Rabu, 28 Januari 2009

UMNO oh UMNO



Jatuh dan jatuh lagi. Tidak payah buat analisis. Tidak payah ambil tindakan. Tidak payah buat perubahan. Tidak payah buat kepala pusing. Tidak payah pening sendiri.

Rakyat sudah cakap..tidak suka dan tidak suka.

Pergi tanya rakyat jelata, KENAPA dan MENGAPA ’mereka sekalian’ TIDAK SUKA UMNO. Habis cerita!! Jawapan dari rakyat adalah segala-galanya. Bukannya dok merapu itu dan ini yang akan membuatkan rakyat akan rasa lebih loya dan menyampah kepada UMNO.

UMNO yang ADA NAMA tetapi TIADA MAKNA.


Selasa, 20 Januari 2009

UMNO kalah lagi dan akan kalah lagi..


UMNO sudah kalah dan akan kalah lagi. UMNO kalah kerana UMNO sendiri. UMNO kalah kerana namanya UMNO. UMNO kalah kerana orangnya adalah ahli UMNO. UMNO kalah kerana pemimpinnya adalah pemimpin UMNO. UMNO kalah kerana ianya bersifat UMNO.

UMNO yang ADA NAMA tetapi TIADA MAKNA.




Isnin, 12 Januari 2009

MELAYU TIADA TANAH – Tidur atas kubur



Orang melayu sedang sibuk berpolitik. Mereka telah lupa seketika tentang kesusahan yang telah, sedang dan akan dialami oleh bangsa mereka. Tumpuan mereka adalah untuk memenangi apa sahaja pertandingan merebut jawatan untuk menjadi Yang Berhormat (YB).

Mereka sedang sibuk mencari kesalahan pihak lawan masing-masing. Mengguna-pakai apa sahaja modal yang ada untuk menjatuhkan apa yang dipanggil musuh politik. MENANG DAN MENANG. Itulah motto hidup mereka selama ini.

Namun begitu, kita tinggal sekejap pilihanraya KT itu buat sementara dan kita lihat apa yang ingin saya tuliskan kali ini.

Beberapa hari lepas akhbar metro menyiarkan sekeluarga yang menjalani kehidupan di atas kubur cina. Sungguh hinanya bangsa melayu. Walau pun tanah ini kepunyaan orang melayu..tetapi bangsanya tidak mendapat apa yang sepatutnya mereka dapat. Dimana orang UMNO, di mana orang PAS dan di mana orang melayu dalam PKR? Malu dan sungguh malu. Satu keluarga orang MELAYU merempat di tanah MELAYU di atas TANAH kubur orang cina!!

PETIKAN AKHBAR METRO ( 08/01/09 )

Dia yang terpaksa menjadikan kawasan jirat Cina di Kampung Bakar Sampah, dekat sini, sebagai tempat tinggal sejak 20 tahun lalu, mendiami kawasan itu bersama ahli keluarga akibat kesempitan hidup dan kesukaran mendapatkan rumah lebih selesa.

Saya dan penduduk lain pernah memohon rumah melalui Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dua tahun lalu, namun hingga kini belum mendapat sebarang jawapan daripada pihak berkenaan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Rokiah adalah antara kira-kira 300 penduduk daripada 50 keluarga yang sebahagiannya terpaksa mendirikan rumah di ruang kosong atau di celah jirat semata-mata untuk mendapatkan tempat berlindung biarpun menyedari kawasan itu tidak sesuai didiami selain terdedah kepada masalah sosial.

Zuzairi berharap pihak berkuasa tampil menyelesaikan masalah penduduk dan menimbangkan semula permohonan rumah PPRT yang sudah dipohon mereka.

Di mana dan ke mana semuanya pemimpin bangsa melayu dari peringkat akar umbi sehingga kepada pucuk yang tinggi. Sudah 20 tahun keluarga ini hidup segan mati tidak mahu. Merintih di bumi sendiri. Apa yang mereka telah lakukan kepada bangsa melayu ini??

Itu baru sahaja satu kes yang terpencil (tetapi besar maknanya).

Bagaimana pula dengan tanah-tanah yang diberikan percuma kepada bangsa lain demi kepentingan politik. Seperti apa yang berlaku kepada Kerajaan Perak yang bodoh itu? 999 tahun. Lama ke sekejap?

Bagaimana pula dengan tanah-tanah yang diberikan oleh kerajaan kepada peniaga-peniaga kaum lain? Genting..Cameron..Pulau Pinang..Kuala Lumpur..bla..bla..

Bagaimana pula dengan tanah-tanah yang diberikan untuk penanaman?

Bagaimana pula dengan tanah-tanah yang diberikan untuk mendirikan rumah?

Cuba bayangkan, jika satu (1) ekar setiap tanah-tanah milik bangsa melayu ini dikikis dan di berikan atau dianugerahkan kepada bangsa lain. Jika sejuta orang..maknanya bangsa melayu akan kehilangan tanah sebanyak sejuta ekar. Jika sepuluh juta, seratus juta orang bagaimana?

Itu kita bercakap jika tanah itu diberi secara ANUGERAH (kononnya) dan secara halal (kononnya). Bagaimana pula dengan tanah-tanah bangsa melayu yang diduduki dengan secara yang haram? Banyak juga kan..

Adakah ada dikalangan pemimpin melayu kini mencongak-congak dalam kepalanya apa akan jadi kepada bangsanya untuk jangkamasa 10 tahun nanti? Bagaimana dengan 50 tahun nanti? Bagaimana dengan 100 tahun nanti? Bagaimana dengan 1000 tahun nanti? Dimana dan kemana kedudukan orang melayu pada masa itu?

Apa akan jadi kepada bangsa melayu nanti? MERAYU DI BUMI SENDIRI? Seperti rakyat Palestin yang dibunuh dan dihalau sesuka hati? Atau akan ramai bangsa melayu yang akan tinggal di atas tanah perkuburan? Atau yang paling ditakuti adakah orang melayu nanti akan tinggal dalam tanah yang digali seperti kuburnnya sendiri?

PEMIMPIN melayu UMNO..PEMIMPIN melayu PAS..PEMIMPIN melayu PKR..PEMIMPIN melayu BEBAS..lihatlah bangsamu yang sedang merana di bumi sendiri.




Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Sabtu, 10 Januari 2009

SURAT TERBUKA BUAT TUAN GURU NIZ AZIZ DAN TUAN GURU HJ HADI


Assalamualaikum tuan guru yang dirahmati Allah,

Saya menulis kali ini bagi melahirkan rasa kekecewaan yang sedang berlaku dalam diri saya dan mungkin juga kepada penyokong parti tuan. Kekecewaan yang tidak dapat dizahirkan dengan mulut. Kekecewaan yang terhasil daripada hati yang ingin melihat parti tuan guru terus memberi cahaya didalam kegelapan seperti lambang bulan yang bulat mengambang menerangi watu malam hari.

Walau pun tidak secerah cahaya matahari, namun ianya dapat memberi sinar untuk manusia melakukan aktiviti mereka ketika di malam hari yang gelap gelita.

Kini, saya dapat rasakan cahaya itu semakin hari semakin hilang. Biarpun bulan terus mengambang, tetapi ’feel’ yang dirasakan adalah tidak sepertinya dahulu. Adakah kerana ia sudah uzur dan sedang menunggu masa untuk menjadi gelap buat selama-lamanya?

Saya bukannya penyokong atau pun ahli parti tuan. Saya juga bukannya penyokong atau ahli mana-mana parti di negara ini. Walau pun tidak menjadi ahli, saya tetap berdiri teguh terhadap parti-parti yang memperjuangkan nasib agama, bangsa dan negara.

Saya masih ingat, betapa kuatnya semangat pemimpin serta ahli parti tuan dalam usaha untuk memenangi pilihanraya. Begitu bersemangat. Jika di Kelantan, tiada tempat atau ruang untuk pihak lain bercakap mengenai partinya. Itu cerita dahulu.

Kini, segala-galanya telah berubah. Berubah kerana parti tuan telah pun bergabung dengan pakatan rakyat. Adakah itu satu strategi dalam meraih undi? Jika itu strateginya, bagi saya ia sudah pun memberi parti tuan kekalahan awal. Kekalahan terhadap prinsip yang selama ini didukungi oleh parti tuan. Kekalahan terhadap prinsip asal parti tuan.

Kekalahan demi kekalahan yang akan ditanggung oleh parti tuan pada masa-masa hadapan. Kekalahan yang akan ditanggung dalam jangka masa yang panjang. Pencantuman parti tuan dengan PR sudah menampakkan kesan yang tidak baik terhadap perjuangan asal parti tuan.

Adakah parti tuan akan menjadi sama dengan parti-parti yang ditentang oleh tuan di suatu masa nanti? Jika itu kesudahannya, saya percaya tiada bezanya parti tuan dengan parti-parti yang lain di negara ini.

Terang-terangan saya nyatakan di sini, keunikkan parti tuan adalah diselikkan perkataan ’ISLAM’ bersamanya. Satu perkataan yang didokongi oleh keseluruhan rakyat malaysia yang beragama islam.

Namun, keunikkan itu semakin hari semakin hilang sinarnya. Perilaku parti, pemimpin, penyokong dan kawan-kawan gabungan parti tuan telah mula merosakkan parti tuan dari dalam. Adakah perkara ini disedari atau pun tidak.

Jika dahulu Tun Mahathir menjadi halangan, tetapi kini UMNO semakin lemah. Siapa pula yang menjadi halangan parti tuan untuk terus berkembang dan memerintah negara ini? Kenapa tuan-tuan semua sudi bergabung dengan mereka yang tidak sehaluan dengan prinsip yang dibawa oleh parti tuan? Adakah parti tuan sudah tidak sekukuh dahulu? Adakah parti tuan memerlukan sokongan daripada mereka yang berpura-pura menyokong perjuangan parti tuan?

Tidak bolehkah parti tuan bergerak sendiri tanpa adanya perikatan dengan parti-parti yang sehaluan dengan prinsip parti tuan?

Sebagai sahabat, cubit paha kiri paha kanan juga terasa sakit. Begitulah juanya bila parti-parti tertentu dalam pkr membuat kenyataan yang nakal dan tidak menguntungkan, getahnya akan melekat pada parti tuan. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

Itulah ia, semoga tuan guru berdua dapat melihat kembali wadah perjuangan parti tuan. Janganlah berubah kearah kehancuran tetapi berubahlah demi kearah pengukuhan yang lebih baik. Jika parti tuan kecundang, parti mana lagi yang akan menjadi penyandang kepada generasi melayu, beragama islam dan negara ini keseluruhannya.

Orang parti dahulu seperti Tuan Guru Nik Aziz adalah orang yang dihormati tetapi generasi pemimpin parti kini sudah mula condong arah perjuangan mereka. zaman telah berubah, adakah parti tuan sudah hampir sampai ke penghujungnya sama seperti lanjutnya usia tuan guru-tuan guru berdua.

Walau apa pun yang berlaku, saya hanya doakan agar orang melayu akan bersatu dibawah satu parti dan akan teguh bergerak menuju masa depan yang terus cemerlang, gemilang dan terbilang seperti kata Perdana Menteri kita, PAK LAH.

Sekian, wassalam.

PAKCIK – ORANGKAMPUNG.




Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Isnin, 5 Januari 2009

BN/UMNO – Dari kacamata rakyat terengganu


Hari ini saya singgah untuk membeli akhbar sinar harian di salah satu kedai di Kuala Terengganu. Tajuk akbar begitu menarik. BN jangka dapat majoriti besar dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu nanti.


Terasa gatal mulut untuk bertanyakan akan kenyataan tersebut pada makcik dan pakcik kedai akhbar tersebut. Boleh ke BN capai apa yang mereka katakan itu pakcik?


Kata pakcik tersebut, ” doh lamo doh kito dengo ore UMNO kato dio buleh majoriti besa, tapi gapo satu pon tadok. Kaloh lagi tu ado lah”. Saya menjadi teruja bila pakcik tersebut mnegeluarkan kenyataan tersebut. Saya sengaja tambah pertanyaan lagi..”Kenapa agaknya bila ada pilihanraya, UMNO nampaknya semakin lama semakin tidak menyengat..tawar lembar”..Makcik kedai tu terus menjawab dengan spontan dan keras..” dok tau lah awe weyy..mokcik raso koho lamo koho menyampoh nga UMNO nih..” tanya saya pula..kenapa menyampahnya..jawabnya ” dok tau lah bakponyo..”..saya menggaru kepala yang tidak gatal..


Sebelum saya keluar daari kedai..pakcik kedai tu telah keluarkan satu perkataan yang pedih telinga untuk didengar dan untuk dinyatakan di sini berkenaan UMNO..salah satu ayat beliau adalah..” Tengoklah UMNO tu mano dok caro ko ore mudo, dok besa perut puok-puok tuo tu jah”..


Bagi mengelakkan api membarak, tanpa berlengah lagi saya terus keluar dari kedai itu..


Moral ceritanya adalah..UMNO/BN kena teliti dan kaji kenapa dan mengapa peringkat akar umbi katakan mereka ‘MENYAMPAH’ dengan UMNO/BN. Bila ditanya sebab musababnya..mereka tidak boleh nyatakan tang mana yang membuatkan mereka menjadi menyampah itu. Boleh dikatakan disudut kecil hati akar umbi merasakan sesuatu yang tidak kena dengan UMNO/BN pada masa kini.


Kenapa dan mengapa? Siapa boleh tolong...



Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Ahad, 4 Januari 2009

ISRAEL – ‘UGLIEST MOTHERFUCKER’ DALAM ALAM SEMESTA


Siapa yang tidak kenal dengan bangsa israel. Semua orang kenal. Satu-satunya bangsa manusia asal keturunan yang elok-elok telah ditukarkan oleh Allah (swt) kepada bangsa yang dilaknat di muka bumi ini.

Satu bangsa yang paling banyak sekali membunuh nabi-nabi yang telah diturunkan kepada mereka.

Satu bangsa yang mendakwa mereka adalah bangsa yang paling agung di atas muka bumi ini.

Mereka tidak ramai tetapi mereka adalah kuat dari segala segi. Pak arab yang bodoh bangang itu pun takut kepada mereka. Umat islam hanya mengutuk jika si setan israel melakukan kekejaman terhadap saudara mereka.

Israel adalah bapa kepada setan laknatullah. Anak israel adalah Amerika. Kedua-dua negara suka berperang. Kedua-dua negara adalah keturunan setan. Suka hisap darah.

Mari kita sama-sama hapuskan keluarga setan dari muka bumi ini.

PERGI JAHANAM ISRAEL DAN AMERIKA




Sabtu, 3 Januari 2009

MASALAH YANG BERMASALAH.


Masalah rakyat akan menjadi masalah kepada pemimpin atau wakil rakyat. Masalah bangsa melayu akan menjadi masalah kepada pemimpin melayu atau wakil rakyat orang melayu.


Masalah rakyat yang tidak diselesaikan oleh pemimpin akan berterusan menjadi masalah kepada rakyat.


Masalah rakyat yang tidak diselesaikan oleh pemimpin akan menjadi masalah kepada pemimpin itu sendiri. Masalah rakyat yang tidak diselesaikan akan menjadi masalah terhadap bangsa, negara dan juga agama.


Pemimpin yang tidak menyelesaikan masalah rakyat akan menghadapi masalah dan mungkin juga beliau adalah pemimpin yang bermasalah.


Pemimpin yang bermasalah akan menjadi masalah kepada agama, bangsa dan negara. Masalah yang dihadapi oleh pemimpin akan menjadi masalah kepada rakyat.


Masalah kepada rakyat semasa hendak memangkah undi dalam pilihanraya. Bila tersilap pangkah akan timbul masalah yang tidak sepatutnya timbul.


Tiada masalah cari masalah. Orang awam bermasalah akan dikenakan tindakan undang-undang manakala pemimpin bermasalah terlepas dari undang-undang. Masalah sudah menjadi masalah.


Bangsa melayu kini sedang menghadapi masalah. Masalah perpecahan. Mereka berpecah kerana mengikut pemimpin yang bermasalah. Mereka bermasalah kerana mengikut parti yang bermasalah. Parti UMNO bermasalah. Parti PAS bermasalah. Parti PKR juga bermasalah. Semuanya bermasalah.


Masalah melayu masalah pemimpin. Hendak mencari pemimpin terbaik sudah menjadi masalah. Bila melayu bermasalah, bangsa cina, india dan lain-lain telah membuat masalah. Masalah yang mereka timbulkan sudah menjadi masalah kepada orang melayu.


Masalah rakyat + masalah pemimpin = masalah negara.

Masalah bangsa + masalah bangsa = masalah negara.

Masalah rakyat + masalah bangsa = masalah negara

Masalah rakyat + masalah negara = masalah pemimpin

Masalah pemimpin + masalah negara = masalah rakyat.

Masalah + masalah = masalahmasalah.

Masalahmasalah + masalah = bermasalah.

Bermasalah + masalah = rosak binasa.


Rakyat, pemimpin, agama, bangsa dan negara sedang bermasalah.


Masalah yang ada sudah menjadi satu masalah untuk diselesaikan. Menjadi masalah untuk mencari jalan penyelesaiannya. Jika masalah yang ada tidak dapat diselesaikan dengan cepat dan bijaksana, sudah pasti negara ini sedang/akan menghadapi masalah.


Adakah negara ini sedang/akan menghadapi MASALAH?


MASALAH SUNGGUH WEH!!