Jumaat, 30 November 2007

BERSIH DAN HINDRAF


Tanggal 10 Oktober 2007 Bandaraya KL telah dipenuhi oleh warna-warna hitam manusia yang melakukan demonstrasi jalanan. Kepala-kepala hitam itu dikatakan bergerak menuju kearah istana Negara bagi tujuan menyerahkan satu memorandum yang dikatakan bersih dan tidak diselaputi oleh segala kekotoran. Apa yang bersih dan apa yang kotor tidak pula dapat dipastikan akan kesasihannya.

Himpunan itu merupakan satu demontrasi yang kepalai oleh mereka yang berbangsa melayu yang pada pandangan mereka system demokrasi Negara ini telah pun mengalami dan disaluti oleh kekotoran. Mereka ini mempunyai satu cita-cita yang tinggi untuk menyucikan segala kekotoran itu. Niat suci mereka itu lama kelamaan telah menjadi kotor. Mereka semua mula membuat rusuhan dan kekacauan terhadap harta benda awam dan juga terhadap polis-polis yang ditugaskan untuk menyelia aktiviti mereka.

Satu demi satu kekotoran yang lahir dari apa yang dikatakan perhimpunan Bersih terserlah. Mereka mengotorkan keadaan dijalanraya, mengotorkan pemadangan yang selama ini indah, mengotorkan suasana yang dikatakan aman di Negara ini, mengotorkan kesucian serta kedaulatan Yang DiPertuan Agong, mengotorkan undang-undang Negara, mengotorkan kepala otak para penyokong dan rakyat jelata serta mengotorkan pakaian mereka apabila disembur dengan air oleh polis.

Selepas sahaja selesainya episode perhimpunan BERSIH yang bertukar menjadi kotor itu maka timbul pula puak-puak berbangsa India yang menuntut apa yang dikatakan hak mereka. Mereka juga berhimpun dan berdemonstrasi. Katanya menuntut apa yang mereka panggil ketidak-adilan dalam pembahagian nikmat anugerah yang ada dalam Negara ini. Apa yang tidak adil hanya mereka sahaja yang tahu.

Jika perhimpunan BERSIH hanya diwarnai oleh titik-titik yang berwarna hitam (kepala manusia berdemonstrasi), tetapi perhimpunan HINDRAF pula dari atas ke bawah adalah berwarna hitam. Semuanya nampak gelap macam awan mendung yang akan hujan bila-bila masa sahaja. Gelap yang sungguh kelam.

Setahu saya kaum India ini bebas beranak dan melahirkan seberapa ramai anak di Negara ini, mereka bebas melakukan aktiviti keagamaan mereka di mana-mana sahaja. Mereka bebas mendirikan kuil mereka diseluruh Negara ini. mereka bebas mencari rezeki hidup mereka di mana-mana sahaja di bumi bertuah ini, mereka adalah bebas sebebasnya seperti apa yang mereka mahukan.

Jika dibandingkan dengan apa yang ada di Negara asal mereka, kehidupan mereka tidaklah sehebat mereka yang berada di Negara ini. keadaan mereka di Negara India adalah lebih buruk dari sini. Penindasan yang melampau, system kasta yang mengarut, prasarana yang teruk, pergaduhan kaum, pertelingkahan agama, bom sana, bom sini, tembak sana, tembak sini, orang miskin yang amat miskin sehingga sanggup melacurkan anak, menjual anak dan berbagai lagi keadaannya seperti kemudahan asas yang teruk dan berbagai-bagai lagi kekurangan yang ada di sana.

Mereka ini tidak sedar, kerajaan dan orang melayu telah lama berdiam diri member mereka peluang untuk membina kehidupan di sini. Orang melayu sanggup berkongsi tanah ini bersama mereka. Seperti kata sesetengah orang, bagi betis nak paha. Sekarang bukan paha lagi yang mereka mahukan tetapi sampaikan kepada kepala dan maruah orang melayu pun mereka mahu sapu.

Perhimpunan yang dianjurkan kononnya dikatakan perhimpunan aman, tetapi bertukar menjadi perhimpunan yang ganas. Mereka merosakkan segala apa yang ada dihadapan mereka. Nasib baik bangunan PWTC dan KLCC itu mereka tidak mampu untuk runtuhkan. Jika tidak sudah pasti mereka akan melakukan bagi memuaskan nafsu serakah mereka itu.

Pihak polis yang menjalankan tugas ada yang tercedera dibaling dengan objek-objek keras. Manusia jenis apa mereka ini sehinggakan sanggup mencederakan tubuh badan orang lain demi mencapai hasrat mereka. Bagi saya, manusia yang sanggup merosakkan tubuh badan manusia lain adalah mereka yang tidak berakal dan tidak bertamadun. Akal mereka tinggi sedikit berbanding daripada makhluk yang dipanggil haiwan.

Dalam episode pemerintahan Pak Lah telah berlaku beberapa siri demonstrasi. Apa sebenarnya yang berlaku. Keadaan seperti ianya dirancang oleh satu-satu sindiket yang ingin menjatuhkan Pak Lah. Mereka seperti merancang sesuatu bagi tujuan meng-huru-hara-kan Negara ini dimata rakyat dan Negara. Mereka juga seakan-akan menguji tahap kesabaran Pak Lah sebagai Perdana Menteri.

Jika ada percanggahan pendapat, maka wujud pula demonstrasi. Jika wujud demonstrasi, maka wujud pula kerosakan. Jika wujud kerosakan maka jadilah demonstrasi itu satu perbuatan yang sia-sia. Jika jadinya kerosakan itu, maka wujud pula apa yang dipanggil tindakan undang-undang. Jika itulah ia namanya demonstrasi, maka saya setuju betul jika kerajaan mengenakan ISA terhadap mereka ini. Lainlah jika demonstrasi jalanan yang dilakukan itu tidak bertukar menjadi ganas.

