Menjelang bulan Ogos, Merdeka..Merdeka..itu yang kedengaran dari radio dan tv. Semua orang tahu dan sedar bahawasanya Negara kita akan menyambut hari kemerdekaan tidak lama lagi. Namun kemerdekaan macam mana tu? Kata orang Kelantan..Merdeka lagu mano weh??
Bukan untuk mengata dan bukan juga untuk mengungkit..tetapi ingin menyatakan reality kemerdekaan yang sebenarnya bagi kita rakyat Negara ini. Adakah laungan MERDEKA yang diucapkan itu membawa erti kepada kita rakyat
Rakyat jelata sememangnya tahu hari kemerdekaan akan menjelma tidak lama lagi..namun, hati mereka sudah tidak tenteram dan bersemangat seperti dahulu kala. Mereka tidak dapat meluahkan apa yang terpendam di lubuk hati mereka..apa itu sebenarnya hari kemerdekaan kepada mereka jika kehidupan mereka penuh dengan liku-liku yang menyeksakan.
Jika kita merdeka, mengapa kita masih lagi takut dan terikut-ikut pada perubahan yang berlaku pada ketidakstabilan ekonomi luar. Kerajaan kita sering bercakap dan berucap kepada rakyat jelata..perubahan itu dan ini yang berlaku pada Negara kita adalah bergantung penuh kepada perkembangan luar Negara. Katanya EKONOMI GLOBAL ( Istilah yang mungkin tidak difahami oleh orang kampong). Negara Amerika sentiasa menjadi rujukan kita. Perubahan pada ekonomi Negara tersebut akan memberi kesan kepada kita. Itu kata pemimpin kita di waktu ini. Adakah itu namanya merdeka. Negara kita masih lagi terjajah dan terkongkong secara langsung dan tidak langsung. Adakah itu maknanya kemerdekaan.
Turun naik harga minyak pula dikatakan bergantung pada pasaran global yang berpaksi pada Amerika dan
Jika begitu keadaannya..adakah merdeka Negara kita ini??
Kerana naiknya harga minyak itu..ramai pekerja dibuang kerja..kedengaran di
Bagi radio dan tv pula..cerita yang sama diulang-ulang untuk tontonan. Kisah lama yang sememangnya telah diakui oleh rakyat jelata yang tidak buta sejarah. Di lubuk hati mereka memang ada perasaan terima kasih kepada pahlawan dan pemimpin era kemerdekaan..namun adakah perkara yang sama berlaku di lubuk hati mereka terhadap pemimpin sekarang? Kita bukannya berada di zaman dahulu..kita sedang berada di tahun millennium yang memerlukan perhatian dan tindakan yang sewajarnya dari pemimpin di zaman ini dalam kontek pembelaan terhadap rakyat. Dalam bahasa mudahnya, pemimpin dan pahlawan terdahu sememangnya diagungkan oleh rakyat jelata tetapi apa pula kisahnya pemimpin-pemimpin sekarang?? Adakah mereka juga diagungkan oleh rakyat jelata??
Tepuk dada Tanya hati.
Masyarakat media macam sudah hilang idea untuk meningkatkan semangat cintakan Negara. Mereka bukan lagi berusaha mendapatkan idea-idea baru untuk tujuan tersebut, tetapi masih lagi menyiarkan cerita-cerita lama yang sememangnya sudah diingati oleh rakyat jelata. Sehingga habisnya zaman keagungan filem-filem melayu pada tahun 80-an dahulu, kita dapat melihat tiadanya inisiatif di kalangan penggiat seni tanah air bagi menerbitkan satu bahan media yang boleh ditayang untuk 100 tahun kemudian seperti apa yang mereka siarkan pada masa kini. Mereka asyik berbangga dengan cerita-cerita lama yang diterbitkan oleh orang lama. Tetapi mereka tidak dapat mengeluarkan satu pun bahan atau pun filem yang setanding. Merdekakah kita??
Di waktu ini, timbul pula satu keadaan baru di Negara ini. Sumpah laknat. Perkara ini timbul bila kes bekas TPM dikatakan menyodomi pembantu peribadinya. Semua orang yang dituduh sudah pun bersumpah laknat. Sampai ada seorang apek tua berkata pada saya..”aiya, apa sulah jadi pada lu olang semua..lu olang main politik guna sama itu agama pula..ini macam manyak susah lo..tada cara lain lagi ka???” apa maksudnya si apek tu berkata demikian saya sendiri pun tidak faham..malas nak memikirkannya..buat sakit kepala otak sahaja.
Kata orang..masa buat salah tada ingat sama agama..bila sudah salah, agama pula digunakan untuk tutup salah.
Begitu juga dengan orang politik..mereka ini sengaja menimbulkan isu yang tidak masuk akal. Sengaja menambahkan bahang pada keadaan yang sememangnya sedang panas. Jika dahulu perpaduan tiga kaum utama di Negara ini adalah seperti adik dan abang..tetapi kini sudah menjadi seperti musuh dalam selimut. Melayu-cina-india sudah tidak berpadu seperti rakyat Negara ini. Masing-masing ada agenda tersendiri. Pemimpin masing-masing ingin menunjukkan bahawasanya mereka adalah tuan kepada bangsa mereka. Ingin menunjukkan bahawasanya mereka adalah hero keparat bagi bangsa mereka. Setiap kenyataan sengaja dikeluarkan bagi mempengaruhi emosi bangsa masing-masing. Rakyat jelata menjadi serabut dan seterusnya berlakulah huru-hara (mungkin itulah harapan mereka). Maka mereka lebih senang mengatur strategi masing-masing demi satu tujuan yang jelas. MENDAPATKAN KUASA.
Tidak jauh meleset jika saya katakana bahawasanya jarak perpaduan antara kaum di negara ini telah pun dijauhkan. Angkara siapa itu?? pemimpin kita. Kaum melayu berwasangka kepada kaum cina..kaum cina berwasangka terhadap kaum melayu..kaum
Begitu juga dengan fenomena politik semasa. Pemimpin-pemimpin
Kita semua tahu bahawa unsure tersebut adalah amat berbahaya terhadap semua orang. Janganlah ianya sampai ketahap bilamana pemimpin mereka katakan ada kambing sedang terbang dan berlegar-legar di udara pun, semuanya di-iakan oleh pengikut mereka. Pada tahap itu, semuanya sudah tidak menjadi merdeka lagi. Mereka sudah menjadi seperti buta mata, mati hati, busuk hempedu, tuli telinga pekak badak dan sebagainya lagi. Apa yang sebenarnya ‘benar’ sudah menjadi salah kepada mereka. Manakala apa yang sebenarnya ‘salah’ sudah menjadi benar bagi mereka. Ketika itu nasi sudah menjadi bubur kacang. Semuanya tunggang langgang terbalik hancur lebur punah ranah.
Satu lagi perkara yang menjadi tanda tanya saya selaku rakyat jelata..kita telah lama merdeka..kita merdeka dengan percantuman beberapa buah negeri sama ada bersekutu atau pun tidak bersekutu membentuk satu negara. Percantuman itu mewujudkan satu negara yang mecapai kemerdekaan melalui namanya. NEGARA
Banyak lagi perkara yang berlaku diwaktu ini yang boleh memberi gambaran dan penjelasan adakah kita dan Negara kita pada waktu ini benar-benar merdeka? MERDEKA DI MULUT TETAPI HAKIKATNYA HATI MASIH LAGI TIDAK MERDEKA.