhbar sinar harian di salah satu kedai di Kuala Terengganu. Tajuk akbar begitu menarik. BN jangka dapat majoriti besar dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu nanti.


Terasa gatal mulut untuk bertanyakan akan kenyataan tersebut pada makcik dan pakcik kedai akhbar tersebut. Boleh ke BN capai apa yang mereka katakan itu pakcik?


Kata pakcik tersebut, ” doh lamo doh kito dengo ore UMNO kato dio buleh majoriti besa, tapi gapo satu pon tadok. Kaloh lagi tu ado lah”. Saya menjadi teruja bila pakcik tersebut mnegeluarkan kenyataan tersebut. Saya sengaja tambah pertanyaan lagi..”Kenapa agaknya bila ada pilihanraya, UMNO nampaknya semakin lama semakin tidak menyengat..tawar lembar”..Makcik kedai tu terus menjawab dengan spontan dan keras..” dok tau lah awe weyy..mokcik raso koho lamo koho menyampoh nga UMNO nih..” tanya saya pula..kenapa menyampahnya..jawabnya ” dok tau lah bakponyo..”..saya menggaru kepala yang tidak gatal..


Sebelum saya keluar daari kedai..pakcik kedai tu telah keluarkan satu perkataan yang pedih telinga untuk didengar dan untuk dinyatakan di sini berkenaan UMNO..salah satu ayat beliau adalah..” Tengoklah UMNO tu mano dok caro ko ore mudo, dok besa perut puok-puok tuo tu jah”..


Bagi mengelakkan api membarak, tanpa berlengah lagi saya terus keluar dari kedai itu..


Moral ceritanya adalah..UMNO/BN kena teliti dan kaji kenapa dan mengapa peringkat akar umbi katakan mereka ‘MENYAMPAH’ dengan UMNO/BN. Bila ditanya sebab musababnya..mereka tidak boleh nyatakan tang mana yang membuatkan mereka menjadi menyampah itu. Boleh dikatakan disudut kecil hati akar umbi merasakan sesuatu yang tidak kena dengan UMNO/BN pada masa kini.


Kenapa dan mengapa? Siapa boleh tolong...



Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

0 ulasan: