Setelah artikel satu (1) dua dua (2) saya diterbitkan, kini idea dan keinginan untuk menerbitkan artikel tiga (3) begitu meluap-luap dalam diri saya ini. Seperti yang digambarkan sebelum ini, Negara kita dikatakan akan mencapai satu status Negara maju pada tahun 2020 nanti. Satu wawasan yang dilancarkan oleh Perdana Menteri kita yang ke-4 iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad. Satu wawasan yang jauh kedepan yang tidak mungkin difikirkan oleh rakyat jelata disaat dan tika itu.
Namun demikian, difikiran rakyat jelata masih tertanya-tanya…Majukah Negara kita nanti?
Banyak perancangan dan usaha telah dan akan dilakukan oleh pihak pemerintah. Perancangan yang teliti dan pengerahan tugas perlaksanaan telah diamanahkan kepada kepelbagaian agensi kerajaan yang ditubuhkan diserata Negara ini. Amanah itu juga telah ditimbunkan ke atas kepala pihak-pihak syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC) seperti Telekom, TNB, KTMB dan sebagainya lagi.
Namun apa yang ingin dibangkitkan di sini adalah; Adakah agensi-agensi serta syarikat-syarikat GLC itu sedar akan apa peranan mereka itu dalam usaha untuk memajukan Negara ini. Jika mereka tahu atau menyedarinya, adakah mereka bersungguh-sungguh berusaha untuk membangunkan Negara ini? Adakah mereka sedar tugas dan tanggungjawab mereka terhadap bangsa, agama dan Negara?
Tahun 2020..Satu tahun keramat yang dinanti-nantikan oleh rakyat jelata. Kini, rakyat jelata sedang menghitung-hitung dengan jari-jemari akan tempoh yang diperlukan untuk mencapai ke tarikh keramat itu. Jika ditolak dengan tahun ini, maka hanya tinggal 13 tahun sahaja masa yang diperlukan untuk mencecahnya. Masa yang boleh dikatakan terlalu singkat.
Namun demikian, sepanjang pemerhatian saya selaku rakyat jelata selama ini, perubahan kearah itu telah pun berlaku dengan kepelbagaian usaha sedang dilakukan. Namun begitu, perubahan yang telah dan sedang dilakukan itu adalah amat perlahan jika dibandingkan dengan tarikh tamat tempoh yang diperlukan itu. Tiada usaha yang bersungguh-sungguh dilakukan oleh mereka yang bertanggungjawab dan diberikan amanah itu.
Sebagai contoh, jika semasa membuat perjalanan, jangan marah bila percakapan kita yang dibuat melalui telefon bimbit akan terputus secara tiba-tiba. Jangan marah bila kita berada di kampong-kampung pendalaman di serata Negara ini telefon bimbit kita menunjukkan tiada ‘signal’. Jangan marah bila orang kampong marahkan kerajaan bila mereka susah untuk menghubungi sanak saudara mereka. Jangan marah dan keji bila orang kampong tidak kenal apa itu telefon bimbit.
Negara ini terkenal dengan kepelbagaian syarikat telekomunikasinya. Kita mempunyai Telekom, Celcom, Maxis, Digi dan banyak lagi. Tapi semuanya hampeh. Mereka hanya tertumpu di Bandar atau pekan-pekan sahaja. Keluar sahaja Bandar atau pekan, talian mereka terus lenyap di paparan telefon bimbit kita. Adakah ini yang dipanggil majunya Negara kita?
Tidak lupa juga kepada pihak Telekom, ada lagi orang kampong yang tidak merasai apa yang dipanggil talian tetap telekom itu. Jika dihitung-hitung, Telekom adalah salah satu syarikat telekomunikasi yang pertama sekali diwujudkan di Negara ini. Mereka ini dibantu oleh pihak kerajaan. Namun hakikatnya mereka masih gagal dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pihak kerajaan dalam usaha membangunkan Negara ini.
Begitu juga dengan siaran televisyen, orang kampong masih susah untuk menonton TV1 dan TV2. Apatah lagi untuk menonton siaran TV3, TV8 dan TV9. mereka tidak tahu adakah di Negara ini wujudnya siaran TV3, TV8 dan TV9? Nak dengar berita pun susah. Nak baca akhbar, jangan harap. Kalau orang kampong rajin membaca, sudah tentu mereka sudah menjadi cerdik pandai. Mereka hanya suka mendengar. Jangan marah bila orang kampong memperolehi berita yang salah. Jangan marah bila orang kampong tidak tahu apa cerita yang sebenarnya. Jangan marah bila orang kampong tidak tahu apa yang terjadi di Negara ini.
Bila namanya orang kampong, sudah pasti hidup mereka berbeza dengan orang Bandar. Nak pakai Astro, jangan harap mereka berkemampuan membeli alat Astro itu. Tambahan pula kena bayar tiap-tiap bulan. Nak bagi anak bini makan pun susah, apatah lagi nak guna Astro. Adakah kerajaan kita sedar akan hakikat ini? Inikah apa yang dikatakan maju itu?
Jika tadi saya bercakap pasal siaran tv. Bagaimana pula dengan siaran radio? Dalam perjalanan kita dari Kota Bharu ke Gua Musang kita akan mendapati siaran radio akan menjadi berkurangan. Kualiti penerimaan juga semakin lama semakin berkurangan dan akhirnya hanya bunyi berdesir sahaja yang kita perolehi. Begitu juga dengan di beberapa bahagian di Negara ini. Seperti di sepanjang perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu, Kuala Berang Ke Kuantan, Gua Musang ke Raub dan sebagainya lagi. Siaran radio amat susah untuk didengar. Jangan cerita pasal siaran radio swasta, siaran radio tempatan atau radio RTM juga masih susah untuk didengari. Adakah ini yang dipanggil maju itu?
Jika saudara-saudari berpeluang melawat Kelantan, saya berharap sangat saudara-saudari dapat meluangkan masa menaiki apa yang dipanggil keretapi penumpang “local’ kelas ekonomi sama ada dari Tumpat ke Gua Musang atau pun dari Tumpat ke Gemas. Dapat diperhatikan bahawasanya keretapi tersebut akan runtuh bila-bila masa sahaja. Dengan system penyejukan yang rosak, kipas yang rosak, kerusi yang rosak, bau yang pelbagai, tandas yang rosak, tandas yang berbau, tingkap yang rosak dan berbagai lagi keadaanya yang mencerminkan betapa daifnya keadaan keretapi tersebut.
Boleh dikatakan, keadaannya lebih kurang sama dengan suasana di Negara miskin yang lain. Keadaan yang teruk itu lebih teruk bila tibanya musim-musim seperti cuti persekolahan dan perayaan. Keadaan yang sesak lagi melemaskan berlaku di dalam gerabak keretapi tersebut. Keadaannya lebih teruk daripada bas mini di
Disini kita jangan marahkan orang kampong bila hasrat kerajaan hendak melihat rakyat
Adakah pihak KTMB dan kerajaan sedar akan hakikat ini? Jika inilah perkhidmatan yang terbaik dapat diberikan kepada rakyat jelata, alangkah malunya kita sebagai sebuah Negara yang dikatakan maju itu.
Itu baru sahaja mengenai hal-hal yang remeh temeh, bagaimana pula dengan apa yang dikatakan internet pula. Orang kampong ada mendengar perkataan ‘internet’ itu. Tetapi apa yang malangnya mereka tidak tahu apa itu internet. Adakah internet itu boleh dimakan seperti gula-gula kapas? Adakah internet itu seperti nasi goreng ikan masin? Adakah internet itu seperti bangunan tinggi di
Apa yang ingin ditekankan adalah, jika generasi kini masih lagi tidak mengenali apa itu internet, bagaimana pula dengan generasi yang akan datang? Adakah mereka akan celik komputer pada masa akan datang? Adakah mereka akan tahu apa kegunaan internet dan seterusnya komputer itu sendiri? Kini, saya percaya bahawasanya orang kampong masih tertanya-tanya apa itu komputer dan apa itu internet. Adakah ini yang dipanggil majunya Negara kita?
Satu lagi perkara yang amat penting dalam kehidupan seharian ini adalah system perhubungan jalan raya. Masih lagi terdapat kampong-kampung di negara ini yang tidak mendapat kemudahan tersebut. Masyarakat di
Mereka susah untuk keluar ke pekan, mereka susah untuk menghantar pesakit ke klinik atau hospital bila adanya hal-hal kecemasan, anak-anak mereka susah untuk pulang berhari raya bersama ibu bapa mereka, mereka susah untuk menerima kunjungan sanak saudara yang jauh jika mengenangkan ketiadaan jalan yang menghubungkan kampong mereka. Kehidupan harian mereka adalah susah lagi menyusahkan.
Selain dari hal-hal yang telah disebutkan tadi, banyak lagi hal-hal lain yang menjadi tanda-tanya kepada masyarakat kampong yang rata-ratanya terdiri daripada bangsa melayu berkenaan kemajuan yang ingin dicapai oleh Negara ini pada tahun 2020 itu nanti. Bagaimana pula dengan bekalan elektrik, bekalan air bersih, sekolah, pusat-pusat kesihatan dan pelbagai lagi keperlua-keperluan asas yang diperlukan oleh orang kampong dalam menghadapi gelombang kemajuan pada tahun 2020 itu nanti. Adakah kerajaan sedar akan hakikat ini. Tiadakah usaha-usaha yang lebih agresif dalam meningkatkan kemajuan untuk orang kampong itu.
Dimana pihak-pihak GLC yang dikatakan boleh menolong rakyat itu? Dimana agensi-agensi kerajaan yang menjadi sayap kiri dan kanan pihak kerajaan itu? Adakah mereka sedang tidur? Adakah mereka sudah lupa akan tugasan utama mereka terhadap bangsa mereka? Adakah mereka sedang sibuk mengejar keuntungan bagi membodek kerajaan? Adakah pemimpim-pemimpin mereka sedang sibuk bercakaran sesama sendiri? Adakah kakitangan mereka hanya cukup sekadar makan gaji sahaja? Adakah mereka ini duwujudkan hanya sekadar kepentingan orang-orang tertentu sahaja?
Sedar atau tidak, tahun 2020 akan menjelma tidak lama lagi. Pejam celik-pejam celik kita hanya ada masa selama 13 tahun sahaja lagi. Namun, pada hakikatnya, pada hari rakyat jelata masih terngaga-ngaga dan masih tertanya-tanya adakah maju Negara kita pada masa itu nanti?
1 ulasan:
saya amat tertarik dengan isu-isu yang saudara bangkitkan. cuma saya mahukan kepastian, tunjukkan keadaan di mana berlakunya isu-isu yang berbangkit itu agar kita seisi malaysia lebih jelas.
saya bagi satu contoh mudah.
benar ada lagi rakyat malaysia yang tidak mendapat talian. namun tunjukkan dimana. biar seisi malaysia tahu kita masih belum mampu berbangga dengan perkhidmatan yang di beri kerajaan.
=)
Catat Ulasan