Siapa yang mengajar puak HINDRAF berbuat ganas tanpa mengira perasaan orang melayu? Orang melayu sendiri yang mengajar mereka berdemonstrasi secara ganas. Anuar Ibrahim bekas TPM yang mengajar? Pemimpin-pemimpin Pas yang mengajar? Bekas-bekas pemimpin UMNO yang kecewa? Orang-orang melayu yang kecewa yang mengajar?

Inilah akibatnya jika suka sangat berdemonstrasi. Jika nak tukar kerajaan, buatlah pilihan semasa mengundi. Itulah satu-satunya cara yang terbaik untuk melakukan perubahan. Bukannya dengan cara merosakkan suasana yang aman yang telah lama kita kecapi.

Khamis, 29 November 2007

LIRIK DIKIR UNTUK YANG BERHORMAT


Assalamualaikum,
Yang Berhormat apa khabar
Silap salah minta ampun takut ambo ado terkasar

Yang Berhormat rumah banglo,
beli kereta pakai drebar

Takdok nampok bate hidung,
bimbang rakyat takleh sabar


Orang kampong duduk ngepek
Tanya mana YB kito
Sakat pitih penuh poket,
nangong tokleh tengok mato


Orang kampong Tanya projek
Hok Yang Berhormat janji mulo,
Cakap bohong kure molek
Lain kali rakyat tak cayo


Rakyat kampong sebelah hulu duduk tanya pembangunan
Anak sekolah naik perahu,
niti gertok bate pinang,
Jale selut takleh lalu, puye huje dene kope

Sapa bilo rakyat tunggu, sakit hati buke main

Susoh benar orang kampong,
Padi hapo getoh muroh
Ado bini keno tanggung, ado ramai anak sekolah

Kalu pemimpin cakap bohong,
Hingga rakyat terima susoh
Ore banding kalu burung buleh doh la kerat lidoh


Ambo sdiri isi bore nak mintok tender balak
Kerana YB royat kokre dok nak tulong rakyat susoh
Buleh pitih baiki jemore,
Rumoh ambo buruk telajok
Atap tirih musim huje basoh habih budok-budok


Ambo ado anak mudo-mudo,
Lamo bena tinggal kampong
Tempat kito takdok kijo,
Bawa nasib demi hidup


Sedih hati ore tuo, umur lanjut tengoh uzur,
Sakit deme pening palo,
Anak jauh takleh tolong
Kemajuan hok tuhan suroh kito cari
Nok wi sempurna anak cucu kedian hari
Bangsa mundur jadi hina,
Jadi takdok harga diri

Bimbang melayu tinggal namo,
Jadi hamba di bumi sendiri


Negeri kita kaya raya,
Hasil sungai laut bukit
Minyak besi perak tembaga tunggu kito korek ambil
Kalu takat dudok bersilo kederat doa dengan mengatik
Tokleh maju sapa bilo ko dok jadi kuba rabit


Dale zaman dunia moden,
kemajuan koho pesat, komputer serta enjin
Manusia hebat-hebat,
Perubahan alam sekeliling kalu kito tokse hambat
Ubah tahun tukar musim ore kito koho berat.


Assalamualaikum

Yang Berhormat apo kaba
Salah silap minta ampun
Takut ambo ado terkasar
Yang Berhormat rumah banglo,
Beli kereta paka drebar
Tak nampok bate hidung bimbe rakyat takleh sabar.


Dikir Barat Cikgu Naim

PENYAPU OH PENYAPU


Baru-baru ini satu kegemparan telah berlaku di Negara ini. Satu peristiwa yang tidak pernah terjadi sebelum ini telah pun berlaku dalam dunia yang dipanggil globalisasi ini. Alangkah lucunya bila tajuk ini dipilih. Tetapi itulah hakikatnya. Penyapu sudah dinaik tarafkan untuk menurunkan taraf seorang yang bergelar Dato’, Tuan dan Bos.

Berita tentang manusia yang boleh dikatakan dihormati itu telah dijatuhkan kehormatannya oleh penyapu yang dianggap hina oleh fikiran manusia itu sendiri. Satu penyapu yang telah menyapu taraf kehormatan seseorang yang dianggap mulia. Itulah ia secara ringkasnya tentang cerita penyapu itu.

Kerajaan Selangor pimpinan Dato’ Khir Toyo telah memecahkan tradisi yang memang tidak pernah wujud di dunia ini. Satu tradisi yang boleh ditulis dalam Malaysian Book Of Records. Seorang Menteri Besar yang telah menghadiahkan sebatang penyapu kepada pegawai-pegawai bawahannya yang dikatakan menduduki tangga tercorot dalam melakukan tugasnya.

Apa maknanya Khir Toyo berbuat demikian hanya difahami oleh beliau dan anak-anak buahnya itu sahaja. Berpunca dari hadiah penyapu, maka gegak gempitalah bumi Negara ini. Ada yang menyokong malahan ada juga yang menolaknya. Mereka yang menyokong dan menentang itu sudah semestinya mempunyai sebabnya yang tersendiri.

Namun bagi saya hadiah penyapu sebagai lambang kemerosotan prestasi seseorang adalah boleh dikatakan melampau tetapi jika dipandang dari sudut yang berbeza ia mempunyai maksud tersirat yang amat besar maknanya. Jika prestasi pegawai-pegawai itu tidak jatuh teruk sudah semestinya Khir Toyo akan menghadiahi mereka dengan benda yang lain bagi menggantikan penyapu sebagai hadiahnya.

Jika penyapu itu dianggap hina dan jijik oleh sesetengah orang, maka begitulah dengan perangai dan prestasi pegawai-pegawai tersebut. Amat hina dan jijiknya prestasi setiap dari mereka jika itulah hadiah yang difikirkan paling sesuai untuk diberikan oleh Khir Toyo kepada mereka. Khir Toyo bukanlah orang yang sembarangan. Beliau bukanlah cikai punya orang. Beliau mempunyai pandangan dan objektifnya yang tersendiri.

Beliau juga bukannya bermain politik dengan orang politik. Beliau hanya memberi tindak balas terhadap prestasi anak buahnya sahaja. Prestasi yang teruk lagi buruk dipandangan rakyat jelata di negeri tersebut.

Itu belum lagi Khir Toyo mengarahkan mereka memakai pakaian seperti pekerja di peringkat bawahan sekali seupama tukang kebun atau tukang sapu Majlis Bandaraya Negeri Selangor. Biarkan mereka bekerja dengan cara tersebut selama seminggu atau pun selama sebulan. Sudah pasti mereka ini akan insaf akan apa yang orang lain harapkan dari mereka.

Jika begitulah cerita Khir Toyo, penyapu dan anak-anak buahnya, bagaimana pula ceritanya dengan ahli UMNO, PAS, pegawai-pegawai kerajaan pusat dan pegawai-pegawai kerajaan negeri yang dilantik. Bagaimana dengan prestasi mereka ini mengikut bidang tugas masing-masing dalam menjalankan tanggungjawabnya terhadap agama, bangsa dan Negara.

Saban hari kita mendengar merosotnya prestasi mereka ini dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing. Setiap hari ada sahaja berita mengenai prestasi mereka ini dipaparkan dalam tajuk-tajuk berita di Negara ini.

Saya menyokong kata-kata Dato’ Khir Toyo bahawasanya mereka yang telah lama ( dengan kata lain telah tua) berkhidmat dan akan/telah mencapai tahap pencen mempunyai masalah dalam hal prestasi dan produktiviti dalam satu-satu hal. Walau pun mereka ini masih lagi mempunyai semangat untuk memberi khidmat tetapi kudrat yang ada pada mereka akan membantutkan segalanya. Walau pun mereka ini mempunyai banyak pengalaman dan mahir dalam satu-satu bidang itu, tetapi kudrat mereka akan menghalang mereka untuk bergerak seperti mana mereka di suatu masa dahulu. Sudah sampai masanya mereka ini memberi laluan kepada generasi baru dalam menerajui satu-satu organisasi itu.

Saya memetik kata-kata yang ditulis oleh saudara Kamal Amir dalam bukunya Melayu Hilang Dunianya menyatakan kederat serta keringat anak-anak muda adalah jauh lebih besar jika dibandingkan dengan mereka yang telah berumur (O-Tai).

Walau pun demikian, yang berumur tetap ada nilainya. Tanpa yang tua, siapalah mereka yang muda ini. Kedua-duanya boleh memainkan peranan masing-masing dalam konteks memperjuangkan nasib bangsa mengikut kapasiti masing-masing. Kedua-duanya saling memerlukan di antara satu sama lain. Dari segi kematangan dan pengalaman, yang berumur adalah melebihi mereka yang lebih muda. Manakala jika dilihat dari sudut tenaga serta ketahanan fizikal, mereka yang muda akan mengalahkan mereka yang lebih berumur. Namun demikian, mereka yang telah berumur dan lama berkhidmat dalam satu-satu organisasi itu perlulah mengakui bahawasanya sudah sampai masanya mereka memberi laluan kepada generasi baru bagi mengambil-alih tugas mereka selama ini. Skop tugas mereka sepatutnya diperkecilkan agar ianya sesuai dengan umur mereka ini.

kata orang; bayangkan jika kita sudah lama mendiami satu-satu rumah, kita tidak akan merasai cacat-celanya rumah yang kita diami selama ini kerana kita sudah lali dengan apa yang ada di dalam dan persekitaran rumah tersebut. Keadaan menjadi sebaliknya jika rumah itu didiami oleh orang yang baru. Mereka akan memeriksa dan mendapati banyaknya kekurangan yang perlu ditokok tambah bagi memperelok serta mencantikkan persekitaran dan rumah tersebut.

Kerajaan Negeri Selangor dibawah kepimpinan Dato’ Khir Toyo telah memulakan satu tindakan agresif dalam menghadapi mereka yang tidak menunjukkan prestasi dalam kerja mereka, bagaimana pula dengan pihak kerajaan pusat dan kerajaan-kerajaan negeri yang lain? Begitu juga dengan pegawai-pegawai kerajaan Negeri Kelantan yang rata-ratanya daripada ahli-ahli Parti Pas? Adakah prestasi anda semua seperti yang diharapkan? Semoga tidak ada lagi pegawai-pegawai kerajaan atau agensi tertentu dihadiahkan dengan penyapu pada masa-masa hadapan.

Jumaat, 23 November 2007

PENYAKIT GILA

Gila memang gila..itulah perkataan yang pedih didengari oleh setiap insane di dunia ini. Perkataan gila adalah satu perkataan yang amat buruk,jijik dan hina disudut pandangan manusia lain yang merasakan dirinya tidak gila. Hanya manusia yang memang betul-betul gila dan tidak tahu bahawasanya dia adalah gila yang tidak merasai apa-apa makna perkataan itu. Akan tetapi ada juga manusia yang memang sudah gila tidak mengakui dirinya adalah atau sudah menjadi gila.

Gila merupakan salah satu penyakit yang menyebabkan penghidapnya tidak berada dalam dunia yang nyata dan hilang dalam hidupnya sendiri. Punca penyakit masih lagi dikaji dan ubat yang mujarab bagi memulihkan si manusia yang menghidap penyakit tersebut masih lagi tidak ditemui sehingga kini.

Penyakit gila boleh dikatakan wujud dalam kepelbagaian jenis yang ada pada seseorang manusia itu. Antaranya adalah gila kuasa, gila politik, gila wang, gila pengaruh, gila masyur, gila bayang, gila meroyan, gila pangkat, gila perempuan, gila hiburan, gila makan, gila fitnah, gila tidur, gila-gila, gila belajar, gila bekerja, gila sex, gila dadah, gila nyanyi, gila kutuk-mengutuk, gila demostrasi, gila rasuah, gila menipu, gila kereta, gila projek, gila merempit, gila bergaduh, gila bunga, gila game, gila manipulasi, gila bodek, gila minum, gila yang memang sudah gila dan berbagai-bagai lagi jenis gila yang ada di dunia ini.

Manusia di Negara ini sudah lama diresapi dengan penyakit gila ini. Ia sudah lama diperturunkan dari generasi ke generasi malahan sudah berjangkit dan merebak dengan cepat kedalam diri seseorang itu. Manusia yang gila itu sudah lupa dimana mereka berada, dengan siapa mereka bercakap, apa yang mereka buat, kemana mereka pergi, siapa mereka malahan mereka juga sudah lupa siapa kawan dan siapa lawan.

Penyakit gila ini cepat merebak dan banyak meresap ke dalam jiwa orang-orang politik dan mereka yang mempunyai kuasa di Negara ini. Mereka ini gila untuk menjaga kedudukan masing-masing dan seterusnya melupai akan nasib orang lain yang memerlukan perhatian daripada mereka. Oleh kerana mereka sudah menjadi gila maka mereka tidak akan peduli apa yang orang lain kata atau nasihatkan sama ada untuk kebaikannya sendiri atau pun orang lain. Mereka sudah tidak tahu apa tanggungjawab dan apa itu dosa-pahala. Apa yang mereka nampak hanya kuasa dan pangkat untuk diri sendiri.

Orang politik juga mempunyai penyakit gila fitnah memfitnah sama ada sesama sendiri atau pun terhadap mereka yang tidak seiringan dengan mereka. Mereka akan menentang habis-habisan apa yang orang buat dengan alasan semuanya tidak betul dan kononnya hanya dia seorang sahaja yang betul dan benar di dunia ini. Gila jenis ini akan menyusahkan ramai pihak terutamanya rakyak jelata yang menjadi pak turut yang sememangnya telah serabai otaknya dek dipusing-pusing oleh si gila tersebut. Gila jenis ini amat senang untuk menjangkiti setiap orang yang mendekati manusia yang menghidapinya dan kesannya amat ketara dalam satu-satu masa yang tertentu. Kesan dari penyakit gila ini juga akan memeningkan orang lain yang cuba untuk mententeramkan keadaan dan cuba untuk memperbetulkan apa yang difitnah olehnya itu. Masa, tenaga, wang ringgit, tumpuan, keringat, kederat,nafsu dan segalanya menjadi hangus dimakan oleh mereka yang menghidap penyakit ini.

Begitu juga dengan gila wang. Ia merupakan salah satu penyakit gila yang sudah lama ada pada pegawai-pegawai kerajaan serta orang-orang politik. Gila jenis ini juga amat cepat merebak dan boleh memberikan kesan yang hebat sama ada keatas individu tersebut atau pun terhadap orang lain. Gila ini tidak mengenal siapa manusia itu. Orang yang menghidap penyakit ini akan mengalami satu keadaan seperti apa yang dikatakan gelap mata, gelap hati dan tuli telinga. Mereka sudah tidak nampak apa yang ada disekelilingnya lagi. Mereka hanya nampak bayangan wang di mana-mana sahaja. Di hati mereka hanya tuhan sahaja yang tahu. Jika boleh, mereka ingin sekali mengambil kesemua wang-wang yang kononnya wujud (seperti yang mereka nampak) itu. Gila jenis amat menyusahkan orang ramai jika tidak dibendung dengan keras oleh ‘para doctor pakar’ di Negara ini. Mereka yang menghidapi penyakit ini amat susah untuk dicam-kan adakah ia benar-benar menghidapinya atau pun tidak. Hanya dirinya sendiri dan kawan-kawan seangkatannya sahaja yang tahu bahawasanya mereka ini telah menghidapi penyakit gila jenis ini. Oleh kerana mereka sudah lupa bahawasanya mereka sudah menghidapi penyakit gila ini maka secara automatiknya mereka juga sudah lupa bahawasanya mereka ini telah memakan bara api hasil daripada apa yang mereka perolehi itu.

Orang politik sememangnya telah menghidapi penyakit gila politik. Gila jenis ini juga amat susah untuk diubati. Mereka juga sudah tidak nampak keadaan nyata di depan mereka. Hanya bayang-bayang sahaja yang bermain-main dalam kepala mereka. Apa yang mereka buat adalah berdasarkan kepada politik. Makan politik, tidur politik, kerja politik, sembang politik, bermain politik dan segala-galanya politik. Mereka sudah menjadi hamba kepada politik. Namun demikian, kadang-kadang gila jenis ini ada juga faedahnya dan kadang-kadang ianya menyusahkan orang lain. Kelau gila itu pada dirinya sendiri tidak mengapa tetapi kebiasaannya penyakit ini merebak kepada orang lain dan seterusnya menyusahkan rakyat jelata.

Bagi budak-budak melayu pula mereka kini telah diresapi dengan satu penyakit gila rempit dan gila sex. Gila rempit amat berleluasa pada masa kini. Gila ini kebanyakkannya menyerang mereka yang berumur belasan tahun. Mereka ini mudah sangat menghidapi penyakit gila ini kerana pada umur tersebut otak mereka masih lagi tidak mempunyai system imunisasi yang secukupnya untuk melawan penyakit gila ini. Mak bapa mereka juga merupakan penyumbang yang besar kepada penyakit ini. Mereka tidak menjaga dengan sebaiknya anak-anak mereka sehinggakan penyakit ini boleh merebak dan menyerang otak anak-anak mereka dengan rakus sekali.

Apa yang lebih malangnya, penyakit gila merempit ini boleh memilih bangsa mana yang mudah untuk dijangkiti. Kita dapat melihat bagaimana keadaannya jika penyakit ini menyerang. Motor diubahsui, menunggang secara songsang, konar leper, angkat tayar dan macam-macam lagi lagak ngeri yang mereka boleh pamirkan kepada manusia normal yang lain. Jika berlaku kemalangan, keadaan yang rosak lagi merosakkan akan berlaku. Rosak kenderaan orang lain, rosak motor mat rempit, rosak tubuh badan mat rempit dan seterusnya rosaklah anak bangsa.

Begitu juga dengan gila sex. Penyakit ini tidak mengenal siapa manusia itu. Tua, muda, miskin, kaya, sihat, sakit, cacat, cantik, hensem dan hodoh sekali pun, penyakit ini tetap boleh menembusi jaringan system imunisasi manusia itu. Impak yang paling besar bagi penyakit ini adalah rosaknya bangsa itu. Penyakit ini boleh membawa berbagai-bagai lagi jenis penyakit lain yang sememangnya tiada ubat untuk merawatinya. Cerita-cerita rosaknya otak serta tubuh badan anak melayu dan orang melayu itu apabila dijangkiti dengan penyakit ini. Dalam internet ada, dalam vcd ada, dalam dvd ada, dalam computer ada, dalam bilik ada, dalam akhbar ada, dalam tv ada, dalam pejabat ada, di kedai kopi pak mat spoket pun ada, dalam buku ada, malahan dalam telefon bimbit pun ada. Di mana-mana sahaja adanya cerita penyakit gila sex ini.

Banyak lagi jenis-jenis penyakit gila yang ada di Negara ini sehinggakan saya tidak sanggup dan tidak larat untuk menghuraikan kesemuanya. Tetapi itulah hakikatnya. Penyakit yang boleh berjangkit dan cepat menyerang mangsanya. Kerosakan yang disebabkan oleh penyakit ini amat besar jika tiada ‘doktor pakar’ yang boleh mengubatinya. Rosak agama, rosak bangsa dan rosaklah Negara. Fikir-fikirkanlah…

Jumaat, 9 November 2007

WAWASAN 2020 – Majukah Negara Kita ( Bah. 3 )

Setelah artikel satu (1) dua dua (2) saya diterbitkan, kini idea dan keinginan untuk menerbitkan artikel tiga (3) begitu meluap-luap dalam diri saya ini. Seperti yang digambarkan sebelum ini, Negara kita dikatakan akan mencapai satu status Negara maju pada tahun 2020 nanti. Satu wawasan yang dilancarkan oleh Perdana Menteri kita yang ke-4 iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad. Satu wawasan yang jauh kedepan yang tidak mungkin difikirkan oleh rakyat jelata disaat dan tika itu.

Namun demikian, difikiran rakyat jelata masih tertanya-tanya…Majukah Negara kita nanti?

Banyak perancangan dan usaha telah dan akan dilakukan oleh pihak pemerintah. Perancangan yang teliti dan pengerahan tugas perlaksanaan telah diamanahkan kepada kepelbagaian agensi kerajaan yang ditubuhkan diserata Negara ini. Amanah itu juga telah ditimbunkan ke atas kepala pihak-pihak syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC) seperti Telekom, TNB, KTMB dan sebagainya lagi.

Namun apa yang ingin dibangkitkan di sini adalah; Adakah agensi-agensi serta syarikat-syarikat GLC itu sedar akan apa peranan mereka itu dalam usaha untuk memajukan Negara ini. Jika mereka tahu atau menyedarinya, adakah mereka bersungguh-sungguh berusaha untuk membangunkan Negara ini? Adakah mereka sedar tugas dan tanggungjawab mereka terhadap bangsa, agama dan Negara?

Tahun 2020..Satu tahun keramat yang dinanti-nantikan oleh rakyat jelata. Kini, rakyat jelata sedang menghitung-hitung dengan jari-jemari akan tempoh yang diperlukan untuk mencapai ke tarikh keramat itu. Jika ditolak dengan tahun ini, maka hanya tinggal 13 tahun sahaja masa yang diperlukan untuk mencecahnya. Masa yang boleh dikatakan terlalu singkat.

Namun demikian, sepanjang pemerhatian saya selaku rakyat jelata selama ini, perubahan kearah itu telah pun berlaku dengan kepelbagaian usaha sedang dilakukan. Namun begitu, perubahan yang telah dan sedang dilakukan itu adalah amat perlahan jika dibandingkan dengan tarikh tamat tempoh yang diperlukan itu. Tiada usaha yang bersungguh-sungguh dilakukan oleh mereka yang bertanggungjawab dan diberikan amanah itu.

Sebagai contoh, jika semasa membuat perjalanan, jangan marah bila percakapan kita yang dibuat melalui telefon bimbit akan terputus secara tiba-tiba. Jangan marah bila kita berada di kampong-kampung pendalaman di serata Negara ini telefon bimbit kita menunjukkan tiada ‘signal’. Jangan marah bila orang kampong marahkan kerajaan bila mereka susah untuk menghubungi sanak saudara mereka. Jangan marah dan keji bila orang kampong tidak kenal apa itu telefon bimbit.

Negara ini terkenal dengan kepelbagaian syarikat telekomunikasinya. Kita mempunyai Telekom, Celcom, Maxis, Digi dan banyak lagi. Tapi semuanya hampeh. Mereka hanya tertumpu di Bandar atau pekan-pekan sahaja. Keluar sahaja Bandar atau pekan, talian mereka terus lenyap di paparan telefon bimbit kita. Adakah ini yang dipanggil majunya Negara kita?

Tidak lupa juga kepada pihak Telekom, ada lagi orang kampong yang tidak merasai apa yang dipanggil talian tetap telekom itu. Jika dihitung-hitung, Telekom adalah salah satu syarikat telekomunikasi yang pertama sekali diwujudkan di Negara ini. Mereka ini dibantu oleh pihak kerajaan. Namun hakikatnya mereka masih gagal dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pihak kerajaan dalam usaha membangunkan Negara ini.

Ada lagi kampung-kampung di Negara ini yang masih tidak dapat merasai perkhidmatan ini. Mereka masih tertunggu-tunggu bila agaknya mereka akan dapat merasai nikmat itu. Jawapannya mungkin kena tunggu sehingga kucing bertanduk dan ayam beranak barulah pihak telekom akan memberikan perkhidmatan tersebut kepada mereka.

Begitu juga dengan siaran televisyen, orang kampong masih susah untuk menonton TV1 dan TV2. Apatah lagi untuk menonton siaran TV3, TV8 dan TV9. mereka tidak tahu adakah di Negara ini wujudnya siaran TV3, TV8 dan TV9? Nak dengar berita pun susah. Nak baca akhbar, jangan harap. Kalau orang kampong rajin membaca, sudah tentu mereka sudah menjadi cerdik pandai. Mereka hanya suka mendengar. Jangan marah bila orang kampong memperolehi berita yang salah. Jangan marah bila orang kampong tidak tahu apa cerita yang sebenarnya. Jangan marah bila orang kampong tidak tahu apa yang terjadi di Negara ini.

Cuba kita luangkan masa melawat kampong-kampung pendalaman di Negara ini. Kita akan dapat melihat alat penerima siaran tv diletakkan lebih tinggi dari pohon kelapa. Mereka terpaksa mencari buluh yang panjang bagi mendirikan alat penerima siaran tv itu. Itu pun tidak boleh dijamin sama ada mereka akan mendapat siaran tv atau pun tidak. Jika di zaman 80an tidak mengapa, tetapi kini adalah zaman Negara hendak menakluki angkasa. Malu lagi memalukan.

Bila namanya orang kampong, sudah pasti hidup mereka berbeza dengan orang Bandar. Nak pakai Astro, jangan harap mereka berkemampuan membeli alat Astro itu. Tambahan pula kena bayar tiap-tiap bulan. Nak bagi anak bini makan pun susah, apatah lagi nak guna Astro. Adakah kerajaan kita sedar akan hakikat ini? Inikah apa yang dikatakan maju itu?

Jika tadi saya bercakap pasal siaran tv. Bagaimana pula dengan siaran radio? Dalam perjalanan kita dari Kota Bharu ke Gua Musang kita akan mendapati siaran radio akan menjadi berkurangan. Kualiti penerimaan juga semakin lama semakin berkurangan dan akhirnya hanya bunyi berdesir sahaja yang kita perolehi. Begitu juga dengan di beberapa bahagian di Negara ini. Seperti di sepanjang perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu, Kuala Berang Ke Kuantan, Gua Musang ke Raub dan sebagainya lagi. Siaran radio amat susah untuk didengar. Jangan cerita pasal siaran radio swasta, siaran radio tempatan atau radio RTM juga masih susah untuk didengari. Adakah ini yang dipanggil maju itu?

Jika saudara-saudari berpeluang melawat Kelantan, saya berharap sangat saudara-saudari dapat meluangkan masa menaiki apa yang dipanggil keretapi penumpang “local’ kelas ekonomi sama ada dari Tumpat ke Gua Musang atau pun dari Tumpat ke Gemas. Dapat diperhatikan bahawasanya keretapi tersebut akan runtuh bila-bila masa sahaja. Dengan system penyejukan yang rosak, kipas yang rosak, kerusi yang rosak, bau yang pelbagai, tandas yang rosak, tandas yang berbau, tingkap yang rosak dan berbagai lagi keadaanya yang mencerminkan betapa daifnya keadaan keretapi tersebut.

Boleh dikatakan, keadaannya lebih kurang sama dengan suasana di Negara miskin yang lain. Keadaan yang teruk itu lebih teruk bila tibanya musim-musim seperti cuti persekolahan dan perayaan. Keadaan yang sesak lagi melemaskan berlaku di dalam gerabak keretapi tersebut. Keadaannya lebih teruk daripada bas mini di Kuala Lumpur suatu ketika dahulu.

Disini kita jangan marahkan orang kampong bila hasrat kerajaan hendak melihat rakyat Malaysia berfikiran kelas antarabangsa tidak kesampaian. Jika itulah yang pihak KTMB yang juga syarikat GLC kerajaan hindangkan untuk rakyat jelata. Jika dibandingkan, perkhidmatan keretapi yang melalui kawasan selatan dan utara Negara adalah jauh lebih baik berbanding dengan apa yang dihidangkan kepada rakyat yang berada di timur ini. Mengapa terjadinya sedemikian. Adakah ini apa yang dikatakan peminggiran bersistematik telah dilakukan oleh pihak kerajaan atau pun pihak KTMB itu sendiri?

Adakah pihak KTMB dan kerajaan sedar akan hakikat ini? Jika inilah perkhidmatan yang terbaik dapat diberikan kepada rakyat jelata, alangkah malunya kita sebagai sebuah Negara yang dikatakan maju itu.

Itu baru sahaja mengenai hal-hal yang remeh temeh, bagaimana pula dengan apa yang dikatakan internet pula. Orang kampong ada mendengar perkataan ‘internet’ itu. Tetapi apa yang malangnya mereka tidak tahu apa itu internet. Adakah internet itu boleh dimakan seperti gula-gula kapas? Adakah internet itu seperti nasi goreng ikan masin? Adakah internet itu seperti bangunan tinggi di Kuala Lumpur? Mereka tidak tahu dan mereka tidak peduli.

Apa yang ingin ditekankan adalah, jika generasi kini masih lagi tidak mengenali apa itu internet, bagaimana pula dengan generasi yang akan datang? Adakah mereka akan celik komputer pada masa akan datang? Adakah mereka akan tahu apa kegunaan internet dan seterusnya komputer itu sendiri? Kini, saya percaya bahawasanya orang kampong masih tertanya-tanya apa itu komputer dan apa itu internet. Adakah ini yang dipanggil majunya Negara kita?

Satu lagi perkara yang amat penting dalam kehidupan seharian ini adalah system perhubungan jalan raya. Masih lagi terdapat kampong-kampung di negara ini yang tidak mendapat kemudahan tersebut. Masyarakat di Kuala Lumpur berbangga kerana mempunyai system rangkaian jalan raya atau lebuh raya yang bertingkat-tingkat, tetapi orang kampong hidup makan hati berulamkan jantung terhadap pihak kerajaan.

Mereka susah untuk keluar ke pekan, mereka susah untuk menghantar pesakit ke klinik atau hospital bila adanya hal-hal kecemasan, anak-anak mereka susah untuk pulang berhari raya bersama ibu bapa mereka, mereka susah untuk menerima kunjungan sanak saudara yang jauh jika mengenangkan ketiadaan jalan yang menghubungkan kampong mereka. Kehidupan harian mereka adalah susah lagi menyusahkan.

Selain dari hal-hal yang telah disebutkan tadi, banyak lagi hal-hal lain yang menjadi tanda-tanya kepada masyarakat kampong yang rata-ratanya terdiri daripada bangsa melayu berkenaan kemajuan yang ingin dicapai oleh Negara ini pada tahun 2020 itu nanti. Bagaimana pula dengan bekalan elektrik, bekalan air bersih, sekolah, pusat-pusat kesihatan dan pelbagai lagi keperlua-keperluan asas yang diperlukan oleh orang kampong dalam menghadapi gelombang kemajuan pada tahun 2020 itu nanti. Adakah kerajaan sedar akan hakikat ini. Tiadakah usaha-usaha yang lebih agresif dalam meningkatkan kemajuan untuk orang kampong itu.

Dimana pihak-pihak GLC yang dikatakan boleh menolong rakyat itu? Dimana agensi-agensi kerajaan yang menjadi sayap kiri dan kanan pihak kerajaan itu? Adakah mereka sedang tidur? Adakah mereka sudah lupa akan tugasan utama mereka terhadap bangsa mereka? Adakah mereka sedang sibuk mengejar keuntungan bagi membodek kerajaan? Adakah pemimpim-pemimpin mereka sedang sibuk bercakaran sesama sendiri? Adakah kakitangan mereka hanya cukup sekadar makan gaji sahaja? Adakah mereka ini duwujudkan hanya sekadar kepentingan orang-orang tertentu sahaja?

Sedar atau tidak, tahun 2020 akan menjelma tidak lama lagi. Pejam celik-pejam celik kita hanya ada masa selama 13 tahun sahaja lagi. Namun, pada hakikatnya, pada hari rakyat jelata masih terngaga-ngaga dan masih tertanya-tanya adakah maju Negara kita pada masa itu nanti?

Khamis, 1 November 2007

'Yang Berhormat' yang tidak dihormati



Istilah wakil rakyat amat popular sejak zaman berzaman lagi. Istilah itu wujud bila seseorang itu dipilih oleh orang awam yang juga dipanggil sebagai rakyat jelata disatu-satu tempat. Orang yang dipilih itu mestilah seseorang yang mempunyai kredibiliti serta boleh dipercayai oleh rakyat jelata itu. Selain itu, manusia terpilih itu juga amat disegani kerana ketokohannya dalam memimpin rakyat jelata itu. Bermula daripada pemilihan itu, maka lahirlah orang yang dipanggil wakil rakyat itu. Oleh kerana ketokohan serta disegani itu maka rakyat jelata mula memanggil orang yang dikatakan wakil rakyat itu dengan panggilan ‘YANG BERHORMAT’ atau singkatannya YB.

Setelah terpilihnya wakil rakyat atau yang dipanggil Yang Berhormat itu, betapa gembiranya masyarakat kampong bila wakil rakyat atau ‘Yang Berhormat’ itu mula mengumumkan berjela-jela serta bertimbun-timbun pelan pembangunan dan perubahan kepada rakyat jelata bagi meraikan akan kemenangan yang diperolehinya. Di masa itu juga, kegembiraan telah terpancar dikedua-dua air muka rakyat jelata dan wakil rakyat tersebut yang juga dipanggi Yang Berhormat.

Mandate serta harapan yang diberikan kepada wakil rakyat tersebut oleh rakyat jelata amat besar. Wakil rakyat atau yang dipanggil Yang Berhormat itu mengambil amanah serta harapan penduduk kampong dengan hati yang tenang dan penuh keyakinan. Walaupun wakil rakyat itu tahu akan tugasan yang akan atau mesti dilakukan olehnya untuk rakyat begitu besar sekali, namun mimik mukanya sentiasa tetap tersenyum serta ketawa.

Oleh kerana rakyat jelata dapat melihat sendiri mimik mukanya yang senantiasa tersenyum lebar itu, maka satu keyakinan dan harapan yang menggunung yang lebih tinggi dari gunung everest telah disemai di dalam hati rakyat jelata terhadap wakil rakyat atau yang dipanggil Yang Berhormat itu.

Orang kampong atau rakyat jelata terutamanya mereka yang lebih berumur memuji akan ketokohan serta kredibiliti yang ada pada wakil rakyat atau yang dipanggil Yang Berhormat itu. Anak muda yang baru mengenali politik tidak usah cari pasal memburukkan wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat itu. Segala yang baik itu ada pada Yang Berhormat pilihan mereka itu. Mereka percaya dan terus percaya serta amat berkeyakinan bahawasanya wakil rakyat akan berusaha menunaikan janji-janjinya yang ditabur itu.

Orang kampong tetap menunggu dengan penuh sabar akan tertunainya janji-janji manis, masin, hangit dan sebagainya itu. Mereka tetap setia kepada satu-satunya wakil rakyat atau yang dipanggil Yang Berhormat itu.

Setelah seminggu saya berada di tempat kerja yang baru ini. Maka kawan-kawan lama mula mencari dan mengajak untuk berbual-bual bagi meluahkan apa yang terbuku di hati masing-masing.

Sambil menghirup kopi di kedai disalah satu kampong yang dikatakan sedang mengalami proses transformasi yang dipanggil ‘bandar atau pekan’ di Daerah Gua Musang ini, maka banyaklah perkara yang dibualkan oleh kami semua. Daripada hal personal sehinggalah kepada perkara lain termasuklah hal-hal yang berkaitan dengan politik.

Ketika sambil menghirup kopi itu, saya hampir tersedak bila salah seorang rakan menceritakan akan apa yang dia dapat dari salah seorang wakil rakyat atau yang dipanggil Yang Berhormat itu.

Katanya, wakil rakyat atau yang dipanggil Yang Berhormat itu sudah lagi tidak dihormati olehnya. Bukan dia seorang saja yang mula tidak menghormati Yang Berhormat itu. Katanya setiap kampong yang berada di dalam sempadan kawasan wakil rakyat atau yang dipanggil Yang Berhormat itu sudah mula berbisik-bisik akan belang yang ditunjukki oleh wakil rakyat atau Yang Berhormat itu.

Sebagai orang kampong, mereka memang dahagakan apa yang dipanggil kemajuan itu. Mereka juga ingin melihat apa jasa bakti yang boleh diberikan oleh seseorang wakil rakyat atau yang dipanggil Yang Berhormat itu. Jika setahun, mereka boleh diam kerana memikirkan mungkin wakil rakyat mereka itu tengah menyusun strategi untuk membangunkan kampong mereka. Jika sudah melepasi tiga tahun, kesabaran orang kampong mula goyah. Fikiran orang kampong mula kearah lain. Hati mereka mula menjadi tawar-setawarnya seperti biskut tawar yang dijual di kedai pak din spoket.

Rakan saya ini bukannya orang lain. Dia telah bergiat begitu lama dalam politik. Beliau mengenali akan wakil rakyat atau yang dipanggil Yang Berhormat itu. Begitu juga dengan wakil rakyat atau yang dipanggil Yang Berhormat itu, mereka saling kenal-mengenali diantara satu sama lain.

Ceritanya, oleh kerana sudah lama menunggu akan apa yang ditabur oleh wakil rakyat atau yang dipanggil Yang Berhormat itu disuatu masa dahulu masih lagi tidak tertunai, maka beliau serta beberapa orang kampong yang lain bertanya akan perkembangan janji-janji itu. Katanya bukan jawapan yang diberikan oleh wakil rakyat atau yang dipanggil Yang Berhormat itu. Beliau serta rakan-rakannya yang lain dimarahi oleh wakil rakyat atau yang dipanggil Yang Berhormat itu. Mulut saya terus terngaga mendengarnya.

Sebagai orang kampong, mereka hanya sekadar bertanya. Bila orang bertanya, kita mesti jawab. Apatah lagi jika orang yang bertanya itu adalah rakyat jelata dan orang yang ditanya itu adalah wakil rakyat atau yang dipanggil Yang Berhormat.

Oleh kerana jawapan ‘DITENGKING’ telah diterima oleh rakan saya serta rakan-rakannya yang lain itu. Maka, hatinya mula luluh serta hilang rasa hormat kepada wakil rakyat atau yang dipanggil Yang Berhormat itu.

Apa yang menjadi persoalannya, mengapa seorang yang dipanggil wakil rakyat atau Yang Berhormat itu boleh bertindak sedemikian terhadap rakyat jelata. Dimana letaknya akan kredibiliti serta gelaran Yang Berhormat yang ada padanya itu.

Jika itulah sikapnya selaku wakil rakyat atau apa yang dipanggil Yang Berhormat itu. Saya percaya beliau tidak akan dapat mempertahankan pangkat wakil rakyat atau apa yang dipanggil Yang Berhormat yang telah diberikan oleh orang kampong atau apa yang dipanggil rakyat jelata itu.

Tugas seseorang wakil rakyat atau apa yang dipanggil Yang Berhormat itu sudah jelas seadanya. Mereka wajib membela akan nasib rakyat jelata yang telah memberikan mereka akan status serta pangkat tersebut. Mereka seharusnya melayani dengan sebaik mungkin akan permintaan rakyat jelata itu. Jika mereka gagal, lihatlah untung nasib mereka suatu hari nanti. Walaupun orang kampong tidak berpelajaran tinggi, mereka juga manusia yang dianugerahi dengan akal fikiran. Akal fikiran yang boleh menilai siapa yang baik, boleh dipercayai serta boleh diharapkan. Akal fikiran yang akan menentukan nasib seseorang wakil rakyat atau apa yang dipanggil Yang Berhormat itu.

Janganlah sampai orang kampong atau apa yang dipanggil rakyat jelata itu sudah hilang kesabarannya dan mula tidak menghormati orang yang dipanggil Yang Berhormat itu. Hilang status wakil rakyat, hilang status Yang Berhormat